Friday, January 15, 2016

Review: OhMostWanted Look Faoundation

Assalammualaikum semua..

Pernah dengar OhMostWanted Look Foundation???masa mula-mula aku tengok packaging nya mak aih...kenapa yummy dan comel sangat ni..sangat-sangat gojes hokey...bagi aku foundation ni lain dari yang lain sebab tu tanpa ragu-ragu dan tanpa berfikir panjang aku terus beli... seriously memang sangat smooth, ringan dan guna sikit je dah cover seluruh muka...

cantik kan??
Jom baca bermacam2 kebaikan Magic foundation ni :

Diformulasi oleh Doktor Pakar Kulit dari Malaysia -- dah tak perlu pergi jumpa doktor pakar kulit atau beli supplement mahal untuk cantik.

It seals & heals -- menutup cela, melindungi, mencantikkan & merawat wajah dalam masa yang sama. Ia membantu mencegah jerawat dengan berkesan!

SPF50 -- dah tak perlu pakai sunblock. Foundation ni dah ada UVA & UVB filter yg tinggi. Sangat sesuai untuk cuaca di Asia.

Water-based foundation, tak oily tau! Very suitable for sensitive skin. Tak perlu risau kulit berminyak teruk lagi. 

Tekstur yg sangat lembut & ringan -- sangat lembut bila disapu ke muka, tak perlu sapu loose powder pun takpe. Memang sesuai untuk gadis yang ON THE GO. 

Apa yang best sangat OhMostWanted Look Magic foundation ni??

✔ Membantu pembentukan kolagen
✔ Mengekalkan kelembapan kulit
✔Melindungi kulit dari UVA and UVB (SPF 50)
✔Sesuai untuk kulit sensitif
✔Mengelakkan penuaan & jeragat yg disebabkan oleh sinaran matahari
✔Anti oksida untuk melawan radikal bebas
✔Mengurangkan iritasi atau kegatalan pada kulit
✔Sangat bagus untuk kulit sensitif
✔Anti bakteria
✔Merawat & mencegah jerawat
✔Mencuci kekotoran dalam pori yang disebabkan oleh peluh
Medium coverage / Natural tone (sesuai untuk kebanyakan kulit orang Asia)

Magic Ingredients / Bahan-bahan:

πŸ’„HYALURONIC ACID
✔Natural Anti Aging Polysaccharide that support function for collagen and elastin fibre
✔High performance penetrating molecule for internal repair
✔Form a layer to replenish moisture and restores radiance for smoother complexion

πŸ’„TITANIUM DIOXIDE (SPF 50)
✔High UVA and UVB filter
✔Gentle type of sunscreen suitable for sensitive skin
✔Prevent aging and pigmentation caused by sunlight

πŸ’„ASCORBYL TETRAISOPALMITATE
✔Derivates from 100% Organic Vitamin C
✔Potent anti-oxidant to fight free radicle
✔Prevent cellular aging by inhibiting the cross-linking of collagen, oxidation of proteins, and lipid peroxidation

πŸ’„BISABOLOL
✔Potent anticongestant to calm the skin
and minimaze irritation
✔Very good for sensitive skin

πŸ’„ALKYL BENZOATE
✔Anti microbial properties
✔Can treat and prevent acne

πŸ’„STEARIC ACID
✔Good exfoliator for dirt, sweat and excess sebum removal

Pelakon Shima Anuar pun pakai OMW Look foundation
Memang banyak sangat feedback positif dari semua yang pernah guna produk ni..jadi produk ni memang sangat di syorkan kepada semua untuk cuba...yang penting sangat murah dan berbaloi-baloi sebab boleh tahan lebih sebulan..siapa rasa nak cantik semudah 1 2 3 baik cuba medicated foundation ni...

Whatsapp 
0193760494
RM83 sahaja

Wednesday, December 23, 2015

Majlis Pernikahan dan Resepsi

Assalammualaikum semua..

Tebal betol habuk dekat blog ni..baru perasan yg last entry bulan 5 hari tu pasal majlis tunang..haha..aku ingat dah pernah tulis pasal majlis pernikahan dan resepsi rupa-rupanya cuma mimpi je..teruk betol..rasanya tak terlambat untuk aku share segala persiapan dan hasil nya ketika majlis itu..mungkin boleh di jadikan panduan dan tip untuk bakal pengantin yang berniat untuk DIY segala dekorasi pelamin, baju, doorgift, bunga telur dan sebagainya..boleh di katakan hampir 90% majlis pernikahan dan resepsi adalah DIY...

Majlis pernikahan telah diadakan pada 24 Julai 2015 selepas isyak dan majlis resepsi diadakan pada keesokkan hari nya (25 Julai 2015)..sehari sebelum nikah tu boleh pula ketumbit tumbuh dekat mata kanan aku..mak aih..waktu tu rasa macam arghhh..nasib baik ketumbit tu tak sempat nak membesar sebab aku cuba macam-macam tip untuk hilangkan ketumbit melalui pak cik google..hehe..so kepada bakal pengantin, pastikan cukup tidur dan cukup rehat..sebab seminggu tu aku tak boleh tidur dengan tenang dan memang kepenatan sangat sebab tak cukup tidur..

Pelamin

Pelamin nikah dan resepsi di buat oleh adik beradik aku sendiri yg di ketuai oleh abang ipar dan kakak aku...dorang memang rajin dan suka bab-bab DIY ni...kos memang sangat jimat tp memerlukan tenaga dan kerjasama daripada seluruh keluarga lah..kalau nak harapkan pengantin yg buat sendiri memang ke laut la hasil nya..haha..

Pelamin nikah sangat simple menggunakan tema biru di hiasi sedikit bunga-bunga..memang sangat simple tetapi masih cantik...

Pelamin nikah..
Pelamin masa majlis resepsi bertemakan Rustik atau kayu kayan..Alhamdulillah semua orang puji pelamin tu cantik dan hipster gitu...gembira sangat..hehe



Photobooth dan guestbook corner


Ini pun guna tema rustik...baru lah kena dengan tema kan...aku tak nak buat candy booth sebab tak sanggup nak kutip sampah gula-gula segala...lagi pun untuk kanak-kanak dah di sediakan gula-gula...rasanya candy booth tak berapa di perlukan..hihi..



Baju dan kasut

Baju masa nikah di beli dekat Bandung manakala sampin nikah lelaki dan baju resepsi beli dekat Jakel je...kos segala untuk baju nikah dan resepsi RM1k++..terpulang kepada bakal pengantin nak beli atau nak sewa saja..semua bergantung kepada bajet masing-masing..bagi aku warna dan jenis baju memainkan peranan penting untuk sesuatu tema...baju resepsi, aku pilih warna champagne dan menggunakan material songket dan duchess..kombinasi songket, warna champagne dan rustik bg aku amat sesuai dengan tema yg aku impikan..

Baju nikah..

Baju majlis resepsi..gambar penuh masa berdiri tak ade plak..
Kasut kahwin tempah khas gunakan kain songket yg sama...

Doorgift

Untuk doorgift aku guna brown paperbag yg di beli masa dekat Bandung dgn harga 30sen /piece...memang sangat murah harga nya kalau nk di bandingkan dengan Malaysia...sebab tema rustik so doorgift pun guna tema rustik juga..gigih betol kan..cuma untuk family dan kawan-kawan aku tak guna kan brown paperbag tp jahit sendiri 'pouch' berwarna gelap..walaupun mungkin hasil jahitan pouch tu tak begitu cantik tp sekurang-kurang aku harap boleh di gunakan untuk menyimpan aksesori atau apa-apa barang..hihi..

Cop custom made...penat woo nak cop beribu..haha

ketika proses menjahit pouch..hasil nye tak sempat pula nak amek gambar..hihi..


Bunga telur

Bunga telur ada dua kaler iaitu biru pink dan oren putih...bunga telur ni pun DIY jugak..memang gigih mak nak buat bunga telur sendiri...aku suruh beli yg murah-murah tak nak...katanya tak puas kalau beli siap..so sebagai anak, aku layan kan je..tolong mana yang mampu untuk menyiapkan bunga telur kristal...



Setakat tu je yg mampu di kongsi kan..jika ada yg berminat nak sewa barang-barang DIY pelamin seperti karpet bulu-bulu, langsir, kotak-kotak pellet atau ada sebarang pertanyaan sila tanya ye..jgn segan-segan..hihihi..

Nota: Kalau nak tengok banyak lagi gambar majlis boleh gunakan hashtag #HHkahwin..


Thursday, May 21, 2015

Throwback: Majlis Pertunangan

 Assalamualaikum semua...

Entry kali ini kita nk throwback sikit kisah 8 bulan yang lalu...saje je nak share cerita masa Majlis Pertunangan hari tu...majlis jimat dan save budget kata nya..tumpang majlis resepsi abang..majlis aku 12 sept 2014 (Jumaat), majlis resepsi abang 13 sep 2014 (sabtu)..so dah jimat part pelamin, khemah dan makan-makan...aku cuma perlu keluar duit untuk baju tunang dan barang hantaran pihak lelaki je..hahah..

Persiapan hantaran, bunga tangan dan makeup semua di sediakan oleh kakak aku yg serba boleh..cuma doorgift je aku bereskan..di sebabkan aku ni acah-acah pandai buat kek, maka my mom sibuk la suruh aku buat kek batik untuk bg pihak lelaki...bertungkus lumus aku masak kek batik dengan penuh kasih sayang sampai tengah-tengah malam..tegar betol..

ini lah hasil penat lelah..mmg tidak membanggakan..hurmm..
Hantaran yg simple gojes cantik menarik kau memang da boom ni aku suruh kakak aku yang buat..kalau nak suruh ak buat memang tak jadi hape la..hantaran ni pun aku dah banyak jimat sebab ada sahabat yg baik hati sponsor kek secret recipe dan coklat..thank you Azrah dan Anis..

sireh junjung

Buah-buahan tempatan

Coklat sponsored by Azrah..dekat bekas besi tu letak cincin untuk encik tunang..cincin tu di tempah oleh aku sendiri guna 'batu' yg dibeli oleh arwah  abah lamaaaaa dulu dekat Mekah..

Sejadah dan tasbih mutiara dari Sabah..

Kain pelikat dan kemeja Padini..

Coklat sponsored by Azrah...

Kasut Vans...

Bucket of chocolate...

Part mekap paling aku serabut sebab mempunyai kulit yg sangat sensitif..pasal tu la aku tak suka mekap...natural beauty je..hakhakhak..tapi disebabkan nak tunang ni terpaksa lah mekap jugak..awal-awal aku dah habaq dekat kakak aku jangan mekap tebal-tebal..tak payah nak buat shape hidung la,tutup cela beriya-iya sangat la...nasib baik muka aku ni boleh tahan flawless (perasan)..less is more...hihih..

nampak natural je kan?? 

ini lah cincin tempah khas untuk encik tunang..

tak sanggup aku nak angkat kepala..malu punya pasal...hahaha

sebahagian dari pihak lelaki..
encik tunang..
family dia dan my mom bergabung meletop..hakhak

thank you Ain sudi datang dari Melaka..hihi...
Aku pilih tema purple gold sebab rasa macam cun melecun je warna ni..then dah settle everything abang aku cakap 'Sayang betol ko dengan UiTM ye??'..at the first I'm little bit blur..haa??then hahaha...purple kan sinonim dengan UiTM..layan je la...kira oke lah sebab aku ngn encik tunang classmate dekat UiTM tu..kira ada kena mengena la juga kan...

Lastly, sesiapa yang rasa nak tempah hantaran yg cantik ikut citarasa terkini dan mekap simple untuk any event boleh contact my sis ZARA 0192284186...dia cover dari Shah Alam sampai Sabak Bernam...insyaAllah harga sangat sangat sangat murah sebab dia buat kerja ni sebagai hobi..dapat cover modal pun dah cukup..hihi..

Nota dari hati: Lagi 2 bulan bakal tukar status..nebes jemah beb..

Tuesday, May 5, 2015

Concentrated Mineral Drops (CMD) menyelesaikan masalah berat badan dan masalah kesihatan yang lain..

Assalammualaikum semua..

CMD mengandungi 72 Minerals yang sangat baik untuk badan dari Great Salt Lake Utah USA. Ia bersifat alkali. Penggunaan yang konsisten dapat membantu untuk mencapai kesihatan yg optimum dalam masa 2 minggu.

Fungsi CMD

  • Menyahtoksin sel
  • Menyahtoksin usus
  • Sebagai Anti-oksidan
  • Membina kuasa penyembuhan
  • Makanan untuk sel
  • Mengalkali badan
  • Melancarkan sistem saraf
  • Menyihatkan ligamen dan tendon
  • Melancarkan penghadaman
  • Berguna untuk luka,  gigitan serangga dan kulit terbakar
  • Menurunkan berat badan
CMD sesuai untuk mencegah dan megawal penyakit/masalah
  • kencing manis
  • strok
  • darah tinggi
  • asma
  • sakit sendi
  • buasir
  • bisul
  • gout
  • buah pinggang
  • ekzema
  • masalah paru-paru
  • tiroid 
  • resdung
  • awet muda
  • fibroid
  • ketumbuhan
  • sakit mata
  • ulser
  • masalah usus
  • jerawat
  • masalah haid/kesuburan
  • sakit kulit
  • berat badan
  • lain-lain
Cara pengambilan CMD
Sangat mudah dengan cara menitiskan didalam minuman atau makanan..saya akan guide cara penggunaan jika beli dengan saya...mudah bukan??

Testimoni CMD





Siapa rasa nak kurus, nak sihat, nak cantik dengan cara mudah meh cepat wassap laju laju..biar raya tahun ni kita beraya dengan badan kurus selim melim kan..siapa yg nak cepat lah wassap...saya bagi harga ahli...terbaik punya..


HANA
0193760494

Wednesday, April 22, 2015

Checklist Bakal Pengantin

Assalammualaikum semua..

Godek-godek google terjumpa checklist untuk bakal pengantin..pergh...panjang berjeler checklist nye (kesat peluh di dahi) tapi jangan rasa terbeban pula nak mendirikan masjid..buat yg wajib je pun tak jadi masalah..NIKAH..hihi..

Jika ikut adat Melayu memang banyak proses, ragam dan macam nak kahwin ni tapi semua benda tu boleh bawa bincang...family aku ni jenis simple..nak ikut adat boleh, tak nak ikut adat pun boleh..semua terpulang kpd pihak lelaki sebab kesian dekat dorang nak datang banyak kali dari Terengganu nun di sana...itu penting nya BINCANG antara keluarga lelaki dan perempuan...calling  calling la kan..kata nak berbesan..hahaha..

CHECKLIST PERSIAPAN MAJLIS PERKAHWINAN

EVENT DETAILS

1. Date/time: 
Nikah -24 Julai 2015, 9 pm
Resepsi -25 Julai 2015, 11 am -4 pm (bersanding 12.00p.m)
Bertandang - 26 Sept 2015
2.  Venue
Nikah - Bride's residence, Sabak Bernam
Resepsi - Bride's residence, Sabak Bernam
Bertandang - Groom's residence, Kuala Terengganu
3. Color theme and concept
Nikah - Blue turqoise + silver
Resepsi - Brown + champagne + peach + rustic
Bertandang - not decided yet


8 - 6 BULAN SEBELUM

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
Berbincang hal-hal perkahwinan (adat perkahwinan) dengan ibu bapa dari kedua-dua belah pihak bakal pengantin.- DONE
Menentukan perbelanjaan yang akan dikeluarkan oleh kedua-dua belah pihak pengantin untuk majlis perkahwinan tersebut.- DONE
Menentukan konsep majlis perkahwinan (hantaran, pelamin, bilik tidur dan lain-lain hiasan) yang anda ingini. DONE
Rujuk direktori perkhidmatan perkahwinan (jurusolek, koleksi pakaian pengantin, bunga, kad jemputan perkahwinan dan lain-lain) di majalah, internet, buku atau melalui rakan-rakan yang telah berkahwin bagi mendapatkan gambaran awal. - DONE
Mengenalpasti baju pengantin serta tetapkan bilangan pakaian persalinan yang diingini. (bagi yang bertudung, pastikan anda memilih pakaian yang disediakan sekali dengan pakaiannya). DONE
Tempah jurusolek/juruandam untuk majlis perkahwinan anda. DONE (my own sister)
Mencari rumah baru, sama ada sewa atau membelinya. - NOT YET
Kenalpasti Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam (swasta) yang berdekatan dengan kawasan anda, untuk mendaftar kursus pra perkahwinan. DONE

Bagi pengantin lelaki:
Semak semula jumlah sebenar wang hantaran yang dikenakan, (jika berlaku perubahan pada wang hantaran yang telah ditetapkan pada hari pertunangan anda) dan lain-lain hantaran. - USED FOR WEDDING PREPARATION

5 - 4 BULAN SEBELUM

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
Menghadiri kursus pra perkahwinan di tempat dan pada tarikh yang telah ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam swasta. - DONE yeayyyy
Menempah tok kadi untuk majlis pernikahan anda. - NOT YET
Menempah videografi atau jurufoto untuk merakamkan detik-detik indah majlis perkahwinan anda. - DEPOSIT DONE 
Membeli gelang kahwin. -DONE
Tentukan sama ada anda ingin memasak sendiri atau menggunakan khidmat katerer. Jika ingin menggunakan khidmat katerer bincangkankan menu hidangan untuk majlis anda, serta harga yang ditawarkan. -BOOKING ONLY. NOT DISCUSS YET
Menyediakan senarai tetamu yang akan dijemput. - NOT YET
Menempah sekumpulan pemuzik dan DJ (jika perlu). - NO NEED
Lakukan rawatan muka, badan dan rambut. - NOT YET
Jika ingin berbulan madu (dalam negara atau luar negara), tentukan tempat dan budjet untuknya. Segerakan bayaran pendahuluan bagi mengelakkan tempat ditempah orang lain. - FLIGHT AND HOTEL DONE

3 BULAN SEBELUM 

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
Memilih dan mencetak kad jemputan kahwin.
Mengesahkan tempahan di hotel atau taman termasuk jumlah meja dan kerusi, menu dan sebagainya.
Melakukan pemeriksaan kesihatan di klinik atau hospital.
Rawatan intensif muka, badan dan rambut.

Bagi pengantin lelaki:
Memaklumkan kepada saudara-mara tentang hari berlangsungnya majlis pernikahan anda.
Mengenalpasti beberapa orang (saudara mara atau jiran-jiran) yang akan menyertai rombongan pihak lelaki.

Bagi pengantin perempuan:
Kenalpasti dua orang saksi untuk majlis pernikahan anda.
Bagi wanita yang kematian bapa, sila pastikan siapa wali nikah anda. (sila klik di sini untuk Panduan Perkahwinan – 8. Wali Nikah) Jika anda tidak mempunyai wali nikah, sila dapatkan wali hakim, dari mana-mana Jabatan Agama Islam untuk menikahkan anda.


2 BULAN SEBELUM

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
Membeli barang kemas
Tentukan pengapit anda, jika perlu carikan baju yang bersesuaian untuk pengapit anda.
Menghantar kad jemputan kepada para tetamu yang ingin dijemput.
Merujuk kepada Jabatan Agama Islam dan Pejabat Islam Daerah untuk proses mendaftar pernikahan anda. 

3 MINGGU SEBELUM

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
Pastikan pakaian pengantin anda telah siap dan ambil pakaian tersebut jika anda telah berpuashati.
Pastikan ada seseorang yang akan menjaga barang-barang anda semasa majlis perkahwinan berlangsung.

Bagi pengantin perempuan:
Pilih gaya rambut yang anda ingini semasa majlis perkahwinan anda (bagi yang bertudung, pastikan gaya tudung yang akan dikenakan pada majlis perkahwinan anda nanti).

3-1 HARI SEBELUM 

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
Menghias pelamin, bilik tidur pengantin, membuat sirih junjung dan lain-lain hantaran.
Sediakan seterika, papan seterika, cermin, jarum dan benang, bagi memudahkan anda jika berlaku kecemasan.
Jika perlu ingatkan tetamu anda tentang majlis perkahwinan anda melalui telefon.
Hubungi jurufoto, juruvideo dan lain-lain (kompang, silat dan sebagainya) anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut.
Sediakan (packing) barang-barang yang perlu dibawa ke majlis tersebut. Elakkan melakukannya di saat-saat akhir kerana dikhuatiri ada barang yang tertinggal.
Mandi air panas bersama aromaterapi untuk kesegaran badan.
Tidur awal dan bersedia untuk menghadapi hari bahagia anda.

Bagi pengantin lelaki:
Tentukan siapa yang akan menjadi jurucakap bagi rombongan pihak lelaki dan tuan ruamh pada majlis pernikahan.

Bagi pengantin perempuan:
Hubungi hair dresser anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut.
Kenalpasti siapakah yang akan ditugaskan untuk menyambut tetamu pada hari perkahwinan anda. (begitu juga bagi majlis di pihak lelaki)

PADA HARI PERNIKAHAN:

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
Pastikan anda membawa kad pengenalan, gambar, dan apa-apa dokuman yang diperlukan semasa majlis ijab dan kabul.

Bagi pengantin lelaki
Pastikan anda telah menyediakan wang mas kahwin pada hari pernikahan anda.
Pastikan wang hantaran (terutamanya wang tunai) diamanahkan kepada orang yang boleh dipercayai.
Pastikan anda telah menyediakan wang (upah) untuk diberikan kepada tok kadi.
Cincin / gelang tangan / rantai.
Sirih junjung dan lain-lain hantaran.
Pihak lelaki dan pengiring mestilah datang lebih awal sekurang-kurangnya setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan.
Pastikan mereka yang menjadi saksi dan wali turut ada pada majlis pernikahan tersebut.
Pastikan tok kadi yang akan menikahkan anda, telah diberitahu lebih awal tentang hari pernikahan anda. (Sila klik di sini untuk senarai Kadi seluruh Malaysia)
Pada malam majlis pernikahan, majlis persalinan baju (jika perlu) diadakan. Pakaian yang biasa dipakai ialah baju yang menjadi kebanggan sesebuah negeri seperti baju Sari, Cheongsam, Minangkabau, Jawa, Mendaling dan lain-lain.

PADA HARI PERKAHWINAN:

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
Ambil sarapan seawal tujuh pagi, bagi mengelakkan anda lapar, mengantuk dan tidak bermaya.
Jangan takut untuk menghadapi hari bahagia anda. Bertenang dan sentiasa senyum.
Pastikan majlis anda berjalan lancar seperti yang telah dirancangkan.

Bagi pengantin lelaki:
Pastikan anda datang tepat pada masanya atau sekurang-kurangnya sepuluh minit awal dari waktu yang telah ditetapkan
Pastikan kesemua hantaran telah dibawa termasuk sirih junjung

Bagi pengantin perempuan:
Pastikan anda telah bersiap satu setengah jam lebih awal sebelum pengantin lelaki sampai ke rumah anda.

3 HARI SELEPAS 
Melawat keluarga dan sanak saudara kedua-dua pihak.

Checklist ni agak simple dan macam banyak kekurangan..so rajin-rajin la godek-godek google, majalah pengantin yg berlambak kat pasaran untuk penambah baik kan.. setakat ni CHECKLIST PERSEDIAAN PERKAHWINAN dari syokkahwin sangat terbaik untuk rujukan dan conteng-conteng segala..download and print lepas tu bawa ke hulur ke hilir...