Assalammualaikum semua..
Godek-godek google terjumpa checklist untuk bakal pengantin..pergh...panjang berjeler checklist nye (kesat peluh di dahi) tapi jangan rasa terbeban pula nak mendirikan masjid..buat yg wajib je pun tak jadi masalah..NIKAH..hihi..
Jika ikut adat Melayu memang banyak proses, ragam dan macam nak kahwin ni tapi semua benda tu boleh bawa bincang...family aku ni jenis simple..nak ikut adat boleh, tak nak ikut adat pun boleh..semua terpulang kpd pihak lelaki sebab kesian dekat dorang nak datang banyak kali dari Terengganu nun di sana...itu penting nya BINCANG antara keluarga lelaki dan perempuan...calling calling la kan..kata nak berbesan..hahaha..
CHECKLIST PERSIAPAN MAJLIS PERKAHWINAN
EVENT DETAILS
1. Date/time:
2. Venue
3. Color theme and concept
Assalammualaikum semua...
*entry ini merupakan luahan perasaan seorang sahabat.
Detik 31 Ogos 2012 amat mendebarkan bagi kau dan aku juga dapat merasakan nya..rasa sebak sudah mula terasa dalam hati bila je kita memulakan perjalanan ke Kuala Kangsar dari Melaka malam tu..sedikit demi sedikit aku dapat merasakan kehilangan kau..malam tu merupakan kali terakhir aku tidur sekatil dengan kau dan aku tahu yg aku tak kan ada peluang untuk bercerita macam-macam dan bergelak ketawa dengan kau sebelum tidur..ketika itu, aku sangat berharap biarlah pagi lambat menjelma..sedih...sumpah aku sangat sedih masa tu Anis..
Seusai je kau sah menjadi seorang isteri, air mata ni tanpa segan silu menitis tanpa di undang..air mata kegembiraan dan juga kesedihan..air mata ini bertambah deras bila kau peluk aku dengan erat (sibuk je nak peluk-peluk aku..hahah)...sampai mak cik pak cik kau kata kitorang ni pula yg nangis lebih-lebih..haha...over kan kitorang??!!masa tu aku tahu yg aku bakal kehilangan seorang sahabat dan seorang kakak...kau dah ada suami dan tanggungjawab yg perlu di laksanakan...jadi keutamaan kau mesti terhadap suami bukan nya kitorang ni...
Dulu, segala masalah, cerita, kemarahan, kesedihan, rungutan, dan segala perkara mesti kau yg akan tahu tapi sekarang aku dah tak tahu nak bagi tahu dekat siapa..yeah aku masih ada geng 'Power Ranger' but you still the one that really understand me...dulu kau yg selalu pilih kan menu tiap kali makan dekat kedai sebab aku memang cerewet bab makan..dulu kau yg selalu study sampai ke subuh dengan aku...dulu kau yg teman kan aku ke hulu ke hilir..dulu kau juga lah yg selalu ikut aku balik rumah sampai di naik taraf menjadi anak angkat mak aku...dulu....semua tu dulu kan Anis tapi sekarang semua dah berubah...kau dah jadi Madam..aku ni je masih Miss...hahah..
 |
| anis tak de keje tulis cerita sedih dekat note book aku masa kuliah Lab Management. |
Sangat rindu...memang sangat sangat sangat rindu setiap detik tu Anis tapi itu semua kenangan...kenangan terindah sepanjang persahabatan kita semua...sudah jodoh kau datang awal nak buat macam mana kan..masa aku untuk menjadi seorang isteri pun akan tiba juga satu hari nanti (tu pun lau de orang datang minang la)..persoalan nya sama ada cepat atau pun lambat???!!
 |
| nasib baik mata tak bengkak sebab menangis.. |
 |
| kitorang peluk Anis dulu sebelum 'orang lain' peluk dia..haha |
 |
| reception day,, |
Aku sentiasa mendoakan kebahagiaan kau dengan Kassim sampai ke akhir hayat..semoga di kurniakan anak yg soleh dan solehah..kau jangan lupakan persahabatan kita yg mula terjalin dari Kolej Alamanda walaupun usia nya tak sampai pun 4 tahun tapi ia sangat bermakna bagi aku...
Nota dari hati: Bila aku baca balik ayat-ayat aku dekat atas ni terasa macam lesbian pula...hahahaha...
Assalammualaikum semua...
Penat sepanjang perjalanan selama hampir 4 hari tak sempat lagi nak beransur pergi walaupun sedikit sebab dah kena pergi kelas hari ni...untuk pengetahuan, kitorang sampai Puncak Alam pada pukul 11malam tadi dan bangun je pagi tadi terus rasa macam nak demam..serius..'Hana, u look pale today..'begitu la teguran dari coarsemate aku hari ini..hermm
Cerita Part 1 aku dah update masa dekat Kota Tinggi so hari ini aku gagahkan diri ini untuk kongsi cerita aktiviti sepanjang berada di sana..tujuan asal pergi Kota Tinggi adalah untuk bersama meraikan Majlis Perkahwinan abang kepada Nabilah (housemate, coursemate)...so dah alang-alang sampai ke Johor macam rugi pula kalau tak melancong sekali kan..orang kata sambil menyelam minum air..
Kalau nak cerita sekali gus mesti panjang berjela-jela entry kali ni kan..jadi aku bercadang dalam Part 2 ini hanya berkongsi cerita Majlis Perkahwinan Bazli Hazwan(UNIC) dan Asiah saja...semoga mereka sentiasa berbahagia hingga ke akhir hayat dan cita-cita untuk mendapat anak seramai 12orang bakal tercapai..insyaAllah..hehehe..
 |
| Asiah dan Bazli Hazwan |
 |
| Nasrul, Nabilah, Anis, me, Azra dan Ain. |
 |
| UNIC in da house.. |
 |
| Selesai persembahan khas oleh Bazli dan UNIC untuk Asiah |
 |
| 'Kahwin ni best...'ayat tu je di ulang berkali-kali oleh Asiah dekat kitorang..hermm |
 |
| ambil berkat bersama pengantin.. |
|
 |
| ini bukan kereta kami.. |
 |
| Teluk Sengat.. |
 |
| belakang itu bukan jambatan Pulau Pinang.. |
 |
| di Tanjung Balau.. |
Ini baru hari Sabtu punya hal..next part aku cerita pasal Jalan-Jalan Cari Makan dan Jalan-Jalan Cari Pasal pula...tunggu ye..
Assalammualaikum semua..
 |
| aku bukan seperti di atas... |
'Asyik makan je macam mana nak kuruskan badan dalam masa sebulan ni...'
'Ala...nanti lah dulu..'
'Eh..kau dah ada pakwe ke??'
'Pe kene mengena plak nak kurus dengan ada pakwe??'
'Kalau dah ada pakwe tak de nye dia nak kurus...ini sebab nak cari pakwe lah dia kurus...'
'Please lah mak...mengarut je semua benda tu..'
'Wei...kau dah ada pilihan hati ke??eh..geli pulak aku tnya macam tu..'
'Tahu pun geli..aku yg nak menjawab nya pun tak de selera..'
'Ayap, kau cari kan lah kawan-kawan Petroleum tu untuk adik ko tu...cuba ko buat iklan ke...'
'Budak-budak Petroleum tak romantik la..semua kayu je..'
'Haish...tak payah la..aku belum terdesak lagi la...'
'Mak excited nak tahu kalau ko dah de pakwe..'
'Mak tu je risau lebih-lebih..aku ni belum pun 22 tahun agi..'
Tak habis-habis semua nak membahan aku...pada hal umur aku belum pun sampai 22 tahun lagi...pelan-pelan kayuh ar...ingat nak cari pasangan hidup tu macam cari baju dekat pasar..pada hal baju cap pasar pun aku tak pernah beli dan apa tah lagi nak pakai..huhhh...
Walaupun azam tahun 2012 ialah BERKAHWIN tapi itu bukan semudah ABC dan sesimple 123...jodoh pertemuan, ajal maut semua di tangan Allah...
Nota dari hati: Perasan tak wajah baru blog ni??cantik ke tak ye??
Assalammualaikum semua...
Tahun 2011 semakin sampai ke penghujungnya dan entry pasal azam tahun 2012 telah siap di tulis beberapa hari yg lalu...jadi pada malam yg penuh keberkatan ini, hati ini melonjak-lonjak dengan penuh keterujaan untuk menulis tentang dhia kenangan Tahun 2011...
Setelah puas aku termenung dan berfikir sambil guling-guling atas katil, dapat aku simpulkan tidak banyak kenangan manis berbanding kenangan pahit sepanjang 365 hari ini...mungkin kerana kenangan-kenangan pahit telah menutup segala baki kenangan manis yg ada dalam hidup aku...
Bersyukur sangat kepada Allah sebab masih memberi peluang kepada kami sekeluarga untuk merasa kasih seorang abah setelah kami di duga dengan pelbagai cabaran...walaupun lebih kurang 3 kali dalam keadaan yg berbeza doktor mengatakan kami bakal kehilangan abah tetapi kuasa Allah tiada siapa yg boleh halang..Alhamdulillah, Allah masih memanjangkan umur abah untuk kami terus berbakti kepada seorang abah....
'Ada ahli keluarga yg duduk jauh-jauh ke???keadaan ayah awak agak kritikal..jadi lebih baik suruh mereka semua datang melawat sebelum terlambat...boleh jadi jantung nya berhenti berdegup dalam masa sejam lagi atau pun sehari..macam mana pun kami sentiasa pantau keadaan ayah awak..'
Bila di ingat setiap kata-kata doktor tersebut mesti membuatkan hati ini rasa sayu sangat...setiap patah yg keluar dari mulut doktor ketika itu memang bikin jantung ini berdegup dengan pantas..di tambah lagi dengan keadaan abah yg di cucuk di kedua-dua belah tangan untuk di masukkan air dan antibiotik..tak cukup dekat tangan, dekat leher pun di cucuk juga...lepas tu, entah berapa banyak kali cucuk di tangan untuk ambil darah...dan paling sayu bila teringat keadaan abah yg terpaksa bernafas menggunakan mesin...pada ketika itu hanya pada Allah saja aku mohon pertolongan...
 |
| pengantin bersama emak tanpa kehadiran ayah.. |
Walau macam mana pun, pada tahun 2011 juga lah aku mendapat kakak ipar baru tapi dalam keadaan yg sangat menyedihkan...sebab apa???sebab pada Majlis Pernikahan dan Majlis Resepsi di pihak perempuan, abah masih terlantar di hospital...ketika selesai abang melafazkan akad, menitis air mata emak mengenangkan abah yg di temani kakak di hospital...perasaan abang masa tu mesti teramat sedih sebab dapat dilihat dari air muka nya waktu tu...tapi abang still control macho dan mampu lagi tersenyum....argh...lelaki memang macam tu..bagi aku tidak salah pun kalau lelaki hendak menangis....
Ermmm....jika di kenangkan banyak kejadian yg berlaku sepanjang 12bulan ni tapi hanya peristiwa-peristiwa tersebut(sebenarnya banyak lagi tapi dah tak mampu nak menulis) saja yg sentiasa segar di fikiran aku sehingga kini tetapi bukan bermakna peristiwa lain aku lupakan cuma detik-detik kehilangan itu lebih memberi kesan dalam hidup aku sehingga kini...sejujurnya aku belum bersedia untuk menghadapi sebuah kehilangan walaupun di mulut sentiasa berkata redha jika sudah tersurat sebegitu...
Syukur, kini keadaan ayah bertambah baik setelah keluar dari hospital minggu lepas walaupun tidak sepenuhnya...semoga Allah mempermudahkan perjalanan hidup abah...Nana sayang abah !!!!
Nota dari hati: Semoga 2012 menjadi lebih baik dari 2011...ameen..
Assalammualaikum semua....
Hari ni 27 Disember 2011 dan aku baru saja selesai menjawab Test Clinical Chemistry ketika aku menulis bait-bait kata di dalam entry ini...erm..hanya tinggal hampir 4 hari saja lagi sebelum kita melangkah ke Tahun 2012..setiap kali bertukar nya tahun tidak memberi apa-apa perbezaan pun dalam hidup aku melainkan peningkatan dari segi umur saja dan yg pasti nya aku masih berada dalam dunia pendidikan..aku punya azam masih sama iaitu untuk belajar bersungguh-sungguh, mengembirakan hati parents, jadi anak yg baik, merubah diri ke arah yg lebih positif dan kebanyakkan nya sama saja dengan azam korang semua..
So untuk Tahun 2012 aku telah mencipta satu azam yg lain dari yg lain dan aku sendiri pun rasa mustahil untuk tercapai...hahaha...
 |
| sumber: incik google yg baik hati.. |
'Ain, aku ada azam baru untuk tahun 2012 nanti...'
'Apa pula azam ko tu??'
'Aku berazam untuk BERKAHWIN pada tahun 2012..jom lah kita beramai-ramai berazam macam tu..ok tak???'
'Hahahaha..kau tak de azam lain ke ha???berazam la nak dapat Anugerah Dekan ke..ini tidak...aku rasa azam kau nak kahwin tu memang tak akan tercapai nya tu...'
'Haish...setakat nak dapat Anugerah Dekan tu sudah semestinya azam setiap tahun tapi aku bosan sebab azam aku asyik sama je dan azam nak dapat Anugerah Dekan tu tak pernah sekali pun tercapai..so aku cuba la buat azam lain...'
'Oke la...kalau kau berazam nak dapat Anugerah Dekan tu mesti cara nak mencapainya kau kena berusaha dan belajar bersungguh-sungguh kan..so apa usaha yg kau nak lakukan untuk kahwin tahun depan???dah la pakwe pun takde...camne kau nak kahwin tiba-tiba???'
'Hahahaha....aku pun tak fikir apa yg aku nak lakukan lagi..kalau buat iklan agak-agak nice tak???hahahaha...'
'Gila kau...cari la jalan lain..kau ni sengal wei..'
'Hahahah...aku masih waras lagi la..aku pun tahu malu kalau buat iklan camtu..macam desperate sangat...so kalau tiap-tiap malam aku berdoa dekat Allah untuk turunkan jodoh dekat aku agak-agak termakbul tak???'
'Erm...mungkin juga...so jangan lupa doakan tuk aku sekali..'
Adakah aku seorang saja yg mempunyai azam agak extreme macam ni??!!!mungkin di sebabkan agak stresssss dengan test sepanjang study week ni dan exam final yang tak sampai 2 minggu lagi menyebabkan akal tidak dapat berfikir dengan lebih rasional apa yg perlu aku capai pada tahun 2012...yg pastinya apabila tiba nya tahun 2012 maknanya study week (tak macam study week pun sebab ada test berderet selama seminggu..gila betol..) telah pun tamat dan Dewan Peperiksaan sudah memanggil-manggil....
Nota dari hati: Kenapa la exam di awal-awal tahun ni..memang mengganggu mood dan azam tahun baru betol...aish..
Assalammualaikum semua...
Penat lelah ketika kenduri kahwin abang hari Sabtu (26 nov) masih terasa sampai sekarang...syukur Alhamdulillah sebab semuanya berjalan dengan lancar walaupun pelbagai dugaan telah di lalui....terima kasih yg tak terhingga kepada semua terutamanya Anis sebab sudi ikut aku balik rumah membantu apa yg patut dan juga sekalung terima kasih juga untuk bakal kakak ipar aku..hihih...serius mereka memang sangat ringan tulang dan pandai bawa diri dalam keluarga aku tu...you are the best friend ever Anis....love u lah...hehehe....
Dedikasi khas untuk Abg Qoie dan Kak Aini yg telah menjadi suami isteri hampir dua minggu....
Semoga perhubungan yg suci ini akan kekal sampai ke akhir hayat..tak mau gaduh-gaduh tau..kalau takat gaduh manja tu kira halal la ye..hihi...apa yg penting dalam perhubungan adalah tolak ansur dan persefahaman(ayat macam orang dah de pengalaman..lalalalala)....jangan lupa untuk bagi anak sedara yg comel-comel tau....terasa excited nak dapat anak buah baru...hikhik...
 |
| berpanas menjadi penyambut tetamu... |
 |
| terbaik wo adik aku snap...tak sedar wei... |
 |
| anis dengan bakal kakal ipar aku..hikhik |
 |
| comel nye aku dari pengantin tu..hihi |
 |
| classmate yg sudi datang... |
 |
| my family without my parents...=( |
 |
| cantik tak pelamin????hasil kreativiti kitorang tau.... |
Itu aja gambar yg mampu aku share untuk tatapan korang..nak gi buat report ni...esok nak kena hantar 2 report ye....daaaa~
Nota dari hati: Saya sayang family saya...
|