Assalammualaikum semua...
Tahun 2011 semakin sampai ke penghujungnya dan entry pasal azam tahun 2012 telah siap di tulis beberapa hari yg lalu...jadi pada malam yg penuh keberkatan ini, hati ini melonjak-lonjak dengan penuh keterujaan untuk menulis tentang dhia kenangan Tahun 2011...
Setelah puas aku termenung dan berfikir sambil guling-guling atas katil, dapat aku simpulkan tidak banyak kenangan manis berbanding kenangan pahit sepanjang 365 hari ini...mungkin kerana kenangan-kenangan pahit telah menutup segala baki kenangan manis yg ada dalam hidup aku...
Bersyukur sangat kepada Allah sebab masih memberi peluang kepada kami sekeluarga untuk merasa kasih seorang abah setelah kami di duga dengan pelbagai cabaran...walaupun lebih kurang 3 kali dalam keadaan yg berbeza doktor mengatakan kami bakal kehilangan abah tetapi kuasa Allah tiada siapa yg boleh halang..Alhamdulillah, Allah masih memanjangkan umur abah untuk kami terus berbakti kepada seorang abah....
'Ada ahli keluarga yg duduk jauh-jauh ke???keadaan ayah awak agak kritikal..jadi lebih baik suruh mereka semua datang melawat sebelum terlambat...boleh jadi jantung nya berhenti berdegup dalam masa sejam lagi atau pun sehari..macam mana pun kami sentiasa pantau keadaan ayah awak..'
Bila di ingat setiap kata-kata doktor tersebut mesti membuatkan hati ini rasa sayu sangat...setiap patah yg keluar dari mulut doktor ketika itu memang bikin jantung ini berdegup dengan pantas..di tambah lagi dengan keadaan abah yg di cucuk di kedua-dua belah tangan untuk di masukkan air dan antibiotik..tak cukup dekat tangan, dekat leher pun di cucuk juga...lepas tu, entah berapa banyak kali cucuk di tangan untuk ambil darah...dan paling sayu bila teringat keadaan abah yg terpaksa bernafas menggunakan mesin...pada ketika itu hanya pada Allah saja aku mohon pertolongan...
Walau macam mana pun, pada tahun 2011 juga lah aku mendapat kakak ipar baru tapi dalam keadaan yg sangat menyedihkan...sebab apa???sebab pada Majlis Pernikahan dan Majlis Resepsi di pihak perempuan, abah masih terlantar di hospital...ketika selesai abang melafazkan akad, menitis air mata emak mengenangkan abah yg di temani kakak di hospital...perasaan abang masa tu mesti teramat sedih sebab dapat dilihat dari air muka nya waktu tu...tapi abang still control macho dan mampu lagi tersenyum....argh...lelaki memang macam tu..bagi aku tidak salah pun kalau lelaki hendak menangis....
Ermmm....jika di kenangkan banyak kejadian yg berlaku sepanjang 12bulan ni tapi hanya peristiwa-peristiwa tersebut(sebenarnya banyak lagi tapi dah tak mampu nak menulis) saja yg sentiasa segar di fikiran aku sehingga kini tetapi bukan bermakna peristiwa lain aku lupakan cuma detik-detik kehilangan itu lebih memberi kesan dalam hidup aku sehingga kini...sejujurnya aku belum bersedia untuk menghadapi sebuah kehilangan walaupun di mulut sentiasa berkata redha jika sudah tersurat sebegitu...
Syukur, kini keadaan ayah bertambah baik setelah keluar dari hospital minggu lepas walaupun tidak sepenuhnya...semoga Allah mempermudahkan perjalanan hidup abah...Nana sayang abah !!!!
Nota dari hati: Semoga 2012 menjadi lebih baik dari 2011...ameen..
1 tayar bergolek:
saya pn syg ayah sy!
Post a Comment