Friday, June 10, 2011

Setiap pembaca mempunyai pandangan yg berbeza...

Assalammualaikum semua...

Para jejaka gi solat Jumaat tak ari ni???Bagus la kepada yg pergi dan teramat la kecewa kalau ada yg pentingkan dunia...hari ni aku bukan nak cerita pasal Solat Jumaat sebab aku dah pernah tulis kat [sini]...pergi la terjah kalau de yg tak pernah baca lagi...=D

Semalam aku ada menulis satu entry yg bagi aku biasa je tapi bila aku dapat comment dari seseorang yg menegur blog aku ni berbentuk perkauman dan hanya mengejar traffik semata terus la aku delete entry tersebut walaupun pada hakikat nye aku bukan nak mencetus kan kontroversi macam tu...lagi pun ingat aku kisah sangat ke ngn traffik ni....mungkin dia salah faham dengan isi yg aku tulis tu dan setiap manusia mempunyai persepsi yg berbeza..betol tak??!!!bukan aku nak kate die close minded tapi die tak dapat nak memahami pe yg aku cuba sampaikan sebenarnye...disebabkan aku malas nak reply comment tu dan membuat penjelasan so aku pun amek keputusan tuk delete aje..lagi pun mesti ramai yg akan boikot aku sebab sume nak bajet bagus je bile memberi comment....aish..

Mesti de yg kata aku penakut bila delete entry tu dan tak berani nak menempuh dunia blogging..sejujurnye aku tak kisah nak kekalkan je entry tu tapi aku kene pikir jugak buruk baik nya...tak pasal-pasal nanti entry tu menjadi fenomena macam isu Gambit dan Adinda Evans kan...aku tak suka la nak dapat traffik free macam tu aje..hahaha...

Bila aku dapat comment macam tu baru la aku sedar yg blog ni dah makin dikenali dan setiap orang mempunyai pandangan yg berbeza tentang isu yg dibincangkan...ada yg fikir dari sudut positif dan ada yg fikir negatif walau hakikatnye lain yg kita maksudkan...itu la risiko dan cabaran dalam berblogging...

Nampak nya lepas ni aku kene lebih berhati-hati dalam berblogging dan kene terang kan satu persatu pe yg aku maksud kan..sebab tak semua orang boleh berfikiran dengan matang dan membaca dari sudut positif...tapi kalau nak explain satu-satu alamatnye panjang lebar la entry aku dan tak de mencabar minda pembaca langsung...hahaha...

Terima kasih la pada yg memberi comment tu dan aku terima je setiap teguran yg diberikan tapi jgn la nk tuduh aku mengejar traffik la bagai sebab selama ni aku tak pernah kisah pun dgn traffik blog ni...aku menulis sebab aku minat dan ingin berkongsi pe yg aku rasa...entry ni ditulis bukan nak kritik dia..sebab dia la aku sedar yg semua orang tak sama...kekadang aku sendiri terlupa kita ni mempunyai fikiran yg berbeza...terima kasih ye..=D

Nota dari hati: Kalau semua orang berfikiran positif mesti tak de wujudnya kontroversi...hahaha...

5 tayar bergolek:

Alif Haris said... [Reply to comment]

hehe betul2 .. manusia rambut sama hitam tp fikiran lain2 :) ..

puan anis said... [Reply to comment]

semua ni mengajar kite menjadi lebih dewasa..=)

Solihin Zubir said... [Reply to comment]

alaaa... knapa delete? x sempat nk baca.. heheh.. pedulikan apa org ckp.. jika anda rsa apa yg anda buat tu btul, persetankan suma tu..

Mohamadazhan.com said... [Reply to comment]

betul tu...aku sokong SZ! entri tu menarik...abaikan saja komen orang...yang penting ada mesej =)

dwatyKNY said... [Reply to comment]

salam hana. Thanx singh my blog. Mcm hidup blog pun ada risiko. Ada yg suka ada x.So.. Abaikn je yg x penting tu. Komen dr lgkwi. He3