Showing posts with label malu. Show all posts
Showing posts with label malu. Show all posts

Sunday, January 1, 2012

Menutup tirai 2011 dengan perkara yg agak memalukan...

Assalammualaikum semua..

Semalam pengakhiran 2011telah melakarkan sejarah yg memalukan dalam hidup aku...selama aku hidup 21 tahun tidak pernah lagi aku rasa teramat malu sehingga terasa bahang di seluruh tubuh ini...sepanjang malam aku tidur sentiasa di bayangi dengan kisah yg memalukan tersebut membuatkan tidur aku tidak tenang dan kepala yg sememangnya sakit menjadi semakin sakit...

Perkara memalukan ini berlaku di K _ _ C....siapa dapat teka tempat nya memang gempak..aku tak nak bagi tahu tempat sebab mana lah tahu ada pembaca blog ni pun berada di tempat kejadian...sungguh menjatuhkan air muka diri ini sebagai penulis yg cool(de kene mengena ke??entah la)...
sumber incik google..
Kaki aku melangkah keluar selepas tangan menarik pintu toilet bersama mata yg hanya fokus skrin henpon semata...aku berjalan dengan penuh keyakinan dengan mata masih di skrin henpon di sebabkan yakin dengan kaki yg terus melangkah mengikut gerak hati...

Selepas selesai segala urusan dengan henpon, aku pn terus mengangkat pandangan mata bagi mengelakkan aku terlanggar orang lain di tempat yg sesak tu...Mata aku tertangkap keadaan yg pelik di sekeliling aku sehingga membawa arahan kepada kaki untuk berhenti...aku tercengang dan tergamam melihat ada beberapa orang lelaki di sinki menghadap cermin serta memandang ke arah aku sambil tersengih-sengih ...otak tidak dapat mencerna dengan pantas apa yg sedang berlaku sebenarnya...persoalan yg bermain ketika itu adalah:

'Sejak bila pula aku jalan nak masuk ke toilet perempuan tadi ada sinki-sinki ni..?'

'Tak kan lah aku berjalan keluar toilet tanpa pandang jalan boleh bawa aku masuk ke dalam toilet balik??pelik...'

Selepas mungkin 15 saat otak aku berfikir maka baru ak sedar yg aku berada di dalam toilet lelaki...secara spontan terus aku menjerit dan berlari keluar dari tandas tersebut...perasaan malu ketika itu hanya Allah saja yg tahu....terasa macam nk melenyapkan diri jadi halimunan supaya semua orang tak perlu pandang aku dengan tersengih-sengih macam tu..

Sejurus melangkah keluar dari toilet lelaki, aku tertangkap dengan sengihan dari beberapa orang foreigner lelaki...argh..tolonglah tak payah sengih-sengih macam tu..buat-buat tak nampak sudah la...ketahui lah bahawa aku teramat malu ketika itu....nasib baik wajah lelaki-lelaki di dalam toilet tersebut tidak berjaya di simpan dalam memori aku..kalau tidak, memang menjadi mimpi ngeri buat aku..

Kesimpulan yg aku dapat dari kejadian semalam adalah henpon boleh membawa kepada jalan yg tidak benar sehingga memalukan diri sendiri...sekian terima kasih..

Nota dari hati: Di harap kejadian yg sama tidak akan berulang lagi...lepas ni mesti aku berhati-hati dengan toilet..hahhaa...


Saturday, September 24, 2011

Cara penulisan kita mengambarkan siapa diri kita yg sebenarnya...

Assalammualaikum semua...

Dulu aku fikir blog adalah satu tempat untuk aku meluahkan apa yg aku tak puas hati, segala kemarahan, segala kegembiraan dan segala jenis rasa TANPA ADA BATASAN...kiranya ikut suka hati aku lah kalau rasa nak maki, nak kutuk, nak hina atau apa saja dekat blog sebab blog ini aku yg punya...tapi itu semua dulu sebelum aku mengenal dunia blog yg sebenarnya...

Bila aku melawat blog-blog lain, dari situ aku belajar cara penulisan, adab-adab menulis, tips-tips yg berguna untuk newbie dan macam-macam lagi...walaupun blog ni kita yg punya tapi kita kena ingat yg blog kita ni di baca oleh seluruh umat manusia melainkan kalau kita set private...

Bagi aku, cara penulisan kita mengambarkan siapa diri kita yg sebenarnya...kalau entry sesuatu blog bisa membuatkan kita gelak mesti kita dapat agak penulisnya seorang yg funny..dan juga kalau entry nye asyik nak mengaibkan orang lain pastu mencarut tak tentu hala mesti kita dapat agak dia bukan seorang yg baik...walaupun agak kejam kalau kita hanya menilai seseorang melalui penulisan tapi bagi aku itu lah hakikatnya sebab apa yg penting adalah '1st impression' ...so dalam situasi berblogging ni cara penulisan adalah '1st impression' yg patut di ambil berat...ini hanya pendapat aku oke...

Kadang-kadang aku sendiri pun terasa macam nak melepaskan aje segala kemarahan yg membara-bara dekat dalam blog ni biar puas hati aku ni tapi aku sentiasa ingat, kalau kita buat sesuatu di kawal oleh emosi pasti akan memberi kesan negatif dan tak mendatangkan apa-apa kebaikan pun....jadi pikirlah lah dulu sebelum menulis...tak mahu lah gaduh-gaduh di sebabkan blog k..

Nota dari hati: Patut ke unfollow blog yg suka caci maki, mencarut-carut tak tentu pasal???

Wednesday, August 17, 2011

Video yg boleh membatalkan puasa...

Assalammualaikum semua..

Memang senang la mahu bikin aku gelak sampai guling-guling..hanya melihat video dekat bawah ni aja dah merangsang aku punya nafsu ketawa yg tak hingat dunia...kalau korang rasa nak join aku gelak sama-sama meh kita tonton video di bawah ni... p/s: kawal korang punya rangsangan untuk muntah bagi mengelakkan batal puasa...


Lawak sungguh kan??!!kalau dorang masuk Maharaja Lawak konfem Jozan, Jambu, Nabil dan Sepah tarik diri awal-awal...kalau nak dibandingkan dorang ni dengan K-pop yg lain memang tak layak teruk la...aku tengok dorang ni menari tak ikhlas langsung pastu lembik semacam je...suara pun ke Laut China Selatan..sedap lagi anak saudara aku menyanyi...

So aku nasihatkan di sini agar korang tubuhkan kumpulan nasyid macam Rabbani...ada juga dakwah yg disampaikan dan tak ada la aku bagi pahala percuma dekat korang sebab mengutuk tak tentu hala...ahli kumpulan dah ramai memang ngam sangat la dengan kumpulan Rabbani..dengan penubuhan group MAX 247 macam ini hanya mendatangkan malu saja...


Sila layan video Infinite-Be mine kalau rasa nak neutral kan balik rasa mual lepas tengok video MAX 247 ye...

Nota dari hati: Ahli group Max 247 tu tak rasa nak gelak kan diri sendiri ke lepas tengok video yg dorang buat tu..haiyaaa....

Friday, July 22, 2011

siapa pulak Prince Of Pop(POP) ni????pi la main jauh-jauh sana..



Rasa macam nak hempuk je kepala kat dinding masa tengok video ni....dah la lagu entah pe-pe(ke aku yg tak reti menghayati??)..menari pulak nak bajet-bajet K-pop aje(tak de ciri k-pop pn oke)..cuba la menari dengan gaya gagah dan macho...baru lah macam LELAKI sikit...hampeh betol...broadband CELCOM aku pun tahu segan nak loading video ni....patut la lembab mengalah kan siput babi mengandung....aku rasa maca nak kutuk kaw-kaw aje tapi tak sampai hati plak...takut plak Mati Kuat Kipas (Die Hard Fan) dorang ni gi bunuh diri kat KLCC...tidak ke naya di buatnya...muahaha....

Video macam ni mmg sesuai ditonton oleh mereka yg stress, tension, jiwa kecamuk sebab boleh mengundang gelak yg tak berapa nak hingat dunia...jiran-jiran rumah pun mesti sakit hati aje dengar ketawa korang yg dah serupa pontianak tu...hahahah....

comel sungguh..=D

Nota dari hati: comel lagi Farizal Marlias masa tangkap bola...tak yah pun nak menari-nari...muahahha...

sumber: beautifulnara