Saturday, March 31, 2012

Kota Tinggi, Johor Part 1...


Assalammualaikum semua..

Sekarang aku baru tahu kedudukan sebenar di celah Johor ni...syukur malam tadi sampai juga ke Bandar Mas Kota Tinggi Johor setelah bersakit pinggang dan berpenat lelah menyanyi dalam kereta selama hampir 6 jam..lama kan perjalanan??

Erm..apa yg menarik dekat Kota Tinggi yg tak de dekat tempat lain ye wahai pembaca sekalian???cerita lanjut tentang kedatangan ke Johor selama 3hari 3malam akan aku story mory bila ak selamat menjejak kan kaki ke Puncak Alam..tunggu ye..hihi..

Nota dari hati: ini kali kedua aku dtg ke Johor sejak pertama kali masa aku form 2...masa tu pun takat pergi Kolej Matrikulasi Tangkak je..hihi

*update picture singgah sebentar di Johor Premium Outlet untuk merasai suasana pada waktu malam di situ sebelum meneruskan perjalanan ke Kota Tinggi..





Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, March 30, 2012

Seoul Garden, One Utama punya cerita...

Assalammualaikum semua..

Malas nak karang ayat yg penuh tragis dan menusuk hati sebagai permulaan sebab otak rasa beku gara-gara hujan lebat mengiringi pagi ini(pergh ayat..)... so aku nak bagi tahu yg semalam pergi One Utama untuk jumpa sahabat yg dah lama tak bersua muka..lagi pun 28Mac semalam merupakan birthday dia yg ke 22 jadi dah ada niat di hati nak belanja makan di Seoul Garden(best tak ada kawan macam aku??haha)..

Cuma ada 3 keping gambar je yg aku berjaya snap sebab seronok bercerita sambil makan punya pasal...kalau jumpa member lama perkara paling best di lakukan adalah duduk bersembang berjam-jam sambil makan..semua cerita akan terungkap tak kira la kisah sedih, memalukan, lawak dan segala macam cerita akan keluar lagi-lagi kisah zaman sekolah...hehhee...




Arggh..terasa macam tak de motif pula entry kali ni tapi lantak la sebab dah tak de idea punya pasal so korang layan kan je la ye..hihihi..

Nota dari hati: Hari ni nak pergi Kota Tinggi..ada sesiapa rasa nak jumpa aku???=D

Tuesday, March 27, 2012

Satu kesilapan bukan tiket untuk melupakan 1001 kebaikan..

Assalammualaikum semua...


Setiap insan melakukan kesilapan dan jangan jadi kan kesilapan itu sebagai peluang untuk kita membenci, mengkeji, membuang dan mengutuk diri mereka lagi-lagi jika insan tersebut ialah keluarga, sahabat atau insan yg kita sayang...wajarkah hanya kerana satu kesilapan kita hendak menghukum mereka dengan benci dan dendam pada hal mereka telah banyak berkorban dan melakukan kebaikan terhadap diri kita??!!!

Jadi cubalah buka kan hati untuk memberi kemaafan dan peluang kepada mereka untuk berubah ke arah yg lebih baik..jangan hanya kerana satu kesilapan/kesalahan menutup kesemua 1001 kebaikan yg pernah di lakukan..

Nota dari hati: Lukisan di hasilkan dalam keadaan tergesa-gesa sebab esok ada test...doakan aku rajin study..hahah



RM250 lenyap dalam sekelip mata gara-gara Acer..

Assalammualaikum semua....

Senangnya dalam hati bila dapat on9 dengan tenang tanpa perlu merempat menagih simpati dekat laptop orang lain...dah hampir dua minggu aku menjadi pengonline jalanan(wujud ke term ni?)..sedih tak??

Dalam rasa senang hati online ni ada juga terselit risau nya sebab duit dalam Bank Islam semakin berkurangan...bukan murah tau bayaran bil hospital Acer ni...memang tak makan selama sebulan lah di buatnya gara-gara si Acer buat hal...terus tunggang langgang aku punya perancangan perbelanjaan semester ni...

RM250 untuk cip yg terbakar...rasa-rasanya berbaloi tak???atau aku yg dh kena tipu..lagi pun aku memang tak berapa tahu sangat charge kalau service laptop ni...noob la kata kan...hahahaha....menggigil wo nak kuar duit 250 ringgit kerana Acer yg dh berusia hampir 4tahun berkhidmat dengan aku ni...

Nota dari hati: Mulai sekarang aku kena berjimat cermat...hikhikhik

Sunday, March 25, 2012

Kereta Myvi sebagai hadiah birthday untuk kanak-kanak 6 tahun..

Assalammualaikum semua...

Hari ni 25 mac, semalam 24 mac, semalamnya lagi 23 mac dan semalam nya lagi 22 mac(hahaha..macam la korang tak tahu kan!!)...22mac ialah birthday my bro yg dekat UTM nun di Skudai sana..hanya kiriman sms je yg di beri sebagai ucapan ulang tahun kelahiran..hadiah???tak perlu sangat lah sebab dh besar panjang pun kan..hihihi..

Semalam 24 Mac pula adalah birthday Hakim(anak sedara) yg ke-6..

'Assalammualaikum Hakim..'

'Waalaikumsalam..'

'Happy birthday to you..happy birthday to you..happy birthday to Hakim...happy birthday to you...'

'Hehehe...terperanjat Hakim dengar cik Nana nyanyi..hihih..'

'Tau tak hari ni birthday Hakim??!!'

'Erm..tak tahu pun..'

'Hakim nak hadiah apa??nanti acik belikan..'

'Hakim nak kereta Myvi boleh???'

'Hah??melampau lah kereta..kereta mainan boleh la..'

'Hihihih...Hakim main-main je la...Hakim tak tahu nak hadiah apa la..'

'Erm...nanti kalau Hakim dh tahu nak hadiah pe bagi tahu acik ye..nanti bila-bila acik datang umah Hakim...'

'Ok...babai..'

Nasib lah aku sayang anak-anak sedara aku yg setakat ni ada 3 orang je...so layan kan je lah apa yg dorang nak tapi kalau sampai minta kereta memang tak mampu lah aku nak beli..beruntung sungguh mereka mendapat acik yg baik hati macam aku kan..kalau dah besar melawan kata aku memang aku hempuk dengan kerusi sorang-sorang...hihih...Selamat Hari Lahir juga kepada sesiapa yg menyambut nya pada hari ini semalam dan semalamnya lagi..hakhak...

Nota dari hati: Malam tadi tengok Hunger Game...best lah juga...tak rugi 14ringgit...

Monday, March 19, 2012

Tafsir mimpi di kejar tiga ekor babi yg agresif??!!

Assalammualaikum semua..

Wahhhh...hampir seminggu aku tidak berceloteh di sini gara-gara laptop yg merajuk...ni pun menagih simpati Ain untuk buka FB dan tulis blog walaupun sebentar(kalau dia tak bg pinjam pun aku amek je..hahhaa)...ada sesiapa ke yg merindui kehilangan aku selama seminggu ni??!!!hihihi..

------------------------------------------

Selaju mungkin aku berlari bersama debar di dada yg memuncak dan ketakutan yg tak dapat di bendung..lari, lari dan terus berlari selagi ATP(energy) mampu di hasilkan oleh glucose dalam badan...kenapa lah babi ni mesti kejar aku pada hal ramai lagi manusia di sekeliling aku???apakah babi ni memang nampak aku je???arghhhh...

Aku cuba menyorok di sebalik kelompok manusia yg ramai tapi si babi tetap mencari aku ibarat aku lah insan paling di ingini di abad ini..bukan seekor babi tapi lebih kurang tiga ekor babi yg mengejar aku...pergh..memang terasa macam mahu meraung dan menangis semahunya tapi tak de siapa pun yg peduli...semua buat tak kisah dengan babi-babi yg semakin agresif mengejar aku...mana hilang nya rasa simpati manusia-manusia yg lain??tegar nya hati mereka melihat aku dalam kesusahan...*sedih...

Aku cuba untuk berlari lagi tapi kaki ini sudah tidak mampu untuk melangkah dan aku seperti mahu menyerah kalah..babi-babi itu hanya tinggal beberapa langkah je dari aku dan larian aku bertambah lemah...mungkin sampai di sini sahaja perjuangan aku untuk menyelamatkan diri...maafkan aku atas kesilapan aku selama ini...akhirnya aku rebah..

Lagi beberapa langkah babi-babi tu menghampiri aku akhirnya aku tersedar dari sebuah mimpi panjang yg menakutkan...nasib baik hanya mimpi dan bukan realiti...nauzubillah...

Apa agak nya maksud mimpi aku tu??!!harapnya semua nya baik-baik belaka dan biarlah ia menjadi sebuah mainan tidur semata...

Nota dari hati: Jangan terlampau taksub terhadap mimpi sebab kita ada Allah untuk berlindung...=D

Tuesday, March 13, 2012

Injuries may be forgiven but NOT forgotten...

Assalammualaikum semua..


Dendam??!tak pernah pun rasa dendam tu wujud dalam hati ni dan saya kan dah maafkan awak 2 tahun yg lalu cuma parut luka masih kekal dalam hati saya dan ia akan kekal di hati ini walaupun sejuta tahun..salah ke saya sebab tak layan panggilan awak yg tiba-tiba muncul setelah kisah kita tamat hampir 2tahun lebih yg lalu??!!!cukup lah saya dah maafkan awak dan jangan lagi muncul dalam hidup saya sebab ia menoreh kembali luka yg hampir sembuh..maafkan saya jika ada menyakitkan hati awak untuk hari ini..

Injuries may be forgiven but NOT forgotten...

Nota dari hati: Katakan lah yg tindakan aku tak salah..hakhakhak..


Monday, March 12, 2012

Berkongsi tak salah tapi jangan berlebihan...

Assalammualaikum semua...

Sekarang dalam proses mencari style, gaya, personaliti dalam penulisan yg hampir hilang sebab sejak berkecimpung dalam dunia lukis melukis ni dah mula malas nak menulis panjang-panjang..semua entry berunsur lukisan semata..so aku sendiri hampir lupa macam mana gaya ayat serta susun atur ayat yg sering di gunakan dalam penulisan...maka hari ini aku cuba kembali untuk berceloteh panjang lebar tanpa lukisan karut marut yg akan aku hasilkan...lets go bebeh...

Facebook, blog, twitter dan segala adik beradiknya memang sangat popular di kalangan korang semua kan...kalau boleh segala perkara yg berlaku dalam kehidupan dari sekecil-kecil zarah sampai lah sebesar-besar gajah hendak dikongsi dekat facebook, blog or wherever...kena kejar anjing gila pun canang dekat fb..tu belum lagi kena gigit semut...kalau kena pijak dengan gajah memang tak sempat punya nak update status kan(ni saat paling aku tunggu)..hakhakhak...

Aku tak tahu apa tujuan sebenar korang update status-gedik-mintak-penampar setiap saat dekat fb dan cerita segala perihal diri termasuk lah luar dan dalam di blog..mungkin kekurangan kasih sayang kot(ini andaian aku saja..)...ok fine!!memang tu fb, blog korang tapi sedar tak bahawa ada insan yg jelek dengan sikap korang tu dan insan itu adalah aku(jujur tak???!)..kalau aku dah nyampah sangat sampai tak terbendung memang aku unfriend dan unfollow tanpa perbicaraan..senang dan semudah mudah.com..

Betol tu..memang tak salah dan tak melanggar undang-undang pun kalau korang cerita semua benda untuk jadi bacaan orang lain...tapi simpan lah sikit untuk diri korang sendiri juga...biarlah ada sesuatu yg sangat berharga yg hanya korang je yg tahu tanpa pengetahuan orang lain yg membuatkan orang lain ingin kenal dan tertanya-tanya tentang korang...bukan semua perkara sesuai untuk di kongsi dengan orang lain..paham tak??!!!

Kesimpulannya, fikir kan lah dulu segala akibat dan kesan setiap kali nak buat sesuatu....jangan sampai membuka aib dan memalukan orang lain atau pun diri sendiri...

Nota dari hati: Masa untuk mengubah diri ke arah lebih baik...daaa~

Friday, March 9, 2012

Abam Bad tipu-tipu manja....

Assalammualaikum semua..


Kadang-kadang aku pun berperangai macam abam Bad jugak..pepandai je ckp jalan sesak lah pastu ada eksiden lah..pada hal masih tersadai dekat rumah..bila dah lambat mula lah bawak kereta pecut gile macam pelesit...memang terbaik punya perangai kan..korang pernah tak tipu-tipu manja macam tu????!!

Nota dari hati: -nothing..-

Doodle : Gadis dan gitar..

Assalammualaikum semua..

Tak puas hati betol la tengok lukisan yg huduh tu tapi itu je la yg mampu di hasilkan oleh tangan yg tak berapa kreatif ni kan...huduh pun huduh la..yg penting semua orang tahu yg tu gitar kan...kalau ada rupa tu dah kira ok la kan..hihihi..

Nota dari hati: mencari idea untuk menulis kisah abam Bad atau Lopa...

Wednesday, March 7, 2012

NOVEL REVIEW :Awak Suka Saya Tak??

Assalammualaikum semua...


Kali ini novel keluaran Karya Seni bertajuk AWAK SUKA SAYA TAK?? karya Melur Jelita menjadi pilihan di hati dan berjaya di habiskan tak sampai sehari walaupun ada beribu riban muka surat..hikhik...

Sinopsis

Kisah kasih sayang di antara Hilman Yong kacukan Korea – American – Cina dan Intan Zulaikha. Mereka sangat berbeza tetapi kerana perbezaan itulah mereka berjodoh. Malangnya, kesampaiankah jodoh mereka apabila Hilman Yong seorang yang baru mengenali Islam lebih mencintai Islam dari Intan Zulaikha yang sememangnya dilahirkan Islam dari keturunan lagi berselisih faham kerana ego seorang Intan.
Muncul pula Damien Yong yang sentiasa menyesakkan dada Intan Zulaikha dengan aksinya yang daring, sexy, nakal dan menggoda. Intan terpaksa bersabar dengan Damien semata-mata untuk mendapatkan semula Hilmannya…seorang hamba Allah yang penuh kesabaran dan kesopanan.


Rate
4.9/5

Cerita ini memang terbaik dan sangat lain dari yg lain..konflik yg di ketengah kan juga buka macam novel typical yg lain..mempunya unsur, jalan cerita, percintaan dan nasihat yg berlandaskan Islam serta membuka mata untuk mengenali budaya lain seperti Cina...mungkin cerita ini tak memberi kesan yg besar kepada pembaca lain tapi ia sangat berkesan di hati ini dalam menilai kasih sayang kepada Allah, Rasul, manusia dan semua makhluk...membaca novel ini juga membuatkan aku terasa kembali bersemangat dan tidak berputus asa dengan setiap dugaan yg melanda setelah membaca segala nasihat, kata-kata semangat dan cara mereka menghadapi ujian Allah walaupun berat...biasa lah dalam kehidupan mana boleh sentiasa di atas...yeah its really touched dan rasa macam nak menitis je air mata...memang tak ada kata-kata pujangga dan jiwang karat tetapi kasih sayang dan kecintaan yg mendalam kepada Allah dan Islam membuatkan aku bermuhasabah diri yg terkadang alpa ini...so tak rugi kalau beli novel ni..selamat menghayati..

Nota dari hati: Dah habis baucar buku 1 Malaysia beli novel ni...hhihih

*sumber :incik google..

Tuesday, March 6, 2012

Azam Lofa untuk semester 6...

Assalammualaikum semua...


Hari ini semua pelajar UiTM baru memulakan pengajian setelah bercuti hampir sebulan..eh..Lofa awek Abam Bad baru semester 6 la..sama dengan aku rupanya...azam dia pun sama dengan aku...saja je la tu si Lofa tiru aku....pigidaaaa....

Selamat Kembali ke Kampus kepada semua siswa dan siswi...hihih..

Nota dari hati: Masih terasa penat kenduri kahwin belum hilang lagi...so tak ada idea nak buat cerita abam Bad..hihihih..

Thursday, March 1, 2012

Abam Bad jatuh katil masa tidur dengan lena..

Assalammualaikum semua..




Pergh..memang seghonok habes la kalau tengah syiok-syiok mimpi indah pastu jatuh dari katil...sakit dapat mimpi indah entah ke mana..hakhakhak..jangan sampai patah riuk tulang belikat sebab jatuh katil sudah..

Korang pernah??aku tak berapa pasti pernah ke tidak...hehehe..

Nota dari hati: Nak guna muka abam Bad tapi malas nak crop...hehehe...

Abam Bad salah hantar mesej cinta untuk Lopa kepada mak nya..

Assalammualaikum semua..



Tragedi ni tak pernah lagi berlaku dekat diri aku tetapi terjadi dekat abang(ayap) aku yg belaja dekat UTM nun di sana...memang menjadi bahan gelak kitorang sekeluarga membaca kata-kata cinta dia untuk si awek...muka nampak ganas tapi hati ada taman seh..

Korang pernah tak tersalah hantar mesej cintan cintun??hihihih..

Nota dari hati: Lain kali periksa seribu kali nombor si penerima..hikhikhik..


Kisah abam Bad yg lain boleh baca di sini..
Cinta abam Bad dirampas Lopa


*Ini bukan kisah cinta Baddrol Bakhtiar ye..hanya rekaan semata-mata...lalala~