Assalammualaikum semua...
Aku bercita-cita hendak memiliki blog sejak aku dari sekolah menengah lagi sebab aku rasa macam cool habes bila ada blog...aku tahu pasal blog pun daripada buku PC....masa tu aku rasa macam blog adalah satu medium untuk aku kongsikan aktiviti-aktiviti harian serta kehidupan aku sebagai pelajar dan blog ini juga boleh di anggap sebagai diari maya la(tak payah membazir dakwat pen)...tapi malangnya, kehidupan aku sebagai pelajar asrama menghalang dari aku untuk meneruskan hasrat di hati...mana ada masa nak on9 sebab balik rumah pun sebulan sekali kan...hihihi..
Akhirnya tercipta la blog ini ketika aku tengah kebosanan menanti keputusan akhir Matrikulasi..tujuan pada masa itu masih sama iaitu menjadikan blog tempat untuk meluahkan segala rasa dan catatan perjalanan kehidupan aku serta ketidak puas hatian aku terhadap sesuatu perkara...aku juga berpendapat blog adalah satu medium yg memberikan kebebasan untuk aku menulis sesuka hati..tetapi semakin aku berkecimpung dalam dunia blogging semakin aku kenal dan tahu selok belok blogging...
Walaupun blog ini kepunyaan aku tapi blog ini di baca dan di lawati oleh segenap masyarakat dari seluruh pelusuk dunia melainkan kalau aku private...jadi macam-macam perkara yg perlu di ambil berat setiap kali hendak menghasilkan sebuah entry..di tambah lagi dengan kes-kes blogger yg di tahan kerana penulisan mereka di blog yg mampu menimbulkan kontroversi...aku bukan penakut(mungkin juga penakut..hahah) untuk bersuara dengan lantang di dalam blog tapi aku masih berfikir perjalanan masa depan aku jika aku di dakwa di bawak ISA(mungkin juga) atau di buang universiti contohnya..hahaha...
Di saat ini aku boleh buat kesimpulan bahawa kita tidak mempunyai kebebasan sepenuhnya untuk menulis walaupun blog ini hak kita sendiri...kebebasan yg aku maksudkan di sini BUKAN lah kebebasan untuk memaki,mencarut, menabur fitnah atau menyebarkan aib tetapi kebebasan untuk memberikan pendapat dan pandangan walaupun MUNGKIN ia nya menentang kerajaan sendiri(ini contoh je)...
Nota dari hati: Kagum dengan mereka yg berani bersuara lantang terhadap mereka yg berkuasa...
1 tayar bergolek:
that's cool bebeh!!=)
Post a Comment