Lama benar tak menulis coretan dekat sini sampai bersawang dan berhabuk setebal seinci..fuh fuh fuh (tiup habuk kasi bersih)..last entry pun Selamat tinggal Melaka lepas habis praktikal hari tu...mula semester 8 ni memang tak berkesempatan langsung nak menulis dekat blog yg dah berusia hampir 4 tahun ni...pagi sampai ke petang dah terperuk dekat lab..malam pulak masa untuk menulis thesis (thesis la sangat!!)..dapat bayangkan tak betapa busy dan sibuk nya (busy dan sibuk bukan benda yg sama ke?) pelajar tahun akhir seperti aku??!!jadi mana ada masa nak layan blog, facebook, keek, youtube dan bla bla bla yg lain tu... tiba-tiba ada suara lain menyampuk 'dah tu mana ko dapat masa untuk menulis blog pula tiba-tiba ni, layan Bobo Bubu dekat youtube, upload gambar dekat instagram, tulis status dan 'like' semua benda dekat facebook??' kriikk kriikk kriikk (bunyi cengkerik)... kuang haja betol tanya kat aku soalan yg tak berapa bijak macam tu..hahah
Paling tepat sebenarnya adalah penyakit M M M M M yg semakin hari semakin besar...malas nak menaip..malas nak karang ayat...malas nak fikir pasal isu yg menarik...segala-galanya malas...pada hal aku boleh buat hampir 10 review novel(guna kan lah baucar buku 1 Malaysia BBIM untuk membeli novel..berbaloi-baloi..hahaha).. review movie yg dah di tonton dekat wayang..kongsi resepi masakan(aku kan rajin masak sangat...mata kat atas tangan kat bahu), tempat yg menarik telah di lawati dan macam-macam lagi tapi kenapa aku tak buat semua tu??haaa...sebab aku MALAS...paling mudah dan senang adalah ambil gambar, tulis caption, upload dekat instagram dan link dengan facebook dan twitter..mudah dan senang bukan???aku boleh simpulkan bahawa teknologi menjadikan manusia semakin malas (ada kena mengena tak??hentam saja la labuuu...)
untung betol tikus ni.nak makan pun kena suap..awek cun pulak tu yg suap..hak hak hak.. |
hari-hari ku di mula kan dengan memberi tikus makan.. |
0 tayar bergolek:
Post a Comment