Bosan!!!!!!!!!!!!!!hari Sabtu yg sangat sangat sangat bosan...dari bermacam-macam aktiviti yg telah di senaraikan akhirnya memasak juga menjadi pilihan...aku memasak bukan sebab rajin tapi sebab dah terlampau bosan..biasanya bila dekat rumah sewa, aktiviti memasak bukan lah satu aktiviti pilihan walaupun tengah kelaparan...aku lebih sanggup tahan lapar dari memasak..teruk betol perangai...melainkan ada taufan rajin datang menyerang..masa tu macam-macam benda nak di masak nya..
Kali ini, makaroni bakar telah terhasil akibat bosan yg sangat terlampau...jom aku kongsi resepi dan hasil makaroni bakar yg sangat mudah dan sedap..
Bahan-bahan
1 peket makaroni
1 peket daging kisar
5 sudu cili kisar
cili capsicum (potong dadu..kalau nak potong bentuk lain pun boleh..tak ada masalah)
daun sup (hiris halus-halus)
bawang goreng
telur ayam yg banyak
lada hitam
garam
Cara-cara
1. Isi kan makaroni dalam periuk yg ada air dan letak atas api...masuk garam dan minyak sedikit untuk memberi rasa dan elak kan dari makaroni melekat..
2. Selepas makaroni lembut, toskan air dan letak dalam bekas..
3. Panas kan minyak dalam kuali dan tumis cili kisar(masuk kan lebih kalau suka pedas) sehingga masak..
4. Masuk kan daging kisar ke dalam tumisan tadi dan campurkan juga pati sedap rasa, garam, lada hitam mengikut rasa lidah masing-masing...tunggu sehingga masak..kalau nak letak sosej, bebola atau apa-apa saja pun boleh aje..
5. Campurkan daging kisar yg siap di tumis bersama dengan makaroni yg dalam bekas tadi..
6. Cili capsicum, bawang goreng dan daun sup di gaul sehingga sebati bersama dengan daging kisar dan makaroni...
7. Tambah garam dan lada hitam mengikut cita rasa masing-masing..
8. Pukul telur sehingga kembang...
9. Sapu sedikit butter di sekiling loyang..
10. Campuran makaroni, daging kisar dan segala benda alah tu ke dalam loyang yg telah di sapu dengan butter..
11. Tuang telur yg telah di pukul ke dalam loyang tadi..pastikan telur itu betol-betol menutupi makaroni untuk mengelakkan keras..aku guna 10 biji telur tapi masih tak berjaya untuk menutupi makaroni dan aku teruskan juga bakar sebab stok telur dah habis...hentam saja la..hahaha..
12. Bakar dalam microwave sehingga kekuningan...
13. Hidang kan dan sedia untuk di makan..
sedia untuk di bakar...ini makaroni yg tidak di tutup telur dengan sempurna.. |
bahagian atas yg keras hasil dari telur yg tidak mencukupi.. |
Makaroni bakar... |
Nota dari hati: Nasib baik ada orang sudi bagi pinjam microwave..
2 tayar bergolek:
salam,
rasanya macam ni lagi sedap dari masakan gorreng biasa.hehe
microwave tu bkn free taw...sewa kan...
Post a Comment