Wednesday, February 29, 2012

Cinta abam Bad di rampas Lopa..

Assalammualaikum semua..



Nota dari hati: Baddrol Bakhtiar juga yg dapat nama dalam setiap apa yg aku tulis..hahahah

Tuesday, February 28, 2012

Yuran pengajian UiTM bukan lagi RM490..

Assalammualaikum semua...

Terdapat satu lagi laman web yg aku paling suka buka selain FB, blog, twitter dan emel setiap kali online.jeng..jeng..jeng..laman web porno lah tu(tiba-tiba ada suara sumbang menyampuk)...eh eh eh..suka suka hati je ye buat fitnah..aku tak pernah ye buka-buka benda ngarut camtu..dosa tau..ehem..aku paaaaaaling suka buka student portal UiTM...lagi-lagi bila dah berwajah baru sampai aku pun blur sebab tak biasa(nampak tak bertapa UiTM di hati ku di situ..ahaks..)...


Cuba perhatikan gambar dekat atas tu??!!nampak tak wahai semua pelajar UiTM yang yuran pengajian telah naik sebanyak RM35..kalau sebelum ini hanya RM490 dan sekarang dah jadi RM525..harapnya uncle JPA bagi duit lebih juga ye..walau pun yuran hanya naik RM35 tp amat besar juga nilai nya..duit tu lepas makan selama seminggu tau..hakhakhak..

Ini penjelasan mengenai kenaikkan yuran pengajian pelajar UiTM..
‎"Dato' Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar
Berikut adalah butiran yuran pengajian bagi pelajar lama (Degree) UiTM bagi satu semester:

- Tabung amanah komputer RM 30
- Yuran Perkhidmatan RM110
- Latihan Program Pembangunan RM15
... - Tabung Kesihatan RM40
- Tabung Amanah Sukan RM25
- Tabung Fakulti RM100
- Tabung Kecemasan RM5
- Yuran Pengajian RM 200

Sumber : Zon Bendahari UiTM

*BAHAGIAN PENGURUSAN KEWANGAN PELAJAR UiTM
Bermula semester ini terdapat tambahan kadar yuran.. Tambahan berkenaan adalah RM25 bagi Tabung Amanah Sukan(Yuran Baru yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Kewangan UiTM)

Kenaikkan RM10 pula(kadar telah dinaikkan pada semester lepas) adalah bagi kenaan tabung kesihatan..(RM30 kepada RM40). Penambahan berkenaan adalah bagi menampung perbelanjaan kesihatan pelajar yang semakin meningkat..

Manakala bagi Tabung Amanah Sukan, adalah menjadi hasrat universiti agar pelajar-pelajar mengikuti program sukan agar mereka lebih sihat dan unggul. Tabung tersebut diwujudkan bagi menampung tambahan perbelanjaan bagi keperluan pelajar.."

Nota dari hati: 35ringgit pun berharga tau..hihih..however this is still cheap.hehe

Jawapan: Kenapa dia bunuh adik dia??!!

Assalammualaikum semua..

Semua mesti tak sabar nak tahu jawapan kepada soalan 'KENAPA DIA BUNUH ADIK DIA??' kan??!!!



Ini adalah soalah psychology yg mana semua semua jawapan adalah di terima selagi logik dan setiap jawapan yg di berikan tu kita boleh nilai personaliti seseorang itu..tetapi jawapan paling tepat sebenarnya adalah kerana dia nak jumpa lagi dengan jejaka tu..

Oke...dari jawapan yg di jawab sebenarnya kita boleh menilai seseorang itu..bagaimana??ini tafsiran bagi sesiapa yg jawab sebab dia nak jumpa lagi dengan jejaka tu..kebiasaan nya, masusia tersebut adalah jenis yg sanggup melakukan apa saja untuk memenuhi hasratnya(bertekad)..ini adalah bagus(dalam certain situasi) tetapi bila sampai sanggup korban kan orang lain ataupun menggunakan jalan yg salah(membunuh) serta tidak memikirkan kesan negatifnya ini adalah salah(matlamat tak menghalalkan cara)..walaupun gadis tersebut sudah bunuh adik dia, adakah dia pasti yg jejaka tersebut akan datang lagi ke pengbumian adik dia pula??!dia hanya memikirkan keinginan diri dia saja tanpa memikirkan nasib dan akibat dia kelak selepas bunuh adik dia..pada hal banyak lagi cara lain untuk menjejaki lelaki tersebut..jadi, manusia jenis ini sila lah gunakan sifat kesungguhkan anda itu dengan cara yg benar..

Bagi yg jawab selain dari jawapan di atas boleh di kategorikan sebagai manusia yg berfikir secara biasa, terus dan tidak meluas...maksudnya???entah lah..aku pun dah pening nak explain...hakhak...korang fikir sendiri lah ye..tetapi yg pasti manusia jenis ni kurang nakal sebab tak berapa licik...hehe..walau macam mana pun ada sedikit kelemahannya dalam memikirkan sesuatu perkara itu dengan lebih mendalam(ambil mudah)..

Soalan ini aku dah tanya kepada segelintir insan yg aku kenal dan ternyata jawapan yg di beri sesuai dengan peribadi mereka..kalau rasa jawapan yg korang bagi tu tak sama dengan personaliti diri korang, jangan marah pula ye sebab ini hanya untuk fun..hihih..

Ini insan yg jawab paling tepat sekali..pi terjah blog dia..
http://cicakkepinggila.blogspot.com/

Nota dari hati: Aku tak reti nak menerang perkara ini secara penulisan..hakhakhak..

Monday, February 27, 2012

Tiga cara menanggani bosan yg melampau..

Assalammualaikum semua...

Siapa tak pernah merasa bosan sila angkat tangan??!!!kalau bosan macam-macam benda yg akan korang cuba lakukan untuk menghilangkan kebosanan yg membelengu jiwa..betol tak??!!

Buka peti ais
Kadang-kadang korang buka peti ais bukan sebab lapar tapi sebab dah bosan tahap gaban...so bila buka peti ais dan mula nampak makanan yg enak-enak macam kek secret recipe sebulan lepas, ayam KFC dua hari lepas, roti yg dh expired pun boleh di jadikan bahan penghapus di kala kebosanan..tapi cara ni mungkin tak elok sebab akan memberi kesan sampingan seperti kegemukan dan keracunan makanan...kalau 24/7 bosan je dan cara nya pula makan aje..memang jadi tong drum la...hikhikhik


Mesej dengan sahabat lama(untuk yg single mingle)
Dari korang tunggu henpon dua ribu ringgit tu berbunyi dari subuh sampai ke isyak..lebih baik korang belek contact number dan cuba mula mesej dengan insan yg dah sepuloh tahun korang tak bertanya khabar tu..ada juga faedah nya kan??!!


Menonton tv
Astro Beyond kan ada banyak saluran best..so korang layan lah ngadap tv tu sampai lebam..lagi pun rugi kalau tak tengok tv sebab bil Asyro kan mahal...hihih..


Lagi??!!!korang senaraikan lah sendiri...tiga cukup lah ye..mana boleh banyak-banyak...

Nota dari hati: tiada apa yg datang dari hati untuk hari ni..

*penggunaan 'korang' menggambarkan seperti aku tak pernah merasa bosan(sengal!!!)..hakhak...

Budak sekolah tadika lukis lagi cantik..

Assalammualaikum semua...

Pada petang yg mulia ini belum lagi terbuka hati untuk memberi jawapan kepada soalan psycho 'Kenapa dia bunuh adik dia??' bukan tidak rajin jauh sekali kerana perasaan malas, cuma masih menanti readers yg lain kalau ada yg teringin untuk menjawab..hakhakhak...

Maka, di petang yg hening ini ingin sekali aku berkongsi lukisan aku yg hodoh lagi hina...kalau korang nak tahu, aku sangat suka art tapi aku ni tak pandai melukis dan tak kreatif la kesimpulannya...sejak aku kecik sampai la sekarang aku memang sangat suka menconteng tapi aku lukis orang kepala besar pastu badan lidi je la..lagi-lagi di kala kebosanan mendengar lecturer mengajar..lalalala~

Dekat buku dan fail aku memang penuh dengan rupa lukisan dekat bawah ni je la...lukisan ni di ajar oleh kawan masa kecik-kecik dulu(dia sangat pandai melukis..dah lama tak jumpa dia..)..ni baru belajar nak lukis guna SAI dan yeah mereka sangat hodoh(aku mempunyai kelemahan iaitu tangan sentiase menggigil..kesian kan?!)..




Bila lukisan aku nak cantik ni..dari kecik sampai ke besar macam tu je la lukisan aku..memang tak ada perkembangan langsung kan...cuma beza nya dulu aku melukis dekat buku-buku sekolah dan nota-nota pensyarah tetapi sekarang sudah update sikit melukis guna SAI..bravo..hahaha..

Nota dari hati: Jangan kutuk lukisan saya yg hodoh..hahaha..

Sunday, February 26, 2012

Siapa pandai dia jawab: Kenapa dia bunuh adik dia??

Assalammualaikum semua...

Hujung minggu ni jom kita menguji minda dengan soalan psychology(mungkin juga personaliti..hahaha.) yg aku dapat dari seorang sahabat..

Pada suatu hari, emak seorang gadis ni telah meninggal dunia..masa proses pengebumian dia telah ternampak seorang jejaka dan telah terjatuh hati...untuk pengetahuan semua, jejaka tu tiada kene mengena pun dengan salah silah, susur galur keluarga gadis ini...semiggu lepas itu, gadis tu bunuh adik dia pula...persoalannya, KENAPA DIA BUNUH ADIK DIA??
Siapa rasa nak mencuba sila jawab di ruangan komen...tiada hadiah untuk pemenang ye.hanya suka-suka...insyaAllah malam ini ataupun esok aku akan bagi jawapan...selamat mencuba..

Nota dari hati: Terasa nak main teka teki tapi tak de siapa yg sudi..

Saturday, February 25, 2012

Nampaknya semester 6 kena berjimat cermat..

Assalammualaikum semua...

Pejam celik, pejam tak celik akhirnya cuti hampir sampai ke penghujungnya...tinggal lagi seminggu je sisa-sisa cuti yg boleh di habiskan oleh semua pelajar UiTM..universiti lain dah nak masuk minggu ke-2 kuliah dan sudah mula sibuk dengan segala jenis assignment tapi kitorang masih lagi bersenang lenang di rumah...jangan jeles..hihih...

Seminggu masa yg berbaki ini amat di perlukan untuk mencari semula semangat yg hampir lenyap di mamah waktu cuti yg 'teramat berkualiti' ini..berbekalkan semangat yg di jumpa entah di ceruk mana itu lah yg akan menentukan perjalanan sebagai mahasiswa semester 6(ceh..)...semoga semester 6 ini akan melakarkan sesuatu yg indah untuk aku...insyaAllah...

Perkara rutin yg memang di lakukan setiap kali semester bakal di buka adalah 'MENGIRA BAJET..'tujuan nya untuk memastikan perbelanjaan biasiswa yg uncle JPA bagi sentiasa mencukupi sehingga lah ke akhir semester..tetapi kebiasaanya pada bulan pertama(JPA lambat masuk) dan akhir-akhir semester(terjoli lebeh pulakkk) terpaksa memohon biasiswa PAMA...hahaha...

Jom kita start kira bajet secara kasar...hakhak...

sumber google
Uncle JPA bagi : RM 4,825.00

Pembayaran
Yuran           : RM 490
Sewa rumah : RM 100 x 6 bulan = RM 600
Utiliti            : RM 100
Broadband   : RM50 x 6 bulan = RM 300
Insurans       : RM120 x 6 bulan = RM720
Jumlah        : RM 2,210

Baki yg tinggal : RM 2,615

Berbaki kan RM 2,615 itu lah yg akan digunakan untuk minyak kereta, servis kereta, makan minum, buku-buku, keperluan dan lain-lain selama 5bulan...semester ni kena jimat yg teramat sangat sebab bakal praktikal di Melaka pada cuti semester akan datang..kalau rasa kesian sila lah klik iklan nuffnang tu ye..hikhikhik...

Nota dari hati: Rasa nya tak jadi lah nak beli Galaxy Tab sebab nak jimat cermat..hakhakhak.

Segmen Tambah Follower Tanpa Blogwalking by MD

Assalammualaikum semua..


Pergh..dah lama sangat rasanya tak join segala jenis kaum kerabat segmen atau pun giveaway...aku tak tahu la apa jenis hantu yg telah merasuk malam ni supaya join satu segmen yg di kira mudah.com dan senang..

Di sebabkan segmen ini tersangat mudah dan tak perlu nak bersusah payah menulis karangan sampai sepuloh muka surat maka nya aku pun terpaksa lah membatalkan niat untuk membebel panjang lebar...jadi sampai di sini saja lah coretan untuk segmen kali ini(keji dan hina tak entry kali ini??hakhak..ini semua gara-gara sikap aku yg memang sentiasa mengikut arahan supaya buat entry yg simple..tak caya pi tekan banner tu dan baca syarat-syarat nye)..

Insan bertuah yg di tag oleh blogger comel(perasan seh)..
ckin kembaq
KaK LimAh Si SupiR

Friday, February 24, 2012

Perhatian kepada semua followers dan readers Tayar Kehidupan..

Assalammualaikum semua..

Apa kabar semua??diharapkan semua sihat di samping insan tersayang(ayat macam menulis surat masa zaman sek rendah dulu..hahaha..)..kalau tak sihat cepat-cepat lah pergi jumpa doktor ye..semua dah makan???kenapa belum makan lagi??jom la titew belanja sky juice separuh harga dekat Ani Sup Utara...

Ehem..perasan tak intro titew caring lain macam tu??itu caring ada makna tau...sebenarnya...sebenarnya kan(jangan lupa gaya goyang-goyang badan sambil tangan main dengan rambut)..sebenarnya titew nak minta tolong dekat 618 orang follower dan semua readers titew...kalau korang sayang titew mesti korang sudi nak tolong titew kan..kan..kan..

Ehem ehem(buang mood gedik ber'titew' bagai)...jika korang tak keberatan sila lah singgah dan follow blogshop my sister [YusZara Creation] sebagai tanda sokongan kepada dia yg baru nak menceburi bidang perniagaan secara online..ini bukan paksaan, desakan atau cobaan untuk korang semua ye...hihih...


Buat pengetahuan korang semua, my sis menerima tempahan gubahan hantaran, homemade coklat, jahitan manik dan juga make up(blog dia masih dalam proses update)...jika kakak,adik, abang, makcik, pakcik, atuk sedara, sepupu, kawan, jiran atau korang sendiri memerlukan perkhidmatan tersebut boleh lah tempah dekat my sis ye..hehehe..insyaAllah dia akan memberi perkhidmatan yg terbaik dan setakat ini kesemua pelanggan sentiasa berpuas hati dengan hasil kerja dia..

Sebarang pertanyaan atau cadangan korang leh tinggalkan komen di bawah atau terus hubungi

ZARA- 0192284186
atau
yuszaracreation@gmail.com

Nota dari hati: Aku atau kakak aku sendiri memang tak dapat nak membalas sokongan yg bakal korang semua berikan tapi kami memang sentiasa menghargainya...terima kasih...

Thursday, February 23, 2012

Kisah cinta bersama Baddrol Bakhtiar terhalang oleh orang tua...

Assalammualaikum semua...

'Mak, Baiyah tangkap gambar dengan abang ipar dia tadi..'

'Ye ke..kerja apa???'
gaya sungguh teruja..

'Pemain bola sepak la...abang Bad..'


'Yg main untuk Malaysia tu??tak nak lah mak...'
nada serius tanda membangkang..

'Ish..mak jangan cakap camtu..1 doa tau..nanti Nana tak de jodoh pula dengan dia..'

'Betol la..memang mak tak setuju pun..tak nak mak ada menantu pemain bola sepak..'

'Nape pulak mak??dia baik tau...dorang cakap dia tu di gelar ustaz tau dalam skuad Harimau Malaya tu..'
macam-macam ayat keluar untuk back up Baddrol Bakhtiar walaupun aku tak kenal dia..hahahah..

'Baik apa kalau main bola sepak pun pakai seluar pendek..'

'Ala...abang Qoie, abang Ayap semua tu pun pakai seluar pendek juga...'

'Ish..dah la seluar yg dia pakai tu pendek sangat pastu satu Malaysia tengok pula tu...'

'Erm...nanti Nana nasihatkan lah dia...mak setuju la ye...'

'Aah mak..Nana tu dah gila kan sangat abang Bad tu mak...entah apa-apa la kan(nada sarkastik)...kalau orang tanya dekat dia pasal pakwe mesti dia sebut nama abang Bad...pastu dah siap doa-doa lah bagai..'

'Mak tetap tak setuju..cari lah yg elok sikit..bla bla bla...'
macam-macam hujah mak aku keluarkan untuk membangkang...dah macam berdebat pula..hihih.

'Biarlah Nana pecah kan tradisi keluarga kita ni..sekurang-kurang nya ada juga yg kawen dengan pemain bola sepak...femes tu..hehehe.'

'Tak payah..mak tak nak juga..'
nada mak aku bertambah serius menandakan dia memang betol-betol tidak setuju..

'Hahahaha...mak ni serius betol la...mak jangan dengar cakap Picah pasal doa segala bagai tu...dia saja je nak membakar perasaan mak..'

'Betol lah mak..dia gila kan sangat si abang Bad tu....bla bla bla...'
sungguh jahat adik aku ni..dia saja je nak biar aku kena sound dengan mak aku lagi...

'Baik ko diam dik...ko jangan buat fitnah lebeh-lebeh ye..dari ko buat fitnah dekat aku lebih baik ko bunuh je aku...dah la..kita berhenti cakap pasal jodoh ye..mak jangan dengar cakap Picah tu...'

'Kalau IMAM MUDA memang mak setuju sangat..'

'Dah la mak..tak habis-habis pasal jodoh...'
mak aku asyik bising je pasal jodoh aku pada hal aku belom pun 22 tahun..

'Aah mak..bagus kan Picah ni minat Imam Muda..dari dia tu minat pemain bola sepak..apa pun tak ada...'

'Ish..ko diam lah dik..dah la mak...Nana nak sembahyang ni...hehe...'

Belum pun lagi aku ada hubungan istimewa dengan Baddrol Bakhtiar tapi sudah di halang keras oleh mak aku..mungkin ini tanda nya aku dengan Baddrol Bakhtiar memang tak ada jodoh...

Nota dari hati: Selamat tinggal Baddrol Bakhtiar..

*Mengikut kata adik aku, Harimau Malaya berada di UMS untuk latihan sempena match dengan Sabah esok(24/2/2012) yg berlangsung di Stadium Likas..

6 perkara yg anda tidak tahu tentang..

Assalammualaikum semua...

Selalu kalau cerita pasal seseorang artis tu dekat majalah mesti ada ruangan ini '5 perkara yg anda tidak tahu tentang Baddrol Bakhtiar (silap lah pulak) si polan bin si polan..' maka hari ini dengan rasmi nya aku pun nak bajet macam artis juga tapi bezanya apa yg aku coretkan ni tak akan di siarkan di mana-mana majalah sama ada REMAJA, MANGGA, PC, SOLUSI, dan segala jenis majalah yg wujud di dunia ni(korang senaraikan sendiri)...

6 perkara yg anda tidak tahu tentang Noor Sharifatul Hana...
(kalau biasanya 5 perkara je so aku nak senaraikan 6 perkara supaya luar biasa..hihi)

1. Pandu kereta mesti berkaki ayam(maknanya tanpa selipar ye bukan guna ayam punya kaki)..sejurus berjaya dapat driving license terus je drive tanpa kasut, sandal or seliper...kalau tak caya meh nek kereta dengan aku..hihih..

2. Baru pandai pandu kereta auto pada bulan 7/2011di sebabkan keadaan yg mendesak untuk aku memandu kereta auto  walaupun aku sudah ada lesen sejak 2009 ..kesimpulannya aku lebih hebat memandu kereta manual...hahaha...

3. Tak makan sayur yg berwarna selain hijau seperti terung, tomato, lobak merah dan hanya makan sayur warna hijau yg jenis berdaun(sawi,kangkung,kailan,bayam)...walaupun petola dan bendi kaler hijau tapi aku tetap tak makan sebab dia bukan jenis daun..lalala~

4. Tak berapa gemar dan sentiasa elak makan nasi yg berwarna selain putih seperti nasi kerabu(biru), nasi tomato(oren)..bab makan memang aku sangat cerewet tp aku suka je makan nasi putih + telur goreng + kicap...hikhikhik..


5. Tak makan tempe, tauhu dan semua makanan atau pun minuman yg berunsurkan soya...masa zaman sekolah menengah dulu ada seorang kawan telah mencabar aku untuk minum air soya sekotak dan kalau aku berjaya habiskan maka dia akan bagi 10ringgit...tapi aku tak sahut cabaran dia sebab aku pernah TERMINUM air soya sampai muntah-muntah dan menggigil-gigil satu badan..jadi sampai sekarang aku tak berani ambil risiko...

6. Tak pandai dan tak paham loghat utagha, pantai timur, nogori dan semua jenis longhat sebab asal- usul dan membesar sampai lah masuk UiTM semua di SELANGOR kecuali Matrik je dekat Melaka selama setahun serta semua keturunan dan kaum kerabat asal dari Selangor...jadi aku tidak terdedah kepada mana-mana loghat selain bahasa melayu asli(orang kata bahasa KL) dan agak memalukan SPM BM B3..maka aku telah menanam cita-cita untuk berkahwin dengan orang utara..hahaha...

blog aku memang penuh wajah dia...
Nota dari hati: Baddrol Bakhtiar orang Kedah...lalalala~



Saturday, February 18, 2012

Kecewa sungguh kondom tak de jual dekat 7-eleven..

Assalammualaikum semua...

Peristiwa berlaku di 7-eleven PPUM(sekarang dah tak de 7e dekat situ) ketika aku ingin membayar minuman yg di kaunter..
sumber incik google

'Tumpang tanya la...dekat sini tak de kondom ma???'

'Kondom???erk..tak de la..'
abang kaunter menjawab dengan dahi berkerut-kerut..

'Ini kan 7e, tak kan tak de kondom pula..selalu kan ada je kondom dekat 7e..haiyaa...'
sungguh tidak puas hati sekali nada nya..

'Itu 7e dekat luar..dekat hospital ni nak buat apa pula jual kondom??!'

Terus dia keluar dari 7-eleven dengan muka kecewa(aku je agak yg dia kecewa sangat..haha)...aku pun pergi juga setelah selesai membuat bayaran dan dapat di dengar perbualan pekerja-pekerja 7e tentang lelaki tersebut...

Jangan lupa join EARTH HOUR disini...

Aku memang rasa nak gelak guling-guling je dekat situ(tapi aku senyum je la) sebab lawak+pelik dengan permintaan lelaki tu..apa yg dia nak buat dengan kondom di hospital yg di penuhi orang sakit tu agak-agaknya...memang menimbulkan tanda tanya...haish..macam-macam ragam manusia ni..hihih...

Nota dari hati: mungkin kondom ada kegunaan lain yg aku tidak tahu seperti menyembuhkan penyakit..hihih..

Bergembiralah bila tersekat dalam kesesakan lalu lintas...

Assalammualaikum semua...

Tersekat dalam kesesakan lalu lintas memang bikin stress lagi-lagi setelah penat bekerja seharian atau pun dalam keadaan tergesa-gesa untuk ke sesuatu tempat...relax la, kit kat kan ada...tak mau la stress-stress,tak elok untuk kesihatan...

Erm..meh sini duduk rapat-rapat aku nak bagi tips yg seronok dan menggembirakan hati tiap kali tersekat dalam kesesakan lalu lintas...cuba pandang ke kiri ke kanan ke atas ke bawah bila kereta hanya bergerak dengan kelajuan lebih kurang 20km/h (kalau lawan dengan kura-kura pun dia boleh menang)..apa yg korang nampak???haaa..macam-macam gelagat pemandu korang boleh perhatikan dan tingkah laku dorang tu yg selalu buat aku gelak dan senyum sorang-sorang dalam kereta...hihihih...
sumber incik google

Korek hidung 
Walau pun ini aktiviti biasa yg dilakukan oleh korang semua (macam lah aku tak buat kan..hihih) tapi bila korang tengok pemandu tersebut korek dengan penuh kosentrasi dan penuh perasaan sampai tutup-tutup mata mesti rasa macam geli je kan...nak korek tu pun cover-cover lah sikit...malu lah sikit dengan cik awek comel yg tengok hang korek-korek gitu...

Cukur jambang dan misai
Pelik tapi benar...ini lah yg aku lihat ketika jalan raya tengah sesak pagi-pagi sebab semua orang bergegas nak pergi kerja...dah macam Mr.Bean pula kan..mungkin dia bangun lambat sangat sampai tak sempat nak tebas segala semak samun...jadi masa yg ada di gunakan sebaik nya dari membazir tak tentu hala kan...

Korang suke TEDDY BEAR??jom klik sini..

Picit jerawat
Mungkin ini adalah satu kelebihan kepada insan yg mempunyai jerawat di muka..masa-masa terluang boleh lah di gunakan untuk memicit jerawat yg tumbuh meliar di wajah...tak de lah rasa bosan masa memandu kereta macam kura-kura mengandung kan...

Mekap
Ini pun sama je kes nya dengan pemandu yg cukur jambang dan misai cuma bezanya aktiviti ni dilakukan oleh para wanita..kalau sudah tahu yg hang tu perlukan masa dua jam nak touch up muka hang so len kali bangun lah awal sikit...

Nota dari hati: Aku memang suka melihat gelagat orang yg mencuit hati...so tak de la rasa stress sgt kalau jammed tu..hihih


Friday, February 17, 2012

Aku masih di sini terus menanti..

Assalammualaikum semua...


Sekali lagi aku bersendirian di sini...

Masih di tempat yg sama dan dalam keadaan yg sama..

Tiada siapa yg sudi menemani hati ini..

Hanya sang angin yg memahami gelodak hati ini..

Bawa lah ia pergi walau ke mana engkau pergi sang angin..

Jangan biarkan ia di sini bersama aku lagi..

Biarlah aku di sini sendiri menanti dan terus menanti...


Nota dari hati: ada sesuatu yg membuatkan aku gelisah..ya Allah..tenangkan lah hati ini..


Published with Blogger-droid v2.0.1

Tuesday, February 14, 2012

Perubahan drastik mengundang kutukan serta cacian dari segenap sudut...

Assalammualaikum semua...

Satu hari aku pergi ke kelas dengan keadaan yg sangat lain dari yg lain...lebih kurang 81 pasang mata memandang aku dengan pandangan pelik dan kurang percaya...betol kah itu aku kerana penampilan aku cukup berbeza pada hari itu...hanya free hair tanpa memakai tudung di kepala seperti hari-hari sebelumnya serta memakai baju yg agak tidak sopan sudah pasti mengundang banyak mata serta suara-suara sumbang yg mengutuk tidak puas hati...

Berpeluang memenangi kereta FORD RANGER di SINI..

Latar belakang pendidikan serta keluarga semua di ungkit bila melihat perubahan aku yg tersangat mendadak..mana tidak nya, sebelum ini aku seorang gadis yg sentiasa bertudung serta berbaju kurung bila ke kelas dan pergaulan antara lelaki perempuan turut di jaga...siapa yg tidak terperanjat terkejut beruk bila aku berubah sebegitu rupa teruk sekali..

Sebilangan insan yg rapat dengan aku cuba tegur secara baik supaya aku kembali ke pangkal jalan dan tidak terus tersasar jalan..tapi aku jawab dengan nada belagak dan angkuh sekali..

'Suka hati aku la...ini lah diri aku yg sebenarnya..aku tak nak hidup dengan penuh hipokrit lagi..korang jgn sibuk dengan hidup aku lah..'

Perubahan drastik itu mengundang kutukan serta cacian di facebook oleh sahabat dan guru yg pernah mendidik aku di sekolah agama suatu ketika dahulu...segenap masyarakat yg lain juga tidak kurang hebat nya dalam melemparkan kata-kata nista ibarat aku lah manusia yg paling berdosa di atas muka bumi ini...
sumber incik google..
Astaghfirullahalazim...terbangun aku dari tidur dengan keadaan termengah-mengah seperti baru mengalahkan Usain Bolt dalam pertandingan larian....tangan terus meraba-raba kepala dan melihat diri aku yg masih sempurna dengan baju tidur...semua itu mimpi rupanya...tersangat bersyukur kerana semua itu mainan tidur semata...tangan menggigil ketakutan bila terfikir dosa yg telah aku lakukan dalam mimpi itu...aku berdoa supaya di jauh kan diri ini dari berubah ke arah yg teruk seperti itu..istighfar banyak-banyak bila mendapat mimpi buruk..

Nota dari hati: Dengar kabar Baddrol Bakhtiar dah berpunya...*kecewa...


Saturday, February 11, 2012

Jangan mudah melafazkan janji jika tidak mampu hendak menunaikan nya..

Assalammualaikum semua...

Hari Selasa..

'Eh..aku dengar kau nak kuar pergi KLCC weekend ni...ko nak gi dengan sape??'

'Erm..sorang je lah sebab aku tengok ko macam busy semacam so aku tak de lah nak ajak..nape tanya??'

'Aku nak ikut lah...tak elok lah gi sorang-sorang lebih baik aku teman ko...'

'Ok lah kalau macam tu..elok sangat lah tu..thank sudi nak teman aku..'

Malam sebelum pergi KLCC(jumaat malam sabtu)...

'Aku tak boleh nak teman ko lah esok..ko gi sorang je lah ye..'

'Kenapa pula??ada benda penting ke kena settle??'

'Tak de lah..cuma semalam Baddrol(macam dah tak de nama lain..hakhakhak..) ajak aku kuar teman dia pergi klinik haiwan..arnab dia kena sakit kulit..'

'Tapi kan ko dah janji dengan aku dulu...kenapa ko nak kuar dengan dia juga??'

'Aku kesian dekat dia kena gi klinik tu sorang-sorang..'

'Habis tu dekat aku ni ko tak kesian pula??'

'Hihi..ko kan dah biasa kuar ke sana ke mari sorang-sorang..susah-susah ko ajak aja lah orang lain..'


Apa perasaan kalau dapat kawan macam tu???(sudah lah cakap dengan nada tidak bersalah dan tak mintak maaf pula tu)sakit hati??!!geram??bengang??
sumber incik google
Mulut pandai mengatakan janji dan semudah itu juga hendak memungkirinya..bagi aku kalau alasan yg di berikan munasabah dan boleh diterima akal, tak de lah hati ini terkilan dan berkecil hati tetapi bila kau utamakan orang lain dari sahabat sendiri memang membuatkan hati ini ibarat di tusuk dengan pedang sampai ke dasar hati..sakit sangat...

Kalau rasa  tak mampu hendak menunaikan janji lebih baik JANGAN berjanji...lembu berpegang pada tali, manusia berpegang pada janji..walaupun kita tahu kawan kita itu jenis tak kisah dan tak mudah terasa hati tapi ingat lah sesungguhnya insan seperti itu masih ada hati yg perlu di jaga(sebab aku adalah jenis insan seperti ini..pemendam..)...

Nota dari hati: Aku insan yg tidak suka berjanji sebab aku tahu di mana tahap kemampuan aku...

Friday, February 10, 2012

Segala nya demi Baddrol Bakhtiar...

Assalammualaikum semua...

Bersusah payah pulun idea untuk menulis entry di blog usang ni sebab ada insan yg tak sabar nak baca setiap coretan karut marut yg tak seberapa ni(gaya macam ramai readers pulak..hakhakhak)....tapi malangnya masih tiada idea yg sudi menjengah...sobsobsob(sedih tak??)...

Jika ikut hati mati nak je aku tulis luahan perasaan dalam blog ni tentang rindu yg tidak bertuan, tentang geram yg tidak terluah, tentang impian yg tidak tercapai, tentang jiwa yg kerisauan, tentang ....... tentang segalanya sebab ini blog ana yg punya...suka hati aku lah kan...hakhakhak(gelak keji)...
sumber incik google

Tetapi....tapi macam lah ada orang yg sudi baca coretan sekeping hati dan perasaan yg tulus ikhlas ni kan(nada merajuk)...apa???awak sudi baca??betol ni???lepas ni kalau setiap entry saya berkisar pasal Baddrol Bakhtiar aja awak jangan bosan dan kutuk pula ye(itu kira ok juga kalau rasa bosan tapi kalau sampai unfollow tu mmg dah kes berat)...saya nak awak baca juga sebab awak janji nak baca semua isi hati saya kan??!!!.tak baik mungkir janji...tipu dosa, masuk api neraka..mana lah tahu awak boleh sampaikan isi hati yg ikhlas ini kepada Baddrol Bakhtiar...nak mengharap kepada dia baca blog usang ini memang mustahil akan terjadi(nada kecewa)...

Mulai detik ini blog ini akan menceritakan tentang impian seorang gadis untuk memiliki sekeping hati pemain bola sepak kebangsaan, Baddrol Bakhtiar..semua entry mesti berkisar tentang Baddrol Bakhtiar..tiada topik lain selain Baddrol Bakhtiar...ada sanggup korang baca???pasti tak kan muntah hijau??!!

Sekian terima kasih kepada semua yg menyokong perubahan kepada blog ini...selamat malam...

Nota dari hati: Dush(hantuk kepala ke dinding)...entry merapu sebab tak boleh tidur ketika jam menunjukkan 3.40 pagi...jika benar perubahan itu terjadi maka blog ini dah macam blog Baddrol Bakhtiar..hahaha




Tuesday, February 7, 2012

Kejam-kejam pun sayang juga...

Assalammualaikum semua...

Video ni di rekod pada tarikh 24 Januari 2009 bertempat di chalet Teluk Rubiah Perak...ketika tu Hakim berumur 3 tahun dan Iena 2 tahun...dorang ni menangis sakan sebab di tinggalkan ibu dan papa nya yg pergi ke pantai...

'Nana, jom lah bawa dorang gi jumpa mak bapak dia..nanti orang ingat kita buat apa pula dekat budak ni..menangis bagai nak rak pula tu..'

'Malas lah aku..dah la tangan aku ni berdarah-darah..sakit pun tak hilang lagi..nanti-nanti je la..'

'Kejam seh ko...'

'Kalau aku kejam ko pi la bawak dorang...'

Tiba-tiba terdetik di fikiran untuk merekod aksi dorang ni...nanti dah besar sikit biar aku tunjuk kat dorang..hakhakhak...

Bulan lepas ketika aku check memory card hp lama yg di gunakan dalam Samsung S Plus ni, tiba-tiba terjumpa lah video tu dan aku pun tunjuk la dekat dua orang budak tu...

'Abang, kakak!!!meh sini jap...acik nak tunjuk sesuatu...'

'Benda apa??'

'Tengok je lah jangan banyak tanya..'

...................................................................

'Sampai hati acik Nana buat kitorang menangis macam tu kan..'

'Hahahaha....mesti lah sampai hati...tak payah la nak kecik hati sangat la..dah besar-besar ni kan korang degil...kira acik dah balas awal la masa korang kecik....hahaha..'

baru ada 3 orang anak sedara..

Nota dari hati: Sebuah kenangan memang indah untuk di kenang..


Saturday, February 4, 2012

NOVEL REVIEW: Mencari Taman di Hati

Assalammualaikum semua...

sumber google.
Novel keluaran Jemari Seni memang sentiasa yg pertama bertakhta di hati ini dan kali ini novel MENCARI TAMAN DI HATI karya AIDAH BAKRI telah selamat di khatam kan hari ini juga(selama ni pun memang ak juara baca novel terpantas..ahaks)...

Sinopsis

Berkisar tentang Syuhada yg terikat dengan sepotong janji dan akhirnya menjadi tunangan Zulhelmi selama lima tahun dalam keadaan terkapai-kapai tanpa ikatan yg ada makna..lalu Syuhada nekad memutuskan ikatan janji tersebut...kehadiran Shahrul Riezman dalam kehidupan Syuhada sedikit sebanyak berjaya menimbulkan 'rasa' di hati Syuhada yg sedingin salju di sebabkan sejarah lalu...saat dia di ulit bahagia, dia terheret ke perkahwinan tanpa rela...adakah Syuhada akan bahagia akhirnya??!

Rate
4.5/5

Tahniah kepada penulis sebab berjaya menghasilkan novel yg sangat best dan penuh makna...paling terkesan dalam hati ini adalah isu kekeluargaan Syuhada yg di himpit susah, kekurangan kasih sayang dan tiada kemesraan(syukur hidup aku tidak sesukar dia)...dia sungguh tabah mengharungi kehidupan walaupun di hina oleh insan sekeliling dan yg paling sakit hati bila keluarga sendiri pun tidak memihak kepada dia...walaupun mungkin isu yg di ketengahkan sama dengan kebanyakkan novel di pasaran tapi cara penulisan yg di gunakan sungguh bersahaja dan ada peringatan serta ayat-ayat Quran yg di selitkan..kesimpulannya tak rugi kalau layan novel ni..

Nota dari hati: Cuti masih panjang tapi semua novel dah habes di baca...mana nak cari duit beli novel ni..sob sob..



Friday, February 3, 2012

SECRET QHUROS untuk masalah berat badan dan kesihatan..

Assalammualaikum semua...

'Ni untuk ko...'

secret qhuros..(comel betol namanye)
'Ha??benda apa kau bg aku ni??'

'Ko katakan nak kurus...cuba lah produk tu..'

'Mana ko dapat ha??tak de keja beli untuk aku..'

'Aku kan join D'NAVECHEE...dapat benda ni pastu aku bagi lah ko..'

'Oke...terima kasih la...nanti aku cuba untuk melihat keberkesannya..'

FUNGSI PRODUK :
~ berkesan menurunkan berat badan secara sihat dan selamat
~  berkesan merawat segala penyakit berpunca dari masalah sendi, urat, otot dan saraf
~ berkesan merawat masalah resdung
~ meningkatkan metabolisme
~ mengawal selera makan
~ mengenyangkan dan memberi tenaga sepanjang hari
~ menyingkirkan lemak-lemak degil di bahagian perut, lengan, bawah dagu, punggung dan semua bahagian berlemak
~ menyihatkan badan dan bebas dari kesan sampingan
~ awet muda dan anti penuaan
~ menegang dan mencantikkan kulit

KELEBIHAN SECRET QHUROS BERBANDING PRODUK LAIN :
~ harga berpatutan dan mampu dimiliki oleh semua
~ rasanya yang sedap dan mengenyangkan
~ tidak perlu berdiet secara ketat
~ ia bukan sekadar utk slimming bahkan untuk kesihatan dan kecantikan seluruh badan
~ SESUAI UNTUK WANITA DAN LELAKI

HARGA:
RM150

Setakat ini segala testimoni pengguna produk ini menunjukkan respon yg sangat positif...InsyaAllah produk ini selamat di gunakan...korang pernah guna produk ni??meh la share dengan aku yg baru ingin mencuba..

Nota dari hati: Habis sekotak ni aku update bg tahu bape kilo yg turun dan keberkesanannya terhadap masalah resdung aku..hahaha..

kisah ANJING dan AYAM...

Assalammualaikum semua...
sumber: incik google.

'Semalam saya nampak ada anjing masuk reban makan ayam...'

Kalau setakat tengok je tak de buat apa-apa baik tak payah bagi tahu..buat sakit hati je tahu tak!!!walaupun ayam tu bukan kepunyaan hang tapi apa salah nya tolong halau anjing tu..takut anjing tu kejar???hang tu dah besar panjang, guna lah akal fikiran macam mana nak halau si anjing tu...haiyaaaa...tak kan benda basic macam tu pun aku nak kena habaq...


'Semalam saya nampak ada anjing masuk reban makan ayam tu..saya terjatuh-jatuh dan luka-luka sebab nak baling batu dan kejar anjing tu...tapi anjing tu berjaya juga makan sekor ayam..'


Kalau hang cakap macam tu sedap lah sikit hati ni dan pastinya aku tidak kecewa sebab hang ada usaha untuk membantu..bukan dok tengok persembahan ayam kene korban dengan si anjing...

Ayam dan anjing ini hanya contoh semata..apa yg aku nak cerita ialah tentang manusia yg hanya melihat suatu kemusnahan atau pun kerosakkan tanpa apa-apa tindakan ataupun bantuan...tak nak jaga tepi kain orang lain??!!!puhlisss la bagi aku kebenaran untuk campak dalam gaung manusia yg bagi alasan macam tu...

Kalau dah tinggal dalam satu komuniti apa salah nya saling bantu-membantu...walaupun yg susah tu bukan dari kalangan keluarga atau pun keturunan hang tapi bantu lah atas dasar kemanusiaan...jangan lah pentigkan diri..WHAT YOU GIVE YOU GET BACK!! ingat tau....

Nota dari hati: Sungguh menjengkelkan berhadapan dengan manusia yg mementingkan diri..hampeh..







Thursday, February 2, 2012

Akhirnya rindu dendam terlerai juga....

Assalammualaikum semua..

AMARAN
Entry kali ini berunsur 18SG mungkin panjang lebar jadi sila tabahkan hati dan tahan mata untuk terus membaca...hikhikhik...

Perjalanan ke Sunway Pyramid dari Tg Karang mengambil masa 1jam 30minit dengan kelajuan purata 100km/h...cepat ke??biasa je kan..mungkin aku boleh sampai lebih cepat kalau aku tidak tersalah jalan dan tersepit dalam kesesakan lalu lintas...nampak sangat aku dah lama gila tak gi sana sebab tu sampai tersilap bagai...kalau zaman sekolah dulu memang selalu sangat pergi sana sampai bosan rasanya(mentang-mentang sekolah dekat subang jaya)..hakhak...

Tempat pertama yg dituju ialah RED BOX sebab member(aten, choa, leya dan kina) dah tunggu dekat situ...

sungguh menghayati ye..

Walaupun suara tak berapa nak merdu tapi kitorang peduli hape sebab kitorang dah bayar jadi nyanyi lah puas-puas..lagipun setakat kitorang yg dah kawan dari form 1 ni je yg dengar so siapa nak kisah kan...dulu zaman sekolah memekak melolong sama-sama elok je lagi-lagi masa mandi dekat kolah..hikhikhik...

Selepas tamat sesi karoke, tempat seterusnya di jejaki ialah surau wanita(tak kan surau lelaki pula kan) untuk menunaikan solat zohor..walau di mana anda berada kewajipan solat jangan di lupakan...seusai menunaikan solat, kaki meneruskan langkah dan ternampak lah Kedai Buku POPULAR...terasa sungguh gembira bila nampak POPULAR sebab hati terdetik untuk menggunakan lagi RM50 Baucar Buku 1 Malaysia..rasa nya lagi best guna BB1M dekat POPULAR dibandingkan dekat MPH sebab BB1M boleh di gunakan untuk membeli apa saja di dalam POPULAR(termasuklah majalah,games,tetikus), tiada pengecualian tapi kalau dekat MPH kan, games dengan majalah tak boleh beli..hikhik

Sudah penat berjalan jadi perut perlu lah di isi, lagi pun jam sudah menunjukkan pukul 5 petang...setelah berbincang, kitorang bersepakat untuk menjamu selera di Mr. Teppayanki..




Bagi pendapat aku, Black Pepper Grilled Chicken nya biasa je dan tak de keistimewaan...rasa black pepper nya pun agak pahit..aku rasa lagi sedap makan dekat warung tepi jalan je(ni pendapat aku je..jangan ada yg saman aku pula)...erm..aku minum mineral water jenama Sea Master yg memang tak ada rasa manis..mungkin dia lupa letak gula kot dalam air tu..hihihih...secara keseluruhan nya, Mr.Teppayanki biasa-biasa saja setelah aku buat survey terhadap 4 orang lagi member aku..part paling best adalah Kina belanja kitorang semua makan(RM110 semuanya)...sayannnnnng Kina...


leya,coa,kina

kina,aten, me



ini dari Aten..
Jam sudah menunjukkan pukul 6.15 petang dan aku kena pulang segera sebab perjalanan aku masih jauh untuk sampai Tg Karang semula dengan terpaksa menempuh kesesakan sewaktu manusia yg lain berlumba-lumba pulang dari kerja...

Sorry ye kina, leya, aten dan choa sebab aku terpaksa balik awal...jumpa lagi di lain masa jika di panjangkan umur...InsyaAllah..

Nota dari hati: Rindu terhadap mereka telah di lunaskan, rasa rindu dengan Suaidah dan Gha(di Czech Republik) bila pula boleh di leraikan ni..hihihih...

*HAPPY BIRTHDAY BADDROL BAKHTIAR yg ke 24 pada 1 Feb..heheheh..