Showing posts with label 2012. Show all posts
Showing posts with label 2012. Show all posts

Monday, January 23, 2012

Apa kena mengena pula nak kurus dengan ada pakwe??!!!!!

Assalammualaikum semua..

aku bukan seperti di atas...
'Asyik makan je macam mana nak kuruskan badan dalam masa sebulan ni...'

'Ala...nanti lah dulu..'

'Eh..kau dah ada pakwe ke??'

'Pe kene mengena plak nak kurus dengan ada pakwe??'

'Kalau dah ada pakwe tak de nye dia nak kurus...ini sebab nak cari pakwe lah dia kurus...'

'Please lah mak...mengarut je semua benda tu..'

'Wei...kau dah ada pilihan hati ke??eh..geli pulak aku tnya macam tu..'

'Tahu pun geli..aku yg nak menjawab nya pun tak de selera..'

'Ayap, kau cari kan lah kawan-kawan Petroleum tu untuk adik ko tu...cuba ko buat iklan ke...'

'Budak-budak Petroleum tak romantik la..semua kayu je..'

'Haish...tak payah la..aku belum terdesak lagi la...'

'Mak excited nak tahu kalau ko dah de pakwe..'

'Mak tu je risau lebih-lebih..aku ni belum pun 22 tahun agi..'

Tak habis-habis semua nak membahan aku...pada hal umur aku belum pun sampai 22 tahun lagi...pelan-pelan kayuh ar...ingat nak cari pasangan hidup tu macam cari baju dekat pasar..pada hal baju cap pasar pun aku tak pernah beli dan apa tah lagi nak pakai..huhhh...

Walaupun azam tahun 2012 ialah BERKAHWIN tapi itu bukan semudah ABC dan sesimple 123...jodoh pertemuan, ajal maut semua di tangan Allah...

Nota dari hati: Perasan tak wajah baru blog ni??cantik ke tak ye??

Sunday, January 1, 2012

Menutup tirai 2011 dengan perkara yg agak memalukan...

Assalammualaikum semua..

Semalam pengakhiran 2011telah melakarkan sejarah yg memalukan dalam hidup aku...selama aku hidup 21 tahun tidak pernah lagi aku rasa teramat malu sehingga terasa bahang di seluruh tubuh ini...sepanjang malam aku tidur sentiasa di bayangi dengan kisah yg memalukan tersebut membuatkan tidur aku tidak tenang dan kepala yg sememangnya sakit menjadi semakin sakit...

Perkara memalukan ini berlaku di K _ _ C....siapa dapat teka tempat nya memang gempak..aku tak nak bagi tahu tempat sebab mana lah tahu ada pembaca blog ni pun berada di tempat kejadian...sungguh menjatuhkan air muka diri ini sebagai penulis yg cool(de kene mengena ke??entah la)...
sumber incik google..
Kaki aku melangkah keluar selepas tangan menarik pintu toilet bersama mata yg hanya fokus skrin henpon semata...aku berjalan dengan penuh keyakinan dengan mata masih di skrin henpon di sebabkan yakin dengan kaki yg terus melangkah mengikut gerak hati...

Selepas selesai segala urusan dengan henpon, aku pn terus mengangkat pandangan mata bagi mengelakkan aku terlanggar orang lain di tempat yg sesak tu...Mata aku tertangkap keadaan yg pelik di sekeliling aku sehingga membawa arahan kepada kaki untuk berhenti...aku tercengang dan tergamam melihat ada beberapa orang lelaki di sinki menghadap cermin serta memandang ke arah aku sambil tersengih-sengih ...otak tidak dapat mencerna dengan pantas apa yg sedang berlaku sebenarnya...persoalan yg bermain ketika itu adalah:

'Sejak bila pula aku jalan nak masuk ke toilet perempuan tadi ada sinki-sinki ni..?'

'Tak kan lah aku berjalan keluar toilet tanpa pandang jalan boleh bawa aku masuk ke dalam toilet balik??pelik...'

Selepas mungkin 15 saat otak aku berfikir maka baru ak sedar yg aku berada di dalam toilet lelaki...secara spontan terus aku menjerit dan berlari keluar dari tandas tersebut...perasaan malu ketika itu hanya Allah saja yg tahu....terasa macam nk melenyapkan diri jadi halimunan supaya semua orang tak perlu pandang aku dengan tersengih-sengih macam tu..

Sejurus melangkah keluar dari toilet lelaki, aku tertangkap dengan sengihan dari beberapa orang foreigner lelaki...argh..tolonglah tak payah sengih-sengih macam tu..buat-buat tak nampak sudah la...ketahui lah bahawa aku teramat malu ketika itu....nasib baik wajah lelaki-lelaki di dalam toilet tersebut tidak berjaya di simpan dalam memori aku..kalau tidak, memang menjadi mimpi ngeri buat aku..

Kesimpulan yg aku dapat dari kejadian semalam adalah henpon boleh membawa kepada jalan yg tidak benar sehingga memalukan diri sendiri...sekian terima kasih..

Nota dari hati: Di harap kejadian yg sama tidak akan berulang lagi...lepas ni mesti aku berhati-hati dengan toilet..hahhaa...


Thursday, December 29, 2011

Tahun 2011 yg penuh dengan cabaran dan debaran..

Assalammualaikum semua...

Tahun 2011 semakin sampai ke penghujungnya dan entry pasal azam tahun 2012 telah siap di tulis beberapa hari yg lalu...jadi pada malam yg penuh keberkatan ini, hati ini melonjak-lonjak dengan penuh keterujaan untuk menulis tentang dhia kenangan Tahun 2011...

Setelah puas aku termenung dan berfikir sambil guling-guling atas katil, dapat aku simpulkan tidak banyak kenangan manis berbanding kenangan pahit sepanjang 365 hari ini...mungkin kerana kenangan-kenangan pahit telah menutup segala baki kenangan manis yg ada dalam hidup aku...

Bersyukur sangat kepada Allah sebab masih memberi peluang kepada kami sekeluarga untuk merasa kasih seorang abah setelah kami di duga dengan pelbagai cabaran...walaupun lebih kurang 3 kali dalam keadaan yg berbeza doktor mengatakan kami bakal kehilangan abah tetapi kuasa Allah tiada siapa yg boleh halang..Alhamdulillah, Allah masih memanjangkan umur abah untuk kami terus berbakti kepada seorang abah....

'Ada ahli keluarga yg duduk jauh-jauh ke???keadaan ayah awak agak kritikal..jadi lebih baik suruh mereka semua datang melawat sebelum terlambat...boleh jadi jantung nya berhenti berdegup dalam masa sejam lagi atau pun sehari..macam mana pun kami sentiasa pantau keadaan ayah awak..'

Bila di ingat setiap kata-kata doktor tersebut mesti membuatkan hati ini rasa sayu sangat...setiap patah yg keluar dari mulut doktor ketika itu memang bikin jantung ini berdegup dengan pantas..di tambah lagi dengan keadaan abah yg di cucuk di kedua-dua belah tangan untuk di masukkan air dan antibiotik..tak cukup dekat tangan, dekat leher pun di cucuk juga...lepas tu, entah berapa banyak kali cucuk di tangan untuk ambil darah...dan paling sayu bila teringat keadaan abah yg terpaksa bernafas menggunakan mesin...pada ketika itu hanya pada Allah saja aku mohon pertolongan...
pengantin bersama emak tanpa kehadiran ayah..

Walau macam mana pun, pada tahun 2011 juga lah aku mendapat kakak ipar baru tapi dalam keadaan yg sangat menyedihkan...sebab apa???sebab pada Majlis Pernikahan dan Majlis Resepsi di pihak perempuan, abah masih terlantar di hospital...ketika selesai abang melafazkan akad, menitis air mata emak mengenangkan abah yg di temani kakak di hospital...perasaan abang masa tu mesti teramat sedih sebab dapat dilihat dari air muka nya waktu tu...tapi abang still control macho dan mampu lagi tersenyum....argh...lelaki memang macam tu..bagi aku tidak salah pun kalau lelaki hendak menangis....

Ermmm....jika di kenangkan banyak kejadian yg berlaku sepanjang 12bulan ni tapi hanya peristiwa-peristiwa tersebut(sebenarnya banyak lagi tapi dah tak mampu nak menulis) saja yg sentiasa segar di fikiran aku sehingga kini tetapi bukan bermakna peristiwa lain aku lupakan cuma detik-detik kehilangan itu lebih memberi kesan dalam hidup aku sehingga kini...sejujurnya aku belum bersedia untuk menghadapi sebuah kehilangan walaupun di mulut sentiasa berkata redha jika sudah tersurat sebegitu...

Syukur, kini keadaan ayah bertambah baik setelah keluar dari hospital minggu lepas walaupun tidak sepenuhnya...semoga Allah mempermudahkan perjalanan hidup abah...Nana sayang abah !!!!

Nota dari hati: Semoga 2012 menjadi lebih baik dari 2011...ameen..


Tuesday, December 27, 2011

Azam 2012: BERKAHWIN...

Assalammualaikum semua....

Hari ni 27 Disember 2011 dan aku baru saja selesai menjawab Test Clinical Chemistry ketika aku menulis bait-bait kata di dalam entry ini...erm..hanya tinggal hampir 4 hari saja lagi sebelum kita melangkah ke Tahun 2012..setiap kali bertukar nya tahun tidak memberi apa-apa perbezaan pun dalam hidup aku melainkan peningkatan dari segi umur saja dan yg pasti nya aku masih berada dalam dunia pendidikan..aku punya azam masih sama iaitu untuk belajar bersungguh-sungguh, mengembirakan hati parents, jadi anak yg baik, merubah diri ke arah yg lebih positif dan kebanyakkan nya sama saja dengan azam korang semua..

So untuk Tahun 2012 aku telah mencipta satu azam yg lain dari yg lain dan aku sendiri pun rasa mustahil untuk tercapai...hahaha...

sumber: incik google yg baik hati..

'Ain, aku ada azam baru untuk tahun 2012 nanti...'

'Apa pula azam ko tu??'

'Aku berazam untuk BERKAHWIN pada tahun 2012..jom lah kita beramai-ramai berazam macam tu..ok tak???'

'Hahahaha..kau tak de azam lain ke ha???berazam la nak dapat Anugerah Dekan ke..ini tidak...aku rasa azam kau nak kahwin tu memang tak akan tercapai nya tu...'

'Haish...setakat nak dapat Anugerah Dekan tu sudah semestinya azam setiap tahun tapi aku bosan sebab azam aku asyik sama je dan azam nak dapat Anugerah Dekan tu tak pernah sekali pun tercapai..so aku cuba la buat azam lain...'

'Oke la...kalau kau berazam nak dapat Anugerah Dekan tu mesti cara nak mencapainya kau kena berusaha dan belajar bersungguh-sungguh kan..so apa usaha yg kau nak lakukan untuk kahwin tahun depan???dah la pakwe pun takde...camne kau nak kahwin tiba-tiba???'

'Hahahaha....aku pun tak fikir apa yg aku nak lakukan lagi..kalau buat iklan agak-agak nice tak???hahahaha...'

'Gila kau...cari la jalan lain..kau ni sengal wei..'

'Hahahah...aku masih waras lagi la..aku pun tahu malu kalau buat iklan camtu..macam desperate sangat...so kalau tiap-tiap malam aku berdoa dekat Allah untuk turunkan jodoh dekat aku agak-agak termakbul tak???'

'Erm...mungkin juga...so jangan lupa doakan tuk aku sekali..'

Adakah aku seorang saja yg mempunyai azam agak extreme macam ni??!!!mungkin di sebabkan agak stresssss dengan test sepanjang study week ni dan exam final yang tak sampai 2 minggu lagi menyebabkan akal tidak dapat berfikir dengan lebih rasional apa yg perlu aku capai pada tahun 2012...yg pastinya apabila tiba nya tahun 2012 maknanya study week(tak macam study week pun sebab ada test berderet selama seminggu..gila betol..) telah pun tamat dan Dewan Peperiksaan sudah memanggil-manggil....

Nota dari hati: Kenapa la exam di awal-awal tahun ni..memang mengganggu mood dan azam tahun baru betol...aish..