Tuesday, April 3, 2012

Naluri seorang ibu..

Assalammualaikum semua..

Seorang ibu mempunyai naluri yg sangat kuat tentang anak nya walaupun anak tu jauh beribu batu sekali pun..betol tak??!!

Situasi 1

'Assalammualaikum...Nana demam ke??'

'Waalaikumussalam...erk..tak ada lah demam lagi cuma hampir demam je sebab penat sangat..'

'Itu lah...pergi berjalan tak ingat dunia lagi..'

'Jap2...mana mak tahu yg Nana demam??'

'Emak tahu lah...emak yg jaga dari kecik sampai ke besar...emak tahu lah kalau de anak-anak mak yg sakit..'

---------------------------------------

Situasi 2

'Assalammualaikum...dekat mana tu??pergi jalan ke mana ha??'

'Waalaikummusalam..erk...pergi Sungai Kanching je...mana mak tahu Nana keluar hari ni??'

'Emak tahu je semua benda yg kau buat kalau tak bagi tahu emak pun..'

'Hehe...bukan tak nak bagi tahu cuma tak sempat je..'

'Ye la tu...jaga diri leklok..'


---------------------------------------


Situasi 3

'Emak...Nana tak teringin sangat nak makan sesuatu..kalau duk umah sewa kena berjimat cermat...nak beli pun rasa sayang..dah duk umah ni lebih baik minta mak je...hehe..'

'Nak makan apa??'

'Ala..cuba mak teka Nana nak makan apa..'

'Nak main teka-teka pula..cakap je lah nak apa??!'

'Teka lah mak...bukan susah pun...please..'

'Makan burger kat kedai sana tu ye??'

'Eh..hebat la mak..mana mak tahu ni??Nana ingat mak mesti teka ikan pari masak asam pedas sebab tu feverat Nana kan..'

'Ish budak ni...mak tahu je semua benda yg ada dalam kepala tu...tak payah dok nak sorok-sorok...'


---------------------------------------


Semua perkara walaupun sekecil zarah pasti mak aku tahu kalau pun tak ada sesiapa yg beri tahu termasuk lah case aku ponteng kuliah...memang power betol kan..hahhaa...

Nota dari hati: Naluri seorang ibu memang power..itu aku tak dapat nak nafikan..hehehe..

4 tayar bergolek:

ezyra daniel said... [Reply to comment]

waaa ur mum memang power..hehhe
arwah mak zyra dlu terror teka ,,if zyra de tpu pape dri dia..dia ckp zyra tk pndai nk menipu coz t zyra tsentum2??hhahah

eLLa n aLia said... [Reply to comment]

sayang mak saya.. <3 hehe

dhiera said... [Reply to comment]

mak saya pun ada naluri kuat macam ni~ kasih seorang ibu. macam ni la~

Haryati::Faizal said... [Reply to comment]

memang btul pun...mak mmg sgt2 memahami anak dia...apa yg kita rs dia pun akan rs gak...