Friday, August 5, 2011

Mereka bukan anak kandung aku....

Assalammualaikum semua...

Entry ini nak bagi tahu kat satu dunia bahawasanya aku masih muda remaja...umur baru je 21tahun 2bulan dan tak abes belajar lagi pun..kahwin??!!!sudah tentu belum tiba masanya lagi...tak pernah terfikir nak kahwin masa belajar ye...so jangan salah sangka dengan 2 orang budak tak cukup umur dibawah...dorang hanyalah ANAK SEDARA aku...muka aku ni dah macam golongan Ibu-ibu ke???(sila cakap 'tak' oke...)...

ada ciri keibuan ke???!!

ini bersama ibu aku oke..

pic diambil di Hotel Concorde tadi..jgn tnye pe aku wat kat sana..
Kalau korang tengok gambar kat atas, ada terdetik tak yg dorang tu anak aku??(sila jgn terdetik ye)...sekali lagi ditegas kan bahawa mereka berdua adalah ANAK SEDARA saja BUKAN anak kandung oke..

Nota dari hati: Ke mana je aku pergi dengan dua orang budak ni mesti orang ingt dorang ni anak aku..tapi aku tak de la kisah sangat pun...hahaha...

Thursday, August 4, 2011

[lawak] Salah faham ber-chatting...


Video ni memang terbaik la...lepas korang tengok video ni tak yah la nak emosi or salah sangka tak tentu pasal bila berchatting...heheh..

So tak rugi kalau korang layan dan subscribe video Aman Wan ni...dia ni sama aja macam Anwar Hadi dan Mat Luthfi..heheh...

Wednesday, August 3, 2011

Wordless Wednesday #2 : Merenung jauh ke atas langit...



Maksud Wordless Wednesday : Pada setiap hari rabu, semua blogger akan post gambar di blog mereka tanpa meletakkan sebarang penjelasan tentang gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan segalanya...

Tuesday, August 2, 2011

Kita puasa kan sebab nak raya..kalau tak puasa mana boleh raya..


'Kakak, esok puasa tau..' kata aku kepada Iena(anak sedara)..

'Kenapa pulak esok nak kene puasa Cik Nana???' tanya Iena dengan mimik muka ingin tahu..

'Erm...sebab esok kan dah bulan Ramadhan..'itu lah jawapan yg aku berikan walaupun aku tahu dia mesti tak paham..heheh.

'Salah la Cik Nana!!' dengan muka konfiden dia menyangkal kata-kata aku..

'Abes tu kenapa???!!' agak-agaknya pe benda la yg bermain kat fikiran dak tu kan..

'Kita puasa kan sebab nak raya..kalau tak puasa mana boleh raya...'jawab Iena dengan yakinnya...

'Sape yg cakap macam tu??!!'

'Ibu lah yg cakap..'

Lebih kurang macam tu la perbualan aku dengan Iena pada hari ahad semalam...kekadang aku pun boleh sampai blur nak jawab soalan anak-anak sedara aku ni.....budak-budak ni bukan paham kalau cerita fakta entah apa-apa...dorang ni berfikir secara logik dan berpandukan persekitaran sekeliling aje...hehe..

Itu cerita budak-budak, kita yang dah besar ni tak kan lah puasa sebab nak raya kot...masa bulan ramadhan ni la kita nak banyakkan amal ibadah...tahun depan kita tak tahu lagi yg kita ni ada kesempatan atau pun tidak untuk berjumpa dengan Ramadhan..

Nota dari hati:  penat bekerja bukan alasan untuk tidak berpuasa...

30hari berpuasa bersama keluarga...

incik google

Assalammualaikum semua...

Sudah lama rasanya tak berpeluang nak berpuasa penuh selama 30hari dengan keluarga....sejak aku menjejak kan kaki ke asrama masa aku form 1 sampai la puasa tahun 2010(dekat UiTM) hanya beberapa hari saja dapat peluang pulang ke rumah berpuasa bersama keluarga yg lain...nampak nya tahun ni aku beruntung besar sebab masuk sem 5 lepas raya so aku berpeluang la nak berpuasa dan berterawih di rumah sendiri...hehehe...

Tahun-tahun akan datang memang tak jamin la ada peluang untuk berpuasa bersama keluarga atau tak sebab sibuk dengan belajar je..lepas abes belajar dah kene kerja...dibuatnya aku kahwin camne pulak????!!!

Nota dari hati: Rindu juga nak berpuasa bersama kawan-kawan macam zaman sekolah dulu-dulu...