Monday, October 31, 2011

Tag yg menguji kecerdasan minda oleh Taufiq Tiramisu...

Assalammualaikum semua..

Demi untuk menyahut cabaran Taufiq Tiramisu bagi mengelakkan di cop penakut lebih baik aku jawab tag yg sumpah mengarut telah di buat oleh dia..jom kita terjah....


1. Bila kali pertama korang terkucil?
------> Terkucil tu apa ye???terkencing dalam seluar ke????(serius tak tahu ni)..

2. Benci atau sayang pada bibir? Nyatakan sebab.
------>Hahaha(nak gelak puas-puas dulu)..kenapa mesti bibir ye???kalau bibir seksi macam Kila Fairy memang patut pun nak sayang sampai di tayang...nasib baik bibir aku macam J.Lo je..kira hot juga la kan???

3. Pernah makan penampo dak?
------> Takat ni tak de sesiapa pula yg sudi tampar aku...biasa la budak baik macam aku memang tak de sape yg bengang....hehehe...

4. Komen sikit pasal blog aku ni. Jujur je. Kutuk pun tak apa.
------> erk...secara jujurnye aku jarang la pula nk terjah blog mu sekarang ni...kalau de masa nak blogwalking je singgah..tu pun kalau tersinggah la...tapi so far sume ok je...tak de pula isi kandungan nye yg mengguris hati aku yg suci murni ni...

5. Handset apa yang kau tengah pakai sekarang?
------> setelah hampir bertahun guna henpon murah torchlight akhirnya berjaya juga tukar hp baru sejurus dapat biasiswa hari tu...jeng jeng jeng...

nice tak galaxy s plus yg diletakkan diatas buku Mandarin???ni la hp baru aku ye..

Amacam jawapan aku???bole dapat markah penuh tak????hehe...tu je yg mampu aku pikir buat masa ni....

Nota dari hati: Tak pernah nk jawab secara serius la aku ni...hampeh sungguh...


Friday, October 28, 2011

Anda suka atau tidak suka jika.....

Assalammualaikum semua....

Anda suka jika tidak di hormati???
Anda suka jika di maki sesuka hati??
Anda suka jika di sakiti??
Anda suka jika di khianati??
Anda suka jika di tipu??
Anda suka di biarkan menunggu??
Anda suka jika di kerah melakukan sesuatu yg tak di sukai??
Anda suka jika tidak ada orang membantu anda dalam kesusahan??
Anda suka jika ada orang mengambil kesempatan ke atas anda??
Anda suka jika...........................(pikir la sendiri)



Jika jawapannya TIDAK SUKA maka anda kena merubah dulu diri anda...mungkin ada sebahagian sikap dalam diri anda juga yg tidak di sukai orang lain di sekeliling anda sama macam anda tidak suka sikap mereka..jadi kalau anda mengharapkan untuk orang lain menghormati anda contohnya maka anda kena lah belajar untuk menghormati orang lain dulu...WHAT U GIVE U GET BACK..ingat tu....

Nota dari hati: Kalau engkau tak suka apa yg orang buat dekat engkau lebih baik ko pikir balik pe yg engkau dah buat dekat orang lain...

Sunday, October 23, 2011

Kalau setakat bawak Mercedes tak payah la kurang ajar sangat...

Assalammualaikum semua...

Situasi biasa yg berlaku di jalan raya yg bisa membangkitkan kemarahan pemandu lain..
1. Tak reti nak bagi signal sama ada hendak ke kiri atau pun kanan..
2. Ikut suka hati jantung limpa aja nak tukar lorong tanpa perhatikan kereta belakang sama ada laju atau pun lambat..
3. Bawak kereta dengan kelajuan seperti kura-kura dekat lorong paling kanan..lagi-lagi kalau dekat highway...
4. Tak reti nak berbaris lagi-lagi kalau jalan tengah jammed...ikut sedap dia aja nak memotong barisan terutamanya di tol-tol...

Sejujurnya aku pun marah terhadap manusia macam dekat atas tu tapi tak pernah lah pula aku nak menunjukkan kemarahan dengan buka tingkap lepas tu maki hamun tak tentu pasal ataupun tunjuk sign macam f*** dekat pemandu lain...kadang-kadang kita sendiri pun pernah melakukan perkara tersebut tanpa sengaja atau di sengajakan walaupun sekali kan..tipu la kalau korang tak pernah buat langsung kan melainkan korang memang pemandu yg terlampau berhemah(ye la sangat..)...so korang tak layak nak terlampau marah dekat pemandu lain sebab korang pun lebih kurang aja dengan dorang...bagi aku cukup lah sekadar bunyi kan hon sebagai tanda yg pemandu tersebut telah melakukan kesilapan...tak payah lah nak maki-maki bagai..

inilah lakaran kedudukan kereta aku dan si mercedes tu..
Hendak di jadikan cerita sebenarnya semalam aku telah berhadapan dengan sebuah kereta mercedes warna maroon yg memang kurang ajar sebab telah menunjukkan sign f*** terhadap aku..memang aku salah sebab tersalah ambil lorong untuk ke kanan walaupun sebenarnya aku nak terus...bila aku tersedar aku tersalah  amek lorong terus aku bagi signal ke kiri sebab kalau aku dah terlebih dari divider jalan tu alamatnya memang aku tak de pilihan lain melainkan kena belok kanan juga...mungkin si merc tu tersalah sangka yg aku akan terus tukar lorong secara melulu apabila dia nampak signal kiri aku..so aku tak salahkan dia apabila dia bagi hon...aku fikir mesti dia nak bagi peringatan yg dia tak bagi aku peluang untuk aku tukar lorong..so aku biar lah dia jalan dulu...

Tapi alangkah terperanjat nya aku ,Ain dan Nabilah yg berada dalam kereta tu apabila die tunjuk sign f*** tu...apa masalah mamat tu sebenarnya???kalau pun ko tak puas hati sebab mesti terpikir yg aku nak potong barisan macam tu tapi ko tak layak nak buat macam tu....mentang-mentang la kau bawa MERCEDES dan aku setakat bawak kancil je..entah-entah tu pun mercedes pinjam..pigidah..hehe...

Kesimpulannya cuba belajar mendidik diri untuk tidak memaki orang sesuka hati..belajar la sikit control kemarahan tu...marah-marah kan kawan syaitan...hehe..

Nota dari hati: Ini bukan entry emo tak tentu pasal oke...lalalala~


HIMPUN tidak mencapai sasaran 1juta umat..

Assalammualaikum semua....

Alhamdulillah aku, Ain dan Nabilah selamat pulang dengan selamat dari HIMPUN...secara jujurnya kitorang tak tunggu pun sampai program habis sebab dah terlampau kelaparan tak makan dari pagi..jadi kitorang amek keputusan untuk pulang pada pukul 5 petang(prog tamat kul 6)....hehe...

Walau bagaimapun banyak persoalan yg terbit di minda aku ketika aku menjejakkan kaki ke dalam Stadium Shah Alam tadi...

1. Kenapa tak ramai pun orang yg hadir walaupun kitorng sampai ketika itu dah pukul 2.30 ptg???at the first aku fikir mesti dorang ni lambat kot...tapi sampai ke sudah aku tengok tak ramai juga yg hadir...boleh dianggarkan lebih kurang dalam 5ribu orang je yg memenuhi stadium...adakah disebabkan ada semi-final Piala Malaysia atau pun ramai umat Islam yg tak tahu pasal HIMPUN ni??

sumber dari page HIMPUN...malas punya pasal nak tranfer dari DSLR...hehe..

2. Aku tak setuju dengan kain rentang dekat atas..kenapa mesti Melayu???bagaimana pula dengan orang Islam tapi bukan Melayu???.adakah kedaulatan Islam hanya akan tercapai apabila Melayu sepakat???aku bukan nak buat provokasi atau menentang keMelayuan..cuma nya bagi aku, Islam itu akan diangkat dan disanjung apabila umat Islam yg dari pelbagai bangsa itu sendiri yg bersepakat dan bersepadu...oke...kalau aku berfikir dari sudut positif nye mungkin kain rentang tu di tulis macam tu  di sebabkan Malaysia mempunyai penduduk Melayu majoriti..erm..mungkin juga..

3. Dalam Garis Panduan HIMPUN perkara 3 menyebut mestilah 'Berpakaian sopan sejajar dengan akhlak Islam dan nilai-nilai ketimuran'..tetapi kenapa masih ada dikalangan yg hadir HIMPUN tidak menutup aurat???apa fungsi polis dan RELA dekat pintu masuk tu??erm..walau macam mana pun aku masih berfikiran positif...sekurang-kurangnya mereka ni di buka kan juga hati nya oleh ALLAH untuk pergi HIMPUN walaupun dalam keadaan yg kurang adab dan tidak menutup aurat..mungkin lepas ni mereka akan berubah ke arah yg lebih baik..siapa tahu kan...

Secara keseluruhan nya bagi pendapat aku, HIMPUN berjaya di jalankan dalam keadaan aman tanpa sebarang kekacauan walaupun mungkin ada sedikit provokasi yg telah dilakukan oleh pihak yg tidak bertanggungjawab tadi...di harapkan HIMPUN ni bukan lah pengakhiran untuk menyelamat kan aqidah umat Islam tetapi biarlah ia menjadi permulaan satu perjuangan..

Nota dari hati: Ini hanyalah pandangan peribadi aku..kalau ada sesiapa yg nak bangkang atau pun tak puas hati silalah komen menggunakan bahasa yg elok..tak mo lah maki-maki...

Friday, October 21, 2011

Seronok nya kalau dapat main hujan di kala ini...

Assalammualaikum semua...


'Aish...terasa nak maen hujan la..'

'Ish..nanti demam la...'
sumber incik google

Kebelakangan ni asal malam je mesti hujan...asal hujan je mesti malam...sungguh membuat otak aku ni terimbau dan terkenang zaman kanak-kanak dulu yg seronok tak hingat bila dapat main hujan..memang terasa heaven habes la...

Bila dah besar panjang ni kekadang terasa juga nak main air hujan macam zaman kanak-kanak dulu tapi sering kali permintaan aku di tolak oleh teman serumah aku ni dengan alasan 'Nanti demam'...haha..sebenarnye aku tahu mesti dorang malu nak main hujan sebab diri dah layak nak jadi isteri dah pun...nanti ada pula masyarakat dekat rumah sewa aku ni cop budak UiTM tak berapa nak 'sihat' sebab main hujan macam budak-budak..hehe...

Dulu masa kecik-kecik tak pernah pula mak ayah aku halang kitorang adik beradik main hujan dengan alasan macam tu (tak tahu la kalau aku yg tak hingat..hehe)..tapi apa yg aku ingat lah kan...tak pernah sekali pun aku demam setiap kali terkena hujan mungkin di sebabkan antibody yg tahan lasak cuma nya kalau kena hujan panas mesti epik fail habis..mula lah rasa pening macam de orang ketuk-ketuk kepala...pelik sungguh kan..pe la agaknye beza antara hujan panas dengan hujan yg biasa tu???yg turun nye air jugak kan..mood:konpius..

Nota dari hati: Jom kita beramai-ramai pergi HIMPUN esok...jumpa di sana..insyaAllah..

Thursday, October 20, 2011

'Hana is a loser' kata Ain si DOUBLE loser...

Assalammualaikum semua...

'Wei korang..pesal semua negative je ni..ish..tak mungkin semua dapat -ve...erm..kalau nak wat confirmation balik leh tambah anti sera je kan??'

'Boleh2...lepas ko tambah pastu centrifudge la balik..'

Tak sampai beberapa saat aku terimbas kembali detik-detik aku masukkan reagent tadi...

'Aku rasa kan aku dah salah masuk kan reagent la..semua tube aku masuk anti-A..sengal habis la..argh...'
ketika ini aku terasa macam nak hantuk kepala ke dinding...

'Ye la kot..sebab tadi aku pelik je tengok semua kaler dekat dalam tube tu same je...'

'Haiyaa..macam mana lah boleh silap ni...dah la banyak benda nak kena buat..huwaaa'

'Hahaha..Hana is a loser...'
ini lah gaya berada di lab...
Seronok semua orang menggelakkan aku..lagi-lagi si Ain yg sentiasa tak puas hati dengan aku...dia boleh buat lagu khas untuk aku lagi..memang agak menyakitkan hati ye di situ...

Perkara-perkara yg boleh menyumbang kepada kesilapan ketika practical class..

1. Apabila kelas bermula dari 8.30 pagi sampai 4.30petang tanpa rehat maka kelas last yg dari 2.30-4.30 ptg mesti kantoi habis punya....
2. Ditambahkan lagi dengan test pada pagi tu yg sungguh menyeksakan jiwa maka seharian hati rasa tak tenang sebab mengenangkan kepayahan dan kesusahan untuk menjawab test tu..
3. Lepas tu dapat pula mesej dari orang yg tak berapa nak paham bahasa duk memberi tekanan kepada aku...memang boleh bikin stress aja apabila ada orang duk push-push aku untuk melakukan sesuatu tanpa berfikir yg aku ni pun ada tanggungjawab lain yg perlu di lakukan..
4. Disebabkan kelas full tanpa rehat maka perut berada dalam keadaan kelaparan yg mengundang kepada sakit kepala tahap dewa...

So kesan nya tak dapat fokus dalam kelas dan buat basic practical pun boleh kantoi..memang terasa diri ini loser habis la...

*Hari Selasa(18 Oct 2011) adalah Hari Loser untuk aku...

Nota dari hati: aku pun manusia biasa yg kadang-kadang melakukan kesilapan..hehe..

Wednesday, October 19, 2011

Wordless Wednesday #12: Penghapus selera makan...

Assalammualaikum semua...


Maksud Wordless Wednesday : Pada setiap hari rabu, semua blogger akan post gambar di blog mereka tanpa meletakkan sebarang penjelasan tentang gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan segalanya...

Monday, October 17, 2011

Ramai nya orang di Himpunan Sejuta Umat...

Assalammualaikum semua....

'Nana konfem ke nak gi Himpun hujung minggu ni??'

'Aah la...kenapa mak??'

'Ramai orang la...bahaya kan..'

'Hehehe..mesti la ramai...dah nama pun sejuta umat mesti la ramai nye macam sejuta...'

'Kalau tak yah pergi tak boleh ke??nak pergi nya semua perempuan lak tu..'

'Tak pe lah mak...entah-entah kalau Nana tak gi nanti tak cukup pula sejuta....mana tahu Nana jadi orang yg ke sejuta..hehe..'

'Ye la tu...nanti kalau konfem nak gi sana bagi tahu mak...elok-elok sikit...'

'Yezza..hehe..'

InsyaAllah kalau tak de aral melintang maka aku dan member-member yg lain akan menjejakkan kaki ke HIMPUNAN SEJUTA UMAT di Stadium Shah Alam pada hujung minggu ni..ayuh selamatkan akidah ummat Islam...

Jika hendak tahu dengan lebih lanjut apa itu HIMPUN boleh terjah di [sini]..semoga HIMPUN ini dapat memberikan suatu perubahan kepada umat Islam khususnya...

Nota dari hati: Jangan lah ada program yg tak diundang mengganggu weekend aku..=D

Saturday, October 15, 2011

Aku tidak sengaja nak membunuh dia..maafkan aku.....

Assalammualaikum semua...

'Mak, Nana dah langgar sesuatu!!!'
jerit adik aku setelah turun dari kereta..

'Ha??budak tu macam mana???teruk ke???ok ke???ko mesti bawak laju sangat ni..'
dalam nada cemas tak hingat...
incik google
'Budak mana pulak...Nana langgar anak monyet kot...entah la...dia yg tiba-tiba melintas betol-betol dekat depan kereta...dah cuba brek tapi terlanggar juga...'
terang aku kepada mak dengan keadaan agak cuak tapi still cool...

'Habis tu dia mati la??'

'Mati la kot...Nana tangok dia tak gerak pun...menakutkan betol la...tak pe ke langgar dia macam tu???'

'Nauzubillah....semoga tak de apa-apa lah yg berlaku..ko bukan sengaja nak langgar dia pun..'

'Ish...mesti lah tak sengaja...ingat Nana suka-suka ke nak membunuh tak tentu pasal..scary betol la...'

Masa aku nampak tiba-tiba dia melintas tu memang aku dah tekan brek kecemasan sambil menjerit sebab terlampau terperanjat dia muncul secara mengejut...bunyi pelanggaran yg berlaku tu memang bikin menggigil kaki beb....aku hanya mampu memandang dia yg sudah terkulai kaku dari cermin pandang belakang aja...tak sanggup rasanya nak datang dekat dia tengok darah mengalir...boleh bikin pitam...adakah aku bersalah sebab tinggalkan dia begitu saja???*rasa bersalah yg amat sangat ni..

Nota dari hati: Tidak terbayang kalau aku terlanggar manusia...mesti trauma seumur hidup untuk membawa kereta....semoga Allah jauhkan lah dari musibah yg tidak di ingini..ameen...



Friday, October 14, 2011

Saya suka dia sebab dia sangat baik...

Assalammualaikum semua....

Sebelum memulakan perjalanan untuk pulang ke Tg Karang tadi aku telah singgah sebentar di Petronas Fasa 2 Puncak Alam untuk memberi sedikit energy kepada Sang Kancil dan membeli apa-apa yg boleh di makan dalam perjalanan..hehe...

incik google
Setelah mengambil sebungkus Cashew nut dan setin Nescafe Ipoh White Coffee, aku pun melajukan langkah ke kaunter bayaran memandangkan jam hampir menunjukkan pukul 7malam..

'Semua RM 5.20 ye..'

Aku pun menyeluk poket seluar jean mencari duit secukupnya sebab aku memang letak duit sebanyak RM25 dalam poket..senang kerja...tak payah nak susah payah bawak purse ke hulu ke hilir...aku meletakkan RM 1 sebanyak 5 keping dekat meja kaunter dan meneruskan selukan di poket sebab aku rasa ada syiling 20sen dalam poket...seluk punya seluk rupa-rupanya ada 10sen aje dalam poket dan kekurangan lagi 10 sen...alamak..tak cukup lagi 10sen dan akak kaunter tu dah pegang duit kertas bernilai 5 ringgit tu..

'Erm...tak cukup lagi 10 sen la kak...meh la duit tu balik, saya bayar dengan 10ringgit ni..hehe'
aku pun keluar kan lah 10 ringgit dari dalam poket untuk dihulurkan...

'Tak pe la dik...akak bayar lagi 10 sen...'

'Eh..tak pe la kak..saya bayar ni..'

'Tak pe...akak yg bayarkan nanti..'

'Terima kasih la ye kak...'

Sungguh baik hati akak tu nak belanja aku 10sen..hehe...lain kali nak bawa duit kurang 2 ringgit pulak la..agak-agak nye dia nak bayarkan tak???(melampau sungguh kan??) 

Walaupun kita tak kenal antara satu sama lain tapi tak salah untuk menghulurkan bantuan..ingatlah, hari ini kita membantu orang lain dalam kesusahan dan mungkin satu hari nanti bila kita pula dalam kesusahan insyaAllah ada orang lain pulak yg akan membantu...'Buat baik di balas baik, buat jahat di balas jahat..'

Nota dari hati: Bantu membantu amalan mulia..=D



Rutin harian sebagai seorang pelajar UiTM yg berjaya..hehe..

Assalammualaikum semua...

Akhirnya berjaya juga menjana minda untuk menulis satu entry santai(santai la sangat) sebelum menghadiri lab yg amat 'menyeronokkan' dan memang sentiasa di 'nanti' oleh aku...

'Apa yg di buat ha lepas habis kelas??!!adakah sampai-sampai umah terus study or wat assingmnet???atau pun terus lompat atas katil menidurkan diri??!!sebab aku jarang nampak korang meng'online'kan diri.. '

Persoalan yg telah ditanya kan kepada salah sorang classmate aku dan dia sendiri pun tak tahu apa yg dia buat sampai boleh menghabiskan saki baki masa selepas kelas dari tengah hari sampai lah keesokkan harinye dengan jaya nya...(ada dua hari kelas sampai 4.30 ptg dan sehari dari 8.30 pagi sampai 4.30ptg tanpa rehat..yg laen sume smpai 1.30 .tensen je..)


Jika di tanya kepada diri aku sendiri sudah semestinya aku mempunyai jawapan yg sangat 'terbaik'...habis-habis kelas je aku terus pecut balik ke rumah sewa jika tidak ada sebarang urusan tentang MELTECH yg perlu diuruskan...selepas je melangkah masuk ke pintu bilik terus menekan button 'ON' di laptop tanpa sempat membuka tudung dan letak beg di tempat sepatutnya...macam dah menjadi satu keharusan untuk memastikan laptop sentiasa dalam keadaan ON walaupun tidak menggunakannya...hahaha...

Selepas tu terus connect berokband Celcom dan tekan icon Google Chrome dan buka FB, BLOGSPOT dan kadang-kadang TWITTER....jika tak ada benda menarik yg boleh di lakukan maka aku akan pergi melawat ke blog-blog yg memaparkan isu semasa sebab aku ni terlampau 'rajin' nak beli dan baca surat kabar.kadang-kadang kalau dah terlampau bosan membuat lawatan ke blog-blog lain maka aku akan membaca NOVEL atau CERPEN secara online di Penulisan2u.my...kalau dah memang terlampau mengantuk sampai tak dapat di bendung maka mata ni dengan sendiri nya akan tertutup dan berlayar lah aku di ruang mimpi sehingga tersedar untuk solat asar....

Erm..kebiasaan nya segala jenis lab report, report kewangan, assignment, study dan menulis blog akan aku selesaikan pada waktu malam tak kira lah sampai pukul 4 pagi sekalipun..hahaha.....hidup aku ni ibarat  macam kelawar je rasanye...aku suke buat kerja pada waktu malam sebab rasa tenang aja tanpa gangguan bunyi-bunyi yg tidak di ingini walaupun kadang-kadang ada juga suara sumbang yg tak sedar diri mengganggu malam-malam aku dalam bilik ni(sila paham-paham sendiri la ye)...haha...

Segala rutin harian aku ni boleh berubah kalau tiba-tiba aku berhasrat nak pergi membazirkan duit tak tentu hala...haha...hidup sebagai seorang pelajar ni memang menyeronokkan..

Nota dari hati: Bertabahlah wahai hati untuk pergi ke lab Virology..hehe..

Wednesday, October 12, 2011

Wordless Wednesday #11: Pada zahir nya tenang tapi hakikatnya...

Assalammualaikum semua...


Maksud Wordless Wednesday : Pada setiap hari rabu, semua blogger akan post gambar di blog mereka tanpa meletakkan sebarang penjelasan tentang gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan segalanya...

Thursday, October 6, 2011

Ada ke manusia yg kisah dengan kewujudan blog ni??

Assalammualaikum semua...


'Hana, ko mmg dah malas kan nak tulis blog sekarang..tak habis-habis wordless wednesday je...'

'Hehehe...bukan malas lah..masalahnya aku ni tak dapat ilham..dah bertahun-tahun perah otak pun masih tak dapat idea lagi..tambah lagi dengan macam-macam beban..mana sempat sangat nak cari idea...'


Bukan mudah sebenarnya nak jadi blogger ni...mana nak pikir pasal assignment lagi..pastu pasal test yg bakal menjelma..tambah lagi dengan beribu-ribu lab report setiap minggu...lepas tu dengan tanggungjawab yg di galas terhadap society lagi...kadang-kadang tu dah ada idea tapi masa yg tak mengizinkan untuk menulis dekat blog sebab untuk menghasilkan satu entry bukan memakan 5 minit tapi kadang-kadang berjam-jam..ye la kan...tulis blog ni kan ibarat buat karangan PMR atau pun SPM...macam mana korang rasa susah nak buat karangan masa exam macam tu juga la aku rasa bertapa susahnya nak menulis blog...hehehe..

So kalau masa yg berjam-jam tu dah aku salurkan untuk menulis blog, bila masa pula aku nak buat assignment, report, study dan macam-macam lagi tu kan??!!
'Sori lah doktor tak dapat siapkan assignment sebab saye sibuk tulis blog la...'

Tak kan lah aku nak bagi alasan macam dekat atas tu kot..mahu kene hempuk dengan lecturer..hahah...so dalam hal ni aku kena utamakan perkara yg paling penting..kalau de masa yg mengizinkan baru lah aku akan menconteng arang dekat blog ni dan membuat lawatan terhadap blog-blog yg lain...

Terima kasih kepada sesiapa yg sudi melawat blog ni walaupun semakin hari semakin sunyi je kan..heheh...ingat kan tak de orang yg kisah kalau tak de entry..rupa-rupanya ada jugak yg sudi baca..=D.

Nota dari hati: Baru balik dari kelas mandarin terus tulis blog...malam ni takut tak sempat pula sebab nk siapkan report dan kemas barang nak gi Pangkor esok..heheh.

Wednesday, October 5, 2011

Wordless Wednesday #10: Dia dengan vampire tak banyak beza pun....

Assalammualaikum semua..

Maksud Wordless Wednesday : Pada setiap hari rabu, semua blogger akan post gambar di blog mereka tanpa meletakkan sebarang penjelasan tentang gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan segalanya...

Sunday, October 2, 2011

Misi mencari taik sudah terlaksana dengan jayanya...

Assalammualaikum semua..

Akhirnya selamat juga sampai ke rumah walaupun dalam keadaan yg lebam sana sini, sakit seluruh badan dan masih berbekas lagi kesan 'ciuman' dari pacat-pacat yg dahaga kan darah aku yg semestinya manis....syukur sangat sebab segala rasa negatif yg menyebabkan jiwa gelisah sebelum aku pergi ke Perkampungan Orang Asli Donglai hanya lah mainan perasaan semata-mata dan Alhamdulillah sangat sebab tak de apa-apa perkara buruk berlaku..

So aku nak bagi tahu la tujuan utama kitorang pergi ke sana sebab aku kan dah janji nak bg tahu dekat korang kan dalam entry ini tapi korang mesti janji jangan gelak guling-guling atau pun muntah hijau pula ye...ehem..ehem..sebenarnya kitorang pergi sana nak kutip 'stool' orang asli untuk subjek Clinical Parasitology dan kitorang punya prinsip ialah 'YOUR SHIT IS OUR BUSINESS'..sepanjang 3hari ni kitorang bukan duduk dekat perkampungan orang asli tu pun tapi kitorang menetap dekat Kem Rimba Ria Suara Hutan Sg Congkak..cuma last day(hari ni) je baru kitorang gi ke sana untuk buat 'business' dan aktiviti sampingan...hehe..

di sini lah kami menetap sebab tak sanggup rasanyai nak duk dekat perkampungan orang asli..

muka semangat nak jungle tracking..

melalui jalan yg sangat curam menyebabkan tangan aku luka-luka..

perjalanan menuju waterfall...

berhati-hati menyeberangi sungai..

'i can hear the sound of watefall..'

sebahagian sample di campurkan dengan preservative...kitorang berjaya mengumpulkan 34sample..
 
aktiviti sukaneka ..

classmate yg cool..
Terima kasih sangat dekat semua rakan sekelas yg memang tersangat awesome dan sempoi habes dalam menjayakan semua aktiviti...saaayaaangg u all....

Nota dari hati: Aktiviti dah habis dan aku kena buat report kewangan tuk di hantar ke Bendahari UiTM...arghhh...

*Next week ke Pulau Pangkor pula..nak ikot???heheh..