Friday, December 30, 2011

Jangan lah membiarkan diri kita sebagai kaum Hawa di eksploitasi dan rela dieksploitasi...

Assalammualaikum semua..

Kecewa sungguh dengan insan-insan yg terlampau berani..kalau berani menegakkan kebenaran, berjihad, aku memang tak de hal sangat tapi kalau berani menayangkan tubuh dengan berpakaian seksi(perempuan terutamanya) tu bukan takat mendatangkan kemarahan aku sebagai perempuan tetapi mungkin juga mampu merangsang nafsu lelaki-lelaki..so no wonder lah masalah sosial semakin berleluasa....betol tak??

Entry ini mungkin kesinambungan dari entry sebelun ni yg bertajuk KAUM HAWA PENYEBAB ZINA..di sini aku ingin menunjukkan contoh wanita yg rela untuk di eksploitasi seterusnya mendorong ke arah kemungkaran..sebelum itu, aku mohon maaf kepada sesiapa saja yg mungkin terasa dengan bahasa yg agak kasar(bagi aku biasa je)...


“Saya tidak sedar pakaian yang saya pakai menampakkan pakaian dalam. Mujur tak nampak ‘benda’ yang tak sepatutnya.

Apa ke bodoh kurang pandai nya la budak ni sampai tak sedar pasal baju dia tu...sudah terang-terangan engkau pakai baju warna putih yg sudah tentu nya jarang di tambahkan dengan warna pakaian dalam ko warna hitam tu...orang buta pun boleh nampak badan ko kalau pun ko belum masuk dalam air itu lagi..benda basic kot yg warna putih tu jarang...ini kan pula bila engkau dah masuk dalam air tu..sudah tentu la warna kulit kau tu pun boleh nampak...ini mesti kes otak ko pun dah masuk air sama kan...haish...

"Lagipun ia tak adalah seksi manapun kerana pakaian yang saya pakai sesuai dengan tempat dan tema parti ini berlangsung."

Pakaian apa agak nya dalam fikiran kau yg menggambarkan betol-betol seksi???adakah bila kau pakai baju macam Pacha Sendat Sandar yg jenis bareback atau pun bila tak pakai baju langsung??!!!

“Namapun parti basah, memanglah sepatutnya basah. Kalau ada yang beranggapan saya seksi atau melampau saya minta maaf dan akan lebih berhati-hati selepas ini,” jelas Iqa yang ditemu bual di sebuah majlis hiburan./MediaHiburan

Setakat minta maaf tak memberi makna apa-apa pun (lidah kan tidak bertulang)melainkan engkau betol-betol berubah..apa yg penting buat solat taubat dan betol-betol menginsafi diri..bukan takat melafazkan kata maaf tersebut tanpa apa-apa penyesalan...mungkin ini satu cara untuk kau cepat 'naik' dalam industri seni dengan timbulkan kontroversi macam minah tu kot(ini kalau aku berfikir secara negatif)...

kan cantik molek gini..sumber incik google..

"Jangan lah membiarkan diri kita sebagai kaum Hawa di eksploitasi dan rela dieksploitasi..."

Sebab bila perkara begini menjadi hot, yg mendapat untung sudah tentu majalah-majalah dan berita hiburan manakala yg menjadi mangsa serta menanggung malu dan kutukan sudah tentu nya kau sendiri...


Macam mana pun, aku berdoa semoga kau dan insan-insan yg seangkatan dengan kau akan berubah ke arah yg lebih baik suatu hari nanti..InsyaAllah...jadi lah seperti Irma Hasmie, Diana Amir, dan ramai lagi yg telah berhijrah ke arah yg lebih baik....

Nota dari hati: Nampaknya memang rezeki si photographer lah bila dapat snap gambar kau dalam keadaan macam tu di tambahkan lagi dengan pose kau yg memang menggoda habes tu...

p/s: gambar tidak dapat di share sebab hanya menambahkan dosa aku je menyebarkan aib orang lain..


Thursday, December 29, 2011

Tahun 2011 yg penuh dengan cabaran dan debaran..

Assalammualaikum semua...

Tahun 2011 semakin sampai ke penghujungnya dan entry pasal azam tahun 2012 telah siap di tulis beberapa hari yg lalu...jadi pada malam yg penuh keberkatan ini, hati ini melonjak-lonjak dengan penuh keterujaan untuk menulis tentang dhia kenangan Tahun 2011...

Setelah puas aku termenung dan berfikir sambil guling-guling atas katil, dapat aku simpulkan tidak banyak kenangan manis berbanding kenangan pahit sepanjang 365 hari ini...mungkin kerana kenangan-kenangan pahit telah menutup segala baki kenangan manis yg ada dalam hidup aku...

Bersyukur sangat kepada Allah sebab masih memberi peluang kepada kami sekeluarga untuk merasa kasih seorang abah setelah kami di duga dengan pelbagai cabaran...walaupun lebih kurang 3 kali dalam keadaan yg berbeza doktor mengatakan kami bakal kehilangan abah tetapi kuasa Allah tiada siapa yg boleh halang..Alhamdulillah, Allah masih memanjangkan umur abah untuk kami terus berbakti kepada seorang abah....

'Ada ahli keluarga yg duduk jauh-jauh ke???keadaan ayah awak agak kritikal..jadi lebih baik suruh mereka semua datang melawat sebelum terlambat...boleh jadi jantung nya berhenti berdegup dalam masa sejam lagi atau pun sehari..macam mana pun kami sentiasa pantau keadaan ayah awak..'

Bila di ingat setiap kata-kata doktor tersebut mesti membuatkan hati ini rasa sayu sangat...setiap patah yg keluar dari mulut doktor ketika itu memang bikin jantung ini berdegup dengan pantas..di tambah lagi dengan keadaan abah yg di cucuk di kedua-dua belah tangan untuk di masukkan air dan antibiotik..tak cukup dekat tangan, dekat leher pun di cucuk juga...lepas tu, entah berapa banyak kali cucuk di tangan untuk ambil darah...dan paling sayu bila teringat keadaan abah yg terpaksa bernafas menggunakan mesin...pada ketika itu hanya pada Allah saja aku mohon pertolongan...
pengantin bersama emak tanpa kehadiran ayah..

Walau macam mana pun, pada tahun 2011 juga lah aku mendapat kakak ipar baru tapi dalam keadaan yg sangat menyedihkan...sebab apa???sebab pada Majlis Pernikahan dan Majlis Resepsi di pihak perempuan, abah masih terlantar di hospital...ketika selesai abang melafazkan akad, menitis air mata emak mengenangkan abah yg di temani kakak di hospital...perasaan abang masa tu mesti teramat sedih sebab dapat dilihat dari air muka nya waktu tu...tapi abang still control macho dan mampu lagi tersenyum....argh...lelaki memang macam tu..bagi aku tidak salah pun kalau lelaki hendak menangis....

Ermmm....jika di kenangkan banyak kejadian yg berlaku sepanjang 12bulan ni tapi hanya peristiwa-peristiwa tersebut(sebenarnya banyak lagi tapi dah tak mampu nak menulis) saja yg sentiasa segar di fikiran aku sehingga kini tetapi bukan bermakna peristiwa lain aku lupakan cuma detik-detik kehilangan itu lebih memberi kesan dalam hidup aku sehingga kini...sejujurnya aku belum bersedia untuk menghadapi sebuah kehilangan walaupun di mulut sentiasa berkata redha jika sudah tersurat sebegitu...

Syukur, kini keadaan ayah bertambah baik setelah keluar dari hospital minggu lepas walaupun tidak sepenuhnya...semoga Allah mempermudahkan perjalanan hidup abah...Nana sayang abah !!!!

Nota dari hati: Semoga 2012 menjadi lebih baik dari 2011...ameen..


Tuesday, December 27, 2011

Azam 2012: BERKAHWIN...

Assalammualaikum semua....

Hari ni 27 Disember 2011 dan aku baru saja selesai menjawab Test Clinical Chemistry ketika aku menulis bait-bait kata di dalam entry ini...erm..hanya tinggal hampir 4 hari saja lagi sebelum kita melangkah ke Tahun 2012..setiap kali bertukar nya tahun tidak memberi apa-apa perbezaan pun dalam hidup aku melainkan peningkatan dari segi umur saja dan yg pasti nya aku masih berada dalam dunia pendidikan..aku punya azam masih sama iaitu untuk belajar bersungguh-sungguh, mengembirakan hati parents, jadi anak yg baik, merubah diri ke arah yg lebih positif dan kebanyakkan nya sama saja dengan azam korang semua..

So untuk Tahun 2012 aku telah mencipta satu azam yg lain dari yg lain dan aku sendiri pun rasa mustahil untuk tercapai...hahaha...

sumber: incik google yg baik hati..

'Ain, aku ada azam baru untuk tahun 2012 nanti...'

'Apa pula azam ko tu??'

'Aku berazam untuk BERKAHWIN pada tahun 2012..jom lah kita beramai-ramai berazam macam tu..ok tak???'

'Hahahaha..kau tak de azam lain ke ha???berazam la nak dapat Anugerah Dekan ke..ini tidak...aku rasa azam kau nak kahwin tu memang tak akan tercapai nya tu...'

'Haish...setakat nak dapat Anugerah Dekan tu sudah semestinya azam setiap tahun tapi aku bosan sebab azam aku asyik sama je dan azam nak dapat Anugerah Dekan tu tak pernah sekali pun tercapai..so aku cuba la buat azam lain...'

'Oke la...kalau kau berazam nak dapat Anugerah Dekan tu mesti cara nak mencapainya kau kena berusaha dan belajar bersungguh-sungguh kan..so apa usaha yg kau nak lakukan untuk kahwin tahun depan???dah la pakwe pun takde...camne kau nak kahwin tiba-tiba???'

'Hahahaha....aku pun tak fikir apa yg aku nak lakukan lagi..kalau buat iklan agak-agak nice tak???hahahaha...'

'Gila kau...cari la jalan lain..kau ni sengal wei..'

'Hahahah...aku masih waras lagi la..aku pun tahu malu kalau buat iklan camtu..macam desperate sangat...so kalau tiap-tiap malam aku berdoa dekat Allah untuk turunkan jodoh dekat aku agak-agak termakbul tak???'

'Erm...mungkin juga...so jangan lupa doakan tuk aku sekali..'

Adakah aku seorang saja yg mempunyai azam agak extreme macam ni??!!!mungkin di sebabkan agak stresssss dengan test sepanjang study week ni dan exam final yang tak sampai 2 minggu lagi menyebabkan akal tidak dapat berfikir dengan lebih rasional apa yg perlu aku capai pada tahun 2012...yg pastinya apabila tiba nya tahun 2012 maknanya study week(tak macam study week pun sebab ada test berderet selama seminggu..gila betol..) telah pun tamat dan Dewan Peperiksaan sudah memanggil-manggil....

Nota dari hati: Kenapa la exam di awal-awal tahun ni..memang mengganggu mood dan azam tahun baru betol...aish..

Monday, December 26, 2011

Tiada kebebasan walaupun hak milik kita....

Assalammualaikum semua...

Aku bercita-cita hendak memiliki blog sejak aku dari sekolah menengah lagi sebab aku rasa macam cool habes bila ada blog...aku tahu pasal blog pun daripada buku PC....masa tu aku rasa macam blog adalah satu medium untuk aku kongsikan aktiviti-aktiviti harian serta kehidupan aku sebagai pelajar dan blog ini juga boleh di anggap sebagai diari maya la(tak payah membazir dakwat pen)...tapi malangnya, kehidupan aku sebagai pelajar asrama menghalang dari aku untuk meneruskan hasrat di hati...mana ada masa nak on9 sebab balik rumah pun sebulan sekali kan...hihihi..

Akhirnya tercipta la blog ini ketika aku tengah kebosanan menanti keputusan akhir Matrikulasi..tujuan pada masa itu masih sama iaitu menjadikan blog tempat untuk meluahkan segala rasa dan catatan perjalanan kehidupan aku serta ketidak puas hatian aku terhadap sesuatu perkara...aku juga berpendapat blog adalah satu medium yg memberikan kebebasan untuk aku menulis sesuka hati..tetapi semakin aku berkecimpung dalam dunia blogging semakin aku kenal dan tahu selok belok blogging...

Walaupun blog ini kepunyaan aku tapi blog ini di baca dan di lawati oleh segenap masyarakat dari seluruh pelusuk dunia melainkan kalau aku private...jadi macam-macam perkara yg perlu di ambil berat setiap kali hendak menghasilkan sebuah entry..di tambah lagi dengan kes-kes blogger yg di tahan kerana penulisan mereka di blog yg mampu menimbulkan kontroversi...aku bukan penakut(mungkin juga penakut..hahah) untuk bersuara dengan lantang di dalam blog tapi aku masih berfikir perjalanan masa depan aku jika aku di dakwa di bawak ISA(mungkin juga) atau di buang universiti contohnya..hahaha...

Di saat ini aku boleh buat kesimpulan bahawa kita tidak mempunyai kebebasan sepenuhnya untuk menulis walaupun blog ini  hak kita sendiri...kebebasan yg aku maksudkan di sini BUKAN lah kebebasan untuk memaki,mencarut, menabur fitnah atau menyebarkan aib tetapi kebebasan untuk memberikan pendapat dan pandangan walaupun MUNGKIN ia nya menentang kerajaan sendiri(ini contoh je)...

Nota dari hati: Kagum dengan mereka yg berani bersuara lantang terhadap mereka yg berkuasa...

Thursday, December 22, 2011

Jangan jadikan kegagalan PMR pengakhiran sebuah perjuangan..

Assalammualaikum semua..

Terkenang detik hampir 6 tahun yg lalu ketika aku pergi ke sekolah untuk mengambil result PMR...masa tu dia punya degupan jantung ni selaju 160 km/h di tambah lagi dengan ketakutan menyebabkan terasa sejuk seluruh badan..ibarat macam pergi perang gitu...setiba nye di dewan sekolah terus aku dapat kan slip keputusan PMR dari guru kelas 3 Al-Kindi..menitis air mata kegembiraan masa itu sebab tidak menyangka yg aku berjaya mendapat 8A 1B(bahasa arab komunikasi)..semua itu hanya tinggal kenangan manis dan hari ni adalah hari sejarah untuk adik-adik yg mengambil PMR 2011...
pelajar ke2 terbaik PMR 2005..
Disebalik kegembiraan insan meraih kejayaan yg cemerlang pasti ada segelintir yg menyimpan duka di hati di sebabkan keputusan yg tidak memberangsangkan..Buat adik-adik yg kurang berjaya  pada hari ni...Ingat lah GAGAL SEKALI BUKAN BERERTI GAGAL SELAMANYA...percaya lah InsyaAllah ada kejayaan yg lebih besar menanti kelak..

Jangan jadi kan kegagalan pada hari ini satu pengakhiran dalam perjuangan untuk mencapai kejayaan..terkadang kita yakin yg kita mampu mendapat straight A tapi apabila melihat keputusan yg kita dapat tidak seperti yg kita gambarkan pasti kita terasa teramat AMAT kecewa..fikir kan serta muhasabah diri di mana silap nya...mungkin ini adalah satu ujian daripada Allah untuk menguji kita serta mendidik diri kita untuk bersyukur dengan setiap yg telah Allah berikan....

Duduk(nak baring pun bole) dan tenangkan diri serta muhasabah juga setiap perkataan atau perbuatan yg pernah kita lemparkan atau lakukan sebelum ini ada memberi kesan negatif kepada orang lain atau pun tidak...walau macam mana pandai sekali pun kita tapi perhubungan kita sesama manusia dan juga perhubungan kita dengan Allah tidak di jaga dengan baik tiada guna nya juga..setiap kata-kata atau pun doa dari insan yg teraniaya disebabkan perbuatan kita akan dimakbulkan Allah...

Akhir sekali, bersyukurlah dengan apa yg adik-adik perolehi dan teruskan usaha...setiap apa yg berlaku jadikan sebagai pengajaran dan semangat untuk terus melangkah dengan lebih yakin..InsyaAllah, ada kejayaan yg lebih besar menanti adik-adik...jangan lupa berdoa dan merapatkan diri dengan Allah...

KEGAGALAN MERUPAKAN KEJAYAAN YG TERTUNDA..Anis Mardhiah

Nota dari hati: Semoga aku akan terus berjaya dalam exam final ni..


Tuesday, December 20, 2011

Kemachoan seorang lelaki boleh di nilai melalui parutnya...Benar kah???

Assalammualaikum semua...

Dalam keadaan yg sangat sesak macam ni pun aku sempat lagi menulis entry...kiranya ini adalah entry pantas sebab esok ada test Parasitology (teori dan praktikal) dan final praktical Blood Bank...so kalau nk luang masa lama-lama untuk blog nanti nyesal pula di kemudian hari...

'Eh...tangan ko nape tu???'
tanya aku kepada seorang classmate lelaki sambil menunjuk ke arah tangan nya yg berparut teruk...

'Ni kena air panas masa lab...dah la air panas tengah mendidih-didih'

'Ish..gile r...mesti melecur teruk kan...parut ko scary wei...'

'Ye ke??'

'Ye la..ko leh pulak senyum-senyum kan..'

'Erm..aku pernah baca dekat Internet yg pompuan suka laki berparut...'

'Hahaha...nape pula???'

'Mungkin sebab laki nampak macho bila ada parut-parut macam tu..ko tak rasa ke??'

'Erk..bagi aku tak kot tapi mungkin juga kot..entah la...mungkin bila ada parut tu baru nampak kelakian kot..sebab tu lah ada sebahagian pompuan suka laki berparut..'

Selama ini aku tak pernah pula terfikir yg kemachoan seorang lelaki tu di nilai melalui parutnya..hihihi...tapi setiap orang mempunyai pandangan yg berbeza kan...kalau semua perempuan berpersepsi LELAKI BERPARUT itu MACHO, kesian pula dekat lelaki yg tidak ada parut..hahah..sebab aku sendiri pun tidak tahu macam mana nak kategori kan lelaki MACHO, JAMBU, CUTE dan sebagainya...apa yg penting tepuk dada, tanya selera...

Walau macam mana pun, betol kah lelaki kelihatan macho di mata perempuan bila ada parut???!!!mungkin korang semua ada alasan yg kukuh..mari kita kongsi bersama-sama...

Nota dari hati: Paling penting Baddrol Bakhtiar juga paling macho..lantak la orang nak kata hape pun...hahahha...


Wednesday, December 14, 2011

Ingat senang ke nak perah idea bernas????!!

Assalammualaikum semua....

Dalam hidup kita ini ada orang menyokong apa yg kita lakukan dan tidak kurang nya juga yg sentiasa nak membangkang apa yg kita lakukan...sama juga ibaratnya macam ada insan yg sentiasa memberi kata-kata semangat dan ada juga yg sentiasa nak mengutuk, mengkeji dan menghina...

Kalau rasa tak setuju dengan cadangan atau pun pandangan orang lain, cuba lah bantah dengan cara berhemah tanpa menyakitkan hati sesiapa...dan kalau boleh suarakan lah sekali pandangan anda yg mungkin lagi boleh di terima akal tu...jadi manusia tu jangan lah tahu nak membangkang saja tanpa apa-apa pendapat yg lebih bijak...

'Saya TIDAK SETUJU dengan cadangan tu!!!!setakat macam tu budak tadika pun boleh fikir...dah lah tak boleh di terima akal langsung..blaaa..blaaaa...'
Menolak dengan cara kasar dan tidak memberi sebarang penambah baik kan melainkan terus-terusan mengutuk saja...cara ini amatlah kurang ajar dan menyakitkan hati sesiapa saja...orang macam ni ibarat menempah tiket untuk merasa 'tapak kaki ku di muka mu'....

'Saya rasa cadangan tu sudah baik...TAPI lebih baik jika.....'
Puji lah sedikit cadangan yg telah di berikan..sekurang-kurangnya pemberi idea tu terasa juga diri nya di hargai...korang ingat hendak mencari idea perkara yg mudah ke??!!bertambah elok di situ apabila kita memberi sebab kenapa kita tidak setuju dan juga memberi cadangan yg lain...mungkin apabila timbul idea dari dua insan yg berbeza maka terbitlah satu idea yg LEBIH BERNAS...  betol tak??!! 

Aku tidak kisah kalau ada yg tidak setuju dengan setiap pandangan atau penulisan aku dalam blog ni sebab kita manusia mempunyai pandangan yg berbeza-beza dan aku tak pernah mengharapkan semua orang untuk meng'iya'kan setiap penulisan aku ....TAPI cuba lah belajar hormat setiap pandangan orang lain dan berfikir dulu sebelum mengeluarkan kata-kata...

Nota dari hati: Aku rasa puas bila dapat menulis entry walaupun entah pe-pe..sekarang baru leh fokus study...hihihi...

Tuesday, December 13, 2011

Saat-saat akhir semester yg menguji ketahanan minda pelajar UiTM seperti AKU...

Assalammualaikum semua....

sumber incik google
Sungguh sweet dan nice sangat bila di akhir-akhir semester ini di hidangkan dengan test (teori dan practikal), assignment, presentation, drama Mandarin dan final practical yg beratur terlalu panjang termasuk lah laporan kewangan persatuan yg perlu di selesaikan sebelum AGM(annual grand meeting) hari Jumaat ni...dan bertambah terasa sangat teruja bila melihat Final Exam punya jadual...memang terasa mahu peluk cium insan yg buat jadual exam paling terbaik dalam dunia tu...

7 jan clinical chemistry
8 jan parasitology
10 jan blood bank 2
11 jan virology
13 jan cytology


'Kalau korang nampak aku terbaring berdarah-darah dekat bawah tu..korang jangan lah tanya kenapa..'kata aku sambil menunjuk jalan raya dari tingkat 4 rumah kitorang ni dekat member-member...hihih..

Walaupun terasa cukup tertekan sekarang dan kehidupan aku sudah mula kelam kelibut tapi aku masih ada iman di dada yg mengawal aku dari melakukan sesuatu di luar batasan...haish..kenapa lah agak nya pihak UiTM buat jadual yg boleh membunuh pelajar-pelajar???!!!adakah semua orang punya jadual serupa dengan aku punya???kalau ada yg tak tahu jadual final exam baik check cepat-cepat sekarang dekat student portal..leh compare dengan aku nye..mana tahu UiTM nak boikot kelas aku je ke...muahahaha...

Malam ni kene pulun banyak benda seh...nak kena hafal 4 essei untuk oral Mandarin dan study untuk test Virology...tidak ketinggalan juga menyelesaikan sikit-sikit kewangan persatuan...memang terasa bertapa sweet nye hari-hari yg mendatang...

Nota dari hati: Semoga aku dapat bahagikan masa sebaiknya untuk pembelajaran dan bersama ayah di PPUM...

Sunday, December 11, 2011

Bahaya mempunyai perasaan benci kerana boleh memakan diri....

Assalammualaikum semua...

'Aku benci gila tahap dewa la dengan dia tu...menyampah sangat-sangat laaa...bla..bla....'

'Jangan benci-benci nanti jadi suka....'

Setiap kali kita meluahkan rasa benci pasti ada insan yg akan mengingatkan kita dengan ayat seperti di atas walaupun kita sebenarnye sedar hakikat tersebut dan kita pasti akan membalas..

'Argh..tidak mungkin la...mustahil dari benci boleh jadi suka..'

Selagi tidak kena dekat batang hidung sendiri selagi tu lah kita tak kan pernah sedar...semakin aku membesar semakin aku sedar hakikat kebenaran kata-kata tersebut sebab aku sudah mula menyukai sesuatu yg teramat aku benci dulu dan sekarang aku terasa terseksa sebab menyukai dia yg teramatlah nipis peluang(mungkin tak de peluang pun) untuk memilikinya...
sumber incik google...

So nasihat untuk diri aku dan kamu semua...


"Cintailah kekasihmu atau seseorang itu sekadarnye 
kerana suatu hari nanti dia akan menjadi orang yang paling kamu benci dan 
Bencilah seseorang itu sekadarnye 
kerana suatu hari nanti dia akan menjadi orang yang paling kamu sayang"

Ya Allah..berikan lah petunjuk sama ada perasaan ini anugerah dari Mu atau mainan syaitan semata-mata...semoga aku tidak tersalah dalam memilih cinta..sesungguhnya CINTA ALLAH adalah CINTA paling agung..

Nota dari hati: Kalau ada jodoh tak ke mana....berlarilah sejauh mana pun...berpisah la seberapa lama pun..InsyaAllah bertemu juga jodohnya satu hari nanti...



Wednesday, December 7, 2011

kehilangan wang di Surau selepas ber'TUTTI FRUTTI'...

Assalammualaikum semua....

Kes rompak, samun, ragut, curi dan yg sewaktu dengan nya semakin berleluasa sekarang ni...adakah disebabkan desakan hidup atau pun memang menjadi satu hobi????!!!

Apa yg ingin di kongsikan di sini bukan lah dari pengalaman aku tetapi dari Nabilah yg baru je berlaku tak sampai 24jam yg lalu...selepas selesai solat Maghrib di Giant Setia Alam, kitorang terus menuju ke tingkat atas...tidak sampai sejam baru dia sedar yg dia terlupa di mana kedudukan purse dia tu..tempat yg di tuju adalah surau sebab di situ je persinggahan yg berlaku...sungguh teruja bila melihat purse terletak elok di tempat yg kitorang duduk tadi tapi malang nya semua duit kertas didalam nya telah hilang..walaupun kesilapan datang dari diri dia kerana lalai atau pun leka dengan keselamatan harta sendiri(purse) tetapi bukan itu point yg ingin aku kupaskan(cewahhh).... 

Kenapa kes-kes negatif seperti itu masih boleh terjadi di surau atau pun masjid???adakah memang niat masuk surau itu untuk mencuri????macam mana seorang manusia itu tergamak untuk mengambil harta orang lain sedangkan niat ketika masuk ke surau itu untuk menunaikan solat(kalau niat nak solat la)...situasi nya mungkin seperti ini..semasa melangkah ke surau itu, dia memang membawa niat untuk solat tetapi bila terpandangkan 'rezeki' depan mata..terus dia lupa niat asal dia tu disebabka bisikan syaitan yg kuat di telinga maka dia terus menyambar 'rezeki' tersebut...erm...dari niat untuk membuat kebaikan terus bertukar kepada kejahatan...bak kata Nabilah..'JANGAN MENCAMPUR ADUK KAN KEBAIKAN DAN KEJAHATAN...'

Cuba kita belajar untuk menghormati harta orang lain walau di mana pun kita berada...kalau rasa yg harta tersebut bukan kepunyaan kita, biarkan je lah ia di situ sebab berkemungkina besar untuk si empunya diri itu mencari barang tersebut...lagi pun tidak rasa berdosa dan bersalah ke bila mengambil harta yg bukan hak kita????kalau hati dah gelap memang lah tak rasa apa pun...jangan cari jalan mudah nak senang...banyak lagi cara halal lain untuk mencari rezeki...

aku semangat HARIMAU MUDA secara am nya..semangat BADDROL BAKHTIAR secara khas nya..
Nota dari hati: Nasib baik Nabilah dah belanja kitorang Tutti Frutti dulu sebelum berlaku kehilangan..Terima kasih...

Barang baik dari ladang untuk di jual...

*sticky post...scroll down untuk new entry..

Assalammualaikum semua....

Mari-mari semua datang dekat-dekat....jom tengok sini ada barang baik punya...rugi ma kalau takat tengok-tengok aja pastu pegang-pegang....apa kata beli  lah walau sepasang dua..kalau tak nak beli untuk diri sendiri pun cer cuba belikan untuk mak ke adik ke jiran ke anak ketua kampung ke sesiapa aje lah....lalalalala~

Untuk pengetahuan korang semua, ini barang bukan aku yg punya...aku cuma membantu Anis membuat PRE-LOVED SHOES...dia dah buat entry pasal pre-loved dekat blog dia tapi tak berapa memberangsangkan...kalau dia macam Irene mmg tak sampai berapa jam je dah habis terjual..hahaha....so dia mintak la bantuan blog ini walaupun sebenarnye tidak siapa yg sedar kewujudan blog ni kan...mana lah tahu ada rezeki kan...



brand: lavender (5 inch)
price bought: RM129
price sold: RM 70 (include postage)
fit size 7



brand: opera (4 inch)
price bought: RM 50
price sold: RM25 (include postage)
fit size 6 only



brand: vincci (5 inch)
price bought: RM75
price sold: RM 45 (include postage)
fit size 7 and 8
Kesemua kasut di atas hanya digunakan kurang dari 5kali...disebabkan tidak ada event yg sesuai untuk menggayakan kasut-kasut tu semua maka lebih baik jual dari biar terperuk dalam kotak...betol tak kawan-kawan???..hikhik....

Sebarang tempahan, pertanyaan atau keraguaan boleh tinggalkan komen di bawah...harap nya adalah insan yg sudi membeli ye...

Nota dari hati: Beli jgn tak beli tau...

Sunday, December 4, 2011

Perbezaan zaman kanak-kanak era bawah 90-an dan kanak-kanak zaman kini....

Assalammualaikum semua...

Sedar tak sedar kita dah menghampiri tahun 2012 dan bermakna umur aku juga bakal meningkat kepada 22(nasib baik aku lahir bulan 6)..erm..bila di kenangkan balik bererti sudah berpuluh tahun aku meninggalkan zaman kanak-kanak yg penuh dengan keceriaan kerana aku sendiri tidak mengenal erti duka pada ketika itu...dalam fikiran aku sebagai kanak-kanak pada masa tu hanyalah main, main dan main...semuanya berunsur keseronokkan semata-mata...

Bila aku membandingkan zaman kanak-kanak aku dulu dengan kanak-kanak sekarang banyak perbezaan yg aku nampak dari segi pergaulan, permainan, pemikiran, dan macam-macam lagi....

Budak-budak sekarang walaupun baru berusia 5 tahun sudah tahu apa itu CINTA, COUPLE dan KAHWIN...jadi tak mustahil la kenapa sekarang ni macam-macam masalah sosial yg berlaku walaupun di kalangan kanak-kanak berusia 5-12 tahun(remaja tak payah cerita la..dah makin parah)...semua ini boleh di lihat di laman-laman sosial atau pun web-web di mana mereka ini pandai mengeluarkan kata-kata cinta dan gambar-gambar berani melakukan hubungan terlarang..semakin maju nya sesuatu zaman semakin meningkat nya masalah sosial...agak-agak hipotesis aku ni di terima tak???

Aku rindu hendak melihat kembali permainan tradisional yg aku main dulu-dulu di mainkan semula oleh kanak-kanak zaman sekarang...zaman dulu aku punya la semangat nak pergi sekolah awal sebab nak main dengan kawan-kawan punya pasal tapi bukan main PSP, iPad, iPhone, Galaxy Tab la macam budak-budak sekarang....budak sekarang pergi sekolah FB, balik sekolah pun FB juga...memang betol-betol advance lah dorang ni....kita dulu main permainan yg berasaskan alam je macam:
  • Konda-kondi
  • Rebut tiang
  • Lubang tikus
  • Guli
  • Tutup botol(ceper)
  • Batu seremban
  • Baling selipar
  • Galah panjang
  • Gasing
  • Dam
  • Congkak
  • Wau / layang-layang
  • dll.....
ini congkak ye kawan-kawan..

Fuuhhh..penat rasanya kalau nak senaraikan semua permainan yg pernah aku main dulu...rasanya tak kan cukup la 3helai kertas A4 pun...korang tahu tak cara nak main game kat atas tu????jangan kata korang tak pernah main...kalau rasa nak main boleh ajak aku sebab aku agak hebat dalam permainan tradisional ni(ayat belagak hendak mintak kaki)....muahahaha...

Nota dari hati: Aku akan pastikan anak-anak sedara aku reti main game tu semua...lepas ni PSP, PS2, laptop dan henpon akan di kuarantin dari budak-budak tu semua...lalalalala~

Saturday, December 3, 2011

Sungguh seronok dapat berPIZZA di akhir-akhir semester ni.....

Assalammualaikum semua....

Pulun punya pulun tapi still tak dapat idea nak menulis..walaupun banyak cara mudah nak memastikan entry sentiasa terhasil setiap saat macam copy paste gosip-gosip hangat pasal artis, atlet, politik yg mana semua orang duk canang ke sana ke mari tapi itu semua bukan cara aku....buat apa nak sebar keburukkan orang lain kalau kita sendiri tak tahu kebenarannya...

Disebabkan akal dah mati kering berfikir hendak menulis entry baru kali ni so aku telah memutuskan untuk berkongsi kegembiraan makan PIZZA di SETIA ALAM malam tadi...walaupun aku tahu semua orang pernah makan pizza tapi aku dengan senang hati nya hendak bagi tahu satu dunia yg aku makan PIZZA bersama-sama AIN, AZRA, ANIS dan NABILAH sempena celebrate BIRTHDAY NABILAH yg ke 21 pada hari ini(3 Dis 2011) dan telah di tanggung hampir 1/4 oleh AZRA.....dan yg paling mengagumkan harga makanan kitorang semalam adalah RM 175.50..tak pernah-pernah kitorang makan besar macam tu..dah akhir-akhir sem ni boleh pula kitorang boros macam tu...memang sempit la lepas ni..

belek-belek menu...

cheese bite pizza and arrabiata pennei...

aroma thai and cheese baked rice...

birthday girl..

seminggu kitorang tak makan...
Nota dari hati: Habis bertambah comel la aku....

Tuesday, November 29, 2011

Sungguh menyampah bila terpandang surat CINTA yg terpampang indah itu...

Assalammualaikum semua....

Terukir senyuman manis di bibir ini saat terpandang surat CINTA di cermin hadapan Sang Kancil walaupun sebenarnya macam terasa nak maki hamun aje tapi nasib baik mampu di tahan di dalam hati.....nampak tak bertapa penyabar nye aku mengawal perasaan???hahahaha...

Orang lain pasti gembira jika dapat surat cinta sampai berguling-guling sejauh 10km dan sentiasa tersenyum lebar tapi aku bukan macam tu...aku memang pantang sungguh kalau dapat surat CINTA lagi-lagi kalau dari POLIS BANTUAN UiTM (pak guard)...arghhh...aku memang tak puas hati betol lah...kekadang aku pelik apsal la aku saja yg dapat surat CINTA pada hal kereta lain pun buat kesalahan yg sama...kalau pak guard nak ngorat aku pun agak-agak la....terus terang saja lah..tak pun letak je nombor telefon...aku tak layan la surat-surat CINTA ni..kata zaman dah maju dan serba canggih...gunakan je la teknologi yg ada....lalalalalala~

Belum pun habis semester aku dah dapat 3 surat CINTA...jangan harap lah aku nak bayar sebab hati aku belum terbuka lagi nak bayar....daripada aku menghabiskan duit membayar saman lebih baik aku makan sepuas hati....hahaha....

rajin kan pak guard ni menulis saman banyak-banyak..buat bazir kertas dan dakwat pen je...


Nota dari hati: Tak baik kan pak guard tu saman-saman pelajar..tak tahu ke kitorang ni tak berapa nak kaya...haish....


Monday, November 28, 2011

Abang dah sudah selamat..lepas ni giliran siapa pula kahwin agak nye??!!

Assalammualaikum semua...

Penat lelah ketika kenduri kahwin abang hari Sabtu (26 nov) masih terasa sampai sekarang...syukur Alhamdulillah sebab semuanya berjalan dengan lancar walaupun pelbagai dugaan telah di lalui....terima kasih yg tak terhingga kepada semua terutamanya Anis sebab sudi ikut aku balik rumah membantu apa yg patut dan juga sekalung terima kasih juga untuk bakal kakak ipar aku..hihih...serius mereka memang sangat ringan tulang dan pandai bawa diri dalam keluarga aku tu...you are the best friend ever Anis....love u lah...hehehe....

Dedikasi khas untuk Abg Qoie dan Kak Aini yg telah menjadi suami isteri hampir dua minggu....

Semoga perhubungan yg suci ini akan kekal sampai ke akhir hayat..tak mau gaduh-gaduh tau..kalau takat gaduh manja tu kira halal la ye..hihi...apa yg penting dalam perhubungan adalah tolak ansur dan persefahaman(ayat macam orang dah de pengalaman..lalalalala)....jangan lupa untuk bagi anak sedara yg comel-comel tau....terasa excited nak dapat anak buah baru...hikhik...

berpanas menjadi penyambut tetamu...

terbaik wo adik aku snap...tak sedar wei...

anis dengan bakal kakal ipar aku..hikhik

comel nye aku dari pengantin tu..hihi

classmate yg sudi datang... 
my family without my parents...=(

cantik tak pelamin????hasil kreativiti kitorang tau....

Itu aja gambar yg mampu aku share untuk tatapan korang..nak gi buat report ni...esok nak kena hantar 2 report ye....daaaa~

Nota dari hati: Saya sayang family saya...


Wednesday, November 23, 2011

Ada ke Chicken Department dekat Jusco???!!

Assalammualaikum semua...

Seronok betol dapat membeli belah di Jusco Bukit Raja tadi..mentang-mentang lah tengah Year End Sale ini..memang beronok-ronok lah keluarkan duit sesedap rasa(naseb baik gune duit my mom..hihih)...bukan nak bercerita tentang barang-barang yg telah aku beli tapi hendak cerita satu situasi lawak yg berlaku tadi(bagi aku lawak tapi tak tahu la kalau korang)...

Di kaunter pembayaran...

Aku : Akak, dekat mana nak buat J-card ye???(selama ni guna kakak aku punye je)

Gadis kaunter: Dekat Kaunter Khidmat Pelanggan..

Aku: Erk...dekat mana ye kaunter tu kak??

Gadis kaunter: Dekat tingkat atas..

Aku: Ok...tapi dekat bahagian mana tu??

Gadis kaunter: Dekat sebelah kiri kat Chicken Department..

Aku : (Tidak memberi sebarang respon melainkan raut muka pelik..sejak bila pula wujudnya nye Chicken Department dekat Jusco ni..)

Gadis kaunter: (Membalas pandangan aku dengan muka yg membawa maksud sama ada aku ni paham atau pun tidak dengan penerangan dia)

Aku: Oh oke...terima kasih(aku rasa aku tahu yg di maksudkan sebenarnya KITCHEN DEPARTMENT walaupun nmemakan masa hampir seminit untuk aku berfikir tentang CHICKEN DEPARTMENT)

Sejurus saja aku beredar dari kaunter pembayaran terus aku gelak terbahak-bahak tak hingat dunia..nak gelak depan akak tu takut akak tu berkecil hati pulak...tak baik kan nak memalukan orang lain so aku bertindak dengan baik untuk menjaga air muka akak tu(baik kan aku)...

ada nampak chicken tak???? 
disini pun tiada chicken...abes tu mana dtgnye chicken tu??!!
Korang dapat bayangkan tak kalau wujudnya nye Chicken Department dekat dalam Jusco???!!!hahahaha....(perlukan imaginasi yg tinggi)

Nota dari hati: Terima kasih akak kaunter sebab membuatkan saya gelak dengan gembiranye...hiihihi



Tuesday, November 22, 2011

Angan-angan itu pasti akan tercapai juga satu hari nanti...percayalah...

Assalammualaikum semua....

Di sana di sini masih lagi hangat memperkatakan tentang kemenangan Harimau Muda tapi aku rasa cukup lah  sudah mengulas isu 2 orang Hero Malaya dan kemenangan mereka dalam entry yg lepas-lepas...walau macam mana pun rasa bangga dan sokongan dalam diri aku ini terhadap mereka tidak pernah berhenti...semoga sentiasa berjaya Harimau Malaya dan Harimau Muda..

Kau tak payah lah berangan-angan..semua itu TAK MUNGKIN jadi kenyataan...semua itu MUSTAHIL!!!

Walau mungkin ramai mengatakan impian aku adalah satu perkara yg MUSTAHIL akan terjadi tapi aku tetap percaya dan yakin pada takdir...lagi pun bukan rugi pun kalau aku nak tanam angan-angan ke semai impian ke pasang cita-cita ke apa benda sekalipun sebab semua perkara itu bukan perlukan modal atau pun bajet yg tinggi..yg diperlukan cuma hati, otak, akal, jantung, limpa dan seluruh diri aku sendiri mungkin juga bantuan dari insan sekililing aku...

Lagi pun, tanpa impian, angan-angan, harapan dan cita-cita ibarat hidup yg tiada arah tujuan...ibarat layang-layang yg tiada tali...ibarat tak makan dan minum selama seminggu..sekurang-kurangnya bila kita ada keinginan, kita tahu apa yg kita ingin capai dalam hidup ini...barulah ada garis panduan dalam hidup ini...tak de lah hidup macam orang hilang arah pedoman sampai tak tahu nak buat apa dalam dunia ni pada hal kalau kita senaraikan IMPIAN kita mesti melebihi 1000 muka surat...tidak kisah la kalau pun mungkin impian kita tu macam sengal-sengal je seperti KEINGINAN UNTUK PANJAT POKOK KELAPA....

Bila kita ada satu keinginan macam nak panjat pokok kelapa tu, kita mestilah kena berusaha untuk mempelajari teknik dan taktik untuk menawan pokok kelapa tersebut...kalau kita takat duduk bawah pokok kelapa sambil menatap hening pokok kelapa yg melambai-lambai ke kiri ke kanan, korang jangan harap lah yg tiba-tiba korang boleh berada di atas...lain lah kalau ada bunian tolong letak korang dekat atas pokok kelapa tu....
angan-angan aku setinggi awan..
Aku percaya kalau ANGAN-ANGAN yg disertakan dengan USAHA ditambahkan lagi dengan DOA, InsyaAllah ia akan membuahkan hasil...walaupun mungkin lambat tapi jangan sesekali mengalah...berusaha dan teruslah berusaha...aku tidak tahu kenapa aku terlampau yakin terhadap satu-satunya IMPIAN(mungkin juga angan-angan atau pun cita-cita..aku sendiri tak tahu apa perbezaan antara semua benda tu..hehe) aku yg orang kata luar alam dan aku sendiri terasa memang betol-betol luar alam dan mungkin dah sampai planet mana aku pun tak tahu..harapnya ia bukan lah hanya sekadar MIMPI di siang hari...

Nota dari hati: Malu untuk aku menyatakan tentang impian luar alam aku tu..hihi..

Baddrol Bakhtiar dan Khairul Fahmi Che Mat hero di hati semua rakyat Malaysia....

Assalammualaikum semua..

Dengan ini di umumkan esok CUTI PERISTIWA di atas kemenangan HARIMAU MUDA membenam Garuda di sarang Garuda sendiri...

Ye....ye.....esok cuti..tak payah pergi kelas...seronok nye...boleh raikan kemenangan Malaysia puas-puas malam ni..lalalala~

Aduh...semua itu hanya angan semata-mata...kemenangan Malaysia tidak memberi sebarang perubahan pun tehadap hati para lecturer untuk membatalkan kelas pada esok hari...tidak tahu ke wahai lecturer semua yg kami semua ini sudah kepenatan bersorak dan menjerit ibarat kami lah yg bertungkus lumus mengejar bola dan berguling-guling di padang tadi????...dapat bayangkan tak macam mana semangat nya kitorang menjerit-jerit???!!!

Nampaknya memang sudah rezeki Malaysia untuk membawa pulang Mother of the Gold pada Sukan Sea kali  ke 26 ini ...TAHNIAH yg tidak terhingga kepada semua pemain dan jurulatih yg telah bertungkus lumus terutama kepada BADDROL BAKHTIAR dan KHAIRUL FAHMI CHE MAT yg menjadi HERO MALAYA....Tahniah sekali lagi....

MALAYSIA 1-1 INDONESIA (PENALTI 4-3)

Kalah menang adat pertandingan..kepada Indonesia, Tahniah juga diucapkan...anda juga tidak kurang hebatnya tapi rezeki Allah lebih memihak kepada Malaysia...Tanah Tumpah Airku...





Nota dari hati: Agak-agak kalau aku ajak Baddrol Bakhtiar keluar dating, dia setuju tak????

Saturday, November 19, 2011

Perasaan benci yg menjerat diri...

Asaalammualaikum semua...

Kenapa aku benci dia???bukan dia buat salah dekat aku pun..bukan dia mengganggu hidup aku pun..bukan dia menyakitkan hati aku pun...yeee...memang dia tak menyakitkan hati aku (kadang-kadang dia sakitkan hati aku gak)secara direct tp dia memang berjaya menyakitkan hati aku sebab telah membuatkan orang yg rapat dengan aku menderita, menitis kan air mata...aku tak suka orang yg menyakitkan orang yg aku sayang....


Apa hak aku nak membenci padahal orang yg disakiti tu rilek je???aku ada hak sebagai orang paling rapat dengan dia, yg sentiasa melihat penderitaan dia lepas kau sakitkan hati dia...kadang-kadang timbul juga perasaan marah terhadap dia sebab dia 'bodoh' masih membutakan hati terhadap apa yg telah kau lakukan..engkau tak nampak semua tu sebab kau buat semua tu untuk kepentingan kau sendiri tanpa pikirkan perasaan orang lain..aku benci manusia yg pentingkan diri...

Aku bukan manusia yg mudah membenci orang sebab aku berpegang kepada prinsip 'KAU TAK LAYAK NAK MEMBENCI ORANG LAIN SEBAB KAU PUN BUKANNYA PERFECT!!!'...so sekarang ini aku terasa amat berdosa sebab mempunyai perasaan negatif macam tu...aku tak patut nak membenci dia sampai kadang-kadang bila pandang dia pun rasa geram je...aku tahu perasaan aku ni salah dan teramatlah kejam ibarat menghukum dia dengan perasaan aku ni tanpa sebarang bicara..

Macam mana aku nak buang perasaan negatif ini??aku tak suka ia wujud dalam diri aku sebab ia membebankan aku...aku tak suka rasa bersalah sentiasa mengikut aku....please give me a solution....

Nota dari hati: Tidak semua yg kita inginkan bakal menjadi hak kita...belajarlah menerima kehilangan..




Thursday, November 17, 2011

Keingginan untuk menjadi awek BADDROL BAKHTIAR...

Assalammualaikum semua..

'Wei Anis....macam mana aku nak jadi awek Baddrol Bakhtiar ni..'

'Memang aku tahu cara nya Hana...'dengan nada sinis..

'Alaaa...kalau aku jadi awek dia mesti aku femes amous macam D**lia dengan *lia tu..naik mencanang-canang aku punya traffik blog...terbaik kau tahu....hahahaha....'

Sembang-sembang berbentuk gurauan selepas kemenangan Malaysia ke atas Indonesia..walaupun yg menjaringkan gol adalah Syahrul Azwari tapi kesetiaan aku terhadap Kapten Harimau Muda, Baddrol Bakhtiar  masih kekal kukuh lagi(mesti ada yg rasa macam nak baling kerusi ke arah aku je kan)..muahahaha....sungguh tinggi cita-cita aku kan untuk menjadi awek dia...hihi...

Secara jujurnya aku tengok bola bukan sebab pemainnya tapi disebabkan aku memang minat SUKAN ye dan kalau pemainnya handsome, itu mungkin satu bonus untuk aku lebih bersemangat menonton sukan tersebut(dah nama pun perempuan kan)..
Ehem..ehem...kalau takat nak mengarut macam ni aku pandai la tapi kalau nak suruh aku ulas pasal match tadi memang aku terkaku la...tapi keseluruhan nya Team Harimau Muda bermain dengan agak baik dan  hendaklah dipertingkatkan prestasi untuk menentang Myanmar nanti...walau macam mana pun tahniah Harimau Muda kerana berjaya membaham Garuda yg terbang tidak terlalu tinggi...
incik google..


MALAYSIA 1-0 INDONESIA
SITI NURHALIZA 1-0 KRISDAYANTI
MAJIKAN 1-0 BIBIK

Nota dari hati: Dibuatnye betol-betol Baddrol Bakhtiar minta kapel dekat aku..huwaaaaa...mahu menangis aku...lalalalalala~

awak..awak nak tahu result UPSR titew tak??!!!

Assalammualaikum semua..

Titew dah check result UPSR titew...hihi..gembira betol titew rasa sebab dapat banggakan mak bapak titew...dorang happy betol dan janji nak belikan titew iPad yg titew nanti-nantikan..awak de dapat ke iPad dari parents awak??tak de kan...titew je dapat tau..jangan jeles...hihii...
ini result UPSR titew...

Pastu kan...cikgu-cikgu semua puji titew sebab jadi pelajar cemerlang....nanti masa Hari Anugerah Kecemerlangan dekat sekolah titew meh la datang tengok titew dapat hadiah banyak-banyak..seronok nye..tak sabar rasanya...ini la untungnya jadi pelajar pandai macam titew...itu lah awak..dulu mak ayah awak suruh study malas, yg pergi main lumpur selalu buat apa...kan dapat result corot...hahaha(gelak jahat)....padan muka...padan muka..padan muka...

Titew dah isi borang nak masuk Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dengan MRSM...titew tak main la nak sekolah dekat sekolah-sekolah biasa sebelah rumah tu walaupun titew duduk rumah banglo 5 tingkat kan..tak ada class tau...ye la kan...cikgu-cikgu titew kata...budak pandai mesti sekolah dekat sekolah pandai...so titew kan pandai mestilah kena sekolah dekat sekolah yg terpilih..tak gitu kew???

Ok lah..titew nak pergi celebrate kejayaan titew dengan family titew dekat Hotel 5 Stars...nak ikut titew lah tu..hihi..mana boleh ikut titew la....titew tak suka lah nak ajak awak sebab result awak corot...daaa...titew pergi dulu tau..

Nota dari hati: Jangan ada yg sakit hati ye..gurau je...aku dulu tak de ye perangai macam ni bila dapat result..haha...

Wednesday, November 16, 2011

Sila ambil perhatian kepada semua doktor atau bakal doktor...

Assalammualaikum semua..

Walaupun dalam keadaan tak berapa nak sihat, aku mampu lagi meng'online' kan diri buka FB, tulis entry tapi dalam keadaan berbaring...menyayat hati tak???sudah lah pagi ni terpaksa memontengkan diri ke lab parasitology sebab nk bangun dah tak mampu rasanya...

Ada yg suruh aku tidur dan rehat tapi aku dah tak mampu rasa nya nak tidur  sebab aku rasa kepala aku bertambah-tambah pening dan pusing kalau aku asyik tidur aja..so cara terbaik adalah layan laptop dalam keadaan berbaring atas katil la(dah bosan sangat baring je..buka laptop jap..)...nice kan???

Kalau nak kata aku demam macam tak demam pun sebab badan aku tak de la panas pun...cuma aku terasa macam nak muntah, batuk-batuk, badan rasa seram sejuk, tangan aku menggigil-gigil(aku menaip dalam keadaan menggigil tau), bila aku buka mata terasa pandangan aku berbalam-balam dan bila aku bangun nak jalan aja terasa dunia aku berputar....so apa yg mampu aku lakukan hanya lah berbaring dan tutup mata bila dah terasa tersangat sakit ini kepala...aku tertanya-tanya apa yg berlaku kepada aku ni sebab dah hampir 3 hari keadaan aku macam ni cuma kali ni macam dah teruk sangat..sebelum ni aku mampu lagi bertahan untuk ke kelas semua...nak pergi klinik terasa malas yg amat sangat so kalau ditakdirkan ada doktor atau bakal doktor yg terbaca simptom-simptom yg telah di alami oleh aku silalah bagi penjelasan ye..sudah telan panadol 2 biji pun tak jalan juga...

Oke lah..dah tak mampu nak menaip...semakin pening rasa nye bila ngadap laptop ni lama-lama...daaaa....

UPDATE: Setelah pergi ke klinik aku disahkan tidak demam, blood pressure NORMAL, blood glucose NORMAL cuma kekurangan air, kurang rehat, tidur tak cukup dan terlampau penat....so dinasihatkan untuk rehat secukupnya dan banyak kan minum air kosong lepas tu patuhi waktu makan..=D

Wordless Wednesday #13: Sembahyang lah anda sebelum anda di sembahyangkan..

Assalammualaikum semua..


Maksud Wordless Wednesday : Pada setiap hari rabu, semua blogger akan post gambar di blog mereka tanpa meletakkan sebarang penjelasan tentang gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan segalanya...

Monday, November 14, 2011

Padah kalau buat kerja last minute..sila ambil iktibar,,,

Assalammualaikum semua...


Study last minute...buat assignment last minute...basuh baju last minute...makan minum last minute...semua benda kalau boleh nak diselesaikan last minute...bagi aku kalau buat kerja last minute ni ada kebaikan dan keburukan nye yg tersendiri...kalau bab kebaikan tu memang bagus lah kan tapi kalau dah ada keburukan kenapa kita tak elakkan je kan buat kerja last minute tu???

Pada ketika ini aku terasa yg buat kerja last minute amat memberi kesan negatif walaupun sebelum ni aku rilek je layan semua benda last minute...esok ada test Parasitology dan ada assignment serta report yg perlu di hantar ditambah kan lagi dengan keadaan aku yg hampir DEMAM...satu badan terasa seram sejuk, tekak semakin sakit, kepala bertambah pening....mana satu yg perlu aku lakukan???study atau pun siapkan assignment???nasib baik report berjaya disiapkan petang tadi..haish.....
incik google

Bila keadaan tak berapa sihat, macam mana mahu menggunakan otak dengan sebaik mungkin untuk study dan siapkan assignment pada last minute macam ni????ini lah akibat kalau suka buat kerja last minute...bila ada keadaan yg tak dapat di elakkan macam ni, satu habuk pun tak leh selesai...argh....

Nota dari hati: Lepas ni kene berubah untuk siapkan kerja di awal waktu...hehe...

Saturday, November 12, 2011

Tamat lah riwayat zaman bujang seorang abang...

Assalammualaikum semua...

Menitis air mata seorang Emak saat akad nikah selesai di lafazkan menandakan bertukarnya status dari seorang bujang kepada tugas berat sebagai seorang suami tanpa kehadiran Abah yg sedang sakit di hospital....tersayat juga hati ini apabila terpandang Emak yg sedang menangis di kala itu sebab aku paham sudah semestinya Emak mengharapkan kehadiran Abah di saat anak bujang nya ini melafazkan akad untuk menggalas tanggungjawab sebagai suami.....walaupun sebak  mengenangkan majlis ini tanpa kehadiran seorang ayah tapi aku hanya mampu menahan sayu di dalam hati...

Congrats big bro dapat lafazkan dengan hanya sekali lafaz walaupun dia punya debaran macam rasa nak pecah je jantung kan..jelas terpancar riak cuak tu di saat kau pegang tangan tok kadi tu...kalau ikut hati aku yg agak nakal ni, nak je aku gelak guling-guling dekat situ juga...hahahaha....tapi bila dah selesai majlis bukan main belagak lagi ye kau..haish...

Ingat ye abang ku tersayang apa yg kau dengar ketika khutbah nikah dibacakan tadi...walaupun mungkin ketika tu kau tak dapat nak fokus sebab terlampau berdebar tapi aku berharap kau dapat jadi seorang suami dan anak yg terbaik...kalau nak nasihat lebih-lebih pasal perkahwinan ni, aku bukan nak reti sangat sebab orang tak de pengalaman kan....walau macam mane pun, semoga berbahagia sampai ke akhir hayat dan semoga perkahwinan ini di redhai Allah...ameen...

Nota dari hati: Kalau pun kau dah kawen, jangan lupa tuk sentiasa 'payung' aku ketika guruh, petir, hujan, ribut, taufan semua ye...heheheh

Wednesday, November 9, 2011

Aku tak nak telan ataupun luah...aku hanya nak kemam je sampai bila-bila..

Assalammualaikum semua...

Sungguh sukar hendak buat keputusan dalam keadaan yg terdesak, kelam kabut dan penuh dengan tekanan...dalam keadaan macam tu otak kena memainkan peranan yg pantas untuk membuat pertimbangan agar tidak tersilap percaturan..lagi-lagi bila keadaan melibatkan dua pihak yg lain dan aku terpaksa untuk membuat pilihan...bak kata pepatah 'DI TELAN MATI EMAK, DI LUAH MATI BAPAK'...kalau dah susah-susah sangat lebih baik aku kemam aje...boleh kan macam tu???
incik google

Huhhh(tak baik mengeluh)...dalam hati aku ni ada perasaan bersalah yg teramat sangat sebab buat macam tu tapi aku lakukan semua tu terbaik untuk dirinya...walaupun aku tahu dia teramat marah dengan aku...sungguh serabut rasa nya otak aku kali ni..tarik nafas, lepas...tarik nafas, lepas...tarik nafas, lepas...rasa lapang sikit minda aku ni..

Nota dari hati: Aku hanya mampu doakan yg terbaik dan berharap dapat menghadapinya dengan tabah...

Tuesday, November 8, 2011

Apa perkara paling bodoh yg pernah anda lakukan???

Assalammualaikum semua..

incik google


Apa perkara paling bodoh yg pernah anda lakukan??sampai sekarang ni aku duk terpikir apa la benda bodoh yg pernah aku buat selama 21 tahun aku hidup kat dunia ni..*ni semua gara-gara mendengar Hot fm Am krew hari Jumaat lepas la(kalau tak silap)..

Masa aku dengar tu memang rasa macam nak gelak guling-guling sebab serius memang lawak tak hingat...ada yg cerita pasal lari sejauh 2km sambil berbogel, pastu ada pula yg memotong kemaluan dengan gunting sebab nak sangat sunat dan macam-macam lagi la(tak bape ingat kalau nak senaraikan semua)....hahah...itu semua memang bodoh habis la...tapi itu lah kenangan kan walaupun lawak dan serius memalukan...hahah..

Seingat aku selama aku hidup tak pernah aku buat perkara-perkara di luar alam sampai boleh memberi aib kepada diri sendiri...syukur sangat la..kalau tak mesti aku dah kena bahan dengan semua kaum kerabat aku...cop!!kalau takat nakal dekat sekolah lepas tu kena denda basuh toilet,kutip sampah itu semua tak de lah bodoh sangat kan???standard la kan budak sekolah macam aku ni..mana boleh nak jadi skema parok...kalau tak kena denda dalam seminggu memang tak sah...hahaha...

Sekarang ni aku nak share satu cerita pasal adik bongsu aku yg selalu sangat buat sesuatu perkara tanpa berfikir...

Masa itu umur dia dalam lingkungan 5 atau 6 tahun...pada satu hari aku bawak dia pergi pantai naik motor..kitorang tak pakai helmet pun sebab pantai tu dekat sangat dengan rumah(pantai BNO..ada sesiapa tahu??)...so dia pun excited la pakai topi yg macam ala-ala pelancong tu kat pantai...dalam perjalanan nak balik dari pantai tu dia masih lagi pakai topi tu walaupun kebarangkalian untuk topi tu terbang amat lah tinggi(topi tu kan ringan dan mampu di terbangkan oleh angin)...entah macam mana tiba-tiba topi yg dia pakai tu diterbangkan oleh angin dan terjatuh lah topi tu atas jalan raya...belum sempat pun aku berhenti di tepi jalan untuk mengambil kembali topi tu tiba-tiba aku di kejutkan dengan tindakan adik aku yg melompat dari motor yg masih bergerak dengan tiba-tiba...apa lagi, terbaringlah dia dekat atas jalan raya dengan aksi ala-ala superwoman....nasib baik la tak de kereta dekat belakang kitorang...kalau tidak memang dah kena langgar la adik aku tu...haish...nak tahu apa jawapan bila aku tanyakan pasal tindakan dia tu???

'Aku nak selamatkan topi tu..nanti kena langgar..'

Aku rasa nak terajang je dengar jawapan dia tu..mentang-mentang la topi baru tapi beragak la sikit sampai nk korban kan nyawa sendiri..nasib lah dia budak-budak yg tak berapa nak berakal lagi...tapi aku rasa sampai sekarang pun macam tak berapa nak berakal juga je walaupun dah 15 tahun....mungkin sebab bongsu kot...hahaha...

Nota dari hati: Share lah apa perkara bodoh yg pernah korang buat...leh gelak sama-sama..huhu..

Thursday, November 3, 2011

Berusaha untuk tersenyum di sebalik penderitaan...

Assalammualaikum semua...

Memang mudah nak memberi nasihat atau kata-kata semangat di atas kesusahan dan penderitaan orang lain tapi untuk menghadam kata-kata tersebut dalam hati dan jiwa ini bukan lah satu perkara yg mudah...setakat nak keluarkan kata-kata kan memang mudah sebab lidah tu tak bertulang...apa yg aku perlu adalah fikiran yg positif untuk sentiasa menerima setiap yg berlaku dengan redha...

Aku bukan nak memboikot atau tak menghargai setiap kata-kata semangat yg telah di berikan kepada aku..secara jujurnya aku amat berterima kasih dan terlalu menghargainya sebab kata-kata itu juga lah yg memberi kekuatan kepada aku untuk terus senyum walaupun mungkin pahit pada pandangan orang lain dan aku tengah berusaha  mencuba untuk berlagak macam tiada apa yg berlaku pada saat ini...tidak patut rasanya aku mempamerkan kedukaan di wajah ku ini..biarlah ianya tersimpan kemas di dalam hati ini..selagi aku mampu untuk berpura-pura gembira mengapa tidak aku meneruskan nya saja kan..biarlah tiada siapa tahu apa yg aku rasa saat ini..

Walau pun terkadang terasa macam ingin aku luahkan semua penderitaan yg di tanggung supaya terasa ringan tetapi aku tidak mampu untuk melakukan nya...aku masih belum mampu untuk mengubah satu sikap dalam diri aku yg terlampau perahsia....aku tidak suka untuk menyusahkan orang lain untuk mendengar segala luahan aku walaupun aku tahu sahabat-sahabat aku sentiasa bersedia untuk membantu aku, mendengar rasa hati dan meminjam kan bahu untuk aku mengadu..mereka memang sentiasa bersedia cuma aku saja yg belum bersedia untuk bercerita....

Selagi aku mampu tahan maka aku akan sentiasa bertahan...selagi aku mampu tanggung maka aku terus menanggung...jadi tak perlu risau dengan keadaan aku..aku akan sentiasa berusaha untuk menjadi lebih tabah walaupun terkadang aku sendiri terasa hampir tersungkur..



Nota dari hati: I know there still have a hope...i really believe it...