Wednesday, December 14, 2011

Ingat senang ke nak perah idea bernas????!!

Assalammualaikum semua....

Dalam hidup kita ini ada orang menyokong apa yg kita lakukan dan tidak kurang nya juga yg sentiasa nak membangkang apa yg kita lakukan...sama juga ibaratnya macam ada insan yg sentiasa memberi kata-kata semangat dan ada juga yg sentiasa nak mengutuk, mengkeji dan menghina...

Kalau rasa tak setuju dengan cadangan atau pun pandangan orang lain, cuba lah bantah dengan cara berhemah tanpa menyakitkan hati sesiapa...dan kalau boleh suarakan lah sekali pandangan anda yg mungkin lagi boleh di terima akal tu...jadi manusia tu jangan lah tahu nak membangkang saja tanpa apa-apa pendapat yg lebih bijak...

'Saya TIDAK SETUJU dengan cadangan tu!!!!setakat macam tu budak tadika pun boleh fikir...dah lah tak boleh di terima akal langsung..blaaa..blaaaa...'
Menolak dengan cara kasar dan tidak memberi sebarang penambah baik kan melainkan terus-terusan mengutuk saja...cara ini amatlah kurang ajar dan menyakitkan hati sesiapa saja...orang macam ni ibarat menempah tiket untuk merasa 'tapak kaki ku di muka mu'....

'Saya rasa cadangan tu sudah baik...TAPI lebih baik jika.....'
Puji lah sedikit cadangan yg telah di berikan..sekurang-kurangnya pemberi idea tu terasa juga diri nya di hargai...korang ingat hendak mencari idea perkara yg mudah ke??!!bertambah elok di situ apabila kita memberi sebab kenapa kita tidak setuju dan juga memberi cadangan yg lain...mungkin apabila timbul idea dari dua insan yg berbeza maka terbitlah satu idea yg LEBIH BERNAS...  betol tak??!! 

Aku tidak kisah kalau ada yg tidak setuju dengan setiap pandangan atau penulisan aku dalam blog ni sebab kita manusia mempunyai pandangan yg berbeza-beza dan aku tak pernah mengharapkan semua orang untuk meng'iya'kan setiap penulisan aku ....TAPI cuba lah belajar hormat setiap pandangan orang lain dan berfikir dulu sebelum mengeluarkan kata-kata...

Nota dari hati: Aku rasa puas bila dapat menulis entry walaupun entah pe-pe..sekarang baru leh fokus study...hihihi...

6 tayar bergolek:

Unknown said... [Reply to comment]

yeap. main lah psikologi sikit an. kasi puji, kendian bangkang la dengan berhemah.

hehe

APAN said... [Reply to comment]

jngan mengharap pujian orang sngt.cuba belajar terima kritikan.xkan sekali dikritik dah nak melatah.kalau cadangan tu mmg da x boleh pakai, wat pe nak puji.huhu...

Alongxp said... [Reply to comment]

aku tak kisah klu org nk kutuk atau kritik, asalkan die ada penyelesaian atau cadangan yang releven dan rasional... andai kata die faham objektif sesuatu perkara tu, dan hasil kutukan,kritikan atau cadangan die tu membantu,its ok... klu x,lantak die la kat sana, menyalak la die sorg2, mampus aku xlayan... camtu la pemikiran aku pada org yg suka mengutuk org lain ni... sbb bukan sume org faham apa yang kita nk buat,n bukan sume org mampu berfikir macam kita fikir... ye x?

Solihin Zubir said... [Reply to comment]

betul...

jgnla sbb berbeza pendapat smpai membawa kpd permusuhan..

bincanglah elok2 dan saling tukar pendapat..

sdgkan ulama' pun berbeza pendapat.. inikan pula kita..

Haikal Blank said... [Reply to comment]

hehe ala, tak susah pun nak jaga hati orang sebenarnya. cuma antara nak atau taknak.

tapi ada jugak jenis orang yang tak pernah fikir perasaan orang lain. kehkeh

Aleen Aiden said... [Reply to comment]

yup2!sebenarnye cara orang becakap juga bley influence mood kite.lagi2 dengan org yg gile sensitip macam i ols nih.keh3