Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Thursday, September 5, 2013

walaupun 40 hari berlalu, masih sentiasa mengingatimu..

Assalammualaikum semua..

Sudah 40 hari detik itu berlalu tapi ia masih segar di ingatan...sentiasa bermain-main di fikiran...macam tak percaya..macam mimpi...macammm..hurm...kosong??betol ke dah kosong??betol ke katil abah tu dah kosong??tengok sampai tembus katil tu pun abah tak mungkin kembali lagi..

25 julai 2013, hari khamis, 16 ramadhan, malam nuzul quran (17 ramadhan), lepas isyak (around 8.30-8.45pm), aku tidak akan pernah lupa sampai bila-bila...

'Untung nya arwah meninggal malam jumaat pastu malam nuzul quran lagi...bukan semua orang dapat saat macam ni...'

yee..abah memang sangat untung sebab dapat pakej macam tu sekali...abah insan yg bertuah tu..semua nya masih jelas detik kematian abah ketika itu..masih terbayang-bayang di ruang mata ni...

abah dah lamaaa sangat sakit dan aku memang tak sanggup tengok abah terbaring, tak larat nak bangun macam tu..aku sudah bersedia, aku redha jika detik itu tiba...pada malam tu abah dah sangat teruk dari hari-hari sebelum tu...dah tak boleh bersuara, sangat lemah, dan...lepas buka puasa dan solat maghrib, aku duduk sebelah abah dan bacakan yassin sambil pegang tangan abah..sayu, sedih, pilu semua ada tapi masih kawal perasaan..depan orang sakit tak kan kita nak meraung menangis pulak kan...

Masa dalam bilik,aku dengar perbualan mak dan kakak yg sedang menemani abah..kakak cadang kan supaya hantar abah ke hospital tapi mak kata abah tak nak..memang abah tak nak duduk hospital lagi sebab abah kata dia dapat rasa sesuatu yg buruk bakal berlaku dan dia nak semua tu berlaku dekat rumah...tengah berbincang tu, mak bagi abah minum sikit untuk basahkan tekak dan abah tersedak..

Aku segera keluar dari bilik dan masa tu mak sedang ajar abah mengucap dua kalimah syahadah..mata abah tertutup selepas tu dan aku macamm blurrr...mak terus menangis teresak-esak..biar betol masanya saat ni..aku pegang tangan abah untuk rasa denyutan nadi tapi aku tak dapat rasa pe-pe...aku pegang leher abah pun masih sama..aku letak jari untuk rasa hembusan nafas tapi sunyi sepi je..jantung abah pun sudah tidak berdegup..air mata sudah turun setitis demi setitis...kakak dan adik terus call adik beradik yg lain...orang surau datang rumah dan mengesahkan abah sudah meninggal..sedih..memang sangat sedih..aku hanya mampu melihat mereka menutup abah dengan kain batik lepas tanpa mampu berbuat apa-apa..aku tutup mata dan berharap semua nya mimpi belaka tapi tidakkk..ia realiti dan sangat jelas..abah pergi dengan sangat tenang sekali...

26 Julai 2013, itulah kali terakhir aku dapat menatap dan mencium wajah abah yg tersenyum, bersih, sebelum dibawa ke liang lahad...

Aku memang mengharapkan abah yg akan menjadi wali di hari pernikahan kelak tapi tidak kesampaian...aku masih ingat kata-kata abah masa aku ajak si dia melawat abah di hospital dan jika jodoh aku memang dengan si dia sekurang-kurang nya abah dah jumpa dia walau pun hanya sebentar..

'Tak tahulah abah ni sempat tak tengok korang berdua nanti..'

Betol abah..kata-kata abah tu menjadi kenyataan akhirnya... =(

Semoga abah di tempatkan di kalangan orang yg beriman dan sentiasa tenang di sana..al-fatihah..

Nota dari hati: Tak sanggup untuk menulis lebih terperinci dan panjang lebar...menitis lagi air mata ini..

Wednesday, December 26, 2012

Percutian di Felda Residence Hot Springs Sg Klah..

Assalammualaikum semua..

Susah betol nak pergi vacation musim cuti sekolah ni kan...sentiasa penuh aje memanjang pastu price rate pun berbeza dengan hari biasa..mahal pulak tu..nasib baik ada lagi homestay berdekatan (takde la dekat sangat pun..hampir 10minit jugak lah naik kete) dengan Felda Residence Hot Springs (FRSH) Sg Klah, Perak..kitorang tinggal dekat CT Homestay bersebelahan dengan MRSM Felda selama 3 hari 2 malam (jumaat sampai ahad)..kalau dari KL exit Slim River lagi senang..

Dalam perjalanan ke destinasi yg di tuju, temperature kereta naik lah pulak..argh sudah..pada hal sebelum gerak abang dah check air, minyak hitam semua...terpaksa lah tunggu lebih kurang setengah jam sebelum buka tangki air tu...ehh..kering lah pulak..bla bla bla bla...hantar kereta ke bengkel, tukar paip yg bocor...

Nak masuk ke FRSH ni kena bayar tau..aku ingatkan freeeee...harga tiket untuk dewasa - RM12, kanak-kanak  -RM10..warga emas dengan OKU aku tak ingat lah pula harganya..tapi berbaloi lah harga tu dengan kemudahan yg di sediakan...yg paling penting tandas bersih dan tempat tu pun terjaga kebersihannya..hahaha

adik Hafiz stailo seh...

'sebelum gerak tadi aku dah baca doa tau..' kata abang..
'so??' balas aku..
'ye la..kereta ni rosak jugak..'
'ko jgn jd sengal la..sekurang-kurang nya ko sedar temp tu naik..kalo ko x bace doa entah-entah  smpai terbako kereta bru ko sedar kot..'

takat tengok, aku pun pandai..haha 
CT Homestay ada 4 bilik..

Felda Residence Hot Springs Sg Klah

Hadapan kaunter tiket ...
cuba teka perempuan ke laki??!

my lovely parents..

kemudahan dan aktiviti di Felda Residence Hot Springs..
jalan jalan dan jalan.. 

kalau nak seludup masuk kena lah bijak ye..nak beli telur dekat dalam tu sangat mahal..5biji=RM3 tau..

private jazuki jacuzzi.. RM75 for 1hour..

eh eh eh...apa yg gembira sangat tu??!

serius nye muka kakak ipar aku ni..

Mountain Springs Pool...


aktiviti merebus telur dgn merendam kaki..

Natural Hot Springs Broadwalk..

terasa seperti di SPA..panas seh...
Masa untuk Barbeque....

abang sape lah yg rajin ni...

ayam, ikan dan daging..


Ini merupakan percutian yg terakhir untuk tahun 2012..jom kita tengok percutian untuk sepanjang tahun 2012 ni..

Langkawi (malas nak update)
Port Dickson (malas nak update)

Nota dari hati: Masa tengah belajar ni seronok lah pow abang ngn kakak..buat cerita sedih tak ada duit mesti dapat punya..paling kurang pun 10ringgit...nanti bila dah kerja, mesti aku pulak yg kene pow dengan adik-adik aku..

Friday, August 24, 2012

Entry versi Aidil Fitri 2012: Biar gambar yg berbicara...

Assalammualaikum semua..

Amacam laya kali ini??manyak selonok meh??!!itu duit laya dapat banyak ka??!!bagi la dekat guwa sikit woo..jangan kedekut meh..itu sifat manyak tala baik..paham tak?!!kalau tak paham sila google translate...

Sambutan Raya Aidil Fitri 2012 kali ini masih sama macam tahun-tahun lepas cuma beza nya ahli keluarga sudah berkurangan..(kakak dan abang beraya di rumah mertua masing-masing..tahun depan InsyaAllah semua ada..hihih)..tinggal lah kami yg masih bujang dan dara beraya bersama emak dan abah...

Hari Raya Pertama..
sekarang tinggal 3 laki dan 3 perempuan saje..

with my beloved mommy..

ini abah saya...
duit rayaaaa...

Ini dekat rumah mertua kakak...

aik..3 orang budak ni dah macam anak aku pulak..
 Hari Raya ke-3..(Open house)

mengintai pakwe yg hensem berkunjung ke rumah..*adik aku je ye..aku terkecuali..

3orang anak Encik Yusnizam dan Puan Zara..
siap pasang khemah tau..tema UiTM lagi..senang tau ada khemah ni..tak de la kotor sangat dalam rumah..hihih

comel kan mereka??!
bersedia untuk membakar kambing...
Hari Raya ke-4...

Bersambung ke entry seterusnya jika kerajinan untuk update datang bergolek-golek..

Nota dari hati: Selamat Hari Raya..maaf zahir dan batin kepada semua kalau ada salah silap, terasa hati dengan coretan yg karut marut dalam blog ni...

Tuesday, May 8, 2012

Setiap yg berlaku ada hikmah tersembunyi...

Assalammualaikum semua...

Hampir seminggu juga aku lupa tentang kewujudan blog ini yg mungkin ada pembaca setia yg menanti setiap karutan serta omongan kosong dari tuan nya yang bajet busy mengalahakan perdana menteri....pada hal hari-hari di penuhi dengan perkara-perkara yg tak berfaedah sampai assignment yg melambak-lambak tu pun terabai entah ke mana...hampeh...(sambil mengeluh tunduk ke lantai..)

Ermmmm...sebenarnya banyak perkara yg ingin aku kongsikan tapi kali ni macam blur nak susun ayat-cantik-menarik-tertarik-kau-memang-da-bomb bagi korang semua paham..tak boleh ke korang baca sendiri apa  yg tertulis dan tersirat di hati ini??wahhh...mood hati ke hati pula tiba-tiba ni...
sumber incik google
Aku tak tahu nak cerita macam mana(mustahil aku nak bercerita) tapi aku cuma mengharapkan sesiapa yg membaca tulisan ini agar mendoakan yg terbaik untuk keluarga aku...serius aku tengah sedih saat menaip ni dan mengharapkan seseorang yg sudi untuk meminjamkan sedikit kekuatan kepada aku..pergh...rasa macam nak menangis je tapi aku masih mampu menahan air mata ini dari menitis..kentalkan jiwa...

Semoga ada hikmah yg terbaik dari Allah untuk setiap yg berlaku...kbai...

Nota dari hati: Bersihkan lah hati aku dari penyakit dendam dan semua penyakit hati ya Allah...


Tuesday, January 17, 2012

Suri rumah kerjaya paling hebat...

Assalammualaikum semua...

Arghhhhhh(sambil menggeliat betolkan tulang-tulang sendi)......memang penat betol rasa nya mengemas rumah sewa ni..dah macam suri rumah gayanye...tu pun baru kemas bahagian dapur..belum lagi ruang tamu, bilik tidur dan bilik air...bila nak balik cuti semester ni lah baru kemas semua benda bagi clear...tak kan lah nak tinggal rumah dalam keadaan bersepah dan makanan yg tak habes pula kan...tidak lupa juga kemas segala nota-nota dan buku-buku semester lepas..dah nak masuk sem baru lah kate kan....hihihih...

Erm..mesti penat gileee kan jadi seorang suri rumah...kena kemas rumah yg besar gedabak sorang-sorang pastu nak kena sediakan makanan lagi, sidai baju, lipat baju, jaga anak, jaga suami...dah la setiap hari buat benda yg sama pula tu..kerja suri rumah ini bukan ada office hour...dari bangun tidur sampai lah nak tidur balik kena pastikan rumah dalam keadaan baik...jangan pandang rendah dekat suri rumah tau...aku bangga dengan mak aku yg  merupakan seorang suri rumah...

hebat tak hebat nya suri rumah..

Bila dah makin besar ni baru lah tahu tolong emak mengemas rumah, masak, sidai baju semua...tapi tu pun bila mood tengah rajin la...kalau tak rajin pun mesti kena rajin kan diri...tak sampai hati nak tengok emak buat kerja sorang-sorang...tapi biasa la tu kan kene bebel kalau kita buat kerja tak mengikut garis panduan yg telah ditetapkan...hahaha....

Jadi berbangga lah mempunyai seorang ibu walaupun hanya berkerjaya sebagai suri rumah....dia boleh mendidik kita walaupun tiada ijazah perguruan, dia boleh masak makanan yg berkhasiat walaupun tiada sijil pemakanan...senang cerita suri rumah ni memang awesome habes la....

Kesimpulannya, aku bercita-cita nak menjadi seorang suri rumah yg ada Ijazah Sarjana Muda Teknologi Makmal Perubatan pada masa akan datang..hihihih....

Nota dari hati: Jangan pandang mudah terhadap kerja mengurus rumah ni tau....=D


sumber:incik google..

Thursday, December 29, 2011

Tahun 2011 yg penuh dengan cabaran dan debaran..

Assalammualaikum semua...

Tahun 2011 semakin sampai ke penghujungnya dan entry pasal azam tahun 2012 telah siap di tulis beberapa hari yg lalu...jadi pada malam yg penuh keberkatan ini, hati ini melonjak-lonjak dengan penuh keterujaan untuk menulis tentang dhia kenangan Tahun 2011...

Setelah puas aku termenung dan berfikir sambil guling-guling atas katil, dapat aku simpulkan tidak banyak kenangan manis berbanding kenangan pahit sepanjang 365 hari ini...mungkin kerana kenangan-kenangan pahit telah menutup segala baki kenangan manis yg ada dalam hidup aku...

Bersyukur sangat kepada Allah sebab masih memberi peluang kepada kami sekeluarga untuk merasa kasih seorang abah setelah kami di duga dengan pelbagai cabaran...walaupun lebih kurang 3 kali dalam keadaan yg berbeza doktor mengatakan kami bakal kehilangan abah tetapi kuasa Allah tiada siapa yg boleh halang..Alhamdulillah, Allah masih memanjangkan umur abah untuk kami terus berbakti kepada seorang abah....

'Ada ahli keluarga yg duduk jauh-jauh ke???keadaan ayah awak agak kritikal..jadi lebih baik suruh mereka semua datang melawat sebelum terlambat...boleh jadi jantung nya berhenti berdegup dalam masa sejam lagi atau pun sehari..macam mana pun kami sentiasa pantau keadaan ayah awak..'

Bila di ingat setiap kata-kata doktor tersebut mesti membuatkan hati ini rasa sayu sangat...setiap patah yg keluar dari mulut doktor ketika itu memang bikin jantung ini berdegup dengan pantas..di tambah lagi dengan keadaan abah yg di cucuk di kedua-dua belah tangan untuk di masukkan air dan antibiotik..tak cukup dekat tangan, dekat leher pun di cucuk juga...lepas tu, entah berapa banyak kali cucuk di tangan untuk ambil darah...dan paling sayu bila teringat keadaan abah yg terpaksa bernafas menggunakan mesin...pada ketika itu hanya pada Allah saja aku mohon pertolongan...
pengantin bersama emak tanpa kehadiran ayah..

Walau macam mana pun, pada tahun 2011 juga lah aku mendapat kakak ipar baru tapi dalam keadaan yg sangat menyedihkan...sebab apa???sebab pada Majlis Pernikahan dan Majlis Resepsi di pihak perempuan, abah masih terlantar di hospital...ketika selesai abang melafazkan akad, menitis air mata emak mengenangkan abah yg di temani kakak di hospital...perasaan abang masa tu mesti teramat sedih sebab dapat dilihat dari air muka nya waktu tu...tapi abang still control macho dan mampu lagi tersenyum....argh...lelaki memang macam tu..bagi aku tidak salah pun kalau lelaki hendak menangis....

Ermmm....jika di kenangkan banyak kejadian yg berlaku sepanjang 12bulan ni tapi hanya peristiwa-peristiwa tersebut(sebenarnya banyak lagi tapi dah tak mampu nak menulis) saja yg sentiasa segar di fikiran aku sehingga kini tetapi bukan bermakna peristiwa lain aku lupakan cuma detik-detik kehilangan itu lebih memberi kesan dalam hidup aku sehingga kini...sejujurnya aku belum bersedia untuk menghadapi sebuah kehilangan walaupun di mulut sentiasa berkata redha jika sudah tersurat sebegitu...

Syukur, kini keadaan ayah bertambah baik setelah keluar dari hospital minggu lepas walaupun tidak sepenuhnya...semoga Allah mempermudahkan perjalanan hidup abah...Nana sayang abah !!!!

Nota dari hati: Semoga 2012 menjadi lebih baik dari 2011...ameen..


Tuesday, December 13, 2011

Saat-saat akhir semester yg menguji ketahanan minda pelajar UiTM seperti AKU...

Assalammualaikum semua....

sumber incik google
Sungguh sweet dan nice sangat bila di akhir-akhir semester ini di hidangkan dengan test (teori dan practikal), assignment, presentation, drama Mandarin dan final practical yg beratur terlalu panjang termasuk lah laporan kewangan persatuan yg perlu di selesaikan sebelum AGM(annual grand meeting) hari Jumaat ni...dan bertambah terasa sangat teruja bila melihat Final Exam punya jadual...memang terasa mahu peluk cium insan yg buat jadual exam paling terbaik dalam dunia tu...

7 jan clinical chemistry
8 jan parasitology
10 jan blood bank 2
11 jan virology
13 jan cytology


'Kalau korang nampak aku terbaring berdarah-darah dekat bawah tu..korang jangan lah tanya kenapa..'kata aku sambil menunjuk jalan raya dari tingkat 4 rumah kitorang ni dekat member-member...hihih..

Walaupun terasa cukup tertekan sekarang dan kehidupan aku sudah mula kelam kelibut tapi aku masih ada iman di dada yg mengawal aku dari melakukan sesuatu di luar batasan...haish..kenapa lah agak nya pihak UiTM buat jadual yg boleh membunuh pelajar-pelajar???!!!adakah semua orang punya jadual serupa dengan aku punya???kalau ada yg tak tahu jadual final exam baik check cepat-cepat sekarang dekat student portal..leh compare dengan aku nye..mana tahu UiTM nak boikot kelas aku je ke...muahahaha...

Malam ni kene pulun banyak benda seh...nak kena hafal 4 essei untuk oral Mandarin dan study untuk test Virology...tidak ketinggalan juga menyelesaikan sikit-sikit kewangan persatuan...memang terasa bertapa sweet nye hari-hari yg mendatang...

Nota dari hati: Semoga aku dapat bahagikan masa sebaiknya untuk pembelajaran dan bersama ayah di PPUM...

Monday, November 28, 2011

Abang dah sudah selamat..lepas ni giliran siapa pula kahwin agak nye??!!

Assalammualaikum semua...

Penat lelah ketika kenduri kahwin abang hari Sabtu (26 nov) masih terasa sampai sekarang...syukur Alhamdulillah sebab semuanya berjalan dengan lancar walaupun pelbagai dugaan telah di lalui....terima kasih yg tak terhingga kepada semua terutamanya Anis sebab sudi ikut aku balik rumah membantu apa yg patut dan juga sekalung terima kasih juga untuk bakal kakak ipar aku..hihih...serius mereka memang sangat ringan tulang dan pandai bawa diri dalam keluarga aku tu...you are the best friend ever Anis....love u lah...hehehe....

Dedikasi khas untuk Abg Qoie dan Kak Aini yg telah menjadi suami isteri hampir dua minggu....

Semoga perhubungan yg suci ini akan kekal sampai ke akhir hayat..tak mau gaduh-gaduh tau..kalau takat gaduh manja tu kira halal la ye..hihi...apa yg penting dalam perhubungan adalah tolak ansur dan persefahaman(ayat macam orang dah de pengalaman..lalalalala)....jangan lupa untuk bagi anak sedara yg comel-comel tau....terasa excited nak dapat anak buah baru...hikhik...

berpanas menjadi penyambut tetamu...

terbaik wo adik aku snap...tak sedar wei...

anis dengan bakal kakal ipar aku..hikhik

comel nye aku dari pengantin tu..hihi

classmate yg sudi datang... 
my family without my parents...=(

cantik tak pelamin????hasil kreativiti kitorang tau....

Itu aja gambar yg mampu aku share untuk tatapan korang..nak gi buat report ni...esok nak kena hantar 2 report ye....daaaa~

Nota dari hati: Saya sayang family saya...


Tuesday, November 8, 2011

Apa perkara paling bodoh yg pernah anda lakukan???

Assalammualaikum semua..

incik google


Apa perkara paling bodoh yg pernah anda lakukan??sampai sekarang ni aku duk terpikir apa la benda bodoh yg pernah aku buat selama 21 tahun aku hidup kat dunia ni..*ni semua gara-gara mendengar Hot fm Am krew hari Jumaat lepas la(kalau tak silap)..

Masa aku dengar tu memang rasa macam nak gelak guling-guling sebab serius memang lawak tak hingat...ada yg cerita pasal lari sejauh 2km sambil berbogel, pastu ada pula yg memotong kemaluan dengan gunting sebab nak sangat sunat dan macam-macam lagi la(tak bape ingat kalau nak senaraikan semua)....hahah...itu semua memang bodoh habis la...tapi itu lah kenangan kan walaupun lawak dan serius memalukan...hahah..

Seingat aku selama aku hidup tak pernah aku buat perkara-perkara di luar alam sampai boleh memberi aib kepada diri sendiri...syukur sangat la..kalau tak mesti aku dah kena bahan dengan semua kaum kerabat aku...cop!!kalau takat nakal dekat sekolah lepas tu kena denda basuh toilet,kutip sampah itu semua tak de lah bodoh sangat kan???standard la kan budak sekolah macam aku ni..mana boleh nak jadi skema parok...kalau tak kena denda dalam seminggu memang tak sah...hahaha...

Sekarang ni aku nak share satu cerita pasal adik bongsu aku yg selalu sangat buat sesuatu perkara tanpa berfikir...

Masa itu umur dia dalam lingkungan 5 atau 6 tahun...pada satu hari aku bawak dia pergi pantai naik motor..kitorang tak pakai helmet pun sebab pantai tu dekat sangat dengan rumah(pantai BNO..ada sesiapa tahu??)...so dia pun excited la pakai topi yg macam ala-ala pelancong tu kat pantai...dalam perjalanan nak balik dari pantai tu dia masih lagi pakai topi tu walaupun kebarangkalian untuk topi tu terbang amat lah tinggi(topi tu kan ringan dan mampu di terbangkan oleh angin)...entah macam mana tiba-tiba topi yg dia pakai tu diterbangkan oleh angin dan terjatuh lah topi tu atas jalan raya...belum sempat pun aku berhenti di tepi jalan untuk mengambil kembali topi tu tiba-tiba aku di kejutkan dengan tindakan adik aku yg melompat dari motor yg masih bergerak dengan tiba-tiba...apa lagi, terbaringlah dia dekat atas jalan raya dengan aksi ala-ala superwoman....nasib baik la tak de kereta dekat belakang kitorang...kalau tidak memang dah kena langgar la adik aku tu...haish...nak tahu apa jawapan bila aku tanyakan pasal tindakan dia tu???

'Aku nak selamatkan topi tu..nanti kena langgar..'

Aku rasa nak terajang je dengar jawapan dia tu..mentang-mentang la topi baru tapi beragak la sikit sampai nk korban kan nyawa sendiri..nasib lah dia budak-budak yg tak berapa nak berakal lagi...tapi aku rasa sampai sekarang pun macam tak berapa nak berakal juga je walaupun dah 15 tahun....mungkin sebab bongsu kot...hahaha...

Nota dari hati: Share lah apa perkara bodoh yg pernah korang buat...leh gelak sama-sama..huhu..

Friday, August 26, 2011

Masak tak sedap bukan bererti tak reti masak...

Assalammualaikum semua..

ini bukan yg aku masak..
'Nana, ko masak sedap-sedap tau...'

'Aish...tak tahu la sedap ke tak ni.'

'Pastikan sedap tau..aku balik jauh-jauh nk buka puasa kat rumah kalau tak sedap buat hape..'

Abang aku yg kerja kat Serendah sibuk bertanya itu dan ini ketika aku tengah tumpukan sepenuh  perhatian terhadap masakan aku..mentang-mentang la dah lama aku tak masak sejak cuti 4bulan ni...habis skill memasak aku hilang begitu saja...kalau duk umah sendiri memang la rajin nak masak tapi bila duk dengan parents memang asyik teringin makan masakan emak je la 24jam...so emak aku saja la yg memasak dekat rumah ni dan aku hanya membantu apa yg patut aje...heheh...

Nota dari hati: Berdebar-debar hati ni nak buka puasa...tak tahu la sedap ke tidak apa yg aku masak..kalau tak sedap ni memang teruk aku kene bahan...hadoi....

Sunday, August 14, 2011

Ber'bowling' dan berkaraoke di taja khas oleh dua orang jurutera...

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua..

Hari ini One Plaza Kuala Selangor menjadi tempat kitorang adik beradik berkumpul dan spend time together..konsep yg kitorang amalkan ialah barang siapa yg bekerja mereka lah yg akan menaja segala jenis aktiviti...sungguh beruntung rasanya diri ini bergelar seorang adik yg comel dan pelajar yg berdedikasi...

Iena pun nak main jugak..
gaya penuh dengan kekecewaan..

muka bajet penat sangat...

kemenangan game pertama dalam genggaman aku..(yg huruf N tu)

game kedua kecundang habis sebab glucose dalam badan dah hilang..

muka semua nak poyo je...

aku mmg sentiasa sempat pandang kamera..=D

gaya macam nyanyi lagu rock padahal lagu Lelaki Ini dari Anuar Zain je pun..

yawww....masa untuk pulang..

ini abang kandung aku yg menaja bowling..
Penaja bowling adalah insan diatas dan penaja bagi karaoke adalah abang ipar aku...kedua-dua mereka adalah engineer tapi aku tak berapa pasti pula skop kerja dorang ni..InsyaAllah setahun akan datang abang aku yg menyanyi poyo bagai nak rak tu pula akan bekerja sebagai engineer...so bertambah lagi bilangan insan yg bakal sponsor aku dan adik-adik aku..muahaha...

Nota dari hati: Seronok rasa nya bila ada orang yg menaja segala benda..hehehe..