Showing posts with label sekolah. Show all posts
Showing posts with label sekolah. Show all posts

Wednesday, January 2, 2013

Pesanan untuk sesiapa yg hendak memulakan persekolahan..

Assalammualaikum semua...

Waahh...seronok nya esok dah mula sekolah...tak sabar rasa nya nak pakai baju baru, kain baru, tudung baru, stokin baru, kasut baru, beg baru, bekas pensil baru, botol air baru dan semua yg baru-baru belaka...minggu lepas lagi dah siap seterika baju tau...semangat tak??!!

ATAU

Aduhhh...malasnya nak pergi sekolah...lencana tak jahit lagi...kasut tak kapur lagi..buku tak kemas lagi..pensil dah hilang pula...baju dah la tak seterika lagi....malas nyeeee...tak ada semangat langsung...

Mana satu situasi yg di alami tiap kali nak kembali ke sekolah???sudah 5 tahun aku meninggalkan zaman sekolah yg sangat penuh dengan memori suka duka...setiap kali tiba masa nak kembali ke sekolah lepas cuti panjang mesti rasa sangat excited, teruja dan semangat gileee...bukan sebab nak belajar sangat pun...excited nak jumpa kengkawan pastu nak gosip-gosip aje...memori betol laaaa....

kenangan dalam dorm...sampai sekarang masih tak tahu apa motif duit syiling dekat tengah tu..
Esok Hakim (anak sedara) dah mula bersekolah di Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI)..jadi, aku sebagai mak cik yg sangat berdedikasi telah memberi beberapa pesanan percuma untuk dia memulakan persekolahan esok(pesanan ini mungkin berguna untuk orang lain yg nak mulakan persekolahan..hihih)..

1. Jangan nangis dekat sekolah..buat malu aje laki nangis...laki kena cool, control macho...
2. Jangan kena buli dekat sekolah...kalau ada budak buli, marah dia pastu bagi tahu acik..nanti acik datang sekolah bagi pengajaran dekat budak tu..(masa prasekolah asyik kena buli aje)
3. Jangan tunjuk gengster dekat sekolah..kalau hakim jadi pembuli dekat sekolah, acik humban dalam parit penuh dengan taik kerbau..
4. Pastikan jadi ketua kelas...kalau cikgu tanya 'Siapa nak jadi ketua kelas??' mesti terus angkat tangan dengan penuh semangat sekali...
5. Jadi pelajar terbaik!!!

weeewiit...sweet kan ada mak cik macam aku yg sentiasa mengambil berat hal anak-anak sedara???hakhakhak..

Nota dari hati: Rindu zaman sekolah tapi tidak teringin nak kembali ke zaman tu...



Saturday, June 16, 2012

Pizza Hut dan dooodolls percuma...

Assalammualaikum semua..

Tiada perkara penting yg ingin di kongsi melainkan sekeping gambar bersama kawan-kawan sekolah menengah sempena perjumpaan ALUMNI hari ni(sekeping je lak tu..teruk betol)..tak sempat nak borak panjang dan amek gambar banyak-banyak sebab masing-masing ada hal lain pula..dapat jumpa kejap pun dah kira ok lah dari tak jumpa langsung sejak hampir 5 tahun yg lalu..hihih..


Terima kasih dekat Rose sebab belanja Pizza Hut yg mengenyangkan dan Suaidah sebab beli kan dooodolls yg sangat cumel dekat Subang Parade...thank you all...tak rugi aku jumpa korang walaupun keadaan deman-demam..lalala~

Su'aidah..

Rose..

kiut miut kan Sunny Twin??hihi
Nota dari hati: Pesal semakin hari semakin susah nak dapat idea untuk menulis ha??!teruk betol la..

Tuesday, February 14, 2012

Perubahan drastik mengundang kutukan serta cacian dari segenap sudut...

Assalammualaikum semua...

Satu hari aku pergi ke kelas dengan keadaan yg sangat lain dari yg lain...lebih kurang 81 pasang mata memandang aku dengan pandangan pelik dan kurang percaya...betol kah itu aku kerana penampilan aku cukup berbeza pada hari itu...hanya free hair tanpa memakai tudung di kepala seperti hari-hari sebelumnya serta memakai baju yg agak tidak sopan sudah pasti mengundang banyak mata serta suara-suara sumbang yg mengutuk tidak puas hati...

Berpeluang memenangi kereta FORD RANGER di SINI..

Latar belakang pendidikan serta keluarga semua di ungkit bila melihat perubahan aku yg tersangat mendadak..mana tidak nya, sebelum ini aku seorang gadis yg sentiasa bertudung serta berbaju kurung bila ke kelas dan pergaulan antara lelaki perempuan turut di jaga...siapa yg tidak terperanjat terkejut beruk bila aku berubah sebegitu rupa teruk sekali..

Sebilangan insan yg rapat dengan aku cuba tegur secara baik supaya aku kembali ke pangkal jalan dan tidak terus tersasar jalan..tapi aku jawab dengan nada belagak dan angkuh sekali..

'Suka hati aku la...ini lah diri aku yg sebenarnya..aku tak nak hidup dengan penuh hipokrit lagi..korang jgn sibuk dengan hidup aku lah..'

Perubahan drastik itu mengundang kutukan serta cacian di facebook oleh sahabat dan guru yg pernah mendidik aku di sekolah agama suatu ketika dahulu...segenap masyarakat yg lain juga tidak kurang hebat nya dalam melemparkan kata-kata nista ibarat aku lah manusia yg paling berdosa di atas muka bumi ini...
sumber incik google..
Astaghfirullahalazim...terbangun aku dari tidur dengan keadaan termengah-mengah seperti baru mengalahkan Usain Bolt dalam pertandingan larian....tangan terus meraba-raba kepala dan melihat diri aku yg masih sempurna dengan baju tidur...semua itu mimpi rupanya...tersangat bersyukur kerana semua itu mainan tidur semata...tangan menggigil ketakutan bila terfikir dosa yg telah aku lakukan dalam mimpi itu...aku berdoa supaya di jauh kan diri ini dari berubah ke arah yg teruk seperti itu..istighfar banyak-banyak bila mendapat mimpi buruk..

Nota dari hati: Dengar kabar Baddrol Bakhtiar dah berpunya...*kecewa...


Thursday, February 2, 2012

Akhirnya rindu dendam terlerai juga....

Assalammualaikum semua..

AMARAN
Entry kali ini berunsur 18SG mungkin panjang lebar jadi sila tabahkan hati dan tahan mata untuk terus membaca...hikhikhik...

Perjalanan ke Sunway Pyramid dari Tg Karang mengambil masa 1jam 30minit dengan kelajuan purata 100km/h...cepat ke??biasa je kan..mungkin aku boleh sampai lebih cepat kalau aku tidak tersalah jalan dan tersepit dalam kesesakan lalu lintas...nampak sangat aku dah lama gila tak gi sana sebab tu sampai tersilap bagai...kalau zaman sekolah dulu memang selalu sangat pergi sana sampai bosan rasanya(mentang-mentang sekolah dekat subang jaya)..hakhak...

Tempat pertama yg dituju ialah RED BOX sebab member(aten, choa, leya dan kina) dah tunggu dekat situ...

sungguh menghayati ye..

Walaupun suara tak berapa nak merdu tapi kitorang peduli hape sebab kitorang dah bayar jadi nyanyi lah puas-puas..lagipun setakat kitorang yg dah kawan dari form 1 ni je yg dengar so siapa nak kisah kan...dulu zaman sekolah memekak melolong sama-sama elok je lagi-lagi masa mandi dekat kolah..hikhikhik...

Selepas tamat sesi karoke, tempat seterusnya di jejaki ialah surau wanita(tak kan surau lelaki pula kan) untuk menunaikan solat zohor..walau di mana anda berada kewajipan solat jangan di lupakan...seusai menunaikan solat, kaki meneruskan langkah dan ternampak lah Kedai Buku POPULAR...terasa sungguh gembira bila nampak POPULAR sebab hati terdetik untuk menggunakan lagi RM50 Baucar Buku 1 Malaysia..rasa nya lagi best guna BB1M dekat POPULAR dibandingkan dekat MPH sebab BB1M boleh di gunakan untuk membeli apa saja di dalam POPULAR(termasuklah majalah,games,tetikus), tiada pengecualian tapi kalau dekat MPH kan, games dengan majalah tak boleh beli..hikhik

Sudah penat berjalan jadi perut perlu lah di isi, lagi pun jam sudah menunjukkan pukul 5 petang...setelah berbincang, kitorang bersepakat untuk menjamu selera di Mr. Teppayanki..




Bagi pendapat aku, Black Pepper Grilled Chicken nya biasa je dan tak de keistimewaan...rasa black pepper nya pun agak pahit..aku rasa lagi sedap makan dekat warung tepi jalan je(ni pendapat aku je..jangan ada yg saman aku pula)...erm..aku minum mineral water jenama Sea Master yg memang tak ada rasa manis..mungkin dia lupa letak gula kot dalam air tu..hihihih...secara keseluruhan nya, Mr.Teppayanki biasa-biasa saja setelah aku buat survey terhadap 4 orang lagi member aku..part paling best adalah Kina belanja kitorang semua makan(RM110 semuanya)...sayannnnnng Kina...


leya,coa,kina

kina,aten, me



ini dari Aten..
Jam sudah menunjukkan pukul 6.15 petang dan aku kena pulang segera sebab perjalanan aku masih jauh untuk sampai Tg Karang semula dengan terpaksa menempuh kesesakan sewaktu manusia yg lain berlumba-lumba pulang dari kerja...

Sorry ye kina, leya, aten dan choa sebab aku terpaksa balik awal...jumpa lagi di lain masa jika di panjangkan umur...InsyaAllah..

Nota dari hati: Rindu terhadap mereka telah di lunaskan, rasa rindu dengan Suaidah dan Gha(di Czech Republik) bila pula boleh di leraikan ni..hihihih...

*HAPPY BIRTHDAY BADDROL BAKHTIAR yg ke 24 pada 1 Feb..heheheh..

Sunday, December 4, 2011

Perbezaan zaman kanak-kanak era bawah 90-an dan kanak-kanak zaman kini....

Assalammualaikum semua...

Sedar tak sedar kita dah menghampiri tahun 2012 dan bermakna umur aku juga bakal meningkat kepada 22(nasib baik aku lahir bulan 6)..erm..bila di kenangkan balik bererti sudah berpuluh tahun aku meninggalkan zaman kanak-kanak yg penuh dengan keceriaan kerana aku sendiri tidak mengenal erti duka pada ketika itu...dalam fikiran aku sebagai kanak-kanak pada masa tu hanyalah main, main dan main...semuanya berunsur keseronokkan semata-mata...

Bila aku membandingkan zaman kanak-kanak aku dulu dengan kanak-kanak sekarang banyak perbezaan yg aku nampak dari segi pergaulan, permainan, pemikiran, dan macam-macam lagi....

Budak-budak sekarang walaupun baru berusia 5 tahun sudah tahu apa itu CINTA, COUPLE dan KAHWIN...jadi tak mustahil la kenapa sekarang ni macam-macam masalah sosial yg berlaku walaupun di kalangan kanak-kanak berusia 5-12 tahun(remaja tak payah cerita la..dah makin parah)...semua ini boleh di lihat di laman-laman sosial atau pun web-web di mana mereka ini pandai mengeluarkan kata-kata cinta dan gambar-gambar berani melakukan hubungan terlarang..semakin maju nya sesuatu zaman semakin meningkat nya masalah sosial...agak-agak hipotesis aku ni di terima tak???

Aku rindu hendak melihat kembali permainan tradisional yg aku main dulu-dulu di mainkan semula oleh kanak-kanak zaman sekarang...zaman dulu aku punya la semangat nak pergi sekolah awal sebab nak main dengan kawan-kawan punya pasal tapi bukan main PSP, iPad, iPhone, Galaxy Tab la macam budak-budak sekarang....budak sekarang pergi sekolah FB, balik sekolah pun FB juga...memang betol-betol advance lah dorang ni....kita dulu main permainan yg berasaskan alam je macam:
  • Konda-kondi
  • Rebut tiang
  • Lubang tikus
  • Guli
  • Tutup botol(ceper)
  • Batu seremban
  • Baling selipar
  • Galah panjang
  • Gasing
  • Dam
  • Congkak
  • Wau / layang-layang
  • dll.....
ini congkak ye kawan-kawan..

Fuuhhh..penat rasanya kalau nak senaraikan semua permainan yg pernah aku main dulu...rasanya tak kan cukup la 3helai kertas A4 pun...korang tahu tak cara nak main game kat atas tu????jangan kata korang tak pernah main...kalau rasa nak main boleh ajak aku sebab aku agak hebat dalam permainan tradisional ni(ayat belagak hendak mintak kaki)....muahahaha...

Nota dari hati: Aku akan pastikan anak-anak sedara aku reti main game tu semua...lepas ni PSP, PS2, laptop dan henpon akan di kuarantin dari budak-budak tu semua...lalalalala~

Thursday, June 23, 2011

Siapa yg tak pernah tinggal kat asrama memang rugi besar!!!

Assalammualaikum semua..

Tidak pernah rasanya otak sebeku ini sampai tak de idea yg datang menjengah...sudah puas aku blogwalking mencari ilham...tapi tak ada apa yg dapat membantu untuk aku menconteng arang di blog ni...kesian kat blog ni sunyi dari hasil penulisan insan comel macam aku selama hampir 3 hari..syukur lah akhirnya Allah memberi ilham selepas aku penat bergoleng-goleng atas katil pada detik ini..huhu..

Seronok rasa nya bila dapat mengimbas kenangan zaman sekolah asrama dulu-dulu...siapa yg tak duduk asrama memang rugi besar la sebab tak dapat rasa kehidupan tinggal dengan kawan-kawan yg macam-macam ragam...ada perangai yg bajet alim..ada perangai yg memang hampeh....ada perangai yg minta kaki...ada perangai yg tunjuk bagus..ada yg gila pangkat(gipang)..ada yg suka mencapub(cari publisiti)...kesimpulannya memang macam-macam perangai la yg dijumpai...

Nak tahu pe yg rugi nya tak duduk asrama???tak dapat rasa mandi beramai-ramai kat kolah...tak dapat rasa membasuh baju ramai-ramai(sekolah aku tak de dobi ye..).tak dapat rasa berebut iron baju....tak dapat rasa memotong barisan masa nak ambil makanan kat dewan makan...tak dapat rasa kene denda sebab solat lambat, pergi tazkirah lambat, pergi sekolah lambat, pergi kelas prep lambat, pergi sukan lambat(semua benda lambat) ...tak dapat rasa perasaan kantoi dengan warden sebab sembahyang dalam dorm...tak dapat rasa kena marah dengan pengawas sebab tak pakai stokin pergi surau lelaki...tak dapat rasa makan maggi beramai-ramai dalam baldi/bekas besar...tak dapat rasa study beramai-ramai kat dorm sampai subuh..tak dapat rasa kene maki dengan warden...tak dapat rasa kene brainwash dengan senior yg bajet bagus tapi perangai hampeh..tak dapat tengok HANTU secara live...korang tolong tambahkan senarai kerugian kalau tak duduk asrama boleh??!!(aku dah penat la)hahaha...

Tapi satu benda aje yg aku tak sempat nak buat sepanjang 5tahun aku tinggal dekat asrama..nak tahu apa benda????jeng...jeng..jeng...Membuli junior...hahahah....itu la perkara yg aku tak sampai hati nak buat walaupun aku rasa macam nak bagi penyepak laju-laju aja kat dorang sebab kurang ajar yg melampaui batas...kalau budak lelaki memang dah lunyai di kerjakan junior yg macam tu kan??!..itu la beruntung junior sekolah aku sebab mendapat senior yg baik hati macam aku...muahahaha...

Walau macam mana pun ada beza nya juga kehidupan pelajar yg tinggal dekat asrama ini..ada student yg memang mengikut segala peraturan dan ada juga yg jenis suka melanggar peraturan..korang agak-agak aku jenis student yg macam mana???hahaha..sudah semestinya aku jenis yg suka melanggar peraturan tapi ada batasnya juga..sekurang-kurang nya aku de pengalaman di denda, di marah dan berani mencuba sesuatu yg baru...hahaha...budak skema tak de life la..siapa setuju??!!!

Nota dari hati: 5tahun dekat sekolah tu mmg memberikan aku 1001 kenangan pahit manis yg tak kan aku lupakan sampai mati..

Saturday, June 18, 2011

semua kenangan hilang gara-gara teknologi...

Assalammualaikum semua...

Hujung minggu yg teramat la bosan....hanya duk dalam bilik ngadap laptop sampai tak tahu nak buat apa...nak blogwalking sudah rasa penat dan tak de benda menarik untuk di baca...kalau nak gi jalan-jalan konfem kene keluar duit...sudah la poket kering mana boleh membazir sesuka hati...haiyaaa....

So amek keputusan tuk geledah apa-apa yg menarik kat hard disk putih aku ni...gi la terjah folder picture untuk mengimbas kenangan-kenangan silam since sekolah menengah sampai la menjejak kan kaki ke UiTM...tapi baru teringat yg pic sekolah sampai sem 2 sudah hilang....masa tu de orang pinjam hard disk ni dan bila die pulangkan balik aku tgk folder pic dah kosong...rasa macam nak marah tapi biar lah...biar lah segala kenangan tu bermain di fikiran saja...

Cuma de satu je gambar masa sekolah menengah yg ada dalam simpanan aku...kalau dapat tengok balik mesti dah gelak-gelak...nanti nak pi tanya schoolmate la...mane tahu dorang de simpan ke kan..
classmate masa form 5..
Semua gara-gara teknologi yg terlampau canggih sampai kan semua gambar simpan dalam laptop, pendrive dan hard disk aje..kalau dulu-dule guna camera yg perlukan filem pastu filem tu wajib cuci..so dapat la letak gambar dalam album pastu susun cantik-cantik dalam almari..hahah...tapi sekarang kan guna camera digital terus transfer dalam laptop aje la...kalau nak cuci gambar digital kan mahal...boleh kopak poket..hahah...

Tapi aku dah bertekad...sem depan sejurus aje dapat biasiswa aku akan pilih gambar-gambar menarik untuk di cuci...sekurang-kurangnya biar lah ada satu album dalam simpanan aku...hahaha....dapat bayankan betapa tak kaya nye aku sampai nak cuci gambar pun kene tunggu scholarshp sem depan...hahaha...

Nota dari hati: dapat detect tak aku yg mana satu??!aku insan y paling comel...gi carik cepat!!!

Monday, May 16, 2011

penting sangat ke insan bergelar guru???!!

Assalaamualaikum semua..

Pagi2 aku dh dengar sekolah depan umah kakak aku (SMK MERU) ni nyanyi lagu 'kami guru Malaysia'...teringat pelak zaman sekolah dolu2 wat sambutan Hari Guru..tapi bile dah masuk UiTM tak de plak buat sambutan tuk pensyarah-pensyarah kan pada hal dorng pun tenaga pengajar gak..hehehe...

Entry ini khas tuk semua guru-guru dan pensyarah:
Pusat Asuhan Tunas Islam(PASTI) - 1995-1996
SK / SRA Simpang 4 BNO - 1997-2001
SK / SRAI Batu Belah - 2002
SAM Hishamuddin Sg Berteh - 2003 (3 hari je)
SAM Bestari - 2003-2007
Kolej Matrikulasi Melaka -2008-2009
Universiti Teknologi Mara - 2009-sekarang

Memang ada guru yg garang dan lembut tapi paling aku ingat mesti la guru yg mendenda aku..huhu..masa sekolah rendah kalau x siap kerja je mesti kene berdiri atas kerusi tak pun atas meja...tapi nasib baek zaman sekolah rendah aku ni baik2 belaka...x de la kes2 kene denda ni..muahaha...

Paling sejarah mesti la zaman aku sekolah menengah...kalau nak kata aku ni baek sangat tak de la cuma nakal2 manja je la..lagi2 bila duk asrama kan..macam2 la yg di buatnye...kene panggil ngn warden pastu kene denda tu semua perkara biasa..denda yg biasa aku kena setakat kutip sampah, basuh tandas, baca Quran, kene beristighfar dan macam2 la lagi....aku tak kisah sangat kalau kene denda ni sebab kene buat ramai2 tau..so rasa seronok de la..hahaha..

Walau macam mane pun...setiap yg guru lakukan tu untuk mendidik kita..kalau dorang tak tegas dalam mengajar mesti de yg maen2 dan tak amek serius betapa pentingnye ilmu..dan mungkin kalau aku tak kene denda dulu2 mesti aku tak jadi cam sekarang ni...

Selamat Hari Guru di ucapkan tu semua guru-guru di Malaysia especially yg pernah mengajar saye secara formal atau pun x formal...setiap ilmu yg cikgu curahkan amat la saye hargai dan tanpa guru siapa la saye...terima kasih yg x terhingga tu semua guru dan pensyarah saye..halalkan segala ilmu ye....luv u all...

Nota dari hati: Selamat Hari Guru tuk abah dan kakak...heheh..

Monday, April 4, 2011

aku budak sekolah agama...so ada masalah???!

salam...

ini bukan entry emosi atau provokasi...x maen la entry yg emosi2 kan..hahaha...aku kan cool je dan mungkin kadang2 leh jadi serius..huhuhu...

bile korang baca tajuk entry aku tu mesti korang dapat agak yg aku ni mesti dak sekolah agama...betol x??!!yea...aku admit yg aku dulu belaja kat sekolah agama  dari form 1 sampai la form 5....dekat mana tu??muahahha....biar lah rahsia....

sejujurnye aku x kesa pn nak canangkan kat satu dunia yg aku nh pernah bersekolah di sekolah agama...tapi yg menjadi masalahnye ialah persepsi orang ramai...korang cube bace dialog kat bawah nh..

B : ko dulu sekolah mana ha???
aku : sekolah agama ........apsal???
B : oooooo..tp apsal perangai ko x macam budak sekolah agama pn?(sambil pandang dari atas sampai bawah)

pe masalah nye sebenarnye????aku nak tnye cikit la...camna sepatutnye perangai dak sekolah agama tu???mmg de spesifik perangai tuk dak sekolah biasa dan sekolah agama ke???yg jahat aje dak sekolah biasa pastu yg baek aje dak sekolah agama la??kalau yg seksi meksi tu dak skola biasa la pastu asal sekolah agama je mesti pakai tudung labuh, baju kurung, jubah sume tu???!!macam tu???kita ni sume manusia biasa...jangan la pandang yg bersekolah agama tu mesti perfect...yg penting tau jage batasan dan adab..jangan sampai melanggar syarak...sebab aku hanya la manusia biasa yg pakai tudung biasa,seluar jeans dan tshirt...so pelik ke kalau korang tau yg aku bersekolah agama ???

aku tau persepsi korang sume mesti lebe negatif kat dak sekolah agama kn sebab pakai tudung je lebe tp perangai macam syaitan...tak semua macam tu dan ada jugak budak sekolah biasa yg baek...bak kata pepatah kerana nila setitik rosak susu sebelanga......lagi-lagi bile ada yg menggunakan tudung dan jubah untuk menutup keaiban yg di lakukan...macam tu lagi menambah kn persepsi negatif terhadap dak sekolah agama???betol x??

pada pandangan aku la kan...x kesa la korang sekola atau belaja kat mana pn..yg penting kesedaran diri...sekurang2nye bila dh belaja agama tu mungkin perangai lebe baek...tau jugak nk bezekan antara dosa dan pahala...sejujurnye aku mmg sede tgk remaja yg tersasar jalan dan lagi sedih kalau yg belaja kat sekolah agama tu...sepanjang korang belaja tu pe yg korng dapat????x kan belaja semata-mata sebab exam...sepatutnye ilmu yg dapat tu hendaklah la di amalkan..x kan nk simpan buat pekasam aje..

paling cikai pn jagalah aurat...benda basic kot...aku tau yg aku x berapa nak sempurna bab aurat ni tapi jangan la sampai tudung terbang entah ke mana...bila kat sekolah cantik molek bertudung tp bila kat luar pe nth jd nye...sebab undang2 sekola suruh pakai tudung????abes tu macam mana plak ngn undang2 Allah????takut lagi undang2 sekolah dari undang2 Allah...

aku x tau macam mana nak huraikan panjang2..kalau bercakap boleh la tp menulis nh fail cikit la..hahha...pe yg penting sebenarnye ilmu yg kite dapat tu mesti di amalkan...x guna jugak kalo tau segala hukum hakam bagai tp x pernah nk praktik kan dalam kehidupan....x kesa la korang belaja kat sekolah terbaek sekali pun tp kalau ilmu yg korang dapat tu x pernah nak amalkan pn tak de guna nye jugak..sama aje tarafnye macam orang jahil..ilmu yg tak diamalkan ibarat pohon yg tak berbuah...

p/s: kalau ada yg x puas ati bole kongsi kn di ruang komen..haha...mana tau de yg nk kutuk aku sebab x pakai tudung labuh ke kn..x pe..aku terima seadanye...