Assalammualaikum semua..
Semalam pengakhiran 2011telah melakarkan sejarah yg memalukan dalam hidup aku...selama aku hidup 21 tahun tidak pernah lagi aku rasa teramat malu sehingga terasa bahang di seluruh tubuh ini...sepanjang malam aku tidur sentiasa di bayangi dengan kisah yg memalukan tersebut membuatkan tidur aku tidak tenang dan kepala yg sememangnya sakit menjadi semakin sakit...
Perkara memalukan ini berlaku di K _ _ C....siapa dapat teka tempat nya memang gempak..aku tak nak bagi tahu tempat sebab mana lah tahu ada pembaca blog ni pun berada di tempat kejadian...sungguh menjatuhkan air muka diri ini sebagai penulis yg cool(de kene mengena ke??entah la)...
|
sumber incik google.. |
Kaki aku melangkah keluar selepas tangan menarik pintu toilet bersama mata yg hanya fokus skrin henpon semata...aku berjalan dengan penuh keyakinan dengan mata masih di skrin henpon di sebabkan yakin dengan kaki yg terus melangkah mengikut gerak hati...
Selepas selesai segala urusan dengan henpon, aku pn terus mengangkat pandangan mata bagi mengelakkan aku terlanggar orang lain di tempat yg sesak tu...Mata aku tertangkap keadaan yg pelik di sekeliling aku sehingga membawa arahan kepada kaki untuk berhenti...aku tercengang dan tergamam melihat ada beberapa orang lelaki di sinki menghadap cermin serta memandang ke arah aku sambil tersengih-sengih ...otak tidak dapat mencerna dengan pantas apa yg sedang berlaku sebenarnya...persoalan yg bermain ketika itu adalah:
'Sejak bila pula aku jalan nak masuk ke toilet perempuan tadi ada sinki-sinki ni..?'
'Tak kan lah aku berjalan keluar toilet tanpa pandang jalan boleh bawa aku masuk ke dalam toilet balik??pelik...'
Selepas mungkin 15 saat otak aku berfikir maka baru ak sedar yg aku berada di dalam toilet lelaki...secara spontan terus aku menjerit dan berlari keluar dari tandas tersebut...perasaan malu ketika itu hanya Allah saja yg tahu....terasa macam nk melenyapkan diri jadi halimunan supaya semua orang tak perlu pandang aku dengan tersengih-sengih macam tu..
Sejurus melangkah keluar dari toilet lelaki, aku tertangkap dengan sengihan dari beberapa orang foreigner lelaki...argh..tolonglah tak payah sengih-sengih macam tu..buat-buat tak nampak sudah la...ketahui lah bahawa aku teramat malu ketika itu....nasib baik wajah lelaki-lelaki di dalam toilet tersebut tidak berjaya di simpan dalam memori aku..kalau tidak, memang menjadi mimpi ngeri buat aku..
Kesimpulan yg aku dapat dari kejadian semalam adalah henpon boleh membawa kepada jalan yg tidak benar sehingga memalukan diri sendiri...sekian terima kasih..
Nota dari hati: Di harap kejadian yg sama tidak akan berulang lagi...lepas ni mesti aku berhati-hati dengan toilet..hahhaa...