Tuesday, August 2, 2011

Kita puasa kan sebab nak raya..kalau tak puasa mana boleh raya..


'Kakak, esok puasa tau..' kata aku kepada Iena(anak sedara)..

'Kenapa pulak esok nak kene puasa Cik Nana???' tanya Iena dengan mimik muka ingin tahu..

'Erm...sebab esok kan dah bulan Ramadhan..'itu lah jawapan yg aku berikan walaupun aku tahu dia mesti tak paham..heheh.

'Salah la Cik Nana!!' dengan muka konfiden dia menyangkal kata-kata aku..

'Abes tu kenapa???!!' agak-agaknya pe benda la yg bermain kat fikiran dak tu kan..

'Kita puasa kan sebab nak raya..kalau tak puasa mana boleh raya...'jawab Iena dengan yakinnya...

'Sape yg cakap macam tu??!!'

'Ibu lah yg cakap..'

Lebih kurang macam tu la perbualan aku dengan Iena pada hari ahad semalam...kekadang aku pun boleh sampai blur nak jawab soalan anak-anak sedara aku ni.....budak-budak ni bukan paham kalau cerita fakta entah apa-apa...dorang ni berfikir secara logik dan berpandukan persekitaran sekeliling aje...hehe..

Itu cerita budak-budak, kita yang dah besar ni tak kan lah puasa sebab nak raya kot...masa bulan ramadhan ni la kita nak banyakkan amal ibadah...tahun depan kita tak tahu lagi yg kita ni ada kesempatan atau pun tidak untuk berjumpa dengan Ramadhan..

Nota dari hati:  penat bekerja bukan alasan untuk tidak berpuasa...

1 tayar bergolek:

fiq. said... [Reply to comment]

haha, untuk kanak-kanak, valid lagi sebab puase tu dan boleh seronok dan excitedkan diorang tok puase,
tapi kalau dah beso, memang tak de makne ok