Showing posts with label hospital besar melaka. Show all posts
Showing posts with label hospital besar melaka. Show all posts

Monday, January 28, 2013

Pengalaman Bone Marrow Aspiration..

Assalammualaikum semua...

Nasib badan lah praktikal dekat Melaka Bandaraya Bersejarah yg tiada cuti hari ini...orang lain beronok-ronok buat taik mata, aku kena bangun pagi-pagi menghadap kesesakan lalu lintas...positif..positif..positif...

Jejak kan kaki ke Jabatan Patologi terus punch card, baru pukul 7.53 pagi..nasib baik tak merah macam hari Jumaat..haru sungguh...kaki terus melangkah ke Hematology Lab, simpan beg, keluarkan note book, capai lab coat dan terus masuk dalam lab..bla bla bla bla...

Pukul 9 pagi..

'Siapa dekat section BMA(Bone Marrow Aspiration) ni???'

'Tak ada siapa kak..'

'Korang berdua memang dekat FBP process ke??'

'Aahh..kenapa kak??'

'Jom siapa nak ikut akak buat BMA..'

'Saya lah kak...hihi..'
bersama semangat aku bangun nak ikut akak tu...berkobar-kobar nak tengok doktor buat BMA...

Sampai dekat wad tingkat 2 (wad apa entah) , doktor tak habis round lagi jadi kitorang pergi lah dekat wad bawah nya...segala persediaan untuk BMA process memang aku tengok secara live laaa...aku pernah tengok sekali je dalam cerita korea, Wonderful Life kot tajuk nya...kalau tak silap la...ini secara langsung wehhh...memang teruja dan bersemangat habes la..

Mula-mula doktor masuk kan bius dalam drip dan cucuk dekat belakang (tempat puncture) patient..sepanjang process di jalankan, patient tu dalam keadaan sedar..perghhh...mesti sakit kan walaupun dah di bius...lepas tu, doktor tu menggunakan something like pisau untuk cucuk dekat belakang patient tu..mungkin buat lubang kot (aku agak aje..hahaha)..saat paling mengerikan bermula apabila doktor mula menggerudi masuk ke tulang patient...aku tengok kaki patient tu bergoyang-goyang mungkin sebab menahan sakit...kemudian doktor ambil 'liquid bone marrow' menggunakan syringe dan bagi dekat akak untuk buat smear pada masa tu jugak..lepas itu, doktor teruskan menggerudi lagi untuk ambil 'solid piece bone marrow'...semua nya dah siap cuma tinggal nak ambil darah untuk FBP(full blood picture) je...

Sepanjang process tu, aku rilek je tengok segala pergerakkan doktor tu tanpa sedikit pun rasa cuak, cemas atau pun gerun melainkan rasa simpati je dekat patient..tiba-tiba selepas habis je BMA process, aku rasa ada sesuatu yg pelik naik sampai ke kepala...semua benda aku nampak kabur dan berpinar-pinar..segala butir bicara pun aku tak dapat nak dengar..perut memulas-mulas dan terasa nak muntak..badan, muka mula berpeluh-peluh dan baju dah basah lencun...tangan aku dah pucat dan tak ada warna merah langsung...argh sudah...aku sudah mula pegang almari dekat belakang aku sebab aku tak mampu nak berdiri...aku cuba menenangkan diri agar semua kembali normal tapi aku dapat merasakan yg aku tak mampu bertahan untuk menghadapi lagi dua patient dekat tingkat atas...

'Akak, toilet dekat mana ye??'
nada suara yg terketar-ketar..

'Dekat luar sana..awak ni kenapa???pucat semacam je..'

'Tak tahu lah kak..rasa nak muntah ni..'

'Awak pergi keluar sekarang pastu balik ke lab..kalau awak pengsan lagi susah...'

Aku keluar dari wad dan duduk dekat kerusi menenangkan diri sebelum balik ke lab...sepanjang perjalanan ke lab, aku terasa macam orang mabuk pun ada jugak...jalan terhuyung-hayang macam orang tak ada hala tujuan..hahaha...sampai ke lab terus terduduk menahan sakit dan sangat lah beruntung sebab Mr K sangat ambil berat bagi gula-gula dan cari minyak panas..sepanjang hari dia asyik tanya sama ada aku ok atau tak..hahaha...

Sampai sekarang aku masih tertanya-tanya penyebab yg membuatkan aku hampir pitam sebab aku tak ada rasa takut, cemas atau apa-apa pun..pelik jugak ye....walau macam mana pun, ia satu pengalaman yg sangat berharga dapat tengok BONE MARROW ASPIRATION secara live...lalalalala~

Nota dari hati: Kalau korang nak tahu process BMA secara menyeluruh boleh tegok dekat youtube...search je hokey..

Saturday, January 26, 2013

Random story #1...

Assalammualaikum semua..

Tahun 2013 hampir menjejaki bulan kedua tapi baru tiga entry jeeee yg sempat di tulis...teruk teruk teruk...semua gara-gara kesibukan yg melanda diri ketika ini...mana sempat nak pikirkan pasal blog kalau pagi-pagi dah keluar rumah cari rezeki sampai ke petang untuk santapan suami dan anak-anak ..ibarat kais pagi makan pagi, petang tak payah kais sebab diet ke Hospital Melaka untuk berpraktikal..rutin setiap hari bila sampai ke hospital mesti menghitung masa..terasa lambat betol masa berputar ke angka 5..makin di tunggu makin lambat pulak masa ni bergerak..saje je tau...

Tepat jam 5 petang (selalu awal 3 minit..haha) pandang-pandang, jeling-jeling keliling lab tengok semua benda dah selesai, terus tanggalkan lab coat, cuci tangan, tegur-tegur lab staff, capai beg, punch card dan terus blah...ketika itu baru boleh tersenyum ceria dan gembira sekali..orang kata budak praktikal kena lah hipokrit, tunjuk rajin kan tapi haku pedulik hapa sebab aku memang sejak azali dah rajin kan jadi tak de istilah hipokrit hokey..dalam tempoh masa 6 minggu ini, detik 5 petang sangat di nanti-nanti kan..

Jap jap jap...sebenar nya apa yg cuba aku ceritakan ni??!!!dah membebel merapu meraban dua perenggan baru tersedar dari lamunan dan igauan..sungguh tiada motif, tujuan, misi dan visi entry pada malam pagi ini...buat malu jeee dengan blog budak darjah lima yg jauh lebih bagus...

bercuti di Mahkota Parade..

kanak-kanak berebut ayam..

tudung senget benget dan lidah yg terjelir??!!
Gambar memang tiada kena mengena dengan cerita dan aku sendiri tiada jawapan kenapa aku upload gambar-gambar di atas...oleh yg demikian, aku memberi tajuk entry ini Random Story..hakhakhak...

Nota dari hati: Jam dah menunjukkan empat pagi tapi tak tidur lagi sebab tu entry entah hape-hape..

Thursday, August 16, 2012

Yeah..esok balik kampung untuk raya!!!

Assalammualaikum semua..

InsyaAllah esok tengah hari akan memulakan perjalanan pulang ke Sabak Bernam dari Melaka Bandar Bersejarah ini.(yeah..petang off..tak perlu kerja)..harap-harap nya esok jangan lah sesak teruk..penat wooo mahu drive itu keleta(kereta) manual...sudah lah drive bersendirian(ada sesape nak tumpang?!) dan bakal bertemankan lagu-lagu raya yg tak reti nak berhenti berkumandang di corong-corong radio...sangat syahdu dan pilu sampai menusuk ke lubuk hati ini...sob sob sob.(belum hape-hape dah sedih..jadahnya??!!)..

Sesiapa yg nak balik ke kampung halaman silalah pandu berhati-hati ye..pandu cermat jiwa selamat..sila jangan berada di lane kanan sekali kalau kereta itu berkelajuan kura-kura mengandung sedang berjalan ..itu sangat menyakitkan hati dan sanubari okey..hihihi..apa-apa pun semoga kita sampai ke destinasi yg di tuju dengan selamat...ameen..

Lab Chemical Pathology..
meriah kan lab ni??!!lab pun mesti mahu raya juga..
Nota dari hati: Selamat Hari Raya maaf zahir batin..

Monday, July 30, 2012

Kehidupan seorang pelajar praktikal yg sangat 'sibuk'...

Assalammualaikum semua...

Jam hampir pukul 3 pagi tapi mata ni rasa berat je nak tutup..tak tahu la apa yg menarik sangat ngadap kipas syiling yg berputar tu..pada hal esok kena pergi kerja pagi-pagi(praktikal dekat hospital Melaka..lambat nya lah nak habis praktikal ni..tak pe..tak pe..enam minggu je lagi...)


Bila tak boleh nak tidur dan tak tahu nak buat apa maka tangan secara automatik akan menekan butang ON di laptop...connect broadband Celcom dan terus buka FB serta Blog...arghhh..tak ada benda yg menarik pun dekat FB..semakin hari semakin bosan FB ni kan??!!!

Seminggu aku dah kerja bermakna seminggu juga lah aku tak menulis blog...biasalah, aku kan dah seperti wanita berkerjaya..keluar rumah pagi-pagi sebelum matahari terbit, balik rumah selepas matahari terbenam..dengan nak uruskan rumah tangga lagi...mana sempat nak update blog...kan kan kan??!!(meh aku ketuk kepala siapa yg percaya..hehe) 

Selama seminggu aku berpraktikal ni semua nya berjalan dengan lancar..penat memang tak boleh nak cerita lah...lagi-lagi masa bulan puasa ni kan tapi itu lah cabaran nya..pukul 5 sudah bangun sahur (tak pernah aku bangun awal selama ni) lepas tu solat subuh, ngaji dan siap-siap nak pergi hospital..paling lewat 7.20pagi mesti dah gerak pergi hospital(traffic light dekat Melaka ni sangattt lama sampai boleh tertidur dalam kereta)..masa rehat pukul 1 paling di nanti-nantikan..terus serbu surau dan tidur...nikmat sungguh beb...

Pukul 5 masa untuk pulang dan paling lewat pukul 6.30 baru sampai rumah(kalau pergi bazar)...sampai je rumah terus rebahkan diri atas katil macam manusia purba yg tak pernah jumpa katil seumur hidup...lepas berbuka terus solat maghrib, ngaji, solat isyak dan terawih pastu tidur...zzzz...so bila masa nya guwa nak update blog??!!bilaaaaaa???? guwa sangat busy wooo mengalahkan itu perdana menteri..nak pikir pasal benda lain pun guwa tak sempat lor..badan guwa ni pun dah lenguh-lenguh..baik lu olang anta sorang tukang urut dekat guwa..

fokus hana fokus....ambil gambar tu tak penting..urine tu lagi penting..
Walaupun mata aku masih tak mampu nak tutup tapi aku kena juga paksa mata yg degil ni..esok ngantuk dekat lab naya je...hari Isnin biasanya sample melambak-lambak...berapa banyak sample urine agak nya terpaksa aku uruskan esok...arghhh...kbai...

Nota dari hati: apa lah yg mengganggu aku sampai tak boleh tidur ni??!!

Friday, July 20, 2012

Berpuasa dan berpraktikal di Hospital Besar Melaka..

Assalammualaikum semua..

woot..woot..malam ni dah mula solat terawikh dan esok mula berpuasa...jangan ada yg nak ponteng puasa tanpa sebab ye..dosa dosa dosa...

niat puasa Ramadhan untuk esok hari dan sebulan
Nampaknya tinggal tak sampai 2 hari je lagi masa berbaki yg boleh di manfaatkan sebaik mungkin sebelum pergi ke Melaka untuk praktikal selama 6 minggu..rasa berdebar-debar, takut semua ada bila nak mula praktikal ni..harap-harap seniors dekat Hospital Besar Melaka tu baik-baik je la ye dan sudi bagi tunjuk ajar dekat kami yg freshie ni...ameen...ini lah pengalaman pertama untuk praktikal dan inilah juga pengalaman pertama berpraktikal di kala bulan Ramadhan..
sumber 

'Nana, nanti g praktikal langsung tak balik ke?? tak nak buka puasa dekat rumah ke??'

'Tak tahu lagi..nanti nak RAYA confirm balik la..penat la nak drive balik sorang-sorang..dah la jauh..kalau dekat tak pe jugak..'

'Nanti tulis dekat blog tau apa ko buat hari-hari dekat hospital tu..ada jumpa doktor hensem ke...'

'Ye la..kalau aku jumpa doktor-doktor yg hensem je baru aku tulis ye..'

'Bagus-bagus..nanti aku dapat abang ipar doktor..'

'Betol juga tu..bernas juga cadangan ko ni kadang-kadang..'

Semoga Ramadhan kali ini dapat berpuasa penuh(macam mustahil tapi tiada apa yg mustahil...haha) dan dapat berpraktikal dengan baik sekali...InsyaAllah segalanya akan berjalan lancar...

Nota dari hati: Tak sabar nak puasa...hihihi..