incik google |
Disebabkan keinginan untuk tahu tu terlampau tinggi maka nya aku pun google je la...banyak sangat pendapat dan pandangan yg aku aku baca dan aku sendiri pun hampir konfius...
Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari menyebut: Rasulullah s.a.w. melewati dua kuburan. Lalu baginda berkata. Kedua-dua ahli kubur ini sedang diazab Tuhan, meskipun bukan kerana dosa besar. Rasulullah s.a.w. lalu meletakan di atas kedua-dua kuburan itu pelepah kurma yang masih hijau sambil berdoa, Sesungguhnya kedua-dua pelepah kurma itu, insya-Allah, akan meringinkan azab mereka sehingga pelepah itu kering.
Perbuatan menaburkan atau meletakkan bunga(bukan kalungan bunga),daun atau apa saje daripada tumbuhan berdaun dibolehkan lalu berdoa kehadrat Illahi agar diringankan seksa simayat itu selama ianya belum kering seperti mana yang dilakukan oleh Nabi. Itu Sunnah. Tetapi,menanam pokok diatas kuburan sehingga pokok itu hidup subur agar mengharapkan seksaan simayat diringankan selama pokok itu hidup,ini tidak ada sumbernya.
Jadi nya adakah menaman pokok kat atas kubur dan menaburkan bunga atau daun atas kubur memberikan kesan yg sama terhadap si mati??atau pun de hukum tersendiri kalau menanam pokok kat atas kubur??meh la kita berkongsi ilmu...
Nota dari hati: Perkara biasa yg orang lain lakukan tidak semestinya betol...buat la kajian sebelum mengikut secara melulu....=D
8 tayar bergolek:
ada gak dgr ceramah ttg dimana rasulullah s.a.w letak pelepah kurma..tak silap ustad yg bagi ceramah tu kata bertujuan untuk pokok tu mendoakan si mati..kan semua benda hidup sentiasa bertasbih dan berzikir pada Allah...
thanks 4 sharing... kekadang ada kalangan kita ni suka sangat ikut melulu..bila ditanya sebab apa dorang ikut tak leh jawab plak.. :))
Pakai telekung
slalunya, pokok bunga kemboja la yg byk kt kubur..
mgkin ada faktor lain jugak kot.. sbg tmpt berteduh utk org yg ziarah..
tq,GKA br taw ni
thanks for the info... :)
good topic. orang kita kadang-kadang suka buat sesuatu tu sebab ikutan. jarang nak selidik dulu. walaupun kadang-kadang benda tu betul, mesti lah kena ambil tu jugak.
Pemilik Tulang Rusukmu
Tak ada sebarang hadith sahih dalam hal tsb, kata al-Albani, yg berkata demikian telah tersilap dalam memahami hadith berikut:
Terjemahnya: dari Jabir, RasuluLlah S.A.W melwati dua kubur dan baginda dgn mukjizatnya berkata, kedua penghuni kubur ini sedang disiksa...lalu baginda meminta pelepah tamar yang masih basah dan mematahkan menjadi dua bahagian dan menacapkan pada setiap kubur, lalu bersabda," aku berharap syafa'atku dapat meringankan azab keduanya, selama pelepahnya masih basah." [Muslim, 3012] versi Bukhari dari Ibn Abbas ra:
terjemahnya: "semuga dua pelepah ini (syafa'atku) dapat meringankan siksa keduanya selama pelepah ini belum kering." Ulas al-Khattabi, dua pelepah atau ranting itu sebenarnya bahasa metafora atau bahasa maknawi yang bemaksud pelepah hidup yg diberkati oleh mukjizat Nabi, maka sebab tu Nabi kata semuga pelepah ini dapat meringankan azab, sebenarnya ia merujuk pada syafa'at baginda bukannya pelepah tsb.
Kata al-Albani, ia bukan maksud diringankan azab kubur lantaran (asbab) kerana ada ranting atau pelepah palma yg basah, ia cuma suatu indikasi jarak masa sahaja. Ramai orang silap faham, jika ranting kayu dapat melanjutkan siksa kubur, maka apatah lagi kalau kita tanam pokok yag sentiasa basah, maka sudah tentu penghuni kubur tidak akan disiksa. Ini tidak benar sama sekali.
[ahkam al-Janaiz, m 201 (arabic)]
Rumusan:
1. Tiada hadith mengenai fadilat tanam pokok, cuma satu yg khusus buat RasuluLlah saw yang menacapkan ranting basah dan tidak boleh diqiaskan dengan pokok
3. ranting basah itu bukan penyebab kurangnya azab, ia cuma satu petunjuk jangka masa sahaja. Syafa'at Rasul hanya kekal sehingga ranting basah itu menjadi kering, bukan azab itu dikurangkan kerana adanya ranting. WA
~~~Tanam poko ni sudah menjadi satu ibadat orang melayu...sebenarnya; Islam tak galakkan sebab ...dalam hadith yang PENUH..Nabi meletakkan pelepah kurma yang masih hijau kat atas kubur tu sebab baginda mendengar tangisan si mati. Tapi orang zaman sekarang hanya gune separuh hadith je yang mengatakan bahawa baginda meletakkan pelepah kurma yang masih hijau di atas kubur si mati. Sebab tu salah. Lepas nai wafat mana ada sahabat2 nabi ada pelepah kurma yang masih hijau atau apa2 sekali pun atas kubur mereka.soo...konklusinya, nabi membuat demikian kerana baginda oleh dengar tangisan si mati. jika kita tanam pokok ke apa2 laa...itu seperti kita mengatakan yang si mati tengah diseksa ..padahal kita tak tau pun....lagi satu; siram air unga semua tu ...adat orang melayu semata-mata. nabi tak pernah buat. tak wujud dalam islam.
Post a Comment