Tuesday, December 27, 2011

Azam 2012: BERKAHWIN...

Assalammualaikum semua....

Hari ni 27 Disember 2011 dan aku baru saja selesai menjawab Test Clinical Chemistry ketika aku menulis bait-bait kata di dalam entry ini...erm..hanya tinggal hampir 4 hari saja lagi sebelum kita melangkah ke Tahun 2012..setiap kali bertukar nya tahun tidak memberi apa-apa perbezaan pun dalam hidup aku melainkan peningkatan dari segi umur saja dan yg pasti nya aku masih berada dalam dunia pendidikan..aku punya azam masih sama iaitu untuk belajar bersungguh-sungguh, mengembirakan hati parents, jadi anak yg baik, merubah diri ke arah yg lebih positif dan kebanyakkan nya sama saja dengan azam korang semua..

So untuk Tahun 2012 aku telah mencipta satu azam yg lain dari yg lain dan aku sendiri pun rasa mustahil untuk tercapai...hahaha...

sumber: incik google yg baik hati..

'Ain, aku ada azam baru untuk tahun 2012 nanti...'

'Apa pula azam ko tu??'

'Aku berazam untuk BERKAHWIN pada tahun 2012..jom lah kita beramai-ramai berazam macam tu..ok tak???'

'Hahahaha..kau tak de azam lain ke ha???berazam la nak dapat Anugerah Dekan ke..ini tidak...aku rasa azam kau nak kahwin tu memang tak akan tercapai nya tu...'

'Haish...setakat nak dapat Anugerah Dekan tu sudah semestinya azam setiap tahun tapi aku bosan sebab azam aku asyik sama je dan azam nak dapat Anugerah Dekan tu tak pernah sekali pun tercapai..so aku cuba la buat azam lain...'

'Oke la...kalau kau berazam nak dapat Anugerah Dekan tu mesti cara nak mencapainya kau kena berusaha dan belajar bersungguh-sungguh kan..so apa usaha yg kau nak lakukan untuk kahwin tahun depan???dah la pakwe pun takde...camne kau nak kahwin tiba-tiba???'

'Hahahaha....aku pun tak fikir apa yg aku nak lakukan lagi..kalau buat iklan agak-agak nice tak???hahahaha...'

'Gila kau...cari la jalan lain..kau ni sengal wei..'

'Hahahah...aku masih waras lagi la..aku pun tahu malu kalau buat iklan camtu..macam desperate sangat...so kalau tiap-tiap malam aku berdoa dekat Allah untuk turunkan jodoh dekat aku agak-agak termakbul tak???'

'Erm...mungkin juga...so jangan lupa doakan tuk aku sekali..'

Adakah aku seorang saja yg mempunyai azam agak extreme macam ni??!!!mungkin di sebabkan agak stresssss dengan test sepanjang study week ni dan exam final yang tak sampai 2 minggu lagi menyebabkan akal tidak dapat berfikir dengan lebih rasional apa yg perlu aku capai pada tahun 2012...yg pastinya apabila tiba nya tahun 2012 maknanya study week(tak macam study week pun sebab ada test berderet selama seminggu..gila betol..) telah pun tamat dan Dewan Peperiksaan sudah memanggil-manggil....

Nota dari hati: Kenapa la exam di awal-awal tahun ni..memang mengganggu mood dan azam tahun baru betol...aish..