Friday, December 30, 2011

Jangan lah membiarkan diri kita sebagai kaum Hawa di eksploitasi dan rela dieksploitasi...

Assalammualaikum semua..

Kecewa sungguh dengan insan-insan yg terlampau berani..kalau berani menegakkan kebenaran, berjihad, aku memang tak de hal sangat tapi kalau berani menayangkan tubuh dengan berpakaian seksi(perempuan terutamanya) tu bukan takat mendatangkan kemarahan aku sebagai perempuan tetapi mungkin juga mampu merangsang nafsu lelaki-lelaki..so no wonder lah masalah sosial semakin berleluasa....betol tak??

Entry ini mungkin kesinambungan dari entry sebelun ni yg bertajuk KAUM HAWA PENYEBAB ZINA..di sini aku ingin menunjukkan contoh wanita yg rela untuk di eksploitasi seterusnya mendorong ke arah kemungkaran..sebelum itu, aku mohon maaf kepada sesiapa saja yg mungkin terasa dengan bahasa yg agak kasar(bagi aku biasa je)...


“Saya tidak sedar pakaian yang saya pakai menampakkan pakaian dalam. Mujur tak nampak ‘benda’ yang tak sepatutnya.

Apa ke bodoh kurang pandai nya la budak ni sampai tak sedar pasal baju dia tu...sudah terang-terangan engkau pakai baju warna putih yg sudah tentu nya jarang di tambahkan dengan warna pakaian dalam ko warna hitam tu...orang buta pun boleh nampak badan ko kalau pun ko belum masuk dalam air itu lagi..benda basic kot yg warna putih tu jarang...ini kan pula bila engkau dah masuk dalam air tu..sudah tentu la warna kulit kau tu pun boleh nampak...ini mesti kes otak ko pun dah masuk air sama kan...haish...

"Lagipun ia tak adalah seksi manapun kerana pakaian yang saya pakai sesuai dengan tempat dan tema parti ini berlangsung."

Pakaian apa agak nya dalam fikiran kau yg menggambarkan betol-betol seksi???adakah bila kau pakai baju macam Pacha Sendat Sandar yg jenis bareback atau pun bila tak pakai baju langsung??!!!

“Namapun parti basah, memanglah sepatutnya basah. Kalau ada yang beranggapan saya seksi atau melampau saya minta maaf dan akan lebih berhati-hati selepas ini,” jelas Iqa yang ditemu bual di sebuah majlis hiburan./MediaHiburan

Setakat minta maaf tak memberi makna apa-apa pun (lidah kan tidak bertulang)melainkan engkau betol-betol berubah..apa yg penting buat solat taubat dan betol-betol menginsafi diri..bukan takat melafazkan kata maaf tersebut tanpa apa-apa penyesalan...mungkin ini satu cara untuk kau cepat 'naik' dalam industri seni dengan timbulkan kontroversi macam minah tu kot(ini kalau aku berfikir secara negatif)...

kan cantik molek gini..sumber incik google..

"Jangan lah membiarkan diri kita sebagai kaum Hawa di eksploitasi dan rela dieksploitasi..."

Sebab bila perkara begini menjadi hot, yg mendapat untung sudah tentu majalah-majalah dan berita hiburan manakala yg menjadi mangsa serta menanggung malu dan kutukan sudah tentu nya kau sendiri...


Macam mana pun, aku berdoa semoga kau dan insan-insan yg seangkatan dengan kau akan berubah ke arah yg lebih baik suatu hari nanti..InsyaAllah...jadi lah seperti Irma Hasmie, Diana Amir, dan ramai lagi yg telah berhijrah ke arah yg lebih baik....

Nota dari hati: Nampaknya memang rezeki si photographer lah bila dapat snap gambar kau dalam keadaan macam tu di tambahkan lagi dengan pose kau yg memang menggoda habes tu...

p/s: gambar tidak dapat di share sebab hanya menambahkan dosa aku je menyebarkan aib orang lain..


Thursday, December 29, 2011

Tahun 2011 yg penuh dengan cabaran dan debaran..

Assalammualaikum semua...

Tahun 2011 semakin sampai ke penghujungnya dan entry pasal azam tahun 2012 telah siap di tulis beberapa hari yg lalu...jadi pada malam yg penuh keberkatan ini, hati ini melonjak-lonjak dengan penuh keterujaan untuk menulis tentang dhia kenangan Tahun 2011...

Setelah puas aku termenung dan berfikir sambil guling-guling atas katil, dapat aku simpulkan tidak banyak kenangan manis berbanding kenangan pahit sepanjang 365 hari ini...mungkin kerana kenangan-kenangan pahit telah menutup segala baki kenangan manis yg ada dalam hidup aku...

Bersyukur sangat kepada Allah sebab masih memberi peluang kepada kami sekeluarga untuk merasa kasih seorang abah setelah kami di duga dengan pelbagai cabaran...walaupun lebih kurang 3 kali dalam keadaan yg berbeza doktor mengatakan kami bakal kehilangan abah tetapi kuasa Allah tiada siapa yg boleh halang..Alhamdulillah, Allah masih memanjangkan umur abah untuk kami terus berbakti kepada seorang abah....

'Ada ahli keluarga yg duduk jauh-jauh ke???keadaan ayah awak agak kritikal..jadi lebih baik suruh mereka semua datang melawat sebelum terlambat...boleh jadi jantung nya berhenti berdegup dalam masa sejam lagi atau pun sehari..macam mana pun kami sentiasa pantau keadaan ayah awak..'

Bila di ingat setiap kata-kata doktor tersebut mesti membuatkan hati ini rasa sayu sangat...setiap patah yg keluar dari mulut doktor ketika itu memang bikin jantung ini berdegup dengan pantas..di tambah lagi dengan keadaan abah yg di cucuk di kedua-dua belah tangan untuk di masukkan air dan antibiotik..tak cukup dekat tangan, dekat leher pun di cucuk juga...lepas tu, entah berapa banyak kali cucuk di tangan untuk ambil darah...dan paling sayu bila teringat keadaan abah yg terpaksa bernafas menggunakan mesin...pada ketika itu hanya pada Allah saja aku mohon pertolongan...
pengantin bersama emak tanpa kehadiran ayah..

Walau macam mana pun, pada tahun 2011 juga lah aku mendapat kakak ipar baru tapi dalam keadaan yg sangat menyedihkan...sebab apa???sebab pada Majlis Pernikahan dan Majlis Resepsi di pihak perempuan, abah masih terlantar di hospital...ketika selesai abang melafazkan akad, menitis air mata emak mengenangkan abah yg di temani kakak di hospital...perasaan abang masa tu mesti teramat sedih sebab dapat dilihat dari air muka nya waktu tu...tapi abang still control macho dan mampu lagi tersenyum....argh...lelaki memang macam tu..bagi aku tidak salah pun kalau lelaki hendak menangis....

Ermmm....jika di kenangkan banyak kejadian yg berlaku sepanjang 12bulan ni tapi hanya peristiwa-peristiwa tersebut(sebenarnya banyak lagi tapi dah tak mampu nak menulis) saja yg sentiasa segar di fikiran aku sehingga kini tetapi bukan bermakna peristiwa lain aku lupakan cuma detik-detik kehilangan itu lebih memberi kesan dalam hidup aku sehingga kini...sejujurnya aku belum bersedia untuk menghadapi sebuah kehilangan walaupun di mulut sentiasa berkata redha jika sudah tersurat sebegitu...

Syukur, kini keadaan ayah bertambah baik setelah keluar dari hospital minggu lepas walaupun tidak sepenuhnya...semoga Allah mempermudahkan perjalanan hidup abah...Nana sayang abah !!!!

Nota dari hati: Semoga 2012 menjadi lebih baik dari 2011...ameen..


Tuesday, December 27, 2011

Azam 2012: BERKAHWIN...

Assalammualaikum semua....

Hari ni 27 Disember 2011 dan aku baru saja selesai menjawab Test Clinical Chemistry ketika aku menulis bait-bait kata di dalam entry ini...erm..hanya tinggal hampir 4 hari saja lagi sebelum kita melangkah ke Tahun 2012..setiap kali bertukar nya tahun tidak memberi apa-apa perbezaan pun dalam hidup aku melainkan peningkatan dari segi umur saja dan yg pasti nya aku masih berada dalam dunia pendidikan..aku punya azam masih sama iaitu untuk belajar bersungguh-sungguh, mengembirakan hati parents, jadi anak yg baik, merubah diri ke arah yg lebih positif dan kebanyakkan nya sama saja dengan azam korang semua..

So untuk Tahun 2012 aku telah mencipta satu azam yg lain dari yg lain dan aku sendiri pun rasa mustahil untuk tercapai...hahaha...

sumber: incik google yg baik hati..

'Ain, aku ada azam baru untuk tahun 2012 nanti...'

'Apa pula azam ko tu??'

'Aku berazam untuk BERKAHWIN pada tahun 2012..jom lah kita beramai-ramai berazam macam tu..ok tak???'

'Hahahaha..kau tak de azam lain ke ha???berazam la nak dapat Anugerah Dekan ke..ini tidak...aku rasa azam kau nak kahwin tu memang tak akan tercapai nya tu...'

'Haish...setakat nak dapat Anugerah Dekan tu sudah semestinya azam setiap tahun tapi aku bosan sebab azam aku asyik sama je dan azam nak dapat Anugerah Dekan tu tak pernah sekali pun tercapai..so aku cuba la buat azam lain...'

'Oke la...kalau kau berazam nak dapat Anugerah Dekan tu mesti cara nak mencapainya kau kena berusaha dan belajar bersungguh-sungguh kan..so apa usaha yg kau nak lakukan untuk kahwin tahun depan???dah la pakwe pun takde...camne kau nak kahwin tiba-tiba???'

'Hahahaha....aku pun tak fikir apa yg aku nak lakukan lagi..kalau buat iklan agak-agak nice tak???hahahaha...'

'Gila kau...cari la jalan lain..kau ni sengal wei..'

'Hahahah...aku masih waras lagi la..aku pun tahu malu kalau buat iklan camtu..macam desperate sangat...so kalau tiap-tiap malam aku berdoa dekat Allah untuk turunkan jodoh dekat aku agak-agak termakbul tak???'

'Erm...mungkin juga...so jangan lupa doakan tuk aku sekali..'

Adakah aku seorang saja yg mempunyai azam agak extreme macam ni??!!!mungkin di sebabkan agak stresssss dengan test sepanjang study week ni dan exam final yang tak sampai 2 minggu lagi menyebabkan akal tidak dapat berfikir dengan lebih rasional apa yg perlu aku capai pada tahun 2012...yg pastinya apabila tiba nya tahun 2012 maknanya study week(tak macam study week pun sebab ada test berderet selama seminggu..gila betol..) telah pun tamat dan Dewan Peperiksaan sudah memanggil-manggil....

Nota dari hati: Kenapa la exam di awal-awal tahun ni..memang mengganggu mood dan azam tahun baru betol...aish..

Monday, December 26, 2011

Tiada kebebasan walaupun hak milik kita....

Assalammualaikum semua...

Aku bercita-cita hendak memiliki blog sejak aku dari sekolah menengah lagi sebab aku rasa macam cool habes bila ada blog...aku tahu pasal blog pun daripada buku PC....masa tu aku rasa macam blog adalah satu medium untuk aku kongsikan aktiviti-aktiviti harian serta kehidupan aku sebagai pelajar dan blog ini juga boleh di anggap sebagai diari maya la(tak payah membazir dakwat pen)...tapi malangnya, kehidupan aku sebagai pelajar asrama menghalang dari aku untuk meneruskan hasrat di hati...mana ada masa nak on9 sebab balik rumah pun sebulan sekali kan...hihihi..

Akhirnya tercipta la blog ini ketika aku tengah kebosanan menanti keputusan akhir Matrikulasi..tujuan pada masa itu masih sama iaitu menjadikan blog tempat untuk meluahkan segala rasa dan catatan perjalanan kehidupan aku serta ketidak puas hatian aku terhadap sesuatu perkara...aku juga berpendapat blog adalah satu medium yg memberikan kebebasan untuk aku menulis sesuka hati..tetapi semakin aku berkecimpung dalam dunia blogging semakin aku kenal dan tahu selok belok blogging...

Walaupun blog ini kepunyaan aku tapi blog ini di baca dan di lawati oleh segenap masyarakat dari seluruh pelusuk dunia melainkan kalau aku private...jadi macam-macam perkara yg perlu di ambil berat setiap kali hendak menghasilkan sebuah entry..di tambah lagi dengan kes-kes blogger yg di tahan kerana penulisan mereka di blog yg mampu menimbulkan kontroversi...aku bukan penakut(mungkin juga penakut..hahah) untuk bersuara dengan lantang di dalam blog tapi aku masih berfikir perjalanan masa depan aku jika aku di dakwa di bawak ISA(mungkin juga) atau di buang universiti contohnya..hahaha...

Di saat ini aku boleh buat kesimpulan bahawa kita tidak mempunyai kebebasan sepenuhnya untuk menulis walaupun blog ini  hak kita sendiri...kebebasan yg aku maksudkan di sini BUKAN lah kebebasan untuk memaki,mencarut, menabur fitnah atau menyebarkan aib tetapi kebebasan untuk memberikan pendapat dan pandangan walaupun MUNGKIN ia nya menentang kerajaan sendiri(ini contoh je)...

Nota dari hati: Kagum dengan mereka yg berani bersuara lantang terhadap mereka yg berkuasa...

Thursday, December 22, 2011

Jangan jadikan kegagalan PMR pengakhiran sebuah perjuangan..

Assalammualaikum semua..

Terkenang detik hampir 6 tahun yg lalu ketika aku pergi ke sekolah untuk mengambil result PMR...masa tu dia punya degupan jantung ni selaju 160 km/h di tambah lagi dengan ketakutan menyebabkan terasa sejuk seluruh badan..ibarat macam pergi perang gitu...setiba nye di dewan sekolah terus aku dapat kan slip keputusan PMR dari guru kelas 3 Al-Kindi..menitis air mata kegembiraan masa itu sebab tidak menyangka yg aku berjaya mendapat 8A 1B(bahasa arab komunikasi)..semua itu hanya tinggal kenangan manis dan hari ni adalah hari sejarah untuk adik-adik yg mengambil PMR 2011...
pelajar ke2 terbaik PMR 2005..
Disebalik kegembiraan insan meraih kejayaan yg cemerlang pasti ada segelintir yg menyimpan duka di hati di sebabkan keputusan yg tidak memberangsangkan..Buat adik-adik yg kurang berjaya  pada hari ni...Ingat lah GAGAL SEKALI BUKAN BERERTI GAGAL SELAMANYA...percaya lah InsyaAllah ada kejayaan yg lebih besar menanti kelak..

Jangan jadi kan kegagalan pada hari ini satu pengakhiran dalam perjuangan untuk mencapai kejayaan..terkadang kita yakin yg kita mampu mendapat straight A tapi apabila melihat keputusan yg kita dapat tidak seperti yg kita gambarkan pasti kita terasa teramat AMAT kecewa..fikir kan serta muhasabah diri di mana silap nya...mungkin ini adalah satu ujian daripada Allah untuk menguji kita serta mendidik diri kita untuk bersyukur dengan setiap yg telah Allah berikan....

Duduk(nak baring pun bole) dan tenangkan diri serta muhasabah juga setiap perkataan atau perbuatan yg pernah kita lemparkan atau lakukan sebelum ini ada memberi kesan negatif kepada orang lain atau pun tidak...walau macam mana pandai sekali pun kita tapi perhubungan kita sesama manusia dan juga perhubungan kita dengan Allah tidak di jaga dengan baik tiada guna nya juga..setiap kata-kata atau pun doa dari insan yg teraniaya disebabkan perbuatan kita akan dimakbulkan Allah...

Akhir sekali, bersyukurlah dengan apa yg adik-adik perolehi dan teruskan usaha...setiap apa yg berlaku jadikan sebagai pengajaran dan semangat untuk terus melangkah dengan lebih yakin..InsyaAllah, ada kejayaan yg lebih besar menanti adik-adik...jangan lupa berdoa dan merapatkan diri dengan Allah...

KEGAGALAN MERUPAKAN KEJAYAAN YG TERTUNDA..Anis Mardhiah

Nota dari hati: Semoga aku akan terus berjaya dalam exam final ni..


Tuesday, December 20, 2011

Kemachoan seorang lelaki boleh di nilai melalui parutnya...Benar kah???

Assalammualaikum semua...

Dalam keadaan yg sangat sesak macam ni pun aku sempat lagi menulis entry...kiranya ini adalah entry pantas sebab esok ada test Parasitology (teori dan praktikal) dan final praktical Blood Bank...so kalau nk luang masa lama-lama untuk blog nanti nyesal pula di kemudian hari...

'Eh...tangan ko nape tu???'
tanya aku kepada seorang classmate lelaki sambil menunjuk ke arah tangan nya yg berparut teruk...

'Ni kena air panas masa lab...dah la air panas tengah mendidih-didih'

'Ish..gile r...mesti melecur teruk kan...parut ko scary wei...'

'Ye ke??'

'Ye la..ko leh pulak senyum-senyum kan..'

'Erm..aku pernah baca dekat Internet yg pompuan suka laki berparut...'

'Hahaha...nape pula???'

'Mungkin sebab laki nampak macho bila ada parut-parut macam tu..ko tak rasa ke??'

'Erk..bagi aku tak kot tapi mungkin juga kot..entah la...mungkin bila ada parut tu baru nampak kelakian kot..sebab tu lah ada sebahagian pompuan suka laki berparut..'

Selama ini aku tak pernah pula terfikir yg kemachoan seorang lelaki tu di nilai melalui parutnya..hihihi...tapi setiap orang mempunyai pandangan yg berbeza kan...kalau semua perempuan berpersepsi LELAKI BERPARUT itu MACHO, kesian pula dekat lelaki yg tidak ada parut..hahah..sebab aku sendiri pun tidak tahu macam mana nak kategori kan lelaki MACHO, JAMBU, CUTE dan sebagainya...apa yg penting tepuk dada, tanya selera...

Walau macam mana pun, betol kah lelaki kelihatan macho di mata perempuan bila ada parut???!!!mungkin korang semua ada alasan yg kukuh..mari kita kongsi bersama-sama...

Nota dari hati: Paling penting Baddrol Bakhtiar juga paling macho..lantak la orang nak kata hape pun...hahahha...


Wednesday, December 14, 2011

Ingat senang ke nak perah idea bernas????!!

Assalammualaikum semua....

Dalam hidup kita ini ada orang menyokong apa yg kita lakukan dan tidak kurang nya juga yg sentiasa nak membangkang apa yg kita lakukan...sama juga ibaratnya macam ada insan yg sentiasa memberi kata-kata semangat dan ada juga yg sentiasa nak mengutuk, mengkeji dan menghina...

Kalau rasa tak setuju dengan cadangan atau pun pandangan orang lain, cuba lah bantah dengan cara berhemah tanpa menyakitkan hati sesiapa...dan kalau boleh suarakan lah sekali pandangan anda yg mungkin lagi boleh di terima akal tu...jadi manusia tu jangan lah tahu nak membangkang saja tanpa apa-apa pendapat yg lebih bijak...

'Saya TIDAK SETUJU dengan cadangan tu!!!!setakat macam tu budak tadika pun boleh fikir...dah lah tak boleh di terima akal langsung..blaaa..blaaaa...'
Menolak dengan cara kasar dan tidak memberi sebarang penambah baik kan melainkan terus-terusan mengutuk saja...cara ini amatlah kurang ajar dan menyakitkan hati sesiapa saja...orang macam ni ibarat menempah tiket untuk merasa 'tapak kaki ku di muka mu'....

'Saya rasa cadangan tu sudah baik...TAPI lebih baik jika.....'
Puji lah sedikit cadangan yg telah di berikan..sekurang-kurangnya pemberi idea tu terasa juga diri nya di hargai...korang ingat hendak mencari idea perkara yg mudah ke??!!bertambah elok di situ apabila kita memberi sebab kenapa kita tidak setuju dan juga memberi cadangan yg lain...mungkin apabila timbul idea dari dua insan yg berbeza maka terbitlah satu idea yg LEBIH BERNAS...  betol tak??!! 

Aku tidak kisah kalau ada yg tidak setuju dengan setiap pandangan atau penulisan aku dalam blog ni sebab kita manusia mempunyai pandangan yg berbeza-beza dan aku tak pernah mengharapkan semua orang untuk meng'iya'kan setiap penulisan aku ....TAPI cuba lah belajar hormat setiap pandangan orang lain dan berfikir dulu sebelum mengeluarkan kata-kata...

Nota dari hati: Aku rasa puas bila dapat menulis entry walaupun entah pe-pe..sekarang baru leh fokus study...hihihi...

Tuesday, December 13, 2011

Saat-saat akhir semester yg menguji ketahanan minda pelajar UiTM seperti AKU...

Assalammualaikum semua....

sumber incik google
Sungguh sweet dan nice sangat bila di akhir-akhir semester ini di hidangkan dengan test (teori dan practikal), assignment, presentation, drama Mandarin dan final practical yg beratur terlalu panjang termasuk lah laporan kewangan persatuan yg perlu di selesaikan sebelum AGM(annual grand meeting) hari Jumaat ni...dan bertambah terasa sangat teruja bila melihat Final Exam punya jadual...memang terasa mahu peluk cium insan yg buat jadual exam paling terbaik dalam dunia tu...

7 jan clinical chemistry
8 jan parasitology
10 jan blood bank 2
11 jan virology
13 jan cytology


'Kalau korang nampak aku terbaring berdarah-darah dekat bawah tu..korang jangan lah tanya kenapa..'kata aku sambil menunjuk jalan raya dari tingkat 4 rumah kitorang ni dekat member-member...hihih..

Walaupun terasa cukup tertekan sekarang dan kehidupan aku sudah mula kelam kelibut tapi aku masih ada iman di dada yg mengawal aku dari melakukan sesuatu di luar batasan...haish..kenapa lah agak nya pihak UiTM buat jadual yg boleh membunuh pelajar-pelajar???!!!adakah semua orang punya jadual serupa dengan aku punya???kalau ada yg tak tahu jadual final exam baik check cepat-cepat sekarang dekat student portal..leh compare dengan aku nye..mana tahu UiTM nak boikot kelas aku je ke...muahahaha...

Malam ni kene pulun banyak benda seh...nak kena hafal 4 essei untuk oral Mandarin dan study untuk test Virology...tidak ketinggalan juga menyelesaikan sikit-sikit kewangan persatuan...memang terasa bertapa sweet nye hari-hari yg mendatang...

Nota dari hati: Semoga aku dapat bahagikan masa sebaiknya untuk pembelajaran dan bersama ayah di PPUM...

Sunday, December 11, 2011

Bahaya mempunyai perasaan benci kerana boleh memakan diri....

Assalammualaikum semua...

'Aku benci gila tahap dewa la dengan dia tu...menyampah sangat-sangat laaa...bla..bla....'

'Jangan benci-benci nanti jadi suka....'

Setiap kali kita meluahkan rasa benci pasti ada insan yg akan mengingatkan kita dengan ayat seperti di atas walaupun kita sebenarnye sedar hakikat tersebut dan kita pasti akan membalas..

'Argh..tidak mungkin la...mustahil dari benci boleh jadi suka..'

Selagi tidak kena dekat batang hidung sendiri selagi tu lah kita tak kan pernah sedar...semakin aku membesar semakin aku sedar hakikat kebenaran kata-kata tersebut sebab aku sudah mula menyukai sesuatu yg teramat aku benci dulu dan sekarang aku terasa terseksa sebab menyukai dia yg teramatlah nipis peluang(mungkin tak de peluang pun) untuk memilikinya...
sumber incik google...

So nasihat untuk diri aku dan kamu semua...


"Cintailah kekasihmu atau seseorang itu sekadarnye 
kerana suatu hari nanti dia akan menjadi orang yang paling kamu benci dan 
Bencilah seseorang itu sekadarnye 
kerana suatu hari nanti dia akan menjadi orang yang paling kamu sayang"

Ya Allah..berikan lah petunjuk sama ada perasaan ini anugerah dari Mu atau mainan syaitan semata-mata...semoga aku tidak tersalah dalam memilih cinta..sesungguhnya CINTA ALLAH adalah CINTA paling agung..

Nota dari hati: Kalau ada jodoh tak ke mana....berlarilah sejauh mana pun...berpisah la seberapa lama pun..InsyaAllah bertemu juga jodohnya satu hari nanti...



Wednesday, December 7, 2011

kehilangan wang di Surau selepas ber'TUTTI FRUTTI'...

Assalammualaikum semua....

Kes rompak, samun, ragut, curi dan yg sewaktu dengan nya semakin berleluasa sekarang ni...adakah disebabkan desakan hidup atau pun memang menjadi satu hobi????!!!

Apa yg ingin di kongsikan di sini bukan lah dari pengalaman aku tetapi dari Nabilah yg baru je berlaku tak sampai 24jam yg lalu...selepas selesai solat Maghrib di Giant Setia Alam, kitorang terus menuju ke tingkat atas...tidak sampai sejam baru dia sedar yg dia terlupa di mana kedudukan purse dia tu..tempat yg di tuju adalah surau sebab di situ je persinggahan yg berlaku...sungguh teruja bila melihat purse terletak elok di tempat yg kitorang duduk tadi tapi malang nya semua duit kertas didalam nya telah hilang..walaupun kesilapan datang dari diri dia kerana lalai atau pun leka dengan keselamatan harta sendiri(purse) tetapi bukan itu point yg ingin aku kupaskan(cewahhh).... 

Kenapa kes-kes negatif seperti itu masih boleh terjadi di surau atau pun masjid???adakah memang niat masuk surau itu untuk mencuri????macam mana seorang manusia itu tergamak untuk mengambil harta orang lain sedangkan niat ketika masuk ke surau itu untuk menunaikan solat(kalau niat nak solat la)...situasi nya mungkin seperti ini..semasa melangkah ke surau itu, dia memang membawa niat untuk solat tetapi bila terpandangkan 'rezeki' depan mata..terus dia lupa niat asal dia tu disebabka bisikan syaitan yg kuat di telinga maka dia terus menyambar 'rezeki' tersebut...erm...dari niat untuk membuat kebaikan terus bertukar kepada kejahatan...bak kata Nabilah..'JANGAN MENCAMPUR ADUK KAN KEBAIKAN DAN KEJAHATAN...'

Cuba kita belajar untuk menghormati harta orang lain walau di mana pun kita berada...kalau rasa yg harta tersebut bukan kepunyaan kita, biarkan je lah ia di situ sebab berkemungkina besar untuk si empunya diri itu mencari barang tersebut...lagi pun tidak rasa berdosa dan bersalah ke bila mengambil harta yg bukan hak kita????kalau hati dah gelap memang lah tak rasa apa pun...jangan cari jalan mudah nak senang...banyak lagi cara halal lain untuk mencari rezeki...

aku semangat HARIMAU MUDA secara am nya..semangat BADDROL BAKHTIAR secara khas nya..
Nota dari hati: Nasib baik Nabilah dah belanja kitorang Tutti Frutti dulu sebelum berlaku kehilangan..Terima kasih...

Barang baik dari ladang untuk di jual...

*sticky post...scroll down untuk new entry..

Assalammualaikum semua....

Mari-mari semua datang dekat-dekat....jom tengok sini ada barang baik punya...rugi ma kalau takat tengok-tengok aja pastu pegang-pegang....apa kata beli  lah walau sepasang dua..kalau tak nak beli untuk diri sendiri pun cer cuba belikan untuk mak ke adik ke jiran ke anak ketua kampung ke sesiapa aje lah....lalalalala~

Untuk pengetahuan korang semua, ini barang bukan aku yg punya...aku cuma membantu Anis membuat PRE-LOVED SHOES...dia dah buat entry pasal pre-loved dekat blog dia tapi tak berapa memberangsangkan...kalau dia macam Irene mmg tak sampai berapa jam je dah habis terjual..hahaha....so dia mintak la bantuan blog ini walaupun sebenarnye tidak siapa yg sedar kewujudan blog ni kan...mana lah tahu ada rezeki kan...



brand: lavender (5 inch)
price bought: RM129
price sold: RM 70 (include postage)
fit size 7



brand: opera (4 inch)
price bought: RM 50
price sold: RM25 (include postage)
fit size 6 only



brand: vincci (5 inch)
price bought: RM75
price sold: RM 45 (include postage)
fit size 7 and 8
Kesemua kasut di atas hanya digunakan kurang dari 5kali...disebabkan tidak ada event yg sesuai untuk menggayakan kasut-kasut tu semua maka lebih baik jual dari biar terperuk dalam kotak...betol tak kawan-kawan???..hikhik....

Sebarang tempahan, pertanyaan atau keraguaan boleh tinggalkan komen di bawah...harap nya adalah insan yg sudi membeli ye...

Nota dari hati: Beli jgn tak beli tau...

Sunday, December 4, 2011

Perbezaan zaman kanak-kanak era bawah 90-an dan kanak-kanak zaman kini....

Assalammualaikum semua...

Sedar tak sedar kita dah menghampiri tahun 2012 dan bermakna umur aku juga bakal meningkat kepada 22(nasib baik aku lahir bulan 6)..erm..bila di kenangkan balik bererti sudah berpuluh tahun aku meninggalkan zaman kanak-kanak yg penuh dengan keceriaan kerana aku sendiri tidak mengenal erti duka pada ketika itu...dalam fikiran aku sebagai kanak-kanak pada masa tu hanyalah main, main dan main...semuanya berunsur keseronokkan semata-mata...

Bila aku membandingkan zaman kanak-kanak aku dulu dengan kanak-kanak sekarang banyak perbezaan yg aku nampak dari segi pergaulan, permainan, pemikiran, dan macam-macam lagi....

Budak-budak sekarang walaupun baru berusia 5 tahun sudah tahu apa itu CINTA, COUPLE dan KAHWIN...jadi tak mustahil la kenapa sekarang ni macam-macam masalah sosial yg berlaku walaupun di kalangan kanak-kanak berusia 5-12 tahun(remaja tak payah cerita la..dah makin parah)...semua ini boleh di lihat di laman-laman sosial atau pun web-web di mana mereka ini pandai mengeluarkan kata-kata cinta dan gambar-gambar berani melakukan hubungan terlarang..semakin maju nya sesuatu zaman semakin meningkat nya masalah sosial...agak-agak hipotesis aku ni di terima tak???

Aku rindu hendak melihat kembali permainan tradisional yg aku main dulu-dulu di mainkan semula oleh kanak-kanak zaman sekarang...zaman dulu aku punya la semangat nak pergi sekolah awal sebab nak main dengan kawan-kawan punya pasal tapi bukan main PSP, iPad, iPhone, Galaxy Tab la macam budak-budak sekarang....budak sekarang pergi sekolah FB, balik sekolah pun FB juga...memang betol-betol advance lah dorang ni....kita dulu main permainan yg berasaskan alam je macam:
  • Konda-kondi
  • Rebut tiang
  • Lubang tikus
  • Guli
  • Tutup botol(ceper)
  • Batu seremban
  • Baling selipar
  • Galah panjang
  • Gasing
  • Dam
  • Congkak
  • Wau / layang-layang
  • dll.....
ini congkak ye kawan-kawan..

Fuuhhh..penat rasanya kalau nak senaraikan semua permainan yg pernah aku main dulu...rasanya tak kan cukup la 3helai kertas A4 pun...korang tahu tak cara nak main game kat atas tu????jangan kata korang tak pernah main...kalau rasa nak main boleh ajak aku sebab aku agak hebat dalam permainan tradisional ni(ayat belagak hendak mintak kaki)....muahahaha...

Nota dari hati: Aku akan pastikan anak-anak sedara aku reti main game tu semua...lepas ni PSP, PS2, laptop dan henpon akan di kuarantin dari budak-budak tu semua...lalalalala~

Saturday, December 3, 2011

Sungguh seronok dapat berPIZZA di akhir-akhir semester ni.....

Assalammualaikum semua....

Pulun punya pulun tapi still tak dapat idea nak menulis..walaupun banyak cara mudah nak memastikan entry sentiasa terhasil setiap saat macam copy paste gosip-gosip hangat pasal artis, atlet, politik yg mana semua orang duk canang ke sana ke mari tapi itu semua bukan cara aku....buat apa nak sebar keburukkan orang lain kalau kita sendiri tak tahu kebenarannya...

Disebabkan akal dah mati kering berfikir hendak menulis entry baru kali ni so aku telah memutuskan untuk berkongsi kegembiraan makan PIZZA di SETIA ALAM malam tadi...walaupun aku tahu semua orang pernah makan pizza tapi aku dengan senang hati nya hendak bagi tahu satu dunia yg aku makan PIZZA bersama-sama AIN, AZRA, ANIS dan NABILAH sempena celebrate BIRTHDAY NABILAH yg ke 21 pada hari ini(3 Dis 2011) dan telah di tanggung hampir 1/4 oleh AZRA.....dan yg paling mengagumkan harga makanan kitorang semalam adalah RM 175.50..tak pernah-pernah kitorang makan besar macam tu..dah akhir-akhir sem ni boleh pula kitorang boros macam tu...memang sempit la lepas ni..

belek-belek menu...

cheese bite pizza and arrabiata pennei...

aroma thai and cheese baked rice...

birthday girl..

seminggu kitorang tak makan...
Nota dari hati: Habis bertambah comel la aku....