Sunday, January 8, 2012

Tanda Allah sayang kita dengan memberi ujian serta dugaan...

Assalammualaikum semua..

"Kenapa mesti aku yang di timpa malang macam ni, bukan nya orang lain..huh"

"Kenapa mesti aku yang dapat keuntungan ni, bukan nya orang lain..."<----pernah keluar ayat macam ni???kita ini sentiasa nak mempertikai kan sesuatu perkara bila ia nya tidak memuaskan hati kita...tetapi bila Allah bagi sesuatu nikmat yg luas tak pernah pun kita nak ingat dan ucapkan syukur..

Ujian yg Allah bagi kepada setiap hambanya bukan untuk membebankan tetapi sebagai tanda kasih sayang Allah kepada kita...cubaan dan dugaan ini lah sebagai peringatan supaya kita tidak terus lalai dalam kehidupan dan sentiasa hanyut dalam kesesatan...



Wahai orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan dengan sabar dan solat, sesungguhnya Allah bersama-sama orang yang sabar. [ Surah Al-Baqarah: ayat 153].


  1. Allah menguji manusia dengan kesenangan untuk manusia bersyukur.
  2. Allah menguji manusia dengan kesusahan untuk manusia bersabar.
  3. Manusia akan dinilai oleh Allah dihari pembalasan kelak.
Ramai yang tewas apabila diuji dengan kemewahan, mereka mula lalai dan semakin jauh dari menginggati Allah sedangkan semasa ditimpa kesusahan mereka banyak menginggati Allah dan beribadah. Ramai juga yang tewas apabila ditimpa kesusahan dan kesukaran mula menyalahkan Allah, menjauhkan diri dari Allah dan berbuat kerosakan terhadap orang lain, sedangkan semasa senang dia banyak bersedekah, menderma dan menolong orang yang susah. Ramai mula yang gila, hilang punca dan pedoman hidup akibat ujian demi ujian yang diberikan ke atasnya.

Dengan dugaan yg Allah datang kan ini  lah sebenarnya akan membawa kita kembali kepada Allah dan memperbanyakkan amal ibadah kita...jadi redha lah dengan setiap ujian, bersyukur dengan nikmat yg Allah berikan, bersabar bila di timpa musibah dan kesusahan...

Nota dari hati: Final exam ini pun salah satu ujian dari Allah untuk menikmati kejayaan menggenggam segulung ijazah kelak...=D

sumber rujukan: incik google.

3 tayar bergolek:

hati~♡ said... [Reply to comment]

be the best :)

HeNRieTTa JoSe said... [Reply to comment]

Penah Ada Orang Beritahu Rietta....
katanya...
"ALLAH Hanya Menguji HambaNYA, yang Mampu Menahan UjianNYA"

Solihin Zubir said... [Reply to comment]

selamat menempuh ujian dari Allah yakni exam tu..

jgn sia2kan 'kasih sayang' Allah tu ye.. :D