Monday, March 12, 2012

Berkongsi tak salah tapi jangan berlebihan...

Assalammualaikum semua...

Sekarang dalam proses mencari style, gaya, personaliti dalam penulisan yg hampir hilang sebab sejak berkecimpung dalam dunia lukis melukis ni dah mula malas nak menulis panjang-panjang..semua entry berunsur lukisan semata..so aku sendiri hampir lupa macam mana gaya ayat serta susun atur ayat yg sering di gunakan dalam penulisan...maka hari ini aku cuba kembali untuk berceloteh panjang lebar tanpa lukisan karut marut yg akan aku hasilkan...lets go bebeh...

Facebook, blog, twitter dan segala adik beradiknya memang sangat popular di kalangan korang semua kan...kalau boleh segala perkara yg berlaku dalam kehidupan dari sekecil-kecil zarah sampai lah sebesar-besar gajah hendak dikongsi dekat facebook, blog or wherever...kena kejar anjing gila pun canang dekat fb..tu belum lagi kena gigit semut...kalau kena pijak dengan gajah memang tak sempat punya nak update status kan(ni saat paling aku tunggu)..hakhakhak...

Aku tak tahu apa tujuan sebenar korang update status-gedik-mintak-penampar setiap saat dekat fb dan cerita segala perihal diri termasuk lah luar dan dalam di blog..mungkin kekurangan kasih sayang kot(ini andaian aku saja..)...ok fine!!memang tu fb, blog korang tapi sedar tak bahawa ada insan yg jelek dengan sikap korang tu dan insan itu adalah aku(jujur tak???!)..kalau aku dah nyampah sangat sampai tak terbendung memang aku unfriend dan unfollow tanpa perbicaraan..senang dan semudah mudah.com..

Betol tu..memang tak salah dan tak melanggar undang-undang pun kalau korang cerita semua benda untuk jadi bacaan orang lain...tapi simpan lah sikit untuk diri korang sendiri juga...biarlah ada sesuatu yg sangat berharga yg hanya korang je yg tahu tanpa pengetahuan orang lain yg membuatkan orang lain ingin kenal dan tertanya-tanya tentang korang...bukan semua perkara sesuai untuk di kongsi dengan orang lain..paham tak??!!!

Kesimpulannya, fikir kan lah dulu segala akibat dan kesan setiap kali nak buat sesuatu....jangan sampai membuka aib dan memalukan orang lain atau pun diri sendiri...

Nota dari hati: Masa untuk mengubah diri ke arah lebih baik...daaa~

11 tayar bergolek:

.........cP~ said... [Reply to comment]

Salam.

Saya takut jugak terlajak tulis hal peribadi. Banyak kali jugak entry yang saya taip tapi tak jadi nak publish. Tak tau lah kalau cerita bab saya yang mencari kerja tak sudah2 ni menjelekkan ke tak. Huhu.

Luqman Zakaria said... [Reply to comment]

huhu :P betol2~

salam kenal.
arepnabebel.com

Aqilarin said... [Reply to comment]

mengekspresikan diri berpada-pada :D

dhiera zainudin said... [Reply to comment]

hari ni je dah beberapa orang blogger sebut pasal status dekat FB. sebab tu la tak suka nak up status dekat Fb~

Myra Azraff said... [Reply to comment]

herr..atu takpe..setiap masa nak buat status..giler humangaih..menyampah I..haha

CikTeddyCorner said... [Reply to comment]

hoyeah,cik stuju !

Mira Maisara said... [Reply to comment]

update boleh. tapi tak payah la nak mengedix gedix kot. :D

Unknown said... [Reply to comment]

Setuju 18 juta ratus ribu kali...ngee

Solihin Zubir said... [Reply to comment]

nk pi tolet pun nak habaq..

girlpren ajak tidoq skali pun nk gtau.. bangga la konon..

memalukan dan memualkan..

APAN said... [Reply to comment]

mcm entri orang laki sudah...sebab selalunya pompuan la wat gini.haha...

bagus la kalau berpemikiran camtu.aku sokong.kdg2 terlepas gak tulis kat mana2 mende kecik2 ni...tp jngn dikerapkan sudah :)

Anonymous said... [Reply to comment]

kalau belog takpe lagi .
Nie kat pesbuk tu public sgt ==
tiap2 mase je kua muka dia . erghh