Saturday, June 4, 2011

Tersalah langkah dalam kehidupan bukanlah pengakhiran segalanya..

Assalammualaikum semua...

Apa kabar korang???dah lama tak bertanya kabar kan...aku rindu nak jejalan kat belog korang tapi broadband Celcom kat kawasan umah aku ni tak bape bagus la...lembab mengalahkan siput kene strok...sakit aje ati aku ni meng'refresh' beribu-ribu kali...huh...

Bila aku duk termenung sorang-sorang tak de buat apa-apa mula la aku terfikir pasal perjalanan hidup aku selama 21 tahun (esok tepat umur aku aku 21..hahah..sila wish dan bg hadiah)..banyak kenangan pahit manis masam kelat jatuh bangun yg dah aku lalui...dan bila tibe tang yg tak menyeronokkan mula la aku rasa sedikit menyesal ngn jalan dan keputusan yg telah aku pilih..rasa macam bodoh sebab tersalah langkah....tapi tak guna nak menyesal kan sebab semua tu dah berlalu pun...apa yg boleh aku buat hanyalah jadikan nye sebagai pengajaran..betol tak????

Kalau sentiasa berada kat atas je pun tak best jugak kan..kalau sentiasa gembira je pun tak best jugak kan..kalau sentiasa senang je pun tak best jugak kan...sekurang-kurang nya kena la mengenali apa itu jatuh, sedih dan susah...baru la menghargai kehidupan...baru la ada cabaran dalam kehidupan...baru la mengenali apa erti kehidupan yg sebenarnya..

Hidup ni hanya sementara jadi guna kan la masa yg sebentar tu dengan sebaik nya...jangan hanya mengejar dunia atau hanya mengejar akhirat tetapi biar la seimbang antara dunia dan akhirat...semoga kita sesama tak mengalah dengan segala cabaran dalam kehidupan..jangan mengeluh dan merungut ye...tersalah langkah dalam kehidupan bukanlah pengakhiran segalanya tetapi permulaan kehidupan yg lebih baik....daaa~

Nota dari hati: mesti de sesuatu yg korang kesalkan dalam kehidupan kan???meh la share..

0 tayar bergolek: