Tuesday, October 2, 2012

Khas untuk Puan Anis Mardhiah Mohamad...

Assalammualaikum semua...
*entry ini merupakan luahan perasaan seorang sahabat.

Detik 31 Ogos 2012 amat mendebarkan bagi kau dan aku juga dapat merasakan nya..rasa sebak sudah mula terasa dalam hati bila je kita memulakan perjalanan ke Kuala Kangsar dari Melaka malam tu..sedikit demi sedikit aku dapat merasakan kehilangan kau..malam tu merupakan kali terakhir aku tidur sekatil dengan kau dan aku tahu yg aku tak kan ada peluang untuk bercerita macam-macam dan bergelak ketawa dengan kau sebelum tidur..ketika itu, aku sangat berharap biarlah pagi lambat menjelma..sedih...sumpah aku sangat sedih masa tu Anis..


Seusai je kau sah menjadi seorang isteri, air mata ni tanpa segan silu menitis tanpa di undang..air mata kegembiraan dan juga kesedihan..air mata ini bertambah deras bila kau peluk aku dengan erat(sibuk je nak peluk-peluk aku..hahah)...sampai mak cik pak cik kau kata kitorang ni pula yg nangis lebih-lebih..haha...over kan kitorang??!!masa tu aku tahu yg aku bakal kehilangan seorang sahabat dan seorang kakak...kau dah ada suami dan tanggungjawab yg perlu di laksanakan...jadi keutamaan kau mesti terhadap suami bukan nya kitorang ni...

Dulu, segala masalah, cerita, kemarahan, kesedihan, rungutan, dan segala perkara mesti kau yg akan tahu tapi sekarang aku dah tak tahu nak bagi tahu dekat siapa..yeah aku masih ada geng 'Power Ranger' but you still the one that really understand me...dulu kau yg selalu pilih kan menu tiap kali makan dekat kedai sebab aku memang cerewet bab makan..dulu kau yg selalu study sampai ke subuh dengan aku...dulu kau yg teman kan aku ke hulu  ke hilir..dulu kau juga lah yg selalu ikut aku balik rumah sampai di naik taraf menjadi anak angkat mak aku...dulu....semua tu dulu kan Anis tapi sekarang semua dah berubah...kau dah jadi Madam..aku ni je masih Miss...hahah..

anis tak de keje tulis cerita sedih dekat note book aku masa kuliah Lab Management.
Sangat rindu...memang sangat sangat sangat rindu setiap detik tu Anis tapi itu semua kenangan...kenangan terindah sepanjang persahabatan kita semua...sudah jodoh kau datang awal nak buat macam mana kan..masa aku untuk menjadi seorang isteri pun akan tiba juga satu hari nanti(tu pun lau de orang datang minang la)..persoalan nya sama ada cepat atau pun lambat???!!
nasib baik mata tak bengkak sebab menangis..

kitorang peluk Anis dulu sebelum 'orang lain' peluk dia..haha

reception day,,

Aku sentiasa mendoakan kebahagiaan kau dengan Kassim sampai ke akhir hayat..semoga di kurniakan anak yg soleh dan solehah..kau jangan lupakan persahabatan kita yg mula terjalin dari Kolej Alamanda walaupun usia nya tak sampai pun 4 tahun tapi ia sangat bermakna bagi aku...

Nota dari hati: Bila aku baca balik ayat-ayat aku dekat atas ni terasa macam lesbian pula...hahahaha...


0 tayar bergolek: