Thursday, June 30, 2011

Gadis blogger bakal pemandu Formula 1 (F1) terkemuka..

ini bukan kereta aku..sumber incik google

Assalammualaikum semua..

Dari pelajar dan blogger separuh masa akhirnya ingin menceburkan diri dalam bidang yg lebih mencabar iaitu pemandu F1..sungguh tinggi cita-cita sampai tidak tercapai dek akalmu...sukar untuk di percaya seorang gadis yg berperwatakan lembut(tipu) dan comel mempunyai keinginan mengalahkan lelaki...

Tetapi malangnya cita-cita dan keinginannya yg satu ini mendapat bantahan dari ramai pihak yg memandang dia dengan tak ada mata..semua menyangka seorang gadis tidak boleh mengharumkan negara dalam bidang F1..dalam dunia ini tak ada benda yg mustahil la..semua boleh jadi kenyataan kalau berusaha dan terus berusaha...tidak kira lelaki atau pun perempuan, dimana ada kemahuan di situ ada highway jalan..

Setelah di fikir dengan separuh masak akhirnya si gadis mengalah dengan cita-citanya dan hanya melepaskan gian memandu ibarat pemandu F1 di jalan raya...setiap kali dia memintas pemandu lain pasti mereka akan menoleh sebab kagum dengan pemanduan seorang gadis yg mempunyai ciri-ciri pemandu F1...itu la akibatnya apabila semangat Formula 1 sudah ada dalam diri...

Biarlah impian aku yg satu ini bersemadi kemas di dalam hati ini..agak-agaknya layak kah dari seorang pelajar jurusan Medical Laboratory Technology dan blogger separuh masa akhirnya menjadi pemandu F1???!!!seronok juga kalau kita mempunyai impian yg lain dari yg lain...hahaha...

Nota dari hati: Kalau dapat duduk sebelah Michael Schumacher atau Lewis Hamilton masa dia memandu pun syok juga kan...hahaha..

Wednesday, June 29, 2011

kehadiran mu memang dinanti wahai Muhammad Idzzul Hafiz..

Assalammualaikum semua...

Seronok rasa nya apabila hadir insan baru dalam kehidupan ini untuk memeriahkan dan menceriakan kehidupan yang memang tersedia menggembirakan...perasaan teruja memang tidak boleh digambarkan dengan kata-kata atau pun lukisan aku yg selekeh...walaupun hanya anak sedara ke-3 tapi perasaan teruja nya masih sama macam dapat anak sedara yg pertama..nama nya sungguh indah iaitu Muhammad Idzzul Hafiz yg membawa makna 'kemuliaan pelindung'..semoga dia membesar dapat menjadi pelindung yg mulia kepada agama bangsa dan negara..ameen..

Bila aku menatap wajah nya timbul satu persoalan di minda aku..bagaimana tegarnya seorang ibu untuk membuang anak yg telah dilahirkan??bukan kah comel wajah si kecil tanpa secalit dosa itu???tidak terusik ke hati si ibu melihat satu nyawa telah selamat di lahirkan ke dunia??tidak terasa kah dengan kebesaran kekuasaan Allah itu??!!walaupun dia lahir tanpa ikatan yg sah tapi bukan bermakna dia tidak mempunyai hak untuk hidup di dunia..jangan la tambah dosa selepas melakukan perbuatan terkutuk...tebus lah kesilapan yg telah dilakukan dengan mendidik si anak untuk menjadi anak yg soleh...
Muhammad Idzzul Hafiz

my sis with her son..

peace yaww..

kak ngah..

along..



Nota dari hati: Baru dapat anak sedara sudah teruja mengalahkan anak sendiri..heheh...

Sana dah kahwin, situ nak tunang..yg disini??!!

Assalammualaikum semua..

Hari ini tak de entry yg menarik..cuma ingin berkongsi cerita dan gambar perkahwinan member sekolah menengah dulu...dia la insan pertama yg kahwin dalam batch aku dan yg paling kitorng terperanjat sebab dia ni masa sekolah adalah seorang yg ganas dan brutal...kiranya memang tak da ciri-ciri perempuan sejati la...hahha....bila aku bagitahu family aku yg dia nak kahwin pun semua orang terperanjat(family aku kenal dia sebab dia selalu lepak rumah aku masa zaman sekolah)..itu la nama nya takdir dan tak de sape boleh jangka pe yg akan berlaku pada masa akan datang...

Walaupun dia kahwin pada usia yg muda(sebaya aku la) di harap dia dapat menjadi isteri yg solehah...tahniah RISA...semoga Allah merahmati rumah tangga yg baru di bina...ameen..







Terdapat kisah di sebalik perkahwinan dia..kalau aku nak cerita kena la minta kebenaran tuan punya badan..kalau dia benarkan maka aku akan cerita dekat next entry...daaa~

Nota dari hati: Sorang dah kahwin, sorang lagi nak tunang..aku pulak camna??

Sunday, June 26, 2011

Hidup aku mempunyai matlamat sendiri...jadi tolong hormat hidup aku..

sumber: incik google

Assalammualaikum semua...

Hidup aku mempunyai matlamat sendiri...aku mengharapkan semua matlamat dan impian aku akan tercapai mengikut apa yg telah aku rancang kan...itu la pentingnya matlamat dalam kehidupan supaya kita dapat merancang strategi macam mana nak menjadikan segala apa yg kita impikan itu satu kenyataan..bukan hanya angan-angan mat jenin semata....

Setiap impian yang telah aku lakarkan mempunyai target sendiri bila ia akan berlaku...tapi aku tahu semua benda yg aku rancangkan itu boleh berubah dengan kuasa Allah...sebaik-baik perancangan adalah perancangan Allah...betol tak??!!tapi sekurang-kurangnya aku akan rasa puas hati sebab aku dah cuba untuk melakukan yg terbaik untuk menjadikan segala impian itu satu realiti...siapa lagi yg boleh menjadikan impian kita tu realiti kalau bukan diri kita sendiri...

So please give me a chance to make my own dreams come true...jangan la mengharapkan untuk aku melakukan sesuatu yg aku tak suka atau bakal mengahancurkan segala impian aku...biarlah aku berusaha untuk menghiasi segala perjalanan hidup aku sendiri dengan matlamat dan impian yg aku idamkan....setakat ini tidak ada lagi impian aku yg melanggar syarak..so please dont worry and respect my life...

Nota dari hati: Aku tak suka ada sesiapa yg menyuruh aku melakukan sesuatu yg aku tak suka...so kalau aku kata tak suka maknenye tak suka...nothing can change my mind except certain condition and reason..

Saturday, June 25, 2011

cara moden meluahkan cinta...

incik google..

Assalammualaikum semua...


Kalau hanya menggunakan pendrive aja dapat transfer rasa CINTA bak kata NABIL dalam MAHARAJA LAWAK AKHIR alangkah seronok nya....memang aku guna kan duit biasiswa yg JPA bagi tu untuk beli pendrive banyak-banyak..pastu siap beli yg macam-macam warna dan bentuk..ada bentuk hati, jantung, limpa, usus dan macam-macam lagi la...memang stylo habis la beb..tak de la aku nak bersusah payah menebalkan muka ibarat perigi cari timba...hanya bagi die pendrive aje sudah membuatkan dia menerima data cinta dari aku...lepas tu boleh agi suruh die pilih nak pendrive yg macam mana...memang teknologi betol la...

Itu la orang kata belajar menggunakan teknologi ke arah yg betul...kiranya aku adalah salah seorang manusia yg bijak menggunakan teknologi yg ada...sekurang-kurangnya kalau menggunakan pendrive tak de la malu sangar bila kene reject....paling kurang pun mesti pendrive tu detect virus bila di masuk kan dalam USB hati si dia...lalalalala~

Lepas ini sesiapa yg menerima pendrive dari aku tu paham-paham aja la ye...hahahaha...

Nota dari hati: Tahniah SEPAH...mmg terbaik..manis nya kurma ni..argh semput...=D