ini bukan kereta aku..sumber incik google |
Assalammualaikum semua..
Dari pelajar dan blogger separuh masa akhirnya ingin menceburkan diri dalam bidang yg lebih mencabar iaitu pemandu F1..sungguh tinggi cita-cita sampai tidak tercapai dek akalmu...sukar untuk di percaya seorang gadis yg berperwatakan lembut(tipu) dan comel mempunyai keinginan mengalahkan lelaki...
Tetapi malangnya cita-cita dan keinginannya yg satu ini mendapat bantahan dari ramai pihak yg memandang dia dengan tak ada mata..semua menyangka seorang gadis tidak boleh mengharumkan negara dalam bidang F1..dalam dunia ini tak ada benda yg mustahil la..semua boleh jadi kenyataan kalau berusaha dan terus berusaha...tidak kira lelaki atau pun perempuan, dimana ada kemahuan di situ ada
Setelah di fikir dengan separuh masak akhirnya si gadis mengalah dengan cita-citanya dan hanya melepaskan gian memandu ibarat pemandu F1 di jalan raya...setiap kali dia memintas pemandu lain pasti mereka akan menoleh sebab kagum dengan pemanduan seorang gadis yg mempunyai ciri-ciri pemandu F1...itu la akibatnya apabila semangat Formula 1 sudah ada dalam diri...
Biarlah impian aku yg satu ini bersemadi kemas di dalam hati ini..agak-agaknya layak kah dari seorang pelajar jurusan Medical Laboratory Technology dan blogger separuh masa akhirnya menjadi pemandu F1???!!!seronok juga kalau kita mempunyai impian yg lain dari yg lain...hahaha...
Nota dari hati: Kalau dapat duduk sebelah Michael Schumacher atau Lewis Hamilton masa dia memandu pun syok juga kan...hahaha..