Sunday, December 4, 2011

Perbezaan zaman kanak-kanak era bawah 90-an dan kanak-kanak zaman kini....

Assalammualaikum semua...

Sedar tak sedar kita dah menghampiri tahun 2012 dan bermakna umur aku juga bakal meningkat kepada 22(nasib baik aku lahir bulan 6)..erm..bila di kenangkan balik bererti sudah berpuluh tahun aku meninggalkan zaman kanak-kanak yg penuh dengan keceriaan kerana aku sendiri tidak mengenal erti duka pada ketika itu...dalam fikiran aku sebagai kanak-kanak pada masa tu hanyalah main, main dan main...semuanya berunsur keseronokkan semata-mata...

Bila aku membandingkan zaman kanak-kanak aku dulu dengan kanak-kanak sekarang banyak perbezaan yg aku nampak dari segi pergaulan, permainan, pemikiran, dan macam-macam lagi....

Budak-budak sekarang walaupun baru berusia 5 tahun sudah tahu apa itu CINTA, COUPLE dan KAHWIN...jadi tak mustahil la kenapa sekarang ni macam-macam masalah sosial yg berlaku walaupun di kalangan kanak-kanak berusia 5-12 tahun(remaja tak payah cerita la..dah makin parah)...semua ini boleh di lihat di laman-laman sosial atau pun web-web di mana mereka ini pandai mengeluarkan kata-kata cinta dan gambar-gambar berani melakukan hubungan terlarang..semakin maju nya sesuatu zaman semakin meningkat nya masalah sosial...agak-agak hipotesis aku ni di terima tak???

Aku rindu hendak melihat kembali permainan tradisional yg aku main dulu-dulu di mainkan semula oleh kanak-kanak zaman sekarang...zaman dulu aku punya la semangat nak pergi sekolah awal sebab nak main dengan kawan-kawan punya pasal tapi bukan main PSP, iPad, iPhone, Galaxy Tab la macam budak-budak sekarang....budak sekarang pergi sekolah FB, balik sekolah pun FB juga...memang betol-betol advance lah dorang ni....kita dulu main permainan yg berasaskan alam je macam:
  • Konda-kondi
  • Rebut tiang
  • Lubang tikus
  • Guli
  • Tutup botol(ceper)
  • Batu seremban
  • Baling selipar
  • Galah panjang
  • Gasing
  • Dam
  • Congkak
  • Wau / layang-layang
  • dll.....
ini congkak ye kawan-kawan..

Fuuhhh..penat rasanya kalau nak senaraikan semua permainan yg pernah aku main dulu...rasanya tak kan cukup la 3helai kertas A4 pun...korang tahu tak cara nak main game kat atas tu????jangan kata korang tak pernah main...kalau rasa nak main boleh ajak aku sebab aku agak hebat dalam permainan tradisional ni(ayat belagak hendak mintak kaki)....muahahaha...

Nota dari hati: Aku akan pastikan anak-anak sedara aku reti main game tu semua...lepas ni PSP, PS2, laptop dan henpon akan di kuarantin dari budak-budak tu semua...lalalalala~

0 tayar bergolek: