Showing posts with label hospital. Show all posts
Showing posts with label hospital. Show all posts

Sunday, March 3, 2013

Selamat tinggal Melaka...

Assalammualaikum semua..

Tempoh masa 6 minggu praktikal akhirnya tamat juga dengan jayanya semalam...tak sempat nak berehat dah kena kembali ke kampus hari Isnin nanti..bravooo bravooo...

Kenangan dan pengalaman sepanjang praktikal akan sentiasa menjadi ingatan terindah....

Preceptor kami...terima kasih..
Jabatan Patologi sentiasa dalam kenangan..
adik amir....apple besar tu sangattttt sedap..kitorang dah la tak pernah makan donat cmtu...terharu sangt..sori tak ada hadiah...tapi cukupkan kenangan yg kitorang bagi???serius tacing baca blog ko...sob sob sob..
Terima kasih kepada semua yg telah mencipta dan mewarnai kehidupan kami...jangan lupakan kami ye kawan-kawan dari IMR, Mahsa, MSU, PTPL, UNIKL, Nilai College dan ____________ (mana lagi ye??cukup la tu kot..hihi)... Jabatan Patologi Hospital Melaka the best sebab staff nya yg sangat baik hati dan tak lokek mengajar kami yg tak berapa nak bijak ni dan belanja kami makan (bab makan memang best)...hihihi..

p/s: amir...tolong sampai kan maaf kitorang dekat FUMAKILA dan JUMBO sebab kutuk dorang...


dinner terakhir bersama pakcik, makcik dan azim di Kenny Rogers..
Terima kasih pakcik dan makcik sebab sudi menumpangkan kami berteduh dari sem lepas lagi...kitorang dah rancang nak merempat dekat surau hospital je kalau tak de penginapan..nasib baik acik sekeluarga sudi kutip kitorang..sob sob sob(gurau je)... halal kan air, elektrik, makanan, minuman dan segala nya yg kami guna ye acik..mintak maaf kalau ada terkasar bahasa dan rosak kan tombol pintu bilik, shower dan____ (duduk rumah orang jadi perosak..teruk betol perangai)...semoga pakcik dan makcik sentiasa di murah kan rezeki...

Nota dari hati: Cantik baju dan kerongsang yg acik bagi tu..pelik betol bila kami yg menumpang ni yg dapat hadiah...syukran...


gambar terakhir di Melaka...
coretan adik amir... Hilangnya si Power Rangers

Saturday, January 26, 2013

Random story #1...

Assalammualaikum semua..

Tahun 2013 hampir menjejaki bulan kedua tapi baru tiga entry jeeee yg sempat di tulis...teruk teruk teruk...semua gara-gara kesibukan yg melanda diri ketika ini...mana sempat nak pikirkan pasal blog kalau pagi-pagi dah keluar rumah cari rezeki sampai ke petang untuk santapan suami dan anak-anak ..ibarat kais pagi makan pagi, petang tak payah kais sebab diet ke Hospital Melaka untuk berpraktikal..rutin setiap hari bila sampai ke hospital mesti menghitung masa..terasa lambat betol masa berputar ke angka 5..makin di tunggu makin lambat pulak masa ni bergerak..saje je tau...

Tepat jam 5 petang (selalu awal 3 minit..haha) pandang-pandang, jeling-jeling keliling lab tengok semua benda dah selesai, terus tanggalkan lab coat, cuci tangan, tegur-tegur lab staff, capai beg, punch card dan terus blah...ketika itu baru boleh tersenyum ceria dan gembira sekali..orang kata budak praktikal kena lah hipokrit, tunjuk rajin kan tapi haku pedulik hapa sebab aku memang sejak azali dah rajin kan jadi tak de istilah hipokrit hokey..dalam tempoh masa 6 minggu ini, detik 5 petang sangat di nanti-nanti kan..

Jap jap jap...sebenar nya apa yg cuba aku ceritakan ni??!!!dah membebel merapu meraban dua perenggan baru tersedar dari lamunan dan igauan..sungguh tiada motif, tujuan, misi dan visi entry pada malam pagi ini...buat malu jeee dengan blog budak darjah lima yg jauh lebih bagus...

bercuti di Mahkota Parade..

kanak-kanak berebut ayam..

tudung senget benget dan lidah yg terjelir??!!
Gambar memang tiada kena mengena dengan cerita dan aku sendiri tiada jawapan kenapa aku upload gambar-gambar di atas...oleh yg demikian, aku memberi tajuk entry ini Random Story..hakhakhak...

Nota dari hati: Jam dah menunjukkan empat pagi tapi tak tidur lagi sebab tu entry entah hape-hape..

Friday, July 20, 2012

Berpuasa dan berpraktikal di Hospital Besar Melaka..

Assalammualaikum semua..

woot..woot..malam ni dah mula solat terawikh dan esok mula berpuasa...jangan ada yg nak ponteng puasa tanpa sebab ye..dosa dosa dosa...

niat puasa Ramadhan untuk esok hari dan sebulan
Nampaknya tinggal tak sampai 2 hari je lagi masa berbaki yg boleh di manfaatkan sebaik mungkin sebelum pergi ke Melaka untuk praktikal selama 6 minggu..rasa berdebar-debar, takut semua ada bila nak mula praktikal ni..harap-harap seniors dekat Hospital Besar Melaka tu baik-baik je la ye dan sudi bagi tunjuk ajar dekat kami yg freshie ni...ameen...ini lah pengalaman pertama untuk praktikal dan inilah juga pengalaman pertama berpraktikal di kala bulan Ramadhan..
sumber 

'Nana, nanti g praktikal langsung tak balik ke?? tak nak buka puasa dekat rumah ke??'

'Tak tahu lagi..nanti nak RAYA confirm balik la..penat la nak drive balik sorang-sorang..dah la jauh..kalau dekat tak pe jugak..'

'Nanti tulis dekat blog tau apa ko buat hari-hari dekat hospital tu..ada jumpa doktor hensem ke...'

'Ye la..kalau aku jumpa doktor-doktor yg hensem je baru aku tulis ye..'

'Bagus-bagus..nanti aku dapat abang ipar doktor..'

'Betol juga tu..bernas juga cadangan ko ni kadang-kadang..'

Semoga Ramadhan kali ini dapat berpuasa penuh(macam mustahil tapi tiada apa yg mustahil...haha) dan dapat berpraktikal dengan baik sekali...InsyaAllah segalanya akan berjalan lancar...

Nota dari hati: Tak sabar nak puasa...hihihi..

Friday, August 12, 2011

Sila lah pakai spek kalau rasa nak hensem...

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua...


"Kesiannya budak tu..kecik-kecik dah pakai spek"

Macam tu la bunyi yg keluar dari mulut insan-insan yg prihatin setiap kali melihat Akim(anak sedara)....aku sebagai seorang aunty nya yg paling baik hati pun terasa simpati apa kan lagi orang yg baru sekali melihatnya..heheh...

Selepas pergi ke Hospital Mata Tun Hussin Onn dekat PJ pada hari Isnin lepas, doktor pakar dekat situ menasihatkan untuk dia memakai spek bagi mengelakkan 'Lazy eyes'...

"Kalau adik pakai spek nanti bertambah hensem tau.."
Memang tak boleh blah la ayat doktor tu nak mengambil hati Akim supaya pakai spek selalu..lepas tu si Akim pun excited la nak pakai spek sangat sebab doktor tu kata dia hensem...hampeh punya budak....

Selepas spek siap ditempah..

"Huiyooo...Akim nampak semua benda besar dan jelas la ibu..."
Aku rasa nak gelak guling-guling aja bila dengar dia cakap macam tu dekat ibu nya...hahahah...dah selama ni dia rabun, memang la tak nampak jelas..huhu...dah nama pun budak-budak kan..mesti dalam fikiran dia apa yg dia alami selama ni tu sama aja dengan orang lain...

Nota dari hati: Sayangi mata anda setiap hari...