Assalammualaikum semua...
Bila tiba musim pelajar lepasan SPM nak mulakan pembelajaran selepas membesarkan badan berbulan-bulan pasti keyword UiTM, Puncak Alam, matrikulasi, yuran pengajian, kehidupan di universiti atau pun kehidupan di matrikulasi menduduki carta
hati paling tinggi..entry kali ini aku akan ngomong pasal KMM oke..
Dulu lepas SPM aku telah buat keputusan untuk mengikuti program matrikulasi(sains hayat) selama setahun di
Kolej Matrikulasi Melaka(KMM) sesi 2008/2009 dan menolak tawaran Diploma Teknologi Makmal Perubatan UiTM..'matrik Melaka best ke??'dah aku belajar dekat sana mesti lah aku kata KMM best..kalau aku belajar dekat matrik Penang, Johor, Kulim pun aku akan kata sana best juga..haha...apa yg penting ialah cara diri kita sendiri yg menjadikan sesuatu itu indah dan bermakna walaupun ada orang kata KMM tu buruk, KMM tu tak best, KMM bla bla bla...AAK
(ade aku kesah)???
Pensyarah
Semua pensyarah dekat KMM di panggil 'CIKGU'...tak de panggil tuan, puan, Dr semua tu..bila panggil cikgu terasa macam budak-budak sekolah gitu tapi yg bezanya tak de r pakai uniform sekolah kain hijau
(budak sekolah agama),baju dan tudung putih
(kalau nila jadi biru sikit..hihi)...semua cikgu KMM sangat best, terbaik, sempoi dan friendly..cara dorang ngajar memang sangat paham, superb dan kalau korang tak paham korang boleh jumpa dia secara personal..erm..aku pernah kena keluar kelas sebab tak siapkan tutorial dan tak boleh masuk kelas selagi tak siap..terpaksa lah bersila di koridor luar lab Biology menyiapkan tutorial..sangat memory dan memalukan..haha..
Kemudahan
Gym, gelanggang squash, bola sepak, bola jaring, badminton, bola keranjang, basikal semua tersedia...cuma kolam renang je yg tak ada..hehe...kemudahan pembelajaran macam dewan kuliah, bilik tutorial, lab kimia, biology, fizik, komputer, perpustakaan semua lengkap..kolej juga selesa dengan satu bilik 4 orang...yg paling mencabar dan tersangat 'best' bila air tak de...haha...KMM selalu sangat air tak de tau..tapi itu bukan alasan untuk tidak mandi ye..kena pandai-pandai la cari sumber air macam korek tanah atau pun tadah air embun..hihih..
Makanan
Selama setahun di sana aku masih hidup sihat walafiat dengan makanan cafe yg ada di KMM..walaupun tak sedap macam mak aku masak tapi boleh lah untuk di makan dan menjadi sumber ATP untuk meneruskan kehidupan di sana...hidup dekat tempat orang tak payah nak memilih sangat lah..selagi di yakini halal maka kita telan je tanpa ragu-ragu...KMM menyediakan 4 cafe dan Cafe A menjadi kunjungan ramai di sebabkan oleh oblong nya yg boleh tahan sedap...harga makanan dekat sana pun berbaloi-baloi dan sesuai lah dengan harga pelajar..kalau peniaga cekik darah, korang cekik dia balik...ok!!.
Outing
Pasal keluar bandar ni aku tak berapa ingat la pula...rasanya sebulan sekali r...tempat di tuju sudah semestinya bandar Melaka yg ada Dataran Pahlawan(DP), Mahkota Parade(MP)...paling dekat pun pekan Masjid Tanah..nak keluar dari KMM ke Masjid Tanah kena naik teksi dan tambang nya 10ringgit...nak jimat kena kongsi 5 orang dalam satu teksi..kalau nak ke DP atau MP kena naik bas dari Masjid Tanah...tambang berapa entah..haha..perjalanan nk ke Bandar Melaka memang penuh onak dan duri...bas yg di naiki layak letak dalam muzium Melaka je..hihi..
|
Blok A5 wing 2B.. |
|
H5P1.. |
|
Seminar Pendedahan Kursus Kesihatan Kebangsaan Kali ke 4 di UKM.. |
Setakat ni je yg aku boleh kerah memory pasal KMM...dah 3 tahun aku meninggalkan cerita matrikulasi..mana mungkin aku mampu mengingati setiap detik kisah perjalanan selama setahun di sana...semua yg aku coretkan adalah kisah aku yg dah bertahun lalu..mungkin KMM dah berubah dan semakin maju sekarang ni..itu aku tak tahu...kalau ada yg adik-adik nak tanya sila ajukan di ruangan komen ye...
Nota dari hati: Buat pilihan bijak dalam menentukan masa depan..