Showing posts with label kenangan. Show all posts
Showing posts with label kenangan. Show all posts

Friday, August 10, 2012

Mercun, mercun, mercun dan mercun...

Assalammualaikum semua...

Tahun ini buat pertama kali nya berpuasa di perantauan yg sanggggatttt lah jauh beribu batu konon nya..terasa macam nak hantar gambar ke METRO untuk ruangan Salam Perantauan..pergh..syahdu weh...masa ini lah nak termenung pandang syiling kaler putih sambil berbantalkan lengan mengimbas kenangan-kenangan silam yg mengamit jiwa dan raga...(ayat mesti nak sedih aje kan...)

Sudah 19 hari berpuasa dekat Melaka ini tapi tak pernah sehari pun aku di hidangkan dengan bunyi mercun yg berdentum-dentum..sunyi sepi aje(bagus kan negeri Melaka ni)..dulu masa kecik-kecik, aku memang sangat suka main mercun(semua jenis mercun aku layan) tapi bila dah membesar jadi gadis melayu terakhir ni kena lah control ayu sikit...dah insaf main mercun..sekarang ni masa untuk tengok orang lain main mercun pula..kang apa-apa jadi habis turun duit hantaran..hakhakhak..

Selama aku berkecimpung dalam sukan berkaitan mercun ni, tidak pernah lagi diri ini mengalami kecederaan atau mengakibatkan kecederaan kepada orang lain...tapi kenangan Malam Raya 2010 memang sentiasa kemas di ingatan..satu plastik yg mengandungi pelbagai jenis mercun telah meletup dan menyebabkan kecederaan kepada keluarga kakak aku termasuklah abang ipar, hakim dan gha(dah macam berita kan??haha)..masa tu memang sangat panik sebab semua dalam keadaan berdarah-darah, luka sana sini dan malam tu juga pergi klinik..paling ngeri mata abang ipar keluar darah..dah macam vampire je rupanya..tragis kan??!!(malas nak cerita lebih lanjut)

Tapi Raya 2011 tetap teruskan dengan tradisi bermain mercun..memang tiada kesedaran sivik diri langsung..korang boleh tengok aksi-aksi abang-abang aku main mercun telur ala-ala Lee Chong Wei dan Lin Dan di [sini]...action failed kan??

klik untuk tengok video..

Tahun 2012???entah lah..aku pun tak pasti apa yg terjadi dekat rumah...kbai..

Nota dari hati: Sudah lama aku tak berpuasa di perantauan seperti ini...

Wednesday, April 25, 2012

Best sangat ke Kolej Matrikulasi Melaka??!!

Assalammualaikum semua...

Bila tiba musim pelajar lepasan SPM nak mulakan pembelajaran selepas membesarkan badan berbulan-bulan pasti keyword UiTM, Puncak Alam, matrikulasi, yuran pengajian, kehidupan di universiti atau pun kehidupan di matrikulasi menduduki carta hati paling tinggi..entry kali ini aku akan ngomong pasal KMM oke..

Dulu lepas SPM aku telah buat keputusan untuk mengikuti program matrikulasi(sains hayat) selama setahun di Kolej Matrikulasi Melaka(KMM) sesi 2008/2009 dan menolak tawaran Diploma Teknologi Makmal Perubatan UiTM..'matrik Melaka best ke??'dah aku belajar dekat sana mesti lah aku kata KMM best..kalau aku belajar dekat matrik Penang, Johor, Kulim pun aku akan kata sana best juga..haha...apa yg penting ialah cara diri kita sendiri yg menjadikan sesuatu itu indah dan bermakna walaupun ada orang kata KMM tu buruk, KMM tu tak best, KMM bla bla bla...AAK(ade aku kesah)???

Pensyarah
Semua pensyarah dekat KMM di panggil 'CIKGU'...tak de panggil tuan, puan, Dr semua tu..bila panggil cikgu terasa macam budak-budak sekolah gitu tapi yg bezanya tak de r pakai uniform sekolah kain hijau(budak sekolah agama),baju dan tudung putih(kalau nila jadi biru sikit..hihi)...semua cikgu KMM sangat best, terbaik, sempoi dan friendly..cara dorang ngajar memang sangat paham, superb dan kalau korang tak paham korang boleh jumpa dia secara personal..erm..aku pernah kena keluar kelas sebab tak siapkan tutorial dan tak boleh masuk kelas selagi tak siap..terpaksa lah bersila di koridor luar lab Biology menyiapkan tutorial..sangat memory dan memalukan..haha..

Kemudahan
Gym, gelanggang squash, bola sepak, bola jaring, badminton, bola keranjang, basikal semua tersedia...cuma kolam renang je yg tak ada..hehe...kemudahan pembelajaran macam dewan kuliah, bilik tutorial, lab kimia, biology, fizik, komputer, perpustakaan semua lengkap..kolej juga selesa dengan satu bilik 4 orang...yg paling mencabar dan tersangat 'best' bila air tak de...haha...KMM selalu sangat air tak de tau..tapi itu bukan alasan untuk tidak mandi ye..kena pandai-pandai la cari sumber air macam korek tanah atau pun tadah air embun..hihih..

Makanan
Selama setahun di sana aku masih hidup sihat walafiat dengan makanan cafe yg ada di KMM..walaupun tak sedap macam mak aku masak tapi boleh lah untuk di makan dan menjadi sumber ATP untuk meneruskan kehidupan di sana...hidup dekat tempat orang tak payah nak memilih sangat lah..selagi di yakini halal maka kita telan je tanpa ragu-ragu...KMM menyediakan 4 cafe dan Cafe A menjadi kunjungan ramai di sebabkan oleh oblong nya yg boleh tahan sedap...harga makanan dekat sana pun berbaloi-baloi dan sesuai lah dengan harga pelajar..kalau peniaga cekik darah, korang cekik dia balik...ok!!.

Outing
Pasal keluar bandar ni aku tak berapa ingat la pula...rasanya sebulan sekali r...tempat di tuju sudah semestinya bandar Melaka yg ada Dataran Pahlawan(DP), Mahkota Parade(MP)...paling dekat pun pekan Masjid Tanah..nak keluar dari KMM ke Masjid Tanah kena naik teksi dan tambang nya 10ringgit...nak jimat kena kongsi 5 orang dalam satu teksi..kalau nak ke DP atau MP kena naik bas dari Masjid Tanah...tambang berapa entah..haha..perjalanan nk ke Bandar Melaka memang penuh onak dan duri...bas yg di naiki layak letak dalam muzium Melaka je..hihi..
Blok A5 wing 2B..

H5P1..

Seminar Pendedahan Kursus Kesihatan Kebangsaan Kali ke 4 di UKM..

Setakat ni je yg aku boleh kerah memory pasal KMM...dah 3 tahun aku meninggalkan cerita matrikulasi..mana mungkin aku mampu mengingati setiap detik kisah perjalanan selama setahun di sana...semua yg aku coretkan adalah kisah aku yg dah bertahun lalu..mungkin KMM dah berubah dan semakin maju sekarang ni..itu aku tak tahu...kalau ada yg adik-adik nak tanya sila ajukan di ruangan komen ye...

Nota dari hati: Buat pilihan bijak dalam menentukan masa depan..

Tuesday, March 13, 2012

Injuries may be forgiven but NOT forgotten...

Assalammualaikum semua..


Dendam??!tak pernah pun rasa dendam tu wujud dalam hati ni dan saya kan dah maafkan awak 2 tahun yg lalu cuma parut luka masih kekal dalam hati saya dan ia akan kekal di hati ini walaupun sejuta tahun..salah ke saya sebab tak layan panggilan awak yg tiba-tiba muncul setelah kisah kita tamat hampir 2tahun lebih yg lalu??!!!cukup lah saya dah maafkan awak dan jangan lagi muncul dalam hidup saya sebab ia menoreh kembali luka yg hampir sembuh..maafkan saya jika ada menyakitkan hati awak untuk hari ini..

Injuries may be forgiven but NOT forgotten...

Nota dari hati: Katakan lah yg tindakan aku tak salah..hakhakhak..


Thursday, December 29, 2011

Tahun 2011 yg penuh dengan cabaran dan debaran..

Assalammualaikum semua...

Tahun 2011 semakin sampai ke penghujungnya dan entry pasal azam tahun 2012 telah siap di tulis beberapa hari yg lalu...jadi pada malam yg penuh keberkatan ini, hati ini melonjak-lonjak dengan penuh keterujaan untuk menulis tentang dhia kenangan Tahun 2011...

Setelah puas aku termenung dan berfikir sambil guling-guling atas katil, dapat aku simpulkan tidak banyak kenangan manis berbanding kenangan pahit sepanjang 365 hari ini...mungkin kerana kenangan-kenangan pahit telah menutup segala baki kenangan manis yg ada dalam hidup aku...

Bersyukur sangat kepada Allah sebab masih memberi peluang kepada kami sekeluarga untuk merasa kasih seorang abah setelah kami di duga dengan pelbagai cabaran...walaupun lebih kurang 3 kali dalam keadaan yg berbeza doktor mengatakan kami bakal kehilangan abah tetapi kuasa Allah tiada siapa yg boleh halang..Alhamdulillah, Allah masih memanjangkan umur abah untuk kami terus berbakti kepada seorang abah....

'Ada ahli keluarga yg duduk jauh-jauh ke???keadaan ayah awak agak kritikal..jadi lebih baik suruh mereka semua datang melawat sebelum terlambat...boleh jadi jantung nya berhenti berdegup dalam masa sejam lagi atau pun sehari..macam mana pun kami sentiasa pantau keadaan ayah awak..'

Bila di ingat setiap kata-kata doktor tersebut mesti membuatkan hati ini rasa sayu sangat...setiap patah yg keluar dari mulut doktor ketika itu memang bikin jantung ini berdegup dengan pantas..di tambah lagi dengan keadaan abah yg di cucuk di kedua-dua belah tangan untuk di masukkan air dan antibiotik..tak cukup dekat tangan, dekat leher pun di cucuk juga...lepas tu, entah berapa banyak kali cucuk di tangan untuk ambil darah...dan paling sayu bila teringat keadaan abah yg terpaksa bernafas menggunakan mesin...pada ketika itu hanya pada Allah saja aku mohon pertolongan...
pengantin bersama emak tanpa kehadiran ayah..

Walau macam mana pun, pada tahun 2011 juga lah aku mendapat kakak ipar baru tapi dalam keadaan yg sangat menyedihkan...sebab apa???sebab pada Majlis Pernikahan dan Majlis Resepsi di pihak perempuan, abah masih terlantar di hospital...ketika selesai abang melafazkan akad, menitis air mata emak mengenangkan abah yg di temani kakak di hospital...perasaan abang masa tu mesti teramat sedih sebab dapat dilihat dari air muka nya waktu tu...tapi abang still control macho dan mampu lagi tersenyum....argh...lelaki memang macam tu..bagi aku tidak salah pun kalau lelaki hendak menangis....

Ermmm....jika di kenangkan banyak kejadian yg berlaku sepanjang 12bulan ni tapi hanya peristiwa-peristiwa tersebut(sebenarnya banyak lagi tapi dah tak mampu nak menulis) saja yg sentiasa segar di fikiran aku sehingga kini tetapi bukan bermakna peristiwa lain aku lupakan cuma detik-detik kehilangan itu lebih memberi kesan dalam hidup aku sehingga kini...sejujurnya aku belum bersedia untuk menghadapi sebuah kehilangan walaupun di mulut sentiasa berkata redha jika sudah tersurat sebegitu...

Syukur, kini keadaan ayah bertambah baik setelah keluar dari hospital minggu lepas walaupun tidak sepenuhnya...semoga Allah mempermudahkan perjalanan hidup abah...Nana sayang abah !!!!

Nota dari hati: Semoga 2012 menjadi lebih baik dari 2011...ameen..


Friday, October 21, 2011

Seronok nya kalau dapat main hujan di kala ini...

Assalammualaikum semua...


'Aish...terasa nak maen hujan la..'

'Ish..nanti demam la...'
sumber incik google

Kebelakangan ni asal malam je mesti hujan...asal hujan je mesti malam...sungguh membuat otak aku ni terimbau dan terkenang zaman kanak-kanak dulu yg seronok tak hingat bila dapat main hujan..memang terasa heaven habes la...

Bila dah besar panjang ni kekadang terasa juga nak main air hujan macam zaman kanak-kanak dulu tapi sering kali permintaan aku di tolak oleh teman serumah aku ni dengan alasan 'Nanti demam'...haha..sebenarnye aku tahu mesti dorang malu nak main hujan sebab diri dah layak nak jadi isteri dah pun...nanti ada pula masyarakat dekat rumah sewa aku ni cop budak UiTM tak berapa nak 'sihat' sebab main hujan macam budak-budak..hehe...

Dulu masa kecik-kecik tak pernah pula mak ayah aku halang kitorang adik beradik main hujan dengan alasan macam tu (tak tahu la kalau aku yg tak hingat..hehe)..tapi apa yg aku ingat lah kan...tak pernah sekali pun aku demam setiap kali terkena hujan mungkin di sebabkan antibody yg tahan lasak cuma nya kalau kena hujan panas mesti epik fail habis..mula lah rasa pening macam de orang ketuk-ketuk kepala...pelik sungguh kan..pe la agaknye beza antara hujan panas dengan hujan yg biasa tu???yg turun nye air jugak kan..mood:konpius..

Nota dari hati: Jom kita beramai-ramai pergi HIMPUN esok...jumpa di sana..insyaAllah..

Friday, September 2, 2011

'Rumah besar tapi bagi 3ringgit..kedekut betol...'

kalau duit raya banyak ni baru nak puas hati kot..

'Assalammualaikum......'

'Waalaikumussalam...masuk lah...sila lah duduk sini ye..'


'Duduk lah dulu ye..buka kuih raya tu..cuba lah rasa sikit-sikit..'

Cukuplah hanya tuangkan air Radix Cola(macam coca cola la) ke dalam cawan...budak-budak je pun..tak perlu sangat nak over pi siapkan air la bagai..air express macam tu pun dah memadai..hahaha..

'Minum lah ye dik air tu..'

'Ye kak..'

'Nama sape dik..dari mana ni dik???umo bape ni???belajar kat mana??dah banyak pi beraya kew??mesti banyak kumpul duit raya kan...bla...bla...bla...

'.........'


'Wei..jom lah balik..dah lambat ni..'

'Jap..aku nak abeskan air ni..ko minum la cepat..'

'Minum lah air tu dulu dik..kuih pun tak terasa lagi tak kan nak balik kot..'

Ingat aku tak dengar pe korang berbisik....datang semata nak duit raya la tu..singgah umah tak sampai 3 minit....hampeh betol...memang macam aku zaman kecik-kecik dulu...hahaha..

'Erm...ok lah kak...kitorang balik dulu lah...'

'Ye lah..ni ada duit raya dengan cup cake...'

'Terima kasih kak..'

Tergesa-gesa dorang ni keluar dari rumah..banyak lagi lah kot rumah yg nak diterjah...nak kumpul duit raya la katakan..

'Rumah besar tapi bg 3ringgit je..kedekut betol...'

'Aah la..ingat dapat la banyak sikit...ni tidak...'

Kalau cakap punya lah kuat memang lah aku yg dekat dalam rumah tu pun boleh dengar...kalau dah nama pun budak-budak memang duit raya lah yg dikejar...aku yg besar panjang ni pun sibuk memungut duit raya kat abang kakak, sepupu sepapat dan sanak sedara..hehe...nak pi mai rumah orang macam zaman kecik-kecik dulu tuk mintak duit raya memang tak de la..hehe..

'Aik...memang tak boleh bla la budak-budak ni...siap buang sampul duit raya kat depan rumah aku lah..memang tak de kesedaran sivik betol....aish...'

Kalau tengok budak-budak kecik naik basikal keliling kampung beraya memang terimbau kenangan dulu-dulu..apa yg dorang lakukan sama dengan je dengan aku masa kecik-kecik dulu..hehe..memang kenangan betol la...

Nota dari hati: Setakat ni dapat kumpul RM145 je...mana cukup nak repair laptop..argh..



Monday, July 18, 2011

Makan roti di bulan Ramadhan..

incik google..

Assalammualaikum semua....

Sudah menjadi kebiasaan sebelum keluar rumah nak gi kelas tangan aku akan menyambar sekeping roti atau pun biskut...hanya tu je la yg mampu menjadi alas perut sebab mana sempat nak bikin breakfast pastu duk leklok menjamah kat meja makan...tu semua gara-gara bangun tak pernah reti nak awal...kelas start kul 8.30pagi pastu 7.45 baru nak bangun(pas subuh tdo balik)..mmg elok la sangat kan...hehehe...

Hendak dijadikan cerita nya, pada 1st ramadhan tahun lepas aku tak dapat berpuasa(paham-paham je la)...macam biasa aku pun amek la sekeping roti dan bergegas turun ke bawah nak panaskan enjin motor la bagai...masa aku turun tangga sambil menjamah roti yg enak tanpa ada perasaan bersalah, mata aku ni terperasan la ada seorang mamat ni duk pandang semacam je kat aku...

'Pesal la mamat tu duk pandang aku...tak pernah nampak orang makan roti ke???kalau nak, cakap je la..tak yah la pandang pelik macam tu...dah tu siap kerut-kerut muka pulak...lantak kau la' bebel aku dalam hati ni....

Sampai je kat motor baru aku teringat yg hari tu bulan Ramadhan....rasa malu ya amat sampai rasa nak menyorok je kat dalam gua..dah la aku syok-syok mengutuk mamat tu dalam hati..hampagas betol la...macam mana la aku boleh lupa...mesti mamat tu pun duk mengutuk aku yg tak tahu malu pi makan masa bulan puasa....

Nota dari hati: sape tak pelik kalau tengok orang makan masa bulan puasa kan..muahahaha...

Wednesday, July 13, 2011

Jangan diungkit sejarah semalam....ia sungguh menyakitkan...

'Eh..dia tu bukan ke pernah mengandung anak luar nikah???apesal dah pandai pakai tudung..dulu bukan main lagi terdedah sana sini' kata Bedah kepada Minah ketika terlihat seorang wanita dengan penampilan yg menutup aurat.

'Aah la Bedah...saja la tu nak tunjuk baik..kalau dah perempuan jahat mmg jahat la juga...' balas Minah dengan memek muka menyampah..

incik google

Dialog berbentuk macam ini biasa aku dengar di kalangan masyarakat yang tidak dapat menerima perubahan yg di lakukan oleh segelintir dari kita apabila tersalah memilih jalan dalam kehidupan..maksudnya di sini macam banduan, perompak, penagih dadah, orang yg buat maksiat dan lain-lain yg sudah insaf dan berusaha untuk merubah diri mereka agar menjadi lebih baik...

Sepatutnya kita sebagai masyarakat yg sentiasa berada disekeliling mereka hendaklah memberi semangat dan nasihat bukan nya mengecam mereka sebegitu rupa...perkara yg lepas itu biarlah menjadi sejarah..kenapa mesti nak di ungkit-ungkit lagi??!!!kenapa kehidupan mereka yg dulu juga yg nak di sibuk-sibukan???!!biarlah perkara tidak baik yang berlaku dalam kehidupan mereka itu menjadi iktibar dan pengajaran untuk kita semua....bukan nya untuk dikutuk dan dicanang-canang satu dunia...

Tolong lah buka sikit minda tu dan berfikir bahawa setiap manusia tu boleh berubah sama ada ke arah kebaikan atau keburukan..tidak semestinya orang yg baik tu akan kekal baik dan yg jahat tu akan kekal jahat...aku memang pantang betul la dengan orang yg sibuk mengata kesilapan silam orang lain...sekurang-kurangnya mereka tu berjuta-juta lagi baik dari orang yg sibuk nak mengungkit-ungkit kesilapan orang lain...nak tahu sebab apa???sebab mereka sedar kesilapan mereka dan insaf dari korang tu asek nak memburuk-burukan orang aje...buat menambah dosa dah tersedia ada aje....

Nota dari hati: mengungkit kisah silam adalah perkara yg menyakitkan...

Thursday, June 23, 2011

Siapa yg tak pernah tinggal kat asrama memang rugi besar!!!

Assalammualaikum semua..

Tidak pernah rasanya otak sebeku ini sampai tak de idea yg datang menjengah...sudah puas aku blogwalking mencari ilham...tapi tak ada apa yg dapat membantu untuk aku menconteng arang di blog ni...kesian kat blog ni sunyi dari hasil penulisan insan comel macam aku selama hampir 3 hari..syukur lah akhirnya Allah memberi ilham selepas aku penat bergoleng-goleng atas katil pada detik ini..huhu..

Seronok rasa nya bila dapat mengimbas kenangan zaman sekolah asrama dulu-dulu...siapa yg tak duduk asrama memang rugi besar la sebab tak dapat rasa kehidupan tinggal dengan kawan-kawan yg macam-macam ragam...ada perangai yg bajet alim..ada perangai yg memang hampeh....ada perangai yg minta kaki...ada perangai yg tunjuk bagus..ada yg gila pangkat(gipang)..ada yg suka mencapub(cari publisiti)...kesimpulannya memang macam-macam perangai la yg dijumpai...

Nak tahu pe yg rugi nya tak duduk asrama???tak dapat rasa mandi beramai-ramai kat kolah...tak dapat rasa membasuh baju ramai-ramai(sekolah aku tak de dobi ye..).tak dapat rasa berebut iron baju....tak dapat rasa memotong barisan masa nak ambil makanan kat dewan makan...tak dapat rasa kene denda sebab solat lambat, pergi tazkirah lambat, pergi sekolah lambat, pergi kelas prep lambat, pergi sukan lambat(semua benda lambat) ...tak dapat rasa perasaan kantoi dengan warden sebab sembahyang dalam dorm...tak dapat rasa kena marah dengan pengawas sebab tak pakai stokin pergi surau lelaki...tak dapat rasa makan maggi beramai-ramai dalam baldi/bekas besar...tak dapat rasa study beramai-ramai kat dorm sampai subuh..tak dapat rasa kene maki dengan warden...tak dapat rasa kene brainwash dengan senior yg bajet bagus tapi perangai hampeh..tak dapat tengok HANTU secara live...korang tolong tambahkan senarai kerugian kalau tak duduk asrama boleh??!!(aku dah penat la)hahaha...

Tapi satu benda aje yg aku tak sempat nak buat sepanjang 5tahun aku tinggal dekat asrama..nak tahu apa benda????jeng...jeng..jeng...Membuli junior...hahahah....itu la perkara yg aku tak sampai hati nak buat walaupun aku rasa macam nak bagi penyepak laju-laju aja kat dorang sebab kurang ajar yg melampaui batas...kalau budak lelaki memang dah lunyai di kerjakan junior yg macam tu kan??!..itu la beruntung junior sekolah aku sebab mendapat senior yg baik hati macam aku...muahahaha...

Walau macam mana pun ada beza nya juga kehidupan pelajar yg tinggal dekat asrama ini..ada student yg memang mengikut segala peraturan dan ada juga yg jenis suka melanggar peraturan..korang agak-agak aku jenis student yg macam mana???hahaha..sudah semestinya aku jenis yg suka melanggar peraturan tapi ada batasnya juga..sekurang-kurang nya aku de pengalaman di denda, di marah dan berani mencuba sesuatu yg baru...hahaha...budak skema tak de life la..siapa setuju??!!!

Nota dari hati: 5tahun dekat sekolah tu mmg memberikan aku 1001 kenangan pahit manis yg tak kan aku lupakan sampai mati..

Saturday, June 18, 2011

semua kenangan hilang gara-gara teknologi...

Assalammualaikum semua...

Hujung minggu yg teramat la bosan....hanya duk dalam bilik ngadap laptop sampai tak tahu nak buat apa...nak blogwalking sudah rasa penat dan tak de benda menarik untuk di baca...kalau nak gi jalan-jalan konfem kene keluar duit...sudah la poket kering mana boleh membazir sesuka hati...haiyaaa....

So amek keputusan tuk geledah apa-apa yg menarik kat hard disk putih aku ni...gi la terjah folder picture untuk mengimbas kenangan-kenangan silam since sekolah menengah sampai la menjejak kan kaki ke UiTM...tapi baru teringat yg pic sekolah sampai sem 2 sudah hilang....masa tu de orang pinjam hard disk ni dan bila die pulangkan balik aku tgk folder pic dah kosong...rasa macam nak marah tapi biar lah...biar lah segala kenangan tu bermain di fikiran saja...

Cuma de satu je gambar masa sekolah menengah yg ada dalam simpanan aku...kalau dapat tengok balik mesti dah gelak-gelak...nanti nak pi tanya schoolmate la...mane tahu dorang de simpan ke kan..
classmate masa form 5..
Semua gara-gara teknologi yg terlampau canggih sampai kan semua gambar simpan dalam laptop, pendrive dan hard disk aje..kalau dulu-dule guna camera yg perlukan filem pastu filem tu wajib cuci..so dapat la letak gambar dalam album pastu susun cantik-cantik dalam almari..hahah...tapi sekarang kan guna camera digital terus transfer dalam laptop aje la...kalau nak cuci gambar digital kan mahal...boleh kopak poket..hahah...

Tapi aku dah bertekad...sem depan sejurus aje dapat biasiswa aku akan pilih gambar-gambar menarik untuk di cuci...sekurang-kurangnya biar lah ada satu album dalam simpanan aku...hahaha....dapat bayankan betapa tak kaya nye aku sampai nak cuci gambar pun kene tunggu scholarshp sem depan...hahaha...

Nota dari hati: dapat detect tak aku yg mana satu??!aku insan y paling comel...gi carik cepat!!!

TIPS MELUPAKAN PENGALAMAN SILAM...

Assalammualaikum semua...

Rasa lepas satu beban yg ditanggung lepas tengok result pagi tadi...walaupun tak dapat DEAN LIST tapi sekurang-kurang nya lebih baik dan meningkat dari sem lepas...tahniah la kepada yg berjaya dan yg kureng berjaya macam aku nampaknye kene usaha lebih la sem akan datang...huhu..entry kali ni bukan nak cerita pasal result aku yg 'gempak' sangat tu sebab aku malas nak membangga-bangga...

Dalam hidup ni mesti de pahit manis masin masam payau dan macam-macam rasa lagi la kan....mane boleh ada satu rasa aje...bukan kehidupan la nama nya tu...hehe..yg manis dan elok semestinye menjadi kenangan terindah dan sentiasa dalam bayangan...tapi macam mana pulak yg pahit???!!agak parah kalau sentiasa terkenang pengalaman pahit atau pun buruk sebab boleh menyebabkan trauma...dan lagi teruk menyebabkan tekanan perasaan dan boleh jadi gila...huh..

So pe kata kita berkongsi pendapat dan pandangan tentang cara atau tips untuk melupakan sesuatu perkara???korang sume kan bijaksana sini...tips wajib sudah semestinya mendekatkan diri kepada Allah...de jugak yg suruh mengisi masa supaya tak de masa untuk memikirkan perkara lampau...selain tu pergi menenangkan fikiran dekat tempat peranginan...erm...korang de tips lain????meh la share dengan aku...

Nota dari hati: tiba-tiba teringat kan dia...tapi tak de la sampai gila oke..lalalala~

Wednesday, May 18, 2011

Bertapa besarnya nilai seringgit....

Assalammualaikum semua...

Sekarang ni kerajaan sibuk nak ambik hati rakyat dengan naik kan minyak RON 95..dengan gula yg dah naik 20 sen...mmg seronok dan gembira la hidup rakyat  jelata(perli)...hahahah.....entry ni bukan tuk kondem kerajaan atau pun ape sebab kalau aku kutuk-kutuk pun x de guna..dorang bukan nak kisah dengan suara rakyat..lalalala~

Aku cuma nak imbas sikit la kenangan zaman kecil dulu2...boleh di katakan sara hidup zaman sekarang ni amat la tinggi dan jauh berbeza dgn zaman aku dulu2...masa aku sekolah dulu, mak aku bg duit seringgit je tuk belanja sekolah kebangsaan(pagi) dan 50sen je tuk sekolah agama(ptg)..bila dapat seringgit tu mmg heaven habes la...boleh bangga la kat kawan2 yg aku dapat duit belanja seringgit dan sape yg dapat duit belanja seringgit tu kira macam kaya la..muahaha..pada hal seringgit je kot..nilai seringgit dulu dgn sekarang x same tau...

Berbekal kan seringgit tu la aku melantak sakan kat kantin sekolah..kalau air sirap cawan kecil dan tak de ais cuma 10sen je..pastu kalau cawan besar dan ada ais cuma 30sen..kalau macam nasi lemak, mee goreng, bihun goreng dan yg lain biasanye 50 sen je...kopok lekor dah la besar2 leh dapat 10sen satu...agak2 nye sekarang dapat tak harga macam tu???hahahah...

Then bila nk gi sekolah agama mak aku bg 50sen dan biasanye duit tu aku simpan dalam tabung...sebab aku bawak bekal dari rumah...sungguh berjimat cermat kan aku ni..hahaha...dulu barang sume murah beb....kalau aku dapat kumpul 100ringgit tu mmg bangga habes la..leh riak kat adek beradik yg lain..hahah...

Semua tu cerita zaman dulu...sekarang ni semua benda nak mahal  je...kalau de 100 ringgit pun ibarat macam 10ringgit zaman dulu-dulu...aku tak terbayang kalau 10 tahun akan datang..mesti kos sara hidup tinggi giler...lagi-lagi kalau aku dah berkeluarga(pikir masa depan beb)...hahaha....tu la penting nye de suami yg mempunyai kerjaya dan pendapatan yg tinggi...lalalalala~

Nota dari hati: jom la tolong aku sara diri dengan klik iklan kat bawah ni..=D

You have heard people talking about the BlackBerry Messenger, now see it in action