Showing posts with label raya. Show all posts
Showing posts with label raya. Show all posts

Friday, August 24, 2012

Entry versi Aidil Fitri 2012: Biar gambar yg berbicara...

Assalammualaikum semua..

Amacam laya kali ini??manyak selonok meh??!!itu duit laya dapat banyak ka??!!bagi la dekat guwa sikit woo..jangan kedekut meh..itu sifat manyak tala baik..paham tak?!!kalau tak paham sila google translate...

Sambutan Raya Aidil Fitri 2012 kali ini masih sama macam tahun-tahun lepas cuma beza nya ahli keluarga sudah berkurangan..(kakak dan abang beraya di rumah mertua masing-masing..tahun depan InsyaAllah semua ada..hihih)..tinggal lah kami yg masih bujang dan dara beraya bersama emak dan abah...

Hari Raya Pertama..
sekarang tinggal 3 laki dan 3 perempuan saje..

with my beloved mommy..

ini abah saya...
duit rayaaaa...

Ini dekat rumah mertua kakak...

aik..3 orang budak ni dah macam anak aku pulak..
 Hari Raya ke-3..(Open house)

mengintai pakwe yg hensem berkunjung ke rumah..*adik aku je ye..aku terkecuali..

3orang anak Encik Yusnizam dan Puan Zara..
siap pasang khemah tau..tema UiTM lagi..senang tau ada khemah ni..tak de la kotor sangat dalam rumah..hihih

comel kan mereka??!
bersedia untuk membakar kambing...
Hari Raya ke-4...

Bersambung ke entry seterusnya jika kerajinan untuk update datang bergolek-golek..

Nota dari hati: Selamat Hari Raya..maaf zahir dan batin kepada semua kalau ada salah silap, terasa hati dengan coretan yg karut marut dalam blog ni...

Thursday, August 16, 2012

Yeah..esok balik kampung untuk raya!!!

Assalammualaikum semua..

InsyaAllah esok tengah hari akan memulakan perjalanan pulang ke Sabak Bernam dari Melaka Bandar Bersejarah ini.(yeah..petang off..tak perlu kerja)..harap-harap nya esok jangan lah sesak teruk..penat wooo mahu drive itu keleta(kereta) manual...sudah lah drive bersendirian(ada sesape nak tumpang?!) dan bakal bertemankan lagu-lagu raya yg tak reti nak berhenti berkumandang di corong-corong radio...sangat syahdu dan pilu sampai menusuk ke lubuk hati ini...sob sob sob.(belum hape-hape dah sedih..jadahnya??!!)..

Sesiapa yg nak balik ke kampung halaman silalah pandu berhati-hati ye..pandu cermat jiwa selamat..sila jangan berada di lane kanan sekali kalau kereta itu berkelajuan kura-kura mengandung sedang berjalan ..itu sangat menyakitkan hati dan sanubari okey..hihihi..apa-apa pun semoga kita sampai ke destinasi yg di tuju dengan selamat...ameen..

Lab Chemical Pathology..
meriah kan lab ni??!!lab pun mesti mahu raya juga..
Nota dari hati: Selamat Hari Raya maaf zahir batin..

Friday, August 10, 2012

Mercun, mercun, mercun dan mercun...

Assalammualaikum semua...

Tahun ini buat pertama kali nya berpuasa di perantauan yg sanggggatttt lah jauh beribu batu konon nya..terasa macam nak hantar gambar ke METRO untuk ruangan Salam Perantauan..pergh..syahdu weh...masa ini lah nak termenung pandang syiling kaler putih sambil berbantalkan lengan mengimbas kenangan-kenangan silam yg mengamit jiwa dan raga...(ayat mesti nak sedih aje kan...)

Sudah 19 hari berpuasa dekat Melaka ini tapi tak pernah sehari pun aku di hidangkan dengan bunyi mercun yg berdentum-dentum..sunyi sepi aje(bagus kan negeri Melaka ni)..dulu masa kecik-kecik, aku memang sangat suka main mercun(semua jenis mercun aku layan) tapi bila dah membesar jadi gadis melayu terakhir ni kena lah control ayu sikit...dah insaf main mercun..sekarang ni masa untuk tengok orang lain main mercun pula..kang apa-apa jadi habis turun duit hantaran..hakhakhak..

Selama aku berkecimpung dalam sukan berkaitan mercun ni, tidak pernah lagi diri ini mengalami kecederaan atau mengakibatkan kecederaan kepada orang lain...tapi kenangan Malam Raya 2010 memang sentiasa kemas di ingatan..satu plastik yg mengandungi pelbagai jenis mercun telah meletup dan menyebabkan kecederaan kepada keluarga kakak aku termasuklah abang ipar, hakim dan gha(dah macam berita kan??haha)..masa tu memang sangat panik sebab semua dalam keadaan berdarah-darah, luka sana sini dan malam tu juga pergi klinik..paling ngeri mata abang ipar keluar darah..dah macam vampire je rupanya..tragis kan??!!(malas nak cerita lebih lanjut)

Tapi Raya 2011 tetap teruskan dengan tradisi bermain mercun..memang tiada kesedaran sivik diri langsung..korang boleh tengok aksi-aksi abang-abang aku main mercun telur ala-ala Lee Chong Wei dan Lin Dan di [sini]...action failed kan??

klik untuk tengok video..

Tahun 2012???entah lah..aku pun tak pasti apa yg terjadi dekat rumah...kbai..

Nota dari hati: Sudah lama aku tak berpuasa di perantauan seperti ini...

Monday, September 5, 2011

Bermain mercun telur ala-ala Lee Chong Wei dan Lin Dan....

Assalammualaikum semua...

Kalau tiba musim perayaan tapi tak dengar bunyi mercun berdentum sana sini memang tak sah la agak nya kan...ingatkan raya tahun ni dah insaf la selepas tragedi malam raya tahun lepas...rupa-rupa nya masih sama lagi keadaan cuma tidak lah seagresif macam tahun-tahun sebelum ni..
sumber google
Berbekalkan mercum telur yg berbungkus-bungkus, abang-abang aku ikut suka hati jantung limpa dorang je nak membaling berbiji-biji mercun telur yg bisa membuatkan taik telinga aku ni cair dengan jaya nye...korang pernah tak main mercun telur macam Lee Chong Wei atau pun Lin Dan???kalau tak pernah meh tengok video dekat bawah ni...


Memang dahsyat kan..aku yg tengah berdiri atas kerusi sambil merekod nasib baik tak jatuh dari kerusi sebab terperanjat punya pasal....haiyaaa...aksi merbahaya macam kt video tu jangan ditiru tau...itu cara-cara nak mengundang padah sebenarnya..hampeh kan...

Nota dari hati: Aku tak main mercun ye..yang main abang-abang aku je.hehhe

Friday, September 2, 2011

'Rumah besar tapi bagi 3ringgit..kedekut betol...'

kalau duit raya banyak ni baru nak puas hati kot..

'Assalammualaikum......'

'Waalaikumussalam...masuk lah...sila lah duduk sini ye..'


'Duduk lah dulu ye..buka kuih raya tu..cuba lah rasa sikit-sikit..'

Cukuplah hanya tuangkan air Radix Cola(macam coca cola la) ke dalam cawan...budak-budak je pun..tak perlu sangat nak over pi siapkan air la bagai..air express macam tu pun dah memadai..hahaha..

'Minum lah ye dik air tu..'

'Ye kak..'

'Nama sape dik..dari mana ni dik???umo bape ni???belajar kat mana??dah banyak pi beraya kew??mesti banyak kumpul duit raya kan...bla...bla...bla...

'.........'


'Wei..jom lah balik..dah lambat ni..'

'Jap..aku nak abeskan air ni..ko minum la cepat..'

'Minum lah air tu dulu dik..kuih pun tak terasa lagi tak kan nak balik kot..'

Ingat aku tak dengar pe korang berbisik....datang semata nak duit raya la tu..singgah umah tak sampai 3 minit....hampeh betol...memang macam aku zaman kecik-kecik dulu...hahaha..

'Erm...ok lah kak...kitorang balik dulu lah...'

'Ye lah..ni ada duit raya dengan cup cake...'

'Terima kasih kak..'

Tergesa-gesa dorang ni keluar dari rumah..banyak lagi lah kot rumah yg nak diterjah...nak kumpul duit raya la katakan..

'Rumah besar tapi bg 3ringgit je..kedekut betol...'

'Aah la..ingat dapat la banyak sikit...ni tidak...'

Kalau cakap punya lah kuat memang lah aku yg dekat dalam rumah tu pun boleh dengar...kalau dah nama pun budak-budak memang duit raya lah yg dikejar...aku yg besar panjang ni pun sibuk memungut duit raya kat abang kakak, sepupu sepapat dan sanak sedara..hehe...nak pi mai rumah orang macam zaman kecik-kecik dulu tuk mintak duit raya memang tak de la..hehe..

'Aik...memang tak boleh bla la budak-budak ni...siap buang sampul duit raya kat depan rumah aku lah..memang tak de kesedaran sivik betol....aish...'

Kalau tengok budak-budak kecik naik basikal keliling kampung beraya memang terimbau kenangan dulu-dulu..apa yg dorang lakukan sama dengan je dengan aku masa kecik-kecik dulu..hehe..memang kenangan betol la...

Nota dari hati: Setakat ni dapat kumpul RM145 je...mana cukup nak repair laptop..argh..



Thursday, August 25, 2011

'Dia' yg menyakitkan hati ketika Syawal dan kuliah semakin hampir..

Assalammualaikum semua..
die x de kene mengena..harap muka je 'jambu'..
Kenapa masa macam ni juga yg di pilih untuk menyusahkan hidup aku???!!tak tahu ke aku ni dah nak start kuliah lebih kurang 2minggu je lagi...UiTM tu dah sibuk-sibuk memanggil. menyeru, menjerit nama aku tau tak!!!!..haish...

Memang dasar laptop tak mengenang budi..bila aku dah installkan antivirus Avira yg baru la kau nak buat hal..selama ni elok je bermanja-manja dengan aku..ini apa kes tiba-tiba nak rosakkan diri la bagai??!!cuba cerita sikit dekat aku...

Wahai laptop yg telah berkhidmat selama 4 tahun..sesungguhnya aku teramat lah sakit hati sehingga rasa macam nak campak kau dalam gaung je...kalau lah kos hendak membawa kau ke hospital hanya menelan sekupang dua boleh lagi diterima akal yg waras ni...tetapi kalau dah memakan beribu-ribu ringggit macam buat operation pemindahan jantung agak-agak kau mana aku nak dapat duit???

Setakat ni aku tak dapat mengesahkan penyakit kau yg sebenar sebab aku tak sanggup nak bayar bil perubatan bila bawa kau ke hospital...setakat tanda-tanda keypad laptop tidak boleh nak berfungsi dan tiba-tiba kau 'shut down' sendiri agak-agaknya pe masalah yg kau hadapi??!!!adakah kau diserang virus atau pun ada komponen badan kau yg rosak macam 'motherboard'????

Nota dari hati: Sebarang bantuan dari segi kewangan atau pun menghulurkan laptop yg baru amatlah di hargai...segala jasa baik anda dalam membantu pelajar macam saya ni amatlah besar ganjaran nya...kalau nak mengharapkan biasiswa memang lambat la so saya mengharapkan duit raya dari anda semua..hehe..

Tuesday, August 23, 2011

Peruntukan RM1 untuk duit raya tahun ni...cukup lah tu kan..

Assalammualaikum semua,,.


Selepas berbuka pada Ramadhan ke-4..

teett....tettt...tett...(nada menunggu panggilan di sambut)

'Nenek..hari ni Akim puasa..'

'Ye ke??tipu lah..'

'Betol la nenek...kalau tak caye tanya la kat ibu..'

'Mane tahu Akim gi dapur pastu curik-curik minum ke..'

'Errr..mana de la nenek..betol la Akim puasa hari ni..'

'Ye la...nanti nenek bagi 50sen..'

'Ish..50sen je ke??apa lah nenek ni..'

'Abes tu Akim nak berapa??'

'Akim nak banyak-banyak..nanti boleh simpan dalam tabung..'

Selama hampir sebulan berpuasa, cuma sehari saja dia berjaya puasa tapi minta ganjaran nya lebih-lebih pula..dasar budak zaman sekarang..haiyaaa..aku dulu umur 5tahun dah puasa penuh tau..hehehe...

Nota dari hati: Nanti duit raya aku bagi dia seringgit je..baru padan muka dia..hahaha..

Tuesday, August 2, 2011

Kita puasa kan sebab nak raya..kalau tak puasa mana boleh raya..


'Kakak, esok puasa tau..' kata aku kepada Iena(anak sedara)..

'Kenapa pulak esok nak kene puasa Cik Nana???' tanya Iena dengan mimik muka ingin tahu..

'Erm...sebab esok kan dah bulan Ramadhan..'itu lah jawapan yg aku berikan walaupun aku tahu dia mesti tak paham..heheh.

'Salah la Cik Nana!!' dengan muka konfiden dia menyangkal kata-kata aku..

'Abes tu kenapa???!!' agak-agaknya pe benda la yg bermain kat fikiran dak tu kan..

'Kita puasa kan sebab nak raya..kalau tak puasa mana boleh raya...'jawab Iena dengan yakinnya...

'Sape yg cakap macam tu??!!'

'Ibu lah yg cakap..'

Lebih kurang macam tu la perbualan aku dengan Iena pada hari ahad semalam...kekadang aku pun boleh sampai blur nak jawab soalan anak-anak sedara aku ni.....budak-budak ni bukan paham kalau cerita fakta entah apa-apa...dorang ni berfikir secara logik dan berpandukan persekitaran sekeliling aje...hehe..

Itu cerita budak-budak, kita yang dah besar ni tak kan lah puasa sebab nak raya kot...masa bulan ramadhan ni la kita nak banyakkan amal ibadah...tahun depan kita tak tahu lagi yg kita ni ada kesempatan atau pun tidak untuk berjumpa dengan Ramadhan..

Nota dari hati:  penat bekerja bukan alasan untuk tidak berpuasa...