Showing posts with label lawak. Show all posts
Showing posts with label lawak. Show all posts

Saturday, February 18, 2012

Bergembiralah bila tersekat dalam kesesakan lalu lintas...

Assalammualaikum semua...

Tersekat dalam kesesakan lalu lintas memang bikin stress lagi-lagi setelah penat bekerja seharian atau pun dalam keadaan tergesa-gesa untuk ke sesuatu tempat...relax la, kit kat kan ada...tak mau la stress-stress,tak elok untuk kesihatan...

Erm..meh sini duduk rapat-rapat aku nak bagi tips yg seronok dan menggembirakan hati tiap kali tersekat dalam kesesakan lalu lintas...cuba pandang ke kiri ke kanan ke atas ke bawah bila kereta hanya bergerak dengan kelajuan lebih kurang 20km/h (kalau lawan dengan kura-kura pun dia boleh menang)..apa yg korang nampak???haaa..macam-macam gelagat pemandu korang boleh perhatikan dan tingkah laku dorang tu yg selalu buat aku gelak dan senyum sorang-sorang dalam kereta...hihihih...
sumber incik google

Korek hidung 
Walau pun ini aktiviti biasa yg dilakukan oleh korang semua (macam lah aku tak buat kan..hihih) tapi bila korang tengok pemandu tersebut korek dengan penuh kosentrasi dan penuh perasaan sampai tutup-tutup mata mesti rasa macam geli je kan...nak korek tu pun cover-cover lah sikit...malu lah sikit dengan cik awek comel yg tengok hang korek-korek gitu...

Cukur jambang dan misai
Pelik tapi benar...ini lah yg aku lihat ketika jalan raya tengah sesak pagi-pagi sebab semua orang bergegas nak pergi kerja...dah macam Mr.Bean pula kan..mungkin dia bangun lambat sangat sampai tak sempat nak tebas segala semak samun...jadi masa yg ada di gunakan sebaik nya dari membazir tak tentu hala kan...

Korang suke TEDDY BEAR??jom klik sini..

Picit jerawat
Mungkin ini adalah satu kelebihan kepada insan yg mempunyai jerawat di muka..masa-masa terluang boleh lah di gunakan untuk memicit jerawat yg tumbuh meliar di wajah...tak de lah rasa bosan masa memandu kereta macam kura-kura mengandung kan...

Mekap
Ini pun sama je kes nya dengan pemandu yg cukur jambang dan misai cuma bezanya aktiviti ni dilakukan oleh para wanita..kalau sudah tahu yg hang tu perlukan masa dua jam nak touch up muka hang so len kali bangun lah awal sikit...

Nota dari hati: Aku memang suka melihat gelagat orang yg mencuit hati...so tak de la rasa stress sgt kalau jammed tu..hihih


Tuesday, November 8, 2011

Apa perkara paling bodoh yg pernah anda lakukan???

Assalammualaikum semua..

incik google


Apa perkara paling bodoh yg pernah anda lakukan??sampai sekarang ni aku duk terpikir apa la benda bodoh yg pernah aku buat selama 21 tahun aku hidup kat dunia ni..*ni semua gara-gara mendengar Hot fm Am krew hari Jumaat lepas la(kalau tak silap)..

Masa aku dengar tu memang rasa macam nak gelak guling-guling sebab serius memang lawak tak hingat...ada yg cerita pasal lari sejauh 2km sambil berbogel, pastu ada pula yg memotong kemaluan dengan gunting sebab nak sangat sunat dan macam-macam lagi la(tak bape ingat kalau nak senaraikan semua)....hahah...itu semua memang bodoh habis la...tapi itu lah kenangan kan walaupun lawak dan serius memalukan...hahah..

Seingat aku selama aku hidup tak pernah aku buat perkara-perkara di luar alam sampai boleh memberi aib kepada diri sendiri...syukur sangat la..kalau tak mesti aku dah kena bahan dengan semua kaum kerabat aku...cop!!kalau takat nakal dekat sekolah lepas tu kena denda basuh toilet,kutip sampah itu semua tak de lah bodoh sangat kan???standard la kan budak sekolah macam aku ni..mana boleh nak jadi skema parok...kalau tak kena denda dalam seminggu memang tak sah...hahaha...

Sekarang ni aku nak share satu cerita pasal adik bongsu aku yg selalu sangat buat sesuatu perkara tanpa berfikir...

Masa itu umur dia dalam lingkungan 5 atau 6 tahun...pada satu hari aku bawak dia pergi pantai naik motor..kitorang tak pakai helmet pun sebab pantai tu dekat sangat dengan rumah(pantai BNO..ada sesiapa tahu??)...so dia pun excited la pakai topi yg macam ala-ala pelancong tu kat pantai...dalam perjalanan nak balik dari pantai tu dia masih lagi pakai topi tu walaupun kebarangkalian untuk topi tu terbang amat lah tinggi(topi tu kan ringan dan mampu di terbangkan oleh angin)...entah macam mana tiba-tiba topi yg dia pakai tu diterbangkan oleh angin dan terjatuh lah topi tu atas jalan raya...belum sempat pun aku berhenti di tepi jalan untuk mengambil kembali topi tu tiba-tiba aku di kejutkan dengan tindakan adik aku yg melompat dari motor yg masih bergerak dengan tiba-tiba...apa lagi, terbaringlah dia dekat atas jalan raya dengan aksi ala-ala superwoman....nasib baik la tak de kereta dekat belakang kitorang...kalau tidak memang dah kena langgar la adik aku tu...haish...nak tahu apa jawapan bila aku tanyakan pasal tindakan dia tu???

'Aku nak selamatkan topi tu..nanti kena langgar..'

Aku rasa nak terajang je dengar jawapan dia tu..mentang-mentang la topi baru tapi beragak la sikit sampai nk korban kan nyawa sendiri..nasib lah dia budak-budak yg tak berapa nak berakal lagi...tapi aku rasa sampai sekarang pun macam tak berapa nak berakal juga je walaupun dah 15 tahun....mungkin sebab bongsu kot...hahaha...

Nota dari hati: Share lah apa perkara bodoh yg pernah korang buat...leh gelak sama-sama..huhu..