Friday, August 24, 2012

Resepi: Shepherd Pie..

Assalammualaikum semua...

Bosan juga duduk rumah tak pergi mana-mana kan...kalau nak pergi beraya macam tak berapa nak rajin pula hari ni...tiba-tiba terasa rajin nak masak Shepherd Pie bila tengok kentang yg melambak-lambak dekat dapur tu dan aku juga terlebih rajin nak kongsi resepi Shepherd Pie yg di olah oleh aku sesedap rasa dan sesuka hati...

Bahan-bahan untuk mashed potato:

  • 10 biji kentang..nak lebih pun boleh..tak ada masalah..
  • 5 sudu butter..tak kesah jenama apa yg pasti halal..
  • 200 gram susu cair..
  • lada hitam..
  • garam...
Mula-mula rebus kentang sampai empuk..pastu buang air rebusan dan lenyek kentang tu sampai hancur..cara nak hancur kentang tu terpulang kepada kreativiti masing-masing(guna tangan pun oke..haha)...lepas tu masukkan butter, susu cair, garam, dan lada hitam..kacau semua bahan tu sampai sebati..ikut suka hati korang la nak rasa macam mana ye..kalau suka masin tambah garam lebih sikit..kalau suka lada hitam boleh masuk kan banyak-banyak..gula??!tak perlu rasanya...tips: tak perlu skema sangat nak timbang berat susu cair dan butter segala bagai..agak-agak je sudeh..gunakan lidah anda untuk merasa..kalau sedap tu kira oke la..hihi..

Bahan-bahan untuk inti:
  • 3 sudu cili kisar..kalau nak pedas letak lah banyak sikit..
  • 1 biji bawang besar potong dadu..nak potong bentuk bintang, bulan sabit pn oke je..
  • 1 peket daging kisar..tapi aku guna daging yg dah siap di potong dadu oleh mak aku..sonang cite..
  • mix vegetable..aku letak tomato sebab mak aku suka tomato..
  • garam
  • lada hitam
  • 2 sudu tepung gandum
  • minyak
  • butter
  • kalau nak letak sosej or apa-apa saje pun boleh..terpulang kepada cita rasa masing-masing..
Panaskan minyak dan butter, lepas tu masuk kan cili kisar..pastikan cili kisar tu dah betol-betol masak(makan cili tak masak nanti sakit perut wooo) baru masuk kan bawang..lepas tu masuk kan daging..selepas semua dah masak, masuk kan bancuhan tepung gandum dan kacau sampai rata..lepas tu masuk kan pula mix vege dan apa-apa saja yg korang ingin kan dan kacau sampai sebati..garam dan lada hitam secukup rasa jangan lupa pula ye..kalau rasa dah sedap boleh matikan api.. 

Shepherd Pie:

Sediakan bekas yg sesuai untuk di bakar dalam microwave..lepas tu sapu kan butter dekat dalam bekas yg ingin di gunakan(siapa sapukan butter dekat luar memang sangat tak bijak)..masuk kan inti dan rata kan dekat dasar bekas tersebut..lepas tu masuk kan pula mashed potato atas inti tadi dan rata kan serata-ratanya..taburkan cheese mozarella di atas mashed potato tersebut..kalau tak nak letak cheese, boleh guna kan kuning telur...bakar selama 40 minit ataupun sehingga kekuningan..jangan sampai hangit pula ye..


rupa je huduh sebab cheese tak rata tapi rasa sedap..

yummy.. yummy...
Selamat menjamu selera..kbai..

0 tayar bergolek: