Friday, July 22, 2011

apa perkara pertama yg dilihat lelaki kepada seorang perempuan??semestinya kecantikan kan...

Assalammualaikum semua...


Soalan ni ditujukan khas kepada jejaka di luar sana(yg perempuan tak yah jawab)...adakah korang suka perempuan GEMUK dan tak cantik??!!jgn nak poyo sangat la kalau de yg jawab camni 'Aku tak pandang luaran..yg penting dalaman...tak kisah la dia macam mana sekali pun..'korang ingat macho sangat la kalau jawab macam tu..muahahah...

Aku tertanya-tanya apa yg dipandang oleh lelaki kepada seorang perempuan???adakah penting sangat kecantikan dan tubuh yg langsing???itu ke benda pertama yg di nilai oleh seorang lelaki???masih wujud ke lagi lelaki yg jatuh cinta apabila melihat seorang gadis yg tak berapa cantik membantu seorang tua buta melintas jalan??!!

Kisah novel mmg logik la kalau seorang jejaka hensem + gagah + kaya + bijak + pakej lengkap boleh terpikat melihat perempuan yg tak berapa cun menyelamatkan kucing dalam longkang...lepas tu mula la hantar penyiasat pi siasat latar belakang gadis tu pastu masuk meminang(mentang-mentang kaya)...arghh...semua tu mengarut aje..hanya imaginasi penulis dan aku pun elok aje layan cerita mengarut macam tu...haha...

Nota dari hati: Kalau ada yg sudi dengan perempuan gemuk memang syok la aku melantak tanpa perlu kisah pasal berat badan...hahahha...

5 tayar bergolek:

KimiCnoL said... [Reply to comment]

hanya dalaman menjadi ukuran..macho x??hahahahahah ;D

myfirsttime??

Ain Atika Zailani said... [Reply to comment]

alaaa sekarang orang gemuk pon boleh dapat suami kurus hensem.jangan risau nak makan banyak kalu gemuk ada orang sayang orang tu lah yang terima kita seadanya...kekekke..tapi kalau dah nama perempuan kena lah jaga kecantikan juga.huhu

tamlegend said... [Reply to comment]

aku sebagai lelaki mmg jawab cantik itu kena ada...tp cantik itu subjektif la.ada juga y kata perempuan gemuk tu cantik.ada juga y kata perempuan hitam tu lawa...jd tak leh nak kata.tp bukan semata cantik jd ukuran.perangai kat dlm tu pun kena tgk gak. luar je cntik tak guno...hehe

Mohamadazhan.com said... [Reply to comment]

hehe.risau juga ya ttg berat badan.hehe.yang penting kesihatan sentiasa sihat, kurus sangat tak jaga kesihatan pun tak elok jg

op anaz said... [Reply to comment]

jujur cakap..aku pandang masakan...ehehhe