Friday, August 5, 2011

Sikap yang boleh menyebabkan kemalangan..

incik google.


Assalammualaikum semua..

Sila bagi signal ke kiri atau ke kanan setiap kali hendak membelok tak kira la korang tu bawak kereta sewa, kereta sapu, kereta company,kereta sendiri, lori kontena, lori ayam, lori minyak, atau pun motosikal sekali pun(penat nak senaraikan semua..huh)..disebabkan sikap korang yg malas atau pun tak reti nak bagi signal tu boleh mengundang marah pemandu yg lain termasuk la aku....

Aku memang rasa nak maki pastu bagi kaki aja kat orang yg tak reti nak bagi signal ni...sekurang-kurang nya kalau korang dah bagi signal awal tak de berlaku accident disebabkan korang yg tetiba bawak perlahan sebab nak membelok...lagi satu kalau kat highway tu tetiba korang masuk depan kereta lain dengan tiba-tiba tanpa memberi apa-apa isyarat...di buatnya orang belakang tu bawak laju macam pelesit dan tak sempat break..kan dah berlaku pertempuran yg tak di jangka....memang la salah bawak laju tapi kita kena la sama-sama untuk elakkan accident kan..

Lagi satu perangai yg agak menyampah, dah nak masuk simpang baru nak bagi signal....aish..kenapa la korang tak bagi signal tu esok aje...geram betol di buatnya... kalau ikutkan hati memang aku dah langgar aja orang macam tu..kalau tak nyusahkan hidup orang lain tak sah agaknya...

Aku bukan nak kata yg aku ni pemandu berhemah sebab aku memang bawa kereta teramat la laju macam  pemandu F1..tapi sekurang-kurang perkara basic macam tu tak kan la tak boleh di buat...masa ambil lesen dulu kan dah belajar...cuba lah praktik kan...aiyaaa...

Nota dari hati: Kalau signal rosak pi la betol kan cepat-cepat...hehe..

5 tayar bergolek:

yad'z said... [Reply to comment]

hurm.. sayangi nyawa anda.. berhati2 di jalan raya .. ^^

eva said... [Reply to comment]

kiter pun geram gak.. lebih baik cabut jer signal tu.. kalau boleh nak pakai hon boleh cakap mcm ni " PAKAI SIGNAL OI"

Chachos Cheezy Wedges said... [Reply to comment]

marah nye die.. hahaha!! signal diorang kne bayar kot kalo nk guna.. kah3..

aleen aiden said... [Reply to comment]

yup2.1 lagi yg buat sakit ati,pesen sker bagi lampu tggi.pfftt!

Nizam Ijam said... [Reply to comment]

imgatlah org yang tersayang..