Friday, May 20, 2011

Aku reject jejaka yg tak Solat Jumaat....

Assalammualaikum semua...

Hari ni hari jumaat beb penghulu segala hari...ada ke jejaka-jejaka kacak di luar sana yg tak solat jumaat???kalau ada yg ponteng mmg aku tak nak la amek korang sebagai calon suami...tanpa ragu-ragu terus aje aku reject..hahaha...Aku memang tak suka la kepada insan yg memberi seribu alasan tuk gi solat Jumaat..kalau perkara wajib pun x mampu nak di lakukan macam mane nak mendidik aku supaya menjadi muslimah sejati...betol x??=D

Entry ni aku nak share la keistimewaan hari Jumaat...
1. Allah telah jadikan bapa segala manusia iaitu Adam ‘alaihissalam. 
2. Hari Jumaat juga diberikan satu saat di mana segala doa dan permintaan akan dikabulkan kecuali perkara-perkara yang maksiat sebagaimana Rasulullah bersabda yang maksudnya :

“Sesungguhnya hari Jum‘at adalah penghulu segala hari dan hari yang paling besar di sisi Allah Subhanhu wa Ta ‘ala iaitu hari yang lebih besar daripada hari raya Adha dan hari raya Fitrah, pada hari Jum‘at itu terdapat lima kejadian iaitu hari yang dijadikan Adam ‘alaihissalam dan Baginda di turunkan daripada syurga ke muka bumi, dan pada hari itu juga wafatnya Adam ‘alaihissalam, dan Allah mengurniakan satu saat di mana doa-doa dikabulkan kecuali doa-doa maksiat, dan hari Jum‘at juga akan terjadinya hari Kiamat”.

3. Allah jugak akan mengampunkan umat Islam baik yang masih hidup atau pun yg dah meninggal dunia. Dalam hal ini Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam menjelaskan kelebihan orang yang berwudhu di rumahnya kemudian pergi ke masjid untuk menunaikan sembahyang Jumaat dalam sabda Baginda yang maksudnya :

“Sesiapa yang berwudhu dan menyempurnakan wudhunya, kemudian dia (pergi ke masjid) untuk menunaikan Jum‘at, lalu mendengar dan tidak bercakap (ketika khutbah dibacakan), maka diampuni dosa-dosanya yang ada di antara hari Jum‘at itu dan hari Jum‘at berikutnya dan ditambah tiga hari lagi. Dan sesiapa yang bermain-main dengan anak-anak batu (ketika khutbah) telah berbuat sia-sia”.

Jadi kalau mampu dan x de keuzuran gi la tunaikan solat Jumaat..cuma 2 rakaat aje..bukan nye lama pun..hari Jumaat la baru dapat nk himpunkan seluruh umat Islam di bawah satu masjid..dekat situ nampak la umat Islam yg bersatu padu dan saling ingat mengingati melalui khutbah yg dibaca....

k la...kalau de kawan-kawan yg tak solat Jumaat tu gi la nasihat die supaya berubah...sekali lagi aku btau yg aku reject laki x sembahyang Jumaat..muahahha....daa~


3 tayar bergolek:

Siti Safiyyah said... [Reply to comment]

haha samelah.. reject!

Fathiah Hamim said... [Reply to comment]

siapa yang terima tuh, mesti ada sebab laen. ngehh

CikPuan Fara said... [Reply to comment]

btol tu sis. kalu solat jumaat yang seminggu sekali pun payah apatah lagi solat wajib 5waktu sehari.. cari suami yang soleh Insya Allah lepas kawen, jln hidup kita tenang saja =)