Thursday, July 28, 2011

Pesanan untuk mereka yg pergi ke Stadium Nasional Bukit Jalil...


Assalammualaikum semua...

Pagi-pagi aku dah bangun untuk persediaan dari segi mental dan fizikal untuk match antara Malaysia dan Singapura(ayat macam aku pulak player kan)...heheh...sebenarnya kene buat persediaan untuk menghadapi 85,000 orang di stadium nanti..dengan jumlah yg besar semestinya mempunyai bermacam-macam ragam..kalau seorang pun kita tak mampu nak memahami ni kan lagi 85,000 orang...heheh...

Kalah menang adat pertandingan tetapi biarlah kita kalah pun dengan bermaruah...tak mo la ada yg baling kerusi, baling mercun, baling botol atau pun pi nyalakan laser...tak elok la perangai macam tu ye..kita rakyat Malaysia kan baik-baik belaka..betol tak???.lagi satu jangan cepat melenting bila ada penyokong lawan buat provokasi..kita buat tak tahu sudah la....anggap je dorang macam orang gila tepi jalan yg ganggu perjalanan korang...kalau korang pun sama nak kacau dorang balik maksudnya korang ngn dorang sama-sama gila la...hahaha...

Jangan lupa jaga barang berharga yg dibawa macam wallet, handphone, kamera dan apa-apa je la...kalau dah bersesak-sesak macam tu takut nanti ada yg mengambil kesempatan pula...so kita kene la berhati-hati...jgn lupa perkara wajib iaitu solat..itu la paling penting..Walau macam mana pun, kita doakan kejayaan Malaysia dan semoga keadaan dapat dikawal dengan baik di stadium nanti...

dah macam pesanan dari penaja pulak kan..lalalala~

Nota dari hati: aku naik pengangkutan awam dari klang sampai Stadium Bukit Jalil nanti..tak mau la tolak-tolak ye..hehehe

1 tayar bergolek:

Aleen Aiden said... [Reply to comment]

pergi jugak?yeayyy!jumpe nnt! ^_*