Tuesday, November 22, 2011

Angan-angan itu pasti akan tercapai juga satu hari nanti...percayalah...

Assalammualaikum semua....

Di sana di sini masih lagi hangat memperkatakan tentang kemenangan Harimau Muda tapi aku rasa cukup lah  sudah mengulas isu 2 orang Hero Malaya dan kemenangan mereka dalam entry yg lepas-lepas...walau macam mana pun rasa bangga dan sokongan dalam diri aku ini terhadap mereka tidak pernah berhenti...semoga sentiasa berjaya Harimau Malaya dan Harimau Muda..

Kau tak payah lah berangan-angan..semua itu TAK MUNGKIN jadi kenyataan...semua itu MUSTAHIL!!!

Walau mungkin ramai mengatakan impian aku adalah satu perkara yg MUSTAHIL akan terjadi tapi aku tetap percaya dan yakin pada takdir...lagi pun bukan rugi pun kalau aku nak tanam angan-angan ke semai impian ke pasang cita-cita ke apa benda sekalipun sebab semua perkara itu bukan perlukan modal atau pun bajet yg tinggi..yg diperlukan cuma hati, otak, akal, jantung, limpa dan seluruh diri aku sendiri mungkin juga bantuan dari insan sekililing aku...

Lagi pun, tanpa impian, angan-angan, harapan dan cita-cita ibarat hidup yg tiada arah tujuan...ibarat layang-layang yg tiada tali...ibarat tak makan dan minum selama seminggu..sekurang-kurangnya bila kita ada keinginan, kita tahu apa yg kita ingin capai dalam hidup ini...barulah ada garis panduan dalam hidup ini...tak de lah hidup macam orang hilang arah pedoman sampai tak tahu nak buat apa dalam dunia ni pada hal kalau kita senaraikan IMPIAN kita mesti melebihi 1000 muka surat...tidak kisah la kalau pun mungkin impian kita tu macam sengal-sengal je seperti KEINGINAN UNTUK PANJAT POKOK KELAPA....

Bila kita ada satu keinginan macam nak panjat pokok kelapa tu, kita mestilah kena berusaha untuk mempelajari teknik dan taktik untuk menawan pokok kelapa tersebut...kalau kita takat duduk bawah pokok kelapa sambil menatap hening pokok kelapa yg melambai-lambai ke kiri ke kanan, korang jangan harap lah yg tiba-tiba korang boleh berada di atas...lain lah kalau ada bunian tolong letak korang dekat atas pokok kelapa tu....
angan-angan aku setinggi awan..
Aku percaya kalau ANGAN-ANGAN yg disertakan dengan USAHA ditambahkan lagi dengan DOA, InsyaAllah ia akan membuahkan hasil...walaupun mungkin lambat tapi jangan sesekali mengalah...berusaha dan teruslah berusaha...aku tidak tahu kenapa aku terlampau yakin terhadap satu-satunya IMPIAN(mungkin juga angan-angan atau pun cita-cita..aku sendiri tak tahu apa perbezaan antara semua benda tu..hehe) aku yg orang kata luar alam dan aku sendiri terasa memang betol-betol luar alam dan mungkin dah sampai planet mana aku pun tak tahu..harapnya ia bukan lah hanya sekadar MIMPI di siang hari...

Nota dari hati: Malu untuk aku menyatakan tentang impian luar alam aku tu..hihi..

6 tayar bergolek:

misz anis said... [Reply to comment]

nice...sweet sangat...well....setiap cita2 bermula dengan angan2...setiap angan2 bermula dgn MIMPI....=)

PeJuAnG CinTa said... [Reply to comment]

tanpa angan2 ... mentol lampu x kan wujud .. elektrik takkan wujud ... dan internet juga mungkin x wujud.. angan2 itu boleh memberi inspirasi kepada kita =)

NOOR FATIN said... [Reply to comment]

angan2 mesti jadi kenyataan. hehe ;D

semoga berjaya :)

NOOR FATIN said... [Reply to comment]

angan2 mesti jadi kenyataan. hehe ;D

semoga berjaya :)

lavenderlover said... [Reply to comment]

hope all ur dreams will come true..jia you!!! hwaiting!!!
>_<

r-5 said... [Reply to comment]

itulah insya'allah mesti ada rezki suatu hari nantii. :)