Assalammualaikum semua...
Sampai rumah pukul 5 pagi tadi dari Singapore dan ketika jam menunjukkan pukul 12tengah hari ni aku menggagahkan diri untuk kongsi cerita ..penat sangat sangat penat wei...ini bukan nak minta simpati tapi memang sangat penat ni..sila paham ye...hihi..
Trip ke Singapore selama sehari ni cuma RM150(murah je kan??) dan perjalanan bermula dari UiTM Puncak Alam..sebanyak 2 bas dipenuhi pelajar UiTM yg join trip ni termasuk lah dari fakulti selain Fakulti Sains Kesihatan..
Jumaat(20/4) bergerak dari Puncak Alam pada 11.30malam(last2 sejam lepas tu baru gerak..hihih) dan tiba di RnR Gelang Patah pada pukul 5pagi hari Sabtu(21/4) untuk mandi, tukar baju, sembahyang Subuh sebelum masuk ke Singapore...7.30 pagi meneruskan perjalanan memasuki ke Singapore dan pada waktu seawal pagi itu pun sudah ramai yg nak masuk ke negara tu..berbaris panjang woooo dekat imigresen...
Tempat yg dilawati Merlion Park, Esplanade Park, Orchard road, China Town, Arab and Bugis Street, Kg Gelam dan Sentosa Island...Universal Studio Singapore(USS) tak berkesempatan nak masuk lah..kalau nak pergi USS kena berada dalam tu dari mula buka USS sampai lah tutup ...baru lah berbaloi bayar mahal-mahal sebanyak $72 bersamaan RM180...erm...lawatan sehari yg sangat padat dan serius sangat memenatkan..sampai terasa tak cukup nafas ke sana ke mari...
Mata wang Singapore lebih tinggi dari Malaysia jadi sila lah bawa makanan sendiri dari Malaysia macam roti, coklat, air mineral untuk alas perut sepanjang seharian dekat sana..aku lunch dekat sebuah kedai masakan minang dengan bayaran $3.7 berlaukkan telur rebus masak apa entah dan sebijik bergedil(tak sempat nak snap gambar sebab lepas baca doa terus makan..lapar punya hal..) tapi kalau dekat sini aku selalu kena charge 3ringgit kalau makan camtu...hihih..makan malam punya hal pula cuma mampu beli sandwich telur yg berharga $3.2(sila darab dengan 2.5 untuk ringgit malaysia) di Sentosa Island...mahal kan??!!
Setakat sini dulu coretan dalam Part 1 dan next part akan di kongsi dengan gambar sepanjang lawatan ye...kbai..
Nota dari hati: dah malam gini baru sempat nak publish..hihih..
4 tayar bergolek:
besttt gilakkkk pegi singpore,de tserempak dgn pkcik aaron x?hihi
Alaaaaaaaaaa, lamanya tak pi singapore. Last pegi pun berape tahun lepas ntah before buka universal studio tu. nak pi jugak (:
oo..
aku ade bace advertisement ni..
tapi....
takde dwet..
teringin gak nak pegi..
sem depan laa jawapnye..
wuuu~
update la lagi.. nak tahu!!
Post a Comment