Tahun ini buat pertama kali nya berpuasa di perantauan yg sanggggatttt lah jauh beribu batu konon nya..terasa macam nak hantar gambar ke METRO untuk ruangan Salam Perantauan..pergh..syahdu weh...masa ini lah nak termenung pandang syiling kaler putih sambil berbantalkan lengan mengimbas kenangan-kenangan silam yg mengamit jiwa dan raga...(ayat mesti nak sedih aje kan...)
Sudah 19 hari berpuasa dekat Melaka ini tapi tak pernah sehari pun aku di hidangkan dengan bunyi mercun yg berdentum-dentum..sunyi sepi aje(bagus kan negeri Melaka ni)..dulu masa kecik-kecik, aku memang sangat suka main mercun(semua jenis mercun aku layan) tapi bila dah membesar jadi gadis melayu terakhir ni kena lah control ayu sikit...dah insaf main mercun..sekarang ni masa untuk tengok orang lain main mercun pula..kang apa-apa jadi habis turun duit hantaran..hakhakhak..
Selama aku berkecimpung dalam sukan berkaitan mercun ni, tidak pernah lagi diri ini mengalami kecederaan atau mengakibatkan kecederaan kepada orang lain...tapi kenangan Malam Raya 2010 memang sentiasa kemas di ingatan..satu plastik yg mengandungi pelbagai jenis mercun telah meletup dan menyebabkan kecederaan kepada keluarga kakak aku termasuklah abang ipar, hakim dan gha(dah macam berita kan??haha)..masa tu memang sangat panik sebab semua dalam keadaan berdarah-darah, luka sana sini dan malam tu juga pergi klinik..paling ngeri mata abang ipar keluar darah..dah macam vampire je rupanya..tragis kan??!!(malas nak cerita lebih lanjut)
Tapi Raya 2011 tetap teruskan dengan tradisi bermain mercun..memang tiada kesedaran
klik untuk tengok video.. |
Tahun 2012???entah lah..aku pun tak pasti apa yg terjadi dekat rumah...kbai..
Nota dari hati: Sudah lama aku tak berpuasa di perantauan seperti ini...
1 tayar bergolek:
bgs letew yunk sunyi sepi,takde lah tkojutt mak jemah dgr. btw slmat ali laya ;)
p/s:den da folow tuiter ekau ;D
Post a Comment