Friday, August 26, 2011

Masak tak sedap bukan bererti tak reti masak...

Assalammualaikum semua..

ini bukan yg aku masak..
'Nana, ko masak sedap-sedap tau...'

'Aish...tak tahu la sedap ke tak ni.'

'Pastikan sedap tau..aku balik jauh-jauh nk buka puasa kat rumah kalau tak sedap buat hape..'

Abang aku yg kerja kat Serendah sibuk bertanya itu dan ini ketika aku tengah tumpukan sepenuh  perhatian terhadap masakan aku..mentang-mentang la dah lama aku tak masak sejak cuti 4bulan ni...habis skill memasak aku hilang begitu saja...kalau duk umah sendiri memang la rajin nak masak tapi bila duk dengan parents memang asyik teringin makan masakan emak je la 24jam...so emak aku saja la yg memasak dekat rumah ni dan aku hanya membantu apa yg patut aje...heheh...

Nota dari hati: Berdebar-debar hati ni nak buka puasa...tak tahu la sedap ke tidak apa yg aku masak..kalau tak sedap ni memang teruk aku kene bahan...hadoi....

Thursday, August 25, 2011

'Dia' yg menyakitkan hati ketika Syawal dan kuliah semakin hampir..

Assalammualaikum semua..
die x de kene mengena..harap muka je 'jambu'..
Kenapa masa macam ni juga yg di pilih untuk menyusahkan hidup aku???!!tak tahu ke aku ni dah nak start kuliah lebih kurang 2minggu je lagi...UiTM tu dah sibuk-sibuk memanggil. menyeru, menjerit nama aku tau tak!!!!..haish...

Memang dasar laptop tak mengenang budi..bila aku dah installkan antivirus Avira yg baru la kau nak buat hal..selama ni elok je bermanja-manja dengan aku..ini apa kes tiba-tiba nak rosakkan diri la bagai??!!cuba cerita sikit dekat aku...

Wahai laptop yg telah berkhidmat selama 4 tahun..sesungguhnya aku teramat lah sakit hati sehingga rasa macam nak campak kau dalam gaung je...kalau lah kos hendak membawa kau ke hospital hanya menelan sekupang dua boleh lagi diterima akal yg waras ni...tetapi kalau dah memakan beribu-ribu ringggit macam buat operation pemindahan jantung agak-agak kau mana aku nak dapat duit???

Setakat ni aku tak dapat mengesahkan penyakit kau yg sebenar sebab aku tak sanggup nak bayar bil perubatan bila bawa kau ke hospital...setakat tanda-tanda keypad laptop tidak boleh nak berfungsi dan tiba-tiba kau 'shut down' sendiri agak-agaknya pe masalah yg kau hadapi??!!!adakah kau diserang virus atau pun ada komponen badan kau yg rosak macam 'motherboard'????

Nota dari hati: Sebarang bantuan dari segi kewangan atau pun menghulurkan laptop yg baru amatlah di hargai...segala jasa baik anda dalam membantu pelajar macam saya ni amatlah besar ganjaran nya...kalau nak mengharapkan biasiswa memang lambat la so saya mengharapkan duit raya dari anda semua..hehe..

Wednesday, August 24, 2011

Wordless wednesday #5: Kecil-kecil cili padi walaupun kecil...

Assalammualaikum semua...
Maksud Wordless Wednesday : Pada setiap hari rabu, semua blogger akan post gambar di blog mereka tanpa meletakkan sebarang penjelasan tentang gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan segalanya...

Tuesday, August 23, 2011

Peruntukan RM1 untuk duit raya tahun ni...cukup lah tu kan..

Assalammualaikum semua,,.


Selepas berbuka pada Ramadhan ke-4..

teett....tettt...tett...(nada menunggu panggilan di sambut)

'Nenek..hari ni Akim puasa..'

'Ye ke??tipu lah..'

'Betol la nenek...kalau tak caye tanya la kat ibu..'

'Mane tahu Akim gi dapur pastu curik-curik minum ke..'

'Errr..mana de la nenek..betol la Akim puasa hari ni..'

'Ye la...nanti nenek bagi 50sen..'

'Ish..50sen je ke??apa lah nenek ni..'

'Abes tu Akim nak berapa??'

'Akim nak banyak-banyak..nanti boleh simpan dalam tabung..'

Selama hampir sebulan berpuasa, cuma sehari saja dia berjaya puasa tapi minta ganjaran nya lebih-lebih pula..dasar budak zaman sekarang..haiyaaa..aku dulu umur 5tahun dah puasa penuh tau..hehehe...

Nota dari hati: Nanti duit raya aku bagi dia seringgit je..baru padan muka dia..hahaha..

Sunday, August 21, 2011

[seram] Patung berterbangan di udara...

Assalammualaikum semua...

Tiba-tiba aku teringat kisah aku nampak hantu masa aku kecik-kecik dulu...sebab sekarang syaitan, hantu dan segala bagai telah diikat so aku berani lah nak cerita pasal hantu dekat dalam blog ni..haha...kisah ini aku yg alami nya sendiri ketika umur aku dalam lingkungan 6-8 tahun dan aku tak pasti la pula kalau korang rasa seram or lawak..


incik google

Kisah bermula...

Pada suatu hari aku sekeluarga balik rumah atuk aku yg terletak dekat Klang(balik beraya) dan kitorang sampai sana lebih kurang lepas isyak la...dekat rumah atuk aku tu ada ramai lah sepupu sepapat aku yg datang dari Melaka, Sabah dan mana entah lagi tengah menonton cerita Sundal Bolong(kot la..aku tak bape ingat cerita pe) dekat tingkat atas...

Cerita Sundal Bolong tu memang seram habis la sebab aku tengok pun tutup mata beb..memang tak kental langsung lah aku ni masa zaman kanak-kanak..lepas saja habis tengok cerita tu, kitorang semua sepupu sepapat tidur beramai-ramai depan tv...

Tiba-tiba dalam pukul 3 pagi(sempat tengok jam) aku tersedar dari tidur sebab aku terdengar bunyi yg sangat bising dan menyeramkan...bila aku buka saja mata hampir tercabut jantung aku ketika melihat banyak sangat patung yg bermacam-macam jenis berterbangan di udara...mahu tak menggigil kepala lutut aku masa tu..rasa seram sejuk memang tak boleh nak cerita la beb...rupa patung-patung tu memang scary mary la derr...dengan mata merah dan senyuman yg menakutkan memang bisa mengganggu gugat ketenteraman hati kanak-kanak seperti aku pada masa tu..

Dengan keadaan yg ketakutan aku pun kembali menutup mata dan macam-macam doa serta ayat suci Al-Quran keluar dari mulut aku...dengan takdir Allah aku kembali tidur dengan nyenyaknya dan keesokkan hari nya aku bangun dari tidur aku tengok banyak patung bergelimpangan dekat tempat kitorang tidur tu...

Pengalaman ni tak pernah aku cerita dekat sesiapa sebab siapa hendak percaya kisah kanak-kanak macam aku ni pada ketika itu...paling kurang pun mesti orang cakap 'Sapa suruh sebelum tidur tengok cerita hantu..kan dah terbawak-bawak dalam tidur..' sampai sekarang pun aku masih berfikir betul ke apa yg aku nampak tu ataupun ia nya hanya mainan tidur je...walau macam mana pun, sampai saat ini aku masih dapat merasa ketakutan yg aku hadapi ketika itu(poyo kan??hahah)..

Nota dari hati: seram tak cerita aku??!!kalau korang de cerita seram meh la share..

Friday, August 19, 2011

Baru PUTUS CINTA...rilek rilek sudah la...

Assalammualaikum semua..


'Ho..ho...ho...rilek la beb..yg kau duk menangis 40hari 40malam ni nape??dah la tak mandi, tak makan, tak gi kelas semua apsal??!!baru putus cinta tapi gaya macam orang kena simbah acid je...kumbang bukan seekor, bunga bukan sekuntum..ko bagi aja la cinta ko yg kononnya suci murni tu dekat orang yg sudi menerima...'

'Sob..sob...ko cakap senang la..yg putus cinta nya aku bukan nya ko..ko bukan pernah rasa sebab ko tak pernah bercinta kan??!!..huwaaaa..'

Aku kalau jumpa orang yg frust menonggeng tak tentu hala ni nak saja rasanya sepak laju-laju masuk gaung...bila mak pak suruh masuk universiti belajar elok-elok sibuk sangat nak belajar bercinta...sudahnya bila dah kecewa sampai tak boleh kawal perasaan mula lah bunuh diri, berhenti belajar..lain kali masa hendak ambil keputusan bercinta tu cuba belajar tanya dekat diri sendiri soalan dekat bawah ni..

'Boleh ke aku teruskan kehidupan kalau aku PUTUS CINTA nanti??!!'
'Boleh ke aku pergi kelas dan belajar macam biasa kalau aku PUTUS CINTA nanti??!!'
'Boleh ke aku berhadapan dengan si dia kalau aku PUTUS CINTA nanti??'

Kalau rasa tak mampu hendak lakukan seperti pe yg sedang korang lakukan sebelum bercinta baik tak payah bercinta...jangan fikir keseronokkan dan kemanisan masa bercinta tu saja...cuba belajar berfikir kesan dari segi positif atau negatif pada masa yang akan datang..kalau ditakdirkan jodoh korang memang kuat sampai ke syurga, Alhamdullilah..tetapi cuba bayangkan kalau jodoh putus dipertengahan jalan??!!!rasa kecewa nya hanya Allah saja yg tahu..betol tak??

Kalau korang berpegang dengan kata-kata dibawah InsyaAllah segala nya akan jadi baik-baik belaka..
"Cintailah kekasihmu atau seseorang itu sekadarnye
kerana suatu hari nanti dia akan menjadi orang yang paling kamu benci dan
Bencilah seseorang itu sekadarnye
kerana suatu hari nanti dia akan menjadi orang yang paling kamu sayang"

Cinta Allah cinta yg kekal abadi dan jangan biarkan cinta kepada manusia melebihi cinta kepada Allah....semoga kita semua tabah dan sabar dalam menghadapi kehilangan...

Nota dari hati: Aku pernah rasa macam mana sakitnya rasa putus cinta..so jangan cakap aku tak paham pe yg korang rasa..lalalala~

Thursday, August 18, 2011

Akim....I LOVE U..saranghae..

Assalammualaikum semua..
incik google
Dah hampir seminggu aku kembali pulang ke pangkuan ibu bapa aku..rasa rindu terhadap 3orang budak tu memang tak dapat disangkal lagi...mana tak nya, selama ni aku duk menetap dekat rumah kakak aku aje untuk jaga anak-anak dia yg memang bijak lagi comel sudah semestinya macam makcik nya ni yg comel lagi kiut...hahaha...

So dengan rasa rindu yg menggunung aku pun call lah anak sedara aku tu...dekat bawah ni sebahagian je perbualan..

'Akim tak rindu kat acik Nana ke??'
'Rindu la...acik Nana bila nak datang sini lagi??'
'Nanti la...Akim...I LOVE U...'
'Ha???ish...'
Akim balas dengan nada malu-malu..dia memang tak suka kalau aku cakap macam tu...
'Akim..I LOVE U...dengar tak ni??'
'Nape asek I LOVE U je....cakap la benda lain'  
suara dia dah malu-malu kucing..
'Kenapa pun??? I LOVE U la...'
'Mana boleh cakap I LOVE U.. I LOVE U tu biasa nye pakwe makwe je la..'
Budak-budak sekarang pun dah tahu pasal pakwe makwe...nak kene hempuk budak ni...
'Hahahaha....Akim comel la'
'Ha??mana ada la'
Anak sedara aku ni memang bajet malu-malu bila kena puji..hahah...
'Ok la..kalau Akim tak nak cakap I LOVE U kat acik Nana tak pe la...'merajuk..

Diam beberapa saat...

'Saranghae'
Aku hanya mampu gelak je bila tibe-tiba dia cakap dengan nada gedik campur malu-malu....

Cakap 'saranghae' boleh pula tapi bila suruh cakap ' I LOVE U' punya la susah...kalau nak diikutkan dua-dua tu membawa maksud yg sama....hahah..

Nota dari hati: Kalau depan mata kerjanya gaduh aje la dengan budak-budak kecik tu..tapi bila tak de rasa rindu pula...heheh...

Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang zaman...

Assalammualaikum semua...

Video yg betul-betul menyentuh hati aku yg sememangnya lembut bak sutera....jom kita layan sama-sama..

 
 there are no perfect fathers, but a father always love perfectly..

 Nota dari hati: Kehilangan mengajar erti untuk lebih menghargai..

Wednesday, August 17, 2011

Video yg boleh membatalkan puasa...

Assalammualaikum semua..

Memang senang la mahu bikin aku gelak sampai guling-guling..hanya melihat video dekat bawah ni aja dah merangsang aku punya nafsu ketawa yg tak hingat dunia...kalau korang rasa nak join aku gelak sama-sama meh kita tonton video di bawah ni... p/s: kawal korang punya rangsangan untuk muntah bagi mengelakkan batal puasa...


Lawak sungguh kan??!!kalau dorang masuk Maharaja Lawak konfem Jozan, Jambu, Nabil dan Sepah tarik diri awal-awal...kalau nak dibandingkan dorang ni dengan K-pop yg lain memang tak layak teruk la...aku tengok dorang ni menari tak ikhlas langsung pastu lembik semacam je...suara pun ke Laut China Selatan..sedap lagi anak saudara aku menyanyi...

So aku nasihatkan di sini agar korang tubuhkan kumpulan nasyid macam Rabbani...ada juga dakwah yg disampaikan dan tak ada la aku bagi pahala percuma dekat korang sebab mengutuk tak tentu hala...ahli kumpulan dah ramai memang ngam sangat la dengan kumpulan Rabbani..dengan penubuhan group MAX 247 macam ini hanya mendatangkan malu saja...


Sila layan video Infinite-Be mine kalau rasa nak neutral kan balik rasa mual lepas tengok video MAX 247 ye...

Nota dari hati: Ahli group Max 247 tu tak rasa nak gelak kan diri sendiri ke lepas tengok video yg dorang buat tu..haiyaaa....

Tuesday, August 16, 2011

Wordless Wednesday #4 : Mc D yg tiada di Malaysia...

Maksud Wordless Wednesday : Pada setiap hari rabu, semua blogger akan post gambar di blog mereka tanpa meletakkan sebarang penjelasan tentang gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan segalanya...

Kerana maggi sebungkus bertambah lemak di badan..

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua...


Di malam yg hening ni tiba-tiba tekak aku ni terasa nak makan Maggi kari + telur(macam orang mengidam lak)...hanya melihat kepulan asap yg keluar dari maggi tu pun sudah boleh membangkitkan nafsu..apa kan lagi aroma yg terbias dari maggi tu sendiri....perghhh memang sedap tak hingat la kan...

Tapi sungguh malang nasib aku sebab stok maggi dekat rumah ni dah lama habis dengan jayanya...sungguh kecewa sampai rasa macam nak hantuk je kepala dekat bantal...huwaaa....sampai hati engkau maggi pergi dari hidup aku...memang dasar maggi betol...sudah lah murah....lain kali aku tak nak beli engkau lagi...*merajuk

Nota dari hati: Bagus juga maggi tak de...kalau tak memang bikin gemuk saja..Jangan makan malam nanti gemuk....hehe

Sunday, August 14, 2011

Ber'bowling' dan berkaraoke di taja khas oleh dua orang jurutera...

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua..

Hari ini One Plaza Kuala Selangor menjadi tempat kitorang adik beradik berkumpul dan spend time together..konsep yg kitorang amalkan ialah barang siapa yg bekerja mereka lah yg akan menaja segala jenis aktiviti...sungguh beruntung rasanya diri ini bergelar seorang adik yg comel dan pelajar yg berdedikasi...

Iena pun nak main jugak..
gaya penuh dengan kekecewaan..

muka bajet penat sangat...

kemenangan game pertama dalam genggaman aku..(yg huruf N tu)

game kedua kecundang habis sebab glucose dalam badan dah hilang..

muka semua nak poyo je...

aku mmg sentiasa sempat pandang kamera..=D

gaya macam nyanyi lagu rock padahal lagu Lelaki Ini dari Anuar Zain je pun..

yawww....masa untuk pulang..

ini abang kandung aku yg menaja bowling..
Penaja bowling adalah insan diatas dan penaja bagi karaoke adalah abang ipar aku...kedua-dua mereka adalah engineer tapi aku tak berapa pasti pula skop kerja dorang ni..InsyaAllah setahun akan datang abang aku yg menyanyi poyo bagai nak rak tu pula akan bekerja sebagai engineer...so bertambah lagi bilangan insan yg bakal sponsor aku dan adik-adik aku..muahaha...

Nota dari hati: Seronok rasa nya bila ada orang yg menaja segala benda..hehehe..

Saturday, August 13, 2011

Kalau hidup tak reti menyenangkan orang lain lebih baik tak payah hidup..

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua...


'Alia,ko tolong jawab kan soalan matematik ni...'
'Ala...susah la...aku tak pandai la subjek matematik ni..ko tanya orang lain aja la..'jawab Alia dengan selamba tanpa menoleh ke buku yg ditunjukkan.

Belum cuba buat dah cakap tak boleh..itu dah kira macam mengalah sebelum berjuang..sekurang-kurang nya tengok lah dulu soalan tu..entah-entah setakat basic 1+1 ke...usaha lah dulu sehabis boleh sebelum bagi kata putus tak boleh buat...kawan tu suruh ko buat mungkin sebab dia percaya dengan kebolehan ko..entah-entah ko tu yg kedekut ilmu kot...bagi tunjuk ajar sikit pun tak nak...simpan la ilmu tu sorang-sorang bawak mati...hehe..

Pertolongan yg di maksudkan dekat sini bukan dalam pelajaran saja tapi dalam pelbagai situasi...kalau pun korang tak mampu nak tolong selesaikan masalah kawan tu sekurang-kurangnya fikirkan lah juga jalan penyelesaian...cuba kita bayangkan satu hari kita berada dalam situasi kesusahan macam tu tapi tak de siapa nak bantu...apa perasaan korang???WHAT YOU GIVE YOU GET BACK..

Nota dari hati: Biarlah kita jadi manusia yg sentiasa menyenangkan hati orang tak kira lah dalam situasi senang atau pun susah..=D

Friday, August 12, 2011

Sila lah pakai spek kalau rasa nak hensem...

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua...


"Kesiannya budak tu..kecik-kecik dah pakai spek"

Macam tu la bunyi yg keluar dari mulut insan-insan yg prihatin setiap kali melihat Akim(anak sedara)....aku sebagai seorang aunty nya yg paling baik hati pun terasa simpati apa kan lagi orang yg baru sekali melihatnya..heheh...

Selepas pergi ke Hospital Mata Tun Hussin Onn dekat PJ pada hari Isnin lepas, doktor pakar dekat situ menasihatkan untuk dia memakai spek bagi mengelakkan 'Lazy eyes'...

"Kalau adik pakai spek nanti bertambah hensem tau.."
Memang tak boleh blah la ayat doktor tu nak mengambil hati Akim supaya pakai spek selalu..lepas tu si Akim pun excited la nak pakai spek sangat sebab doktor tu kata dia hensem...hampeh punya budak....

Selepas spek siap ditempah..

"Huiyooo...Akim nampak semua benda besar dan jelas la ibu..."
Aku rasa nak gelak guling-guling aja bila dengar dia cakap macam tu dekat ibu nya...hahahah...dah selama ni dia rabun, memang la tak nampak jelas..huhu...dah nama pun budak-budak kan..mesti dalam fikiran dia apa yg dia alami selama ni tu sama aja dengan orang lain...

Nota dari hati: Sayangi mata anda setiap hari...

Thursday, August 11, 2011

Sikap menjengkelkan sesudah ber'couple'...

incik google

Assalammualaikum semua...

Sudah menjadi lumrah agaknya kalau ber'couple' semua benda nak kena bagi tahu dan kongsi termasuk lah emel dan password Facebook, Twitter, blog,student portal dan agak melampau rasa nya kalau segala no pin ATM pun nak kena bagi tahu...pasangan korang tu belum tentu pun lagi menjadi sah untuk korang..setakat couple je pun...tak payah la melampau sangat nak share everything...macam tak de privacy aje..

'Fatin(bukan nama sebenar), jom teman kan aku gi kedai jap...nak pi beli choki-choki la'
'Ala...nak kena mintak kebenaran hubby(euuuwww) dulu la..takut dia tak bagi pula'

Paling tak boleh diterima akal kalau setakat nak keluar pergi kedai runcit sebelah rumah untuk beli choki-choki pun nak kena minta kebenaran....pakwe/makwe korang tu siapa sampai perkara kecil macam tu pun nak kena bagi tahu??!!!lebih berfaedah kalau korang bagi tahu mak ayah korang yg sememangnya bertanggungjawab dan sentiasa risau tentang keselamatan korang tu...memang bikin panas saja kalau dapat kawan macam tu...

'Lena(bukan nama sebenar), nak mintak share kredit 50sen...kredit aku dah nyawa-nyawa ikan la..please..'
'Ala....bukan tak nak bagi tapi aku tak kol yayang(uweekkk) aku lagi la hari ni...belum cerita dekat dia yg kita belajar ABC dekat kampus tadi....'

Sebab pakwe/makwe sanggup ketepikan kawan yg kesusahan..setakat 50sen pun nak berkira sangat...kalau bergayut dengan pasangan korang sampai habis berpuluh-puluh tu boleh pula..ekele...tapi kalau nak bergayut dengan mak bapak korang macam-macam alasanlah di berikan...tak de kredit la..tak de masa la...busy sangat la tu kononya..dengan mak bapak memang la tak de masa tapi dengan pasangan bila-bila pun boleh..hampeh...

'Hana, sori la aku tak dapat teman kan ko gi beli buku la...my boy baru je kol ajak kuar tengok wayang...'
'Hah???ko kan dah janji dengan aku dari last week..'

Sanggup mungkir janji tidak kira la dengan kawan atau sesiapa pun...segala keutamaan memang diberikan untuk pasangan yg kononya sehidup semati...kalau sekali mungkir janji mungkin aku tak berapa kisah tapi kalau dah beribu-ribu kali memang rasa macam nak campak dalam gaung aje manusia jenis tak menepati janji ni...lembu berpegang pada tali dan manusia berpegang pada janji...so kalau nak jadi manusia jangan la mungkir janji ye...

Masa ber'couple' memang sanggup buat apa saja demi pasangan korang tu..nanti masa dah kahwin boleh ke segala rasa hormat, tolak ansur, memahami,sepakat, berkongsi yg kononya dah dipupuk masa ber'couple' tu berkekalan sampai bila-bila???tepuk dada tanya iman..jangan lah nak melebih-lebih sangat dengan pasangan korang yg belum tentu sah untuk korang...masa couple memang semua nya indah saja...kentut yg busuk pun dikatakan wangi..muahaha...

Nota dari hati: Kalau nak tunjukkan sangat ciri-ciri suami atau isteri yg mithali tunggu la bila dah sah akad nikah nanti...=D

Wednesday, August 10, 2011

Wordless Wednesday #3 : Membazir amalam syaitan..


Maksud Wordless Wednesday : Pada setiap hari rabu, semua blogger akan post gambar di blog mereka tanpa meletakkan sebarang penjelasan tentang gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan segalanya...

Tuesday, August 9, 2011

3 situasi manusia bersikap mementingkan diri...

Assalammualaikum semua...

Perangai manusia yg mementingkan diri kadang-kadang boleh mendatangkan geram dan sakit hati kepada sesiapa saja....kalau hendak di ikutkan banyak situasi yang dapat aku lihat wujudnya manusia yg mementingkan diri ini tetapi aku nak kongsi kan cuma 3 situasi saja...

gara-gara tiada parking..hehe

Parking kereta
Situasi macam ni paling mencabar keimanan aku sebagai pemandu kereta yg berhemah(sempat lagi puji diri sendiri)...ada ke patut manusia macam ni parking kereta macam parking bas persiaran aja....tak payah la lebih-lebih sangat sampai masuk parking orang lain..elok-elok tempat tu muat untuk dua kereta dah jadi satu kereta aje..lagi-lagi kalau waktu tengah susah payah nak cari parking sebab ada mega sale kat Jusco(ni contoh je la)...kalau ikutkan hati aku yg murni ni memang nak bako aje kereta tu..aiyaa..


Pengangkutan awam
Terutamanya peak hour la..masa tu la semua orang dah kepenatan balik dari kerja dan bergegas untuk pulang ke rumah tapi cuba lah jadi manusia tu perangai nya elok sikit..tak perlu la nak bertolak-tolak untuk masuk bas atau KTM...walaupun korang nak cepat sangat cuba lah fikir pasal orang lain sikit..jangan lah dok fikir diri sendiri aja..kalau korang nak cepat sampai rumah habis tu orang lain tak nak balik rumah cepat juga ke??!!!

Di dalam surau
Kebanyakkan surau dekat shopping mall tak de lah besar mana kan..kadang-kadang tu hanya boleh memuatkan lima orang saja dalam satu masa...jadi apa salahnya kalau bagi peluang dan ruang dekat orang lain untuk sembahnyang daripada korang duduk melepak sembang-sembang mengumpat tidak tentu hala...ditambahkan lagi kalau suara tu kuat mengalahkan speaker memang sangat menganggu ketenteraman orang lain nak solat...jangan hanya penting kan diri sendiri sebab nak berehat atau pun melepaskan penat dekat surau...belajar ingat-ingat pasal orang lain juga...

Setakat ini saja lah yg aku nak kongsi..kalau korang ada sikap mementingkan diri tu lebih baik kurang kan la sikit...kita hidup dekat dunia ni bukan nya sorang-sorang..so belajar la sikit untuk fikir pasal orang lain....

Nota dari hati: Selamat berbuka semua...

sumber: incik google

Sunday, August 7, 2011

Berbuka puasa di ISLAND BBQ STEAMBOAT berharga RM 248.70....

Assalammualaikum semua...

Berbuka puasa untuk hari yg ke-6 ni agak istimewa sikit sebab kitorang berbuka di ISLAND BBQ STEAMBOAT yg terletak di KG MELAYU SUBANG...segala jenis makanan korang boleh makan walaupun tak de la banyak sangat pilihan macam dekat SEOUL GARDEN..tetapi berbaloi lah dengan harganya yg hanya RM19.90 untuk dewasa dan kanak-kanak RM9.90...murah aja kan???lagi best sebab ada ais krim yg memang sedap hingga menjilat jari kaki...harga tu termasuk la dengan minuman tau..ada 2 jenis air sejuk dan 2 jenis air panas..berbaloi-baloi kan...lagi satu kan, restoran ni bertemakan ala-ala Garden Style gitu...
Bunyi kapal terbang Firefly menjadi peneman sebab dekat dengan airport Subang kan..
kitorang reserve 3meja tau..
comel kan bentuk bintang tu...siap de mata dan mulut lagi..
udang dan ayam nya memang sedap..
happy family...

semua khusyuk je makan kecuali Syikin..hehehe

banyak tak duit kami???
blurrppp...akhirnya habes pun kitorang melantak..

Family gathering dengan sepupu dan adik beradik aja...

Ini lah penganjur untuk majlis berbuka puasa...hehe..

Kitorang memang melantak habis-habisan dari mula berbuka sampai lah pukul10 malam baru kitorang keluar dari restoran tu...yg paling buat kitorang teruja sebab abang ipar aku yg baik hati lagi kacak telah belanja kitorang semua...memang teruja habes la sebab aku dah siap kutip duit dekat sorang-sorang lagi..hahaha..semua harga untuk berbuka puasa malam ni ialah RM 248.70 dan owner restoran tu telah bagi 10% diskaun so kena bayar RM223 saja...murah aja kan???(orang belanja memang la kata murah...muahahah)
abang ipar ku yg kacak lagi berjaya(bodek seh)..
Kalau korang semua nak tahu lebih lanjut boleh lah terjah SINI atau hubungi nombor ini 0126800041...
Nota dari hati: Aish..berapa kilo la berat aku naik agak nya..

Saturday, August 6, 2011

Dia dah putus tunang la..aku pun nak putus tunang juga la...

incik google..

Assalammualaikum semua...

Sekarang ni tengah hot macam baru lepas keluar ketuhar aja cerita pasal putus tunang...mula-mula Khairul Fahmi Che Mat (KFCM) dengan Elia Jejari runcing lepas tu Ally Iskandar pulak...dekat mana-mana aja mesti cerita pasal dorang.....walaupun dorang dah putus tunang tapi masih ada lagi pihak yg sibuk-sibuk nak hebohkan gambar yg konon nya bukti kecurangan mereka..kalau benda tu tak betol kan dah jadi satu dosa korang sebarkan fitnah....aiyaaa...

Apa yg aku sedarlah kan(aku tak tahu la korang sedark ke tak..)...kita ni dah macam ada satu trend tau...bila ada orang kahwin, semua orang nak buat majlis perkahwinan...pastu bila kes cerai pulak mula la semua sibuk-sibuk nak naik turun makhamah....kalau tengah hot cerita jenayah pasal rogol, waktu tu la melambak kes rogol berleluasa...bila pula ada kes bunuh-membunuh,memang ramai lah yg bakal mati....then kalau tengah musim kemalangan bas, semua bas nak kemalangan...

Kadang-kadang aku sendiri pun tak berapa nak paham dan sampai terfikir adakah mentaliti masyarakat kita ni sama aje...korang tak berapa paham apa yg cuba aku sampaikan??!!!alamak...sebab aku pun tak tahu macam mana nak bagi penerangan..hahaha..

Nota dari hati: Walau apa pun yg berlaku jangan lah sampai bermusuh ye..=D

Friday, August 5, 2011

Sikap yang boleh menyebabkan kemalangan..

incik google.


Assalammualaikum semua..

Sila bagi signal ke kiri atau ke kanan setiap kali hendak membelok tak kira la korang tu bawak kereta sewa, kereta sapu, kereta company,kereta sendiri, lori kontena, lori ayam, lori minyak, atau pun motosikal sekali pun(penat nak senaraikan semua..huh)..disebabkan sikap korang yg malas atau pun tak reti nak bagi signal tu boleh mengundang marah pemandu yg lain termasuk la aku....

Aku memang rasa nak maki pastu bagi kaki aja kat orang yg tak reti nak bagi signal ni...sekurang-kurang nya kalau korang dah bagi signal awal tak de berlaku accident disebabkan korang yg tetiba bawak perlahan sebab nak membelok...lagi satu kalau kat highway tu tetiba korang masuk depan kereta lain dengan tiba-tiba tanpa memberi apa-apa isyarat...di buatnya orang belakang tu bawak laju macam pelesit dan tak sempat break..kan dah berlaku pertempuran yg tak di jangka....memang la salah bawak laju tapi kita kena la sama-sama untuk elakkan accident kan..

Lagi satu perangai yg agak menyampah, dah nak masuk simpang baru nak bagi signal....aish..kenapa la korang tak bagi signal tu esok aje...geram betol di buatnya... kalau ikutkan hati memang aku dah langgar aja orang macam tu..kalau tak nyusahkan hidup orang lain tak sah agaknya...

Aku bukan nak kata yg aku ni pemandu berhemah sebab aku memang bawa kereta teramat la laju macam  pemandu F1..tapi sekurang-kurang perkara basic macam tu tak kan la tak boleh di buat...masa ambil lesen dulu kan dah belajar...cuba lah praktik kan...aiyaaa...

Nota dari hati: Kalau signal rosak pi la betol kan cepat-cepat...hehe..

Mereka bukan anak kandung aku....

Assalammualaikum semua...

Entry ini nak bagi tahu kat satu dunia bahawasanya aku masih muda remaja...umur baru je 21tahun 2bulan dan tak abes belajar lagi pun..kahwin??!!!sudah tentu belum tiba masanya lagi...tak pernah terfikir nak kahwin masa belajar ye...so jangan salah sangka dengan 2 orang budak tak cukup umur dibawah...dorang hanyalah ANAK SEDARA aku...muka aku ni dah macam golongan Ibu-ibu ke???(sila cakap 'tak' oke...)...

ada ciri keibuan ke???!!

ini bersama ibu aku oke..

pic diambil di Hotel Concorde tadi..jgn tnye pe aku wat kat sana..
Kalau korang tengok gambar kat atas, ada terdetik tak yg dorang tu anak aku??(sila jgn terdetik ye)...sekali lagi ditegas kan bahawa mereka berdua adalah ANAK SEDARA saja BUKAN anak kandung oke..

Nota dari hati: Ke mana je aku pergi dengan dua orang budak ni mesti orang ingt dorang ni anak aku..tapi aku tak de la kisah sangat pun...hahaha...

Thursday, August 4, 2011

[lawak] Salah faham ber-chatting...


Video ni memang terbaik la...lepas korang tengok video ni tak yah la nak emosi or salah sangka tak tentu pasal bila berchatting...heheh..

So tak rugi kalau korang layan dan subscribe video Aman Wan ni...dia ni sama aja macam Anwar Hadi dan Mat Luthfi..heheh...

Wednesday, August 3, 2011

Wordless Wednesday #2 : Merenung jauh ke atas langit...



Maksud Wordless Wednesday : Pada setiap hari rabu, semua blogger akan post gambar di blog mereka tanpa meletakkan sebarang penjelasan tentang gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan segalanya...

Tuesday, August 2, 2011

Kita puasa kan sebab nak raya..kalau tak puasa mana boleh raya..


'Kakak, esok puasa tau..' kata aku kepada Iena(anak sedara)..

'Kenapa pulak esok nak kene puasa Cik Nana???' tanya Iena dengan mimik muka ingin tahu..

'Erm...sebab esok kan dah bulan Ramadhan..'itu lah jawapan yg aku berikan walaupun aku tahu dia mesti tak paham..heheh.

'Salah la Cik Nana!!' dengan muka konfiden dia menyangkal kata-kata aku..

'Abes tu kenapa???!!' agak-agaknya pe benda la yg bermain kat fikiran dak tu kan..

'Kita puasa kan sebab nak raya..kalau tak puasa mana boleh raya...'jawab Iena dengan yakinnya...

'Sape yg cakap macam tu??!!'

'Ibu lah yg cakap..'

Lebih kurang macam tu la perbualan aku dengan Iena pada hari ahad semalam...kekadang aku pun boleh sampai blur nak jawab soalan anak-anak sedara aku ni.....budak-budak ni bukan paham kalau cerita fakta entah apa-apa...dorang ni berfikir secara logik dan berpandukan persekitaran sekeliling aje...hehe..

Itu cerita budak-budak, kita yang dah besar ni tak kan lah puasa sebab nak raya kot...masa bulan ramadhan ni la kita nak banyakkan amal ibadah...tahun depan kita tak tahu lagi yg kita ni ada kesempatan atau pun tidak untuk berjumpa dengan Ramadhan..

Nota dari hati:  penat bekerja bukan alasan untuk tidak berpuasa...

30hari berpuasa bersama keluarga...

incik google

Assalammualaikum semua...

Sudah lama rasanya tak berpeluang nak berpuasa penuh selama 30hari dengan keluarga....sejak aku menjejak kan kaki ke asrama masa aku form 1 sampai la puasa tahun 2010(dekat UiTM) hanya beberapa hari saja dapat peluang pulang ke rumah berpuasa bersama keluarga yg lain...nampak nya tahun ni aku beruntung besar sebab masuk sem 5 lepas raya so aku berpeluang la nak berpuasa dan berterawih di rumah sendiri...hehehe...

Tahun-tahun akan datang memang tak jamin la ada peluang untuk berpuasa bersama keluarga atau tak sebab sibuk dengan belajar je..lepas abes belajar dah kene kerja...dibuatnya aku kahwin camne pulak????!!!

Nota dari hati: Rindu juga nak berpuasa bersama kawan-kawan macam zaman sekolah dulu-dulu...