Wednesday, December 7, 2011

kehilangan wang di Surau selepas ber'TUTTI FRUTTI'...

Assalammualaikum semua....

Kes rompak, samun, ragut, curi dan yg sewaktu dengan nya semakin berleluasa sekarang ni...adakah disebabkan desakan hidup atau pun memang menjadi satu hobi????!!!

Apa yg ingin di kongsikan di sini bukan lah dari pengalaman aku tetapi dari Nabilah yg baru je berlaku tak sampai 24jam yg lalu...selepas selesai solat Maghrib di Giant Setia Alam, kitorang terus menuju ke tingkat atas...tidak sampai sejam baru dia sedar yg dia terlupa di mana kedudukan purse dia tu..tempat yg di tuju adalah surau sebab di situ je persinggahan yg berlaku...sungguh teruja bila melihat purse terletak elok di tempat yg kitorang duduk tadi tapi malang nya semua duit kertas didalam nya telah hilang..walaupun kesilapan datang dari diri dia kerana lalai atau pun leka dengan keselamatan harta sendiri(purse) tetapi bukan itu point yg ingin aku kupaskan(cewahhh).... 

Kenapa kes-kes negatif seperti itu masih boleh terjadi di surau atau pun masjid???adakah memang niat masuk surau itu untuk mencuri????macam mana seorang manusia itu tergamak untuk mengambil harta orang lain sedangkan niat ketika masuk ke surau itu untuk menunaikan solat(kalau niat nak solat la)...situasi nya mungkin seperti ini..semasa melangkah ke surau itu, dia memang membawa niat untuk solat tetapi bila terpandangkan 'rezeki' depan mata..terus dia lupa niat asal dia tu disebabka bisikan syaitan yg kuat di telinga maka dia terus menyambar 'rezeki' tersebut...erm...dari niat untuk membuat kebaikan terus bertukar kepada kejahatan...bak kata Nabilah..'JANGAN MENCAMPUR ADUK KAN KEBAIKAN DAN KEJAHATAN...'

Cuba kita belajar untuk menghormati harta orang lain walau di mana pun kita berada...kalau rasa yg harta tersebut bukan kepunyaan kita, biarkan je lah ia di situ sebab berkemungkina besar untuk si empunya diri itu mencari barang tersebut...lagi pun tidak rasa berdosa dan bersalah ke bila mengambil harta yg bukan hak kita????kalau hati dah gelap memang lah tak rasa apa pun...jangan cari jalan mudah nak senang...banyak lagi cara halal lain untuk mencari rezeki...

aku semangat HARIMAU MUDA secara am nya..semangat BADDROL BAKHTIAR secara khas nya..
Nota dari hati: Nasib baik Nabilah dah belanja kitorang Tutti Frutti dulu sebelum berlaku kehilangan..Terima kasih...

2 tayar bergolek:

Mohamadazhan.com said... [Reply to comment]

memang susah nak cari kejujuran orang negara kita ni...berbeza di eropah...

enyheartsdiamond said... [Reply to comment]

saya pernah kena seluk saku, memang menangis lah.. lain kali kena hati-hati, jangan lalai lagi.. pesanan untuk diri sendiri :)