Thursday, February 23, 2012

6 perkara yg anda tidak tahu tentang..

Assalammualaikum semua...

Selalu kalau cerita pasal seseorang artis tu dekat majalah mesti ada ruangan ini '5 perkara yg anda tidak tahu tentang Baddrol Bakhtiar (silap lah pulak) si polan bin si polan..' maka hari ini dengan rasmi nya aku pun nak bajet macam artis juga tapi bezanya apa yg aku coretkan ni tak akan di siarkan di mana-mana majalah sama ada REMAJA, MANGGA, PC, SOLUSI, dan segala jenis majalah yg wujud di dunia ni(korang senaraikan sendiri)...

6 perkara yg anda tidak tahu tentang Noor Sharifatul Hana...
(kalau biasanya 5 perkara je so aku nak senaraikan 6 perkara supaya luar biasa..hihi)

1. Pandu kereta mesti berkaki ayam(maknanya tanpa selipar ye bukan guna ayam punya kaki)..sejurus berjaya dapat driving license terus je drive tanpa kasut, sandal or seliper...kalau tak caya meh nek kereta dengan aku..hihih..

2. Baru pandai pandu kereta auto pada bulan 7/2011di sebabkan keadaan yg mendesak untuk aku memandu kereta auto  walaupun aku sudah ada lesen sejak 2009 ..kesimpulannya aku lebih hebat memandu kereta manual...hahaha...

3. Tak makan sayur yg berwarna selain hijau seperti terung, tomato, lobak merah dan hanya makan sayur warna hijau yg jenis berdaun(sawi,kangkung,kailan,bayam)...walaupun petola dan bendi kaler hijau tapi aku tetap tak makan sebab dia bukan jenis daun..lalala~

4. Tak berapa gemar dan sentiasa elak makan nasi yg berwarna selain putih seperti nasi kerabu(biru), nasi tomato(oren)..bab makan memang aku sangat cerewet tp aku suka je makan nasi putih + telur goreng + kicap...hikhikhik..


5. Tak makan tempe, tauhu dan semua makanan atau pun minuman yg berunsurkan soya...masa zaman sekolah menengah dulu ada seorang kawan telah mencabar aku untuk minum air soya sekotak dan kalau aku berjaya habiskan maka dia akan bagi 10ringgit...tapi aku tak sahut cabaran dia sebab aku pernah TERMINUM air soya sampai muntah-muntah dan menggigil-gigil satu badan..jadi sampai sekarang aku tak berani ambil risiko...

6. Tak pandai dan tak paham loghat utagha, pantai timur, nogori dan semua jenis longhat sebab asal- usul dan membesar sampai lah masuk UiTM semua di SELANGOR kecuali Matrik je dekat Melaka selama setahun serta semua keturunan dan kaum kerabat asal dari Selangor...jadi aku tidak terdedah kepada mana-mana loghat selain bahasa melayu asli(orang kata bahasa KL) dan agak memalukan SPM BM B3..maka aku telah menanam cita-cita untuk berkahwin dengan orang utara..hahaha...

blog aku memang penuh wajah dia...
Nota dari hati: Baddrol Bakhtiar orang Kedah...lalalala~



5 tayar bergolek:

misz anis said... [Reply to comment]

cendawan kaler putih..ko makan jugak...lalalala

man yusoef said... [Reply to comment]

ok drive kaki ayam tu kelakar..haha..ni mesti pesen kalau beli mee goreng tu, atur sayur cantik2 tepi pinggan kan

yad'z said... [Reply to comment]

saye tak suke tempe jugakkk.. saye minat nak belajar loghat utagha.. ehhehhee

dhiera said... [Reply to comment]

saya pun drive berkaki ayam..tak selesa la ada kasut ke selipar ke segala ni~

soooooour said... [Reply to comment]

hahaah..aq pn bwk keta x pakai selipo...n masih x pernah bwk keta auto..x tau la pandai ke x....lalalaalla....