Saturday, February 11, 2012

Jangan mudah melafazkan janji jika tidak mampu hendak menunaikan nya..

Assalammualaikum semua...

Hari Selasa..

'Eh..aku dengar kau nak kuar pergi KLCC weekend ni...ko nak gi dengan sape??'

'Erm..sorang je lah sebab aku tengok ko macam busy semacam so aku tak de lah nak ajak..nape tanya??'

'Aku nak ikut lah...tak elok lah gi sorang-sorang lebih baik aku teman ko...'

'Ok lah kalau macam tu..elok sangat lah tu..thank sudi nak teman aku..'

Malam sebelum pergi KLCC(jumaat malam sabtu)...

'Aku tak boleh nak teman ko lah esok..ko gi sorang je lah ye..'

'Kenapa pula??ada benda penting ke kena settle??'

'Tak de lah..cuma semalam Baddrol(macam dah tak de nama lain..hakhakhak..) ajak aku kuar teman dia pergi klinik haiwan..arnab dia kena sakit kulit..'

'Tapi kan ko dah janji dengan aku dulu...kenapa ko nak kuar dengan dia juga??'

'Aku kesian dekat dia kena gi klinik tu sorang-sorang..'

'Habis tu dekat aku ni ko tak kesian pula??'

'Hihi..ko kan dah biasa kuar ke sana ke mari sorang-sorang..susah-susah ko ajak aja lah orang lain..'


Apa perasaan kalau dapat kawan macam tu???(sudah lah cakap dengan nada tidak bersalah dan tak mintak maaf pula tu)sakit hati??!!geram??bengang??
sumber incik google
Mulut pandai mengatakan janji dan semudah itu juga hendak memungkirinya..bagi aku kalau alasan yg di berikan munasabah dan boleh diterima akal, tak de lah hati ini terkilan dan berkecil hati tetapi bila kau utamakan orang lain dari sahabat sendiri memang membuatkan hati ini ibarat di tusuk dengan pedang sampai ke dasar hati..sakit sangat...

Kalau rasa  tak mampu hendak menunaikan janji lebih baik JANGAN berjanji...lembu berpegang pada tali, manusia berpegang pada janji..walaupun kita tahu kawan kita itu jenis tak kisah dan tak mudah terasa hati tapi ingat lah sesungguhnya insan seperti itu masih ada hati yg perlu di jaga(sebab aku adalah jenis insan seperti ini..pemendam..)...

Nota dari hati: Aku insan yg tidak suka berjanji sebab aku tahu di mana tahap kemampuan aku...

7 tayar bergolek:

KaK LimAh Si SupiR said... [Reply to comment]

xsuke jns membe yg tinggal membe sb pakwe/awek..kalo laki/bini xpe laaa

ZULHILMI TEMPOYAK said... [Reply to comment]

klu nk sy tlg settle kn just call me ek..

ble je nk bg dua tiga bijik penumbuk.. heeee

ad gaya pngganas x.. ;p

Khuzrin Kamarudin said... [Reply to comment]

Hahaha. Arnab ada sakit kulit. Baidewei. Janji dan melayu ialah dua entiti yang takkan bersatu.

AnakPakZohar said... [Reply to comment]

sebab tu kena sentiasa ada " Insya Allah" . itu tandanya 99% boleh kecuali ade halangan.. =)

shameel Iskandar said... [Reply to comment]

sebab tu saya lebih suka jalan sorang2. dulu time kerja kt sabah, saya ronda hampir satu sabah sorg2 jer sbb kawan2 tak nak joint. Naik bas sorg2 dan tinggal hotel sorg2. Kat kawasan tertentu saya menumpang di rumah kawan2

APAN said... [Reply to comment]

semua org pun x suka kalau tba2 org yg berjanji tp x laksanakan apa yg dijanjikan...aku sendiri pun penah buat gak.tpi cuba patuh selagi boleh.haha...

Haikal Blank said... [Reply to comment]

:)

memang sakit hati, tapi sabar jela, senyumkan. manetaw satu hari nanti kita terpaksa langgar janji gak ke kan.

hidup ni akhirnya sendiri gak nanti. makin tua, makin hilang kawan. haishh.