Friday, October 19, 2012

Resepi super mudah: Roti telur lada hitam..

Assalammualaikum semua...

Di pagi yg mulia ini(Jumaat), aku dengan berbesar hati ingin berkongsi satu resepi yg sangat mudah setelah lama menyepikan diri...aku yakin anak sedara aku yg 5 tahun tu pun tahu masak benda ni...kalau korang tak tahu jangan malu jangan segan ataupun menangis beria-ria macam orang mati laki/bini..aku sudi nak ajar...meh sini duk rapat-rapat(bukan muhrim jauh sikit yeee), intai cara buat roti telur lada hitam..

Bahan-bahan
2 biji telur (cukup untuk 6 keping roti)
Roti hiris (tak kesah jenama apa pun..yg pnting halal)
Lada hitam
Minyak masak
Kuali
Mangkuk
Sudu/garfu
bahan-bahan diperlukan

Cara-cara memasak
1- Pecah kan telur dan masuk kan hanya kuning dan putih telur saja ke dalam mangkuk..kulit telur masuk kan dalam tong sampah ye...mangkuk terpulang kepada korang sama ada nak guna mangkuk warna oren, pink, biru, hijau ataupun mangkuk hayun..janji nama nya mangkuk..
2- Lepas itu, taburkan lada hitam secukup rasa ikut lidah masing-masing..kalau ada mayonis boleh juga campur sekali..lada hitam yg aku gunakan memang dah ada garam so tak payah nak letak garam lagi..nanti masin sangat tak pasal-pasal kena darah tinggi pula...pukul campuran tersebut sampai kembang mekar..

hasil nya setelah di pukul sehabis daya...
3- Panaskan kuali di bawah matahari di atas dapur dan tuang minyak petrol  masak..celupkan roti ke dalam telur dan sedia untuk di masak..selepas roti kelihatan keemasan, cepat-cepat angkat roti tersebut dan letak ke atas pinggan...ulang langkah ini sampai habes telur di dalam mangkuk....


begini lah cara mencelup..
4- Potong roti yg sudah siap di masak kecil-kecil supaya kelihatan banyak dan juga boleh makan dengan sos jika berminat..
tadaaaa...dah siap pun..
Sila lah cuba resepi mudah ini dan semoga berjaya..selamat menjamu selera bersama orang tersayang...

Nota dari hati: Bila lah nak update cerita aku pergi Langkawi dan Legoland hari tu...tak rajin nyaaaa....

3 tayar bergolek:

Mohamadazhan.com said... [Reply to comment]

salam

zaman study selalu makan mcm ni, kononya tambah tenaga.hehe. kuat sikit belajar.hehe

dhiera zainudin said... [Reply to comment]

hahaha... klo sy, roti ni makan dengan gula.
dah pegi legoland?? terbaek laa

Anonymous said... [Reply to comment]

gantikan susu pekat xpon cair dgn lada hitam tu pon sodap