Sunday, July 31, 2011
Puasa sehari dapat seringgit..puasa 30hari dapat seratus ringgit..
Assalammualaikum semua..
Masa zaman kanak-kanak dulu tak kira la buat apa pun mesti dapat ganjaran...tolong emak kemas rumah pun dah dapat seringgit...biasa la kan kalau dah nama pun budak-budak...bagi gula-gula sebijik pun boleh cair..hahaha...
Dalam sejarah kemanusiaan, aku adalah manusia pertama yg berpuasa penuh pada usia 5tahun...sila lah kagum ye...hahaha..tapi jangan pikir aku akan puasa kalau tak de ganjaran..hahha...semuanya disebabkan janji-janji manis yg telah ditaburkan oleh ayah aku...ayah aku kata kalau puasa sehari dapat seringgit pastu kalau puasa penuh dapat seratus ringgit...walaupun sehari je ponteng puasa akan dikira 29ringgit je yg akan aku dapat...kiranya memang untung besar lah kalau dapat puasa 30hari..hahaha...
Tapi tu cerita zaman aku kecik-kecik dulu...budak sekarang ni mana nak pandang kalau aku bagi seringgit pun..masing-masing nak duit kertas yg kaler merah tu aje...hampeh betol...
Nota dari hati: meh terjah cerita memalukan dibulan Ramadhan di [sini] Selamat Berpuasa ye..tak mo la ponteng-ponteng puasa...
Labels:
agama islam,
duit,
puasa,
ramadhan
Friday, July 29, 2011
Wajah-wajah penyokong Malaysia di Stadium Bukit Jalil...
Assalammualaikum semua..
Bahang kehangatan perlawanan bola sepak semalam masih terasa lagi sampai hari ni..sakit badan ketika berhimpit di stadium pun masih terasa lagi...sakit tekak yg menjerit tak ingat pun masih kekal sakitnya...bau-bauan yg bermacam-macam pun masih terhidu-hidu...di sebabkan semua masih lagi terasa pe kata kita layan aje gambar sepanjang di stadium..lalalala~
Nota dari hati: ada beberapa keping gambar kat atas orang yg aku tak kenali..kalau dorang tu kenalan korang dan tak suka di publish di blog ni sila bg tahu ye...nanti aku buang..
Bahang kehangatan perlawanan bola sepak semalam masih terasa lagi sampai hari ni..sakit badan ketika berhimpit di stadium pun masih terasa lagi...sakit tekak yg menjerit tak ingat pun masih kekal sakitnya...bau-bauan yg bermacam-macam pun masih terhidu-hidu...di sebabkan semua masih lagi terasa pe kata kita layan aje gambar sepanjang di stadium..lalalala~
aummmm..awwww.. |
kawan aku sanggup balik dari Czech Republic semata nak tengok Malaysia main.. |
semua nak biru je ye dik.. |
serba serbi kuning hitam aunty ni.. |
jejaka tak di kenali yg menyuruh aku amek gambar guna DSLR aku..motif??? |
abang dan tunang.. |
semangat budak ni bersorak.. |
yess...gollll... |
push hands up.. |
mamat ni dari masuk stadium sampai la abes game keje nye meniup benda kaler hijau tu je..banyak betol angin dalam badan ye..hehe |
suka jersi yg besar tu... |
Labels:
bukit jalil,
DSLR,
malaysia,
singapura,
stadium,
suka. bola sepak
Pemain Malaysia agak mengecewakan l Singapura penuh dengan pura-pura...
Assalammualaikum semua...
Memang kecewa dengan kekalahan Malaysia tapi Malaysia tetap menang dari segi sorakan dan semangat...Malaysia kalah dengan bermaruah..tak de la macam Singapura yg penuh dengan kepura-puraan..baru jatuh sikit dah tergolek-golek macam pe je...cuba kalau aku sepak terajang betol-betol...baru la layak korang nak menangis kat tengah padang..hampagas betol la....
Komen pasal pemain Malaysia yg berwarna oren diatas aku ambil dari blog BRO AZHAN...lagipun apa yg dia ulas sama aje pendapat dengan aku tapi semestinya kalau aku yg ulas tak berapa nak gempak sangat la macam bro Azhan kan....kalau setakat nak mengutuk player yg sepak bola macam tak pergi sekolah tu memang aku pandai la..tapi kalau bab strategi ke pe jadahnya tu memang aku tak tahu la..walau macam mana pun memang sayang la kat SAFEE SALI dan KHAIRUL FAHMI CHE MAT...dorang memang terbaik....lalalalala~
Penat lelah aku ke Stadium Nasional Bukit Jalil tak de la berbaloi sangat sebab aku tak dapat masuk padang pergi terajang sekor-sekor pemain Singapura...dorang memang bikin guwa panas aja...
Nota dari hati: Nampaknya cita-cita aku hendak ke Brazil pada 2014 nanti terpaksa la dikuburkan....
Memang kecewa dengan kekalahan Malaysia tapi Malaysia tetap menang dari segi sorakan dan semangat...Malaysia kalah dengan bermaruah..tak de la macam Singapura yg penuh dengan kepura-puraan..baru jatuh sikit dah tergolek-golek macam pe je...cuba kalau aku sepak terajang betol-betol...baru la layak korang nak menangis kat tengah padang..hampagas betol la....
Midfilder hampir sahaja tidak punya idea untuk mencipta gerakan yang lebih sempurna dan baik ke arah serangan. Aku tak nampak sangat fungsi Ismail Faruqi..lebih banyak membawa bola bersendirian, lambat membuat hantaran ke atas. Amar main dengan baik, memandang gandingan asalnya, Syafiq tak dapat diturunkan, Amar lebih banyak bekerja keras untuk patahkan asakan. Bahagian serangan terlalu banyak bergantung kepada Safee mencipta jaringan. Hadi Yahya terus tenggelam mencipta ruang dan jaringan.
Penat lelah aku ke Stadium Nasional Bukit Jalil tak de la berbaloi sangat sebab aku tak dapat masuk padang pergi terajang sekor-sekor pemain Singapura...dorang memang bikin guwa panas aja...
Nota dari hati: Nampaknya cita-cita aku hendak ke Brazil pada 2014 nanti terpaksa la dikuburkan....
Thursday, July 28, 2011
Pesanan untuk mereka yg pergi ke Stadium Nasional Bukit Jalil...
Assalammualaikum semua...
Pagi-pagi aku dah bangun untuk persediaan dari segi mental dan fizikal untuk match antara Malaysia dan Singapura(ayat macam aku pulak player kan)...heheh...sebenarnya kene buat persediaan untuk menghadapi 85,000 orang di stadium nanti..dengan jumlah yg besar semestinya mempunyai bermacam-macam ragam..kalau seorang pun kita tak mampu nak memahami ni kan lagi 85,000 orang...heheh...
Kalah menang adat pertandingan tetapi biarlah kita kalah pun dengan bermaruah...tak mo la ada yg baling kerusi, baling mercun, baling botol atau pun pi nyalakan laser...tak elok la perangai macam tu ye..kita rakyat Malaysia kan baik-baik belaka..betol tak???.lagi satu jangan cepat melenting bila ada penyokong lawan buat provokasi..kita buat tak tahu sudah la....anggap je dorang macam orang gila tepi jalan yg ganggu perjalanan korang...kalau korang pun sama nak kacau dorang balik maksudnya korang ngn dorang sama-sama gila la...hahaha...
Jangan lupa jaga barang berharga yg dibawa macam wallet, handphone, kamera dan apa-apa je la...kalau dah bersesak-sesak macam tu takut nanti ada yg mengambil kesempatan pula...so kita kene la berhati-hati...jgn lupa perkara wajib iaitu solat..itu la paling penting..Walau macam mana pun, kita doakan kejayaan Malaysia dan semoga keadaan dapat dikawal dengan baik di stadium nanti...
dah macam pesanan dari penaja pulak kan..lalalala~
Nota dari hati: aku naik pengangkutan awam dari klang sampai Stadium Bukit Jalil nanti..tak mau la tolak-tolak ye..hehehe
Labels:
bola sepak,
bukit jalil,
malaysia,
singapura,
stadium,
sukan
Wednesday, July 27, 2011
Wordless Wednesday #1 : mulakan dengan langkah pertama..
Maksud Wordless Wednesday : Pada setiap hari rabu, semua blogger akan post gambar di blog mereka tanpa meletakkan sebarang penjelasan tentang gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan segalanya...
sumber gambar: anis
Labels:
Wordless Wednesday
Monday, July 25, 2011
Jom kita gegar Stadium Nasional Bukit Jalil 28 Julai ni...
Assalammualaikum semua...
Ini lah kali pertama dalam hidup aku pi tengok bola secara live..gempak tak gempak kan??? kalau nak tunggu de orang nak belanja memang sampai ke sudah tak gi stadium la aku...walaupun poket tengah kering tapi disebabkan semangat kesukanan yang tinggi sanggup juga aku gadaikan 30ringgit untuk beli tiket..bagus kan aku ni???!!hahah...
Pada mulanya tak de niat sangat pun nak pergi tapi bila fikir pemain Malaysia yg memerlukan sokongan padu dari insan comel macam aku ni terpaksa la korban kan sikit masa, tenaga dan wang ringgit..(ayat poyo kan??)..kalau dorang tengok muka aku yg comel ni mesti membuatkan semangat dorang membara-bara tuk membaham singa kacukan(pemain Singpura kan ramai import..auummm)..kiranya kehadiran aku kat stadium tu memang dinantikan oleh semua pemain...dush..dush...sila hempuk kepala kat dinding kalau tak puas hati..hahaha...
Kalau korag nak tahu tiket sudah pun berjaya didapatkan secara online tengah hari tadi dan harapnya tak de la perkara yg akan menghalang perjalanan aku ke Stadium Bukit Jalil 28 julai nanti...jangan lupa pakai jersi yg kaler hitam tau....siapa tak de baik gi beli..kat pasar pun ada jual la...hehe..
Nota dari hati: ada sesiapa yg gi stadium 28 julai ni???leh belanja aku jajan..hahahah..
Labels:
bola sepak,
bukit jalil,
stadium,
sukan
Friday, July 22, 2011
apa perkara pertama yg dilihat lelaki kepada seorang perempuan??semestinya kecantikan kan...
Assalammualaikum semua...
Soalan ni ditujukan khas kepada jejaka di luar sana(yg perempuan tak yah jawab)...adakah korang suka perempuan GEMUK dan tak cantik??!!jgn nak poyo sangat la kalau de yg jawab camni 'Aku tak pandang luaran..yg penting dalaman...tak kisah la dia macam mana sekali pun..'korang ingat macho sangat la kalau jawab macam tu..muahahah...
Aku tertanya-tanya apa yg dipandang oleh lelaki kepada seorang perempuan???adakah penting sangat kecantikan dan tubuh yg langsing???itu ke benda pertama yg di nilai oleh seorang lelaki???masih wujud ke lagi lelaki yg jatuh cinta apabila melihat seorang gadis yg tak berapa cantik membantu seorang tua buta melintas jalan??!!
Kisah novel mmg logik la kalau seorang jejaka hensem + gagah + kaya + bijak + pakej lengkap boleh terpikat melihat perempuan yg tak berapa cun menyelamatkan kucing dalam longkang...lepas tu mula la hantar penyiasat pi siasat latar belakang gadis tu pastu masuk meminang(mentang-mentang kaya)...arghh...semua tu mengarut aje..hanya imaginasi penulis dan aku pun elok aje layan cerita mengarut macam tu...haha...
Nota dari hati: Kalau ada yg sudi dengan perempuan gemuk memang syok la aku melantak tanpa perlu kisah pasal berat badan...hahahha...
Soalan ni ditujukan khas kepada jejaka di luar sana(yg perempuan tak yah jawab)...adakah korang suka perempuan GEMUK dan tak cantik??!!jgn nak poyo sangat la kalau de yg jawab camni 'Aku tak pandang luaran..yg penting dalaman...tak kisah la dia macam mana sekali pun..'korang ingat macho sangat la kalau jawab macam tu..muahahah...
Aku tertanya-tanya apa yg dipandang oleh lelaki kepada seorang perempuan???adakah penting sangat kecantikan dan tubuh yg langsing???itu ke benda pertama yg di nilai oleh seorang lelaki???masih wujud ke lagi lelaki yg jatuh cinta apabila melihat seorang gadis yg tak berapa cantik membantu seorang tua buta melintas jalan??!!
Kisah novel mmg logik la kalau seorang jejaka hensem + gagah + kaya + bijak + pakej lengkap boleh terpikat melihat perempuan yg tak berapa cun menyelamatkan kucing dalam longkang...lepas tu mula la hantar penyiasat pi siasat latar belakang gadis tu pastu masuk meminang(mentang-mentang kaya)...arghh...semua tu mengarut aje..hanya imaginasi penulis dan aku pun elok aje layan cerita mengarut macam tu...haha...
Labels:
gemuk,
jejaka,
kebaikan,
kecantikan,
lelaki
Segmen cx's : geng UiTM by campus
Assalammualaikum semua...
Rasa bosan petang-petang ni membuatkan aku rajin nak join satu segmen yg dianjurkan khas oleh miss cx's...dah lama rase nye tak join apa-apa segmen atau pun GA kan...hahaha....
Segmen nya teramatlah mudah sebab aku buat pun dengan mata yg tertutup(tipu je) serta menaip menggunakan tangan sebelah aje(sebelah lagi tgn dah penat)...sebelum aku merapu macam ikan kerapu lebih baik aku pi jawab soklan wajib dalam segmen ni...

*UiTM campus mana
-UiTM Kampus Puncak Alam
cantik kan kampus aku... |
*your course there
- Bachelor of Medical Laboratory Technolgy
coursemate.. |
*Part berapa
-Part 4..masuk bulan 9 nanti jadi part 5..muahahah..
*Tag members if you want
-Anis
Kalau ada sebarang keinginan tuk join segmen ni pi la klik kat banner atas tu....expired date 20th August 2011 (Saturday) oke...
Nota dari hati: UiTM oh UiTM...=D
siapa pulak Prince Of Pop(POP) ni????pi la main jauh-jauh sana..
Rasa macam nak hempuk je kepala kat dinding masa tengok video ni....dah la lagu entah pe-pe(ke aku yg tak reti menghayati??)..menari pulak nak bajet-bajet K-pop aje(tak de ciri k-pop pn oke)..cuba la menari dengan gaya gagah dan macho...baru lah macam LELAKI sikit...hampeh betol...broadband CELCOM aku pun tahu segan nak loading video ni....patut la lembab mengalah kan siput
Video macam ni mmg sesuai ditonton oleh mereka yg stress, tension, jiwa kecamuk sebab boleh mengundang gelak yg tak berapa nak hingat dunia...jiran-jiran rumah pun mesti sakit hati aje dengar ketawa korang yg dah serupa pontianak tu...hahahah....
comel sungguh..=D |
Nota dari hati: comel lagi Farizal Marlias masa tangkap bola...tak yah pun nak menari-nari...muahahha...
sumber: beautifulnara
Wednesday, July 20, 2011
Erk...diam-diam ubi tak berisi..
Assalammualaikum semua...
Korang tahu peribahasa kat bawah ni maknanye ape???(saje tnye)
Tiba-tiba aku terfikir, kalau diam-diam ubi berisi, adakah ubi akan bising kalau tak de isi???hahahah..mesti ada yg nak kata aku sengal kan...memang patut pun SPM BM dapat B3 aku ni..hahahaha...
Walau apa pun, aku tetap bangga dengan Bahasa Melayu..Bahasa Jiwa Bangsa....
Nota dari hati: Peribahasa ni kan ibarat bahasa kiasan..sape yg buta hati je tak kan paham..hahah...
Korang tahu peribahasa kat bawah ni maknanye ape???(saje tnye)
DIAM-DIAM UBI BERISI
Tiba-tiba aku terfikir, kalau diam-diam ubi berisi, adakah ubi akan bising kalau tak de isi???hahahah..mesti ada yg nak kata aku sengal kan...memang patut pun SPM BM dapat B3 aku ni..hahahaha...
Walau apa pun, aku tetap bangga dengan Bahasa Melayu..Bahasa Jiwa Bangsa....
Nota dari hati: Peribahasa ni kan ibarat bahasa kiasan..sape yg buta hati je tak kan paham..hahah...
Labels:
peribahasa,
SPM,
ubi
Monday, July 18, 2011
Makan roti di bulan Ramadhan..
incik google.. |
Assalammualaikum semua....
Sudah menjadi kebiasaan sebelum keluar rumah nak gi kelas tangan aku akan menyambar sekeping roti atau pun biskut...hanya tu je la yg mampu menjadi alas perut sebab mana sempat nak bikin breakfast pastu duk leklok menjamah kat meja makan...tu semua gara-gara bangun tak pernah reti nak awal...kelas start kul 8.30pagi pastu 7.45 baru nak bangun(pas subuh tdo balik)..mmg elok la sangat kan...hehehe...
Hendak dijadikan cerita nya, pada 1st ramadhan tahun lepas aku tak dapat berpuasa(paham-paham je la)...macam biasa aku pun amek la sekeping roti dan bergegas turun ke bawah nak panaskan enjin motor la bagai...masa aku turun tangga sambil menjamah roti yg enak tanpa ada perasaan bersalah, mata aku ni terperasan la ada seorang mamat ni duk pandang semacam je kat aku...
'Pesal la mamat tu duk pandang aku...tak pernah nampak orang makan roti ke???kalau nak, cakap je la..tak yah la pandang pelik macam tu...dah tu siap kerut-kerut muka pulak...lantak kau la' bebel aku dalam hati ni....
Sampai je kat motor baru aku teringat yg hari tu bulan Ramadhan....rasa malu ya amat sampai rasa nak menyorok je kat dalam gua..dah la aku syok-syok mengutuk mamat tu dalam hati..hampagas betol la...macam mana la aku boleh lupa...mesti mamat tu pun duk mengutuk aku yg tak tahu malu pi makan masa bulan puasa....
Nota dari hati: sape tak pelik kalau tengok orang makan masa bulan puasa kan..muahahaha...
Saturday, July 16, 2011
Oh tidak, macam mana boleh dapat UMS ni!!!! l siapa belajar dekat UMS?????
Assalammualaikum semua...
Mungkin itu lah ayat yg di tuturkan adik aku ketika check result UPU pagi tadi...aku dekat rumah kakak aku ni rasa macam nak gelak guling-guling aja tuk dia...risau betol dia sebab jauh sangat sampai ke Sabah dan yg paling dia risau sebab abang aku nak kahwin bulan 11 nanti...takut tak dapat pergi kat belah perempuan dan lelaki...bagi aku cukup la kalau pergi sebelah lelaki pun dah memadai...tak kan nak balik 2 minggu berturut-turut kan...boleh bankrap nak bayar tambang flight...hahahaha....
Kalau aku tak silap dia dapat Bach of Education in Economy (kot la).....ada sesiapa yg amek kos tu atau yg tengah belajar kat UMS?????boleh la jadi kawan adik aku tu..tak de la dia terkontang kanting kat tempat orang...kira dia la belajar paling jauh sampai merentas Laut China Selatan...hahaha...
Aku ni takat belajar dekat UiTM Puncak Alam tu aje...sungguh bosan sebab dekat sangat ngan rumah..boleh dikatakan tiap-tiap minggu aku balik...tak sempat pun nak memupuk rindu kepada keluarga...muahahaha... kalau korang nak tahu aku ni anak jati negeri Selangor tau...dari kecik sampai ke besar tak pernah keluar dari Selangor..hahahaha....
Nota dari hati: Paling jauh pun dekat Melaka masa zaman matrikulasi.....nasib baik aku join PLKN dulu..dapat la peluang duk kat Sarawak selama 3bulan...hahahahah....
Labels:
kolej matrikulasi melaka,
puncak alam,
sabah,
selangor,
uitm,
UMS
Friday, July 15, 2011
Hakim kene culik???!!! l boleh gila di buatnya...
Assalammualaikum semua..
Sudah menjadi rutin harian untuk aku mengambil Akim (anak sedara) dari sekolah dan kadang-kadang kena singgah kedai dulu sebelum pulang..part kene singgah kedai tu yg aku malas sebab mesti aku yg kena sumbang kan duit..cuba bayangkan kalau sehari lebih kurang 5ringgit..kalau seminggu dah berapa ringgit???boleh bankrap terus aku yg sememangnya bankrap ni..tapi dia beruntung dapat makcik macam aku yg sememangnya baik hati ni..hahaha....
Cuma bezanya hari ini sebab aku nak pergi CIMB dekat Setia Alam untuk masukkan cek...so dah alang-alang baik singgah Speedmart 99 aja dekat situ...
'Abang(akem), jangan lari kat jalan raya tau..tunggu aje kat pintu tu..acik nak amek hp kat belakang jap' kata aku dekat Akem sejurus dia dan aku keluar dari pintu kereta...
Selepas aku mengunci kereta Waja kepunyaan kakak aku secara manual, aku tengok Akem tak de pun dekat kawasan kereta tu..aku tengok kat belakang kereta pun tak de..so aku pun pi la masuk Speed 99 mencari dia...gaya aku dah macam orang hilang anak cari dia kat dalam kedai tu...berpusing-pusing keliling kedai korang tau tak!!!aish..
'Akak, ada nampak budak masuk kedai ni tak??' akhirnya aku bertanya dekat casher kedai tu sebab kedudukan nya yg berada di pintu kedai...
'Tak de pun' jawab kakak tu...
Korang agak apa perasaan aku ketika tu???dalam hati memang rasa menggelabah semacam tapi aku masih mampu senyum(aku kan sentiasa cool)...aku pi pusing sekeliling kereta lepas tu check dalam kereta..mana la tahu aku terkunci dia sebelum dia sempat keluar..hahaha....tetapi tak juga aku jumpa..
Aku pun ke hulur ke hilir kejap gi CIMB yg selang berapa kedai dengan Speedmart 99...lepas tu pi balik Speedmart 99...lepas tu CIMB balik..siap jerit lagi panggil nama budak tu....orang keliling tengok aku macam orang gila yg kehilangan anak...argh!!!sungguh berkecamuk jiwa....dalam fikiran masa tu memang mampus la aku kalau budak tu hilang...apa aku nak cakap kat mak bapak dia...hadoy...
Entah macam mana ketika aku menoleh ke belakang, aku ternampak kelibat dia yg menyorok di sebalik tiang dan secara involuntary action terus aku menjerit...
'Abang!!!!!!!' masa tu aku dah tak kisah jejaka-jejaka yg memandang kepada aku..muahahha....yg buat aku bengang nya tu..budak tu siap boleh lari lagi masa aku panggil...ingat ni cerita lawak ke??!!rasa macam nak duku je kepala dia...
'Yg ko duk main sorok-sorok ni kenapa???ko nak rasa kene penyepak ngn acik tak???ko tau tak yg orang lain boleh culik ko bila ko sorok macam tu???!!!!'macam-macam aku membebel kat dia dan korang ingat dia paham ke???dia fikir seronok je mengena kan aku...huh...sungguh bersabar aku melayan kerenah dia dgn adik dia..sama aje 2x5...pening kepala..nasib baik adik dorang masih baby...
Nota dari hati: Kes penculikan yg makin meningkat membuatkan aku bertambah risau..hampagas punya budak....
Akem (Abang) |
Iena(angah) |
Sudah menjadi rutin harian untuk aku mengambil Akim (anak sedara) dari sekolah dan kadang-kadang kena singgah kedai dulu sebelum pulang..part kene singgah kedai tu yg aku malas sebab mesti aku yg kena sumbang kan duit..cuba bayangkan kalau sehari lebih kurang 5ringgit..kalau seminggu dah berapa ringgit???boleh bankrap terus aku yg sememangnya bankrap ni..tapi dia beruntung dapat makcik macam aku yg sememangnya baik hati ni..hahaha....
Cuma bezanya hari ini sebab aku nak pergi CIMB dekat Setia Alam untuk masukkan cek...so dah alang-alang baik singgah Speedmart 99 aja dekat situ...
'Abang(akem), jangan lari kat jalan raya tau..tunggu aje kat pintu tu..acik nak amek hp kat belakang jap' kata aku dekat Akem sejurus dia dan aku keluar dari pintu kereta...
Selepas aku mengunci kereta Waja kepunyaan kakak aku secara manual, aku tengok Akem tak de pun dekat kawasan kereta tu..aku tengok kat belakang kereta pun tak de..so aku pun pi la masuk Speed 99 mencari dia...gaya aku dah macam orang hilang anak cari dia kat dalam kedai tu...berpusing-pusing keliling kedai korang tau tak!!!aish..
'Tak de pun' jawab kakak tu...
Korang agak apa perasaan aku ketika tu???dalam hati memang rasa menggelabah semacam tapi aku masih mampu senyum(aku kan sentiasa cool)...aku pi pusing sekeliling kereta lepas tu check dalam kereta..mana la tahu aku terkunci dia sebelum dia sempat keluar..hahaha....tetapi tak juga aku jumpa..
Aku pun ke hulur ke hilir kejap gi CIMB yg selang berapa kedai dengan Speedmart 99...lepas tu pi balik Speedmart 99...lepas tu CIMB balik..siap jerit lagi panggil nama budak tu....orang keliling tengok aku macam orang gila yg kehilangan anak...argh!!!sungguh berkecamuk jiwa....dalam fikiran masa tu memang mampus la aku kalau budak tu hilang...apa aku nak cakap kat mak bapak dia...hadoy...
Entah macam mana ketika aku menoleh ke belakang, aku ternampak kelibat dia yg menyorok di sebalik tiang dan secara involuntary action terus aku menjerit...
'Yg ko duk main sorok-sorok ni kenapa???ko nak rasa kene penyepak ngn acik tak???ko tau tak yg orang lain boleh culik ko bila ko sorok macam tu???!!!!'macam-macam aku membebel kat dia dan korang ingat dia paham ke???dia fikir seronok je mengena kan aku...huh...sungguh bersabar aku melayan kerenah dia dgn adik dia..sama aje 2x5...pening kepala..nasib baik adik dorang masih baby...
Nota dari hati: Kes penculikan yg makin meningkat membuatkan aku bertambah risau..hampagas punya budak....
Labels:
anak sedara,
cimb,
culik
Wednesday, July 13, 2011
Jangan diungkit sejarah semalam....ia sungguh menyakitkan...
'Eh..dia tu bukan ke pernah mengandung anak luar nikah???apesal dah pandai pakai tudung..dulu bukan main lagi terdedah sana sini' kata Bedah kepada Minah ketika terlihat seorang wanita dengan penampilan yg menutup aurat.
incik google |
Dialog berbentuk macam ini biasa aku dengar di kalangan masyarakat yang tidak dapat menerima perubahan yg di lakukan oleh segelintir dari kita apabila tersalah memilih jalan dalam kehidupan..maksudnya di sini macam banduan, perompak, penagih dadah, orang yg buat maksiat dan lain-lain yg sudah insaf dan berusaha untuk merubah diri mereka agar menjadi lebih baik...
Sepatutnya kita sebagai masyarakat yg sentiasa berada disekeliling mereka hendaklah memberi semangat dan nasihat bukan nya mengecam mereka sebegitu rupa...perkara yg lepas itu biarlah menjadi sejarah..kenapa mesti nak di ungkit-ungkit lagi??!!!kenapa kehidupan mereka yg dulu juga yg nak di sibuk-sibukan???!!biarlah perkara tidak baik yang berlaku dalam kehidupan mereka itu menjadi iktibar dan pengajaran untuk kita semua....bukan nya untuk dikutuk dan dicanang-canang satu dunia...
Tolong lah buka sikit minda tu dan berfikir bahawa setiap manusia tu boleh berubah sama ada ke arah kebaikan atau keburukan..tidak semestinya orang yg baik tu akan kekal baik dan yg jahat tu akan kekal jahat...aku memang pantang betul la dengan orang yg sibuk mengata kesilapan silam orang lain...sekurang-kurangnya mereka tu berjuta-juta lagi baik dari orang yg sibuk nak mengungkit-ungkit kesilapan orang lain...nak tahu sebab apa???sebab mereka sedar kesilapan mereka dan insaf dari korang tu asek nak memburuk-burukan orang aje...buat menambah dosa dah tersedia ada aje....
Nota dari hati: mengungkit kisah silam adalah perkara yg menyakitkan...
Monday, July 11, 2011
cer cube senyum sikit...cantik nye dia senyum...
'Hye awek....nape pagi-pagi ni muka masam aje...cuba la senyum sikit' tegur seorang mamat penjual ikan kepada aku ketika aku berlalu untuk keluar dari Pasar Tg Karang pagi tadi...
Lalu aku menoleh dan senyum seikhlas hati dekat dia...dalam hati hanya mampu tergelak aje mendengar teguran dia yg mungkin kebosanan menjual ikan dekat situ...kalau dia nak bersembang dengan ikan nanti di katakan gila pula kan...jadi lebih baik dia beramah mesra dengan pengunjung kat pasar tu kan...hahaha....
Tapi maaf la ye bro sebab tak mampu nak teman bersembang-sembang....tangan ni dah tak mampu nak mengusung segala sayur-sayuran dan ikan yg mak aku borong dari pasar...lain la kalau nak tolong angkat ke kereta..mmg la aku berterima kasih yg tak terhingga...huhuhu...
Lepas ni kene la rajin senyum kat orang sekeliling kalau tak nak kene tegur cam tu...lagi pun senyum tu kan sedekah...tapi kalau senyum tak tentu hala pun nanti orang kata gila pula kan??!!!so nak buat cam mana ye???hehe...
Nota dari hati: kalau baby tak de gigi senyum nampak comel aje kan tp kenapa kalau orang besar senyum tak de gigi mesti bantai gelak guling-guling??=D

pasar malam,
senyum,
tg karang
Thursday, July 7, 2011
Handphone aku ada rupa iPhone 4 ke??!!
'Nana,hp ko ada 3G kan, nak pinjam??!'
'Ala..bukan susah pun nak gi umah aku..ko gune la GPS hp ko'
'Nanti aku send gambar kat ko guna MMS..tunggu tau'
'Aku nak tengok facebook jap la...bak mai pinjam hp ko'
'Bosan la...ko pasang la lagu bagi meriah sikit'
Bersabar saja aku mendengar patah-patah ayat seperti diatas yg di katakan kepada aku..memang pandai ye menghina aku secara halus..hahha..ingat aku ni guna IPHONE 4 ke????....tahu la aku guna henpon NOKIA TORCH LIGHT aja...berapa kali la aku nak bg tahu yg aku guna henpon cikai aje...baling anjing pun boleh mati tau....nasib baik la aku ni tak berapa kisah sangat kalau orang nak cakap apa...
Henpon murah paling seronok digunakan sebab kalau rasa tak puas hati je terus aku baling je..pastu kalau terjatuh pun aku tak pernah kisah...walaupun dah beribu kali jatuh pastu kene sepak pun tetap kebal dan gagah...tetap boleh hidup dan tak pernah pulak meragam-ragam...
Sesungguhnya aku berbangga guna henpon murah dan lebih berbangga kalau ada yang sudi belanja aku IPHONE 4...hahaahha....
Nota dari hati: banyak agi benda yg boleh aku buat selain membeli henpon baru..tp macam teringin nak iphone 4....hahha
'Ala..bukan susah pun nak gi umah aku..ko gune la GPS hp ko'
'Nanti aku send gambar kat ko guna MMS..tunggu tau'
'Aku nak tengok facebook jap la...bak mai pinjam hp ko'
'Bosan la...ko pasang la lagu bagi meriah sikit'
Bersabar saja aku mendengar patah-patah ayat seperti diatas yg di katakan kepada aku..memang pandai ye menghina aku secara halus..hahha..ingat aku ni guna IPHONE 4 ke????....tahu la aku guna henpon NOKIA TORCH LIGHT aja...berapa kali la aku nak bg tahu yg aku guna henpon cikai aje...baling anjing pun boleh mati tau....nasib baik la aku ni tak berapa kisah sangat kalau orang nak cakap apa...
Henpon murah paling seronok digunakan sebab kalau rasa tak puas hati je terus aku baling je..pastu kalau terjatuh pun aku tak pernah kisah...walaupun dah beribu kali jatuh pastu kene sepak pun tetap kebal dan gagah...tetap boleh hidup dan tak pernah pulak meragam-ragam...
Sesungguhnya aku berbangga guna henpon murah dan lebih berbangga kalau ada yang sudi belanja aku IPHONE 4...hahaahha....
Tuesday, July 5, 2011
Ridsect boleh membunuh ketiak anda..
'Acik Nana buat pe tu???' sergah Akim (anak sedara) kepada aku ketika aku tengah khusyuk menyembur deodorant spray jenama Nivea ke ketiak..
'Ish..suka hati acik la nak buat apa..yang ko sibuk tu pesal' jawab aku dengan kerek sekali..
'Kalau acik Nana sembur Ridsect kat ketiak nanti mati la ketiak tu' kata dia dengan muka tak bersalah...
'hahahahahah....memang nak bagi ketiak ni mati pun' kata aku dengan gelak-gelak...
Nota dari hati: Guna lah ridsect dengan betul..jangan sembur kat ketiak ye...kalau deodorant pulak digunakan kat ketiak untuk mengawal bau badan..hehehe..
Labels:
anak sedara,
deodorant,
NIVEA
Sunday, July 3, 2011
Tahniah MALAYSIA... l hensem nya SHARBINEE ALLAWEE....
hensem kan??sumber:incik google |
Assalammualaikum semua....
Tahniah team MALAYSIA sebab berjaya di pusingan pertama untuk melayakkan diri ke PIALA DUNIA 2014...hati ini terasa juga untuk membuat ulasan sepanjang perlawanan tadi walaupun aku ini tak pandai main bola...hahaha...ada yg berkata referee bias dan di bayar tapi kebenarannya kita tak tahu kan..so tak yah nak tuduh-tuduh la ye(mmg nampak bias pun kan..hahha)...
Lagipun tadi pemain Malaysia banyak yg melakukan kesilapan mungkin sebab di saat genting membuatkan semua tergesa-gesa ingin menjaringkan gol..semua nya bertindak terburu-buru...sepatutnya semua pemain mesti lebih tenang dan fokus terhadap strategi yg telah dirancang...kesian aku tengok Sharbinee Allawee yg berusaha untuk menahan bola dari terus membolos ke dalam gol sebab bahagian defender malam ini agak kurang menyerlah...walau macam mana pun Sharbinee mmg hensem(de kene mengena ke??!!)..So untuk perlawanan seterusnya dengan Singapura diharap semua pemain dapat membaiki kesilapan dan jangan sampai membiarkan emosi mengawal perlawanan...
Walaupun Malaysia kalah tadi tetap tak kan merubah sokongan padu yg aku berikan terhadap team Malaysia...so tidak perlu rasa nya nak maki-maki atau pun cabut jersi bila Malaysia kalah..kalau rasa korang tu power sangat apa kata korang aja yg ganti player itu..jangan takat hebat memaki aje tapi nak sepak bola pun tak reti...
Nota dari hati: Aku memang tak reti main bola sepak tapi tak salah kan aku nak bg pendapat aku??jgn memaki sudah la..hahaha... good luck MALAYSIA...
Labels:
bola sepak,
malaysia,
sukan
Semakin aku menjauh semakin engkau mendekati..
Assalammualaikum semua...
Entry ini ada kene mengena dengan luahan hati aku yg sebelum ini -----> I , II, III dan IV.. kalau tak nak terjah entry itu pun tak pe..korang layan kan aje la..
Aku memang tak mengharap untuk dia kembali dalam hidup aku setelah aku berputus asa untuk terus mendekati dia...selama aku cuba menghampiri dia dapat aku rasakan yg dia tak ikhlas untuk melayan aku..ya aku tahu kita tidak boleh menilai keikhlasan seseorang itu tapi dari cara dia kita boleh tahu dia ikhlas atau pun tidak..betol tak??so aku amek keputusan untuk menjauhkan diri dari dia dan biarlah aku menjadi stalker yg berjaya...bukan senang untuk aku menahan diri dari terus menghampirinya tau..macam-macam perkara aku lakukan supaya tidak ada sesaat pun dalam hidup ini untuk mengingatinya...
Tetapi kenapa dia hadir semula???kenapa di saat aku sudah berjaya melupakan dia???kenapa bukan sewaktu aku terhegeh-hegeh dulu??kenapa???!!
Aku bukan minta supaya dia membalas apa yg aku rasa(tak pernah pun terus terang..haha) tetapi cukup la sebagai seorang sahabat yg ikhlas berada di sisi aku...bukan nya seseorang yg macam chipsmore..kejap ada kejap tak ada...
Nota dari hati: Dia mmg boleh buat aku jiwa kacau betol la...aiyaaa..geram betol la ngn dia ni...
Entry ini ada kene mengena dengan luahan hati aku yg sebelum ini -----> I , II, III dan IV.. kalau tak nak terjah entry itu pun tak pe..korang layan kan aje la..
jiwa serabut beb.. |